You are on page 1of 2

BUNGA PAKMA ( Rafflesia )

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga


dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang
terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan
berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir
Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu
diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di
bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma ialah bunga rasmi
negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

Ciri

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia
mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti
tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon
dioksida dan cahaya mataharibagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah
untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti
tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan
bahawa rafflesia ialah sejenis parasit yang ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya
sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut daripada perumahnya, yang mana
perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.
Selalunya apa yang dilihat kelihatan seperti bunga yang besar. Bunga ini merupakan
organ seks bunga ini yang kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan
yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap.
Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih
menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang
dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain
dan bau ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat
tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti
dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat
memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh
haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang berlalu dan
dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang
boleh dijadikan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, hal ini tidak boleh dibuktikan.
Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak
aktiviti dan kurang di kawasan lain.

You might also like