You are on page 1of 6

TEKS JURUACARA MAJLIS

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


SK SUNGAI UDANG 2017

QUE TEKS JURUACARA TINDAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan puan yang dirahmati Allah,
Kita mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul Furqan,
Al-Fatihah.

Banyak hari antara hari


Tidak semulia hari Jum‘at
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad
Ucapan alu-
aluan
1. Yang Berusaha Puan Fadzilah Binti Maarof, Guru
juruacara
Besar SK Sungai Udang
majlis
2. Yang Dihormati Encik Hashim Bin Husin, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran,
3. Yang Dihormati Puan Rosnani Binti Ahmad Zakaria,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4. Yang Dihormati Puan Izamidah Binti Ismail, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum,
5. Yang Dihormati Tuan Haji Badaruddin Bin Haji
Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang,
6. Yang Dihormati Abang Jebat Akmal dan Saudara
Hafiz Sofwah selaku tetamu undangan kita pagi ini
7. Barisan saf pendidik SK Sungai Udang yang
dirahmati Allah serta
8. Yang dikasihi, putera puteri syurga SK Sungai Udang
yang disayangi sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia. Selamat datang ke Majlis Sambutan Maulidur
Rasul 2017 – Ukhwah Islamiyah Asas Penyatuan
Ummah. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi
Ucapan alu- kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita
aluan sama-sama berkumpul di dewan ini bagi menyambut
juruacara satu hari yang paling istimewa buat umat Islam di
majlis seluruh dunia iaitu Hari Keputeraan Rasulullah SAW.
Biarpun amalan ini bukanlah satu amalan yang
difardhukan, namun ia dijalankan bagi menyemarakkan
rasa kasih dan sayang kita kepada kekasihNya yang
paling dicintaiNya. Semoga kita semua tergolong dalam
golongan yang dijanjikan Allah sebagai ummah yang
terbaik. InshaaAllah.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu Maha Pencipta.

Ustaz Wan Hadirin yang dihormati,


Abdul Sebelum tirai majlis dibuka, marilah sama-sama kita
Muhaimin tunduk menadah tangan memohon keberkatan dari Yang
telah bersedia Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput Al-
Fadhil Ustaz Wan Abdul Muhaimin Bin Wan Awang
untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji
Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SK
Badaruddin Sungai Udang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Bin Haji Dipersilakan.
Selamat sudah
bersedia Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu
tadi.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Puan Fadzilah Sudilah kira, ucapan diberi
Binti Maarof
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
sudah
Berusaha, Puan Fadzilah Binti Maarof, Guru Besar SK
bersedia
Sungai Udang untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

Banyaklah redup perkara redup


Redup alamat hari kan hujan
Abang Jebat
Banyaklah hidup perkara hdiup
Akmal dan
Hidup Muhammad menjadi teladan
Saudara Hafiz
Sofwah sudah Hadirin yang dirahmati Allah,
bersedia Doa sudah, ucapan pun sudah. Kini tibalah masa yang
kita nantikan iaitu sesi bersama tetamu jemputan kita
hari ini.
Sebelum saya menyerahkan sesi ini kepada Abang
Jebat Akmal dan Saudara Hafiz Sofwah, izinkan saya
membacakan latar belakang tetamu kita secara ringkas.

1. Abang Jebat Akmal merupakan seorang pengurus di


Ilmu Amal Management and Consultancy dan telah
melibatkan diri dalam bidang pembangunan ummah
secara aktif seperti program motivasi sekolah,
program pembinaan jati diri insan dan program-
program lain.

2. Saudara Hafiz Sofwah pula merupakan salah


seorang anggota kumpulan nasyid Sofwah yang kini
bertapak di Selangor di bawah pengurusan Sofwah
Edutainment. Beliau juga aktif terlibat dalam program
dakwah di seluruh negara.

Jadi, tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Abang Jebat
Akmal dan Saudara Hafiz Sofwah tampil ke persada
pentas untuk memulakan sesi seterusnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


perkongsian daripada tetamu jemputan tadi. Semoga
amalan berzikir dapat kita praktikkan dengan istiqamah.
inshaaAllah.
Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis, dengan ini majlis menjemput


Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat dengan diiringi
oleh Puan Fadzilah Binti Maarof untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan mewarna Tahap 1 dan pertandingan
sepanduk.

a. Pemenang Pertandingan Mewarna Tahap 1:


(Rujuk senarai nama)

b. Pemenang Pertandingan Sepanduk


c. (Rujuk senarai nama)
AJK Hadiah
dan
Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Fadzilah Binti
Cenderamata
Maarof untuk menyampaikan cenderamata kepada dua
sudah
orang tetamu jemputan kita pada hari ini sebagai tanda
bersedia
apresiasi dan terima kasih daripada pihak sekolah.

Dipersilakan penerima pertama, Abang Jebat Akmal.

Seterusnya dipersilakan Saudara Hafiz Sofwah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Haji Badaruddin Bin Haji Selamat dan Puan Fadzilah
Binti Maarof atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya kita akan bersama-sama berselawat ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW dengan diiringi oleh
Peserta irama qasidah. Dengan segala hormatnya majlis
Qasidah menjemput peserta qasidah untuk naik ke pentas dan
bersedia memulakan acara.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian


memimpin alunan qasidah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan selesainya acara itu tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada pagi ini. Di kesempatan ini, majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji
Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG dan
tetamu jemputan kita atas kesudian hadir menyerikan
majlis kita hari ini. Bagi pihak penganjur program, saya
Penutup
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
dari pihak kami sepanjang program ini berlangsung.

Majlis dengan ini menjemput Puan Fadzilah Binti Maarof


dan guru-guru penolong kanan untuk mengiringi Tuan
Haji Badaruddin dan tetamu jemputan kita ke bilik makan
guru untuk sedikit jamuan. Dipersilakan.

Disediakan oleh,

(QAMARUL AQRAMIN BIN ROSLI)

Juruacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul,

SK Sungai Udang, Melaka.

You might also like