You are on page 1of 3

KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI

DAN BALIK
SEKOLAH.

1.PENDAHULUAN
Keselamatan diri murid semasa pergi dan balik sekolah memerlukan
perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua
pihak tidak peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan
diri murid pergi dan balik sekolah adalah terbatas. Berikut adalah beberapa
panduan tentang cara selamat sewaktu pergi dan pulang dari sekolah.

A. PERANAN MURID

1. Pastikan kenderaan yang digunakan atau dinaiki selamat .

2. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam


perjalanan pergi dan pulang dari sekolah.

3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

a. Berjalan dalam kumpulan.

b. Ikut jalan yang selamat .

c. Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri .

d. Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali

B. TATACARA MURID

1. Pergi dan balik sekolah dengan menunggang basikal

a. Menunggang basikal di sebelah kiri jalan raya.

b. Ekori kenderaan lain pada jarak yang selamat.

c. Sentiasalah memandang ke hadapan.


d. Awasilah ketika memotong kereta yang berhenti kerana mungkin ada
penumpang yang membuka pintu.

e. Jangan berpaut pada belakang atau tepi kenderaan.

f. Pastikan lampu dalam keadaan baik.

g. Jika menunggang pada waktu malam pakailah pakaian yang membolehkan


pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih
baik.

2.Pergi dan balik dengan menaiki bas atau kereta

a. Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan masih bergerak.

b. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar.

C. Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang lain ketika menaiki atau


turun dari kenderaan.

d. Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual


atau bermain.

e. Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.

f. Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau


berjuntai pada badan kenderaan.

g. Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut-rebut ketika


menaiki kenderaan.

h. Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat.

i. Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas.

j. Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main dalam kenderaan


seperti melambaikan tangan keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berwaspada dengan mematuhi aspek
keselamatan agar terhindar daripada kemalangan dan kejadian jenayah. Setiap
peraturan yang dirangka bertujuan memastikan setiap murid yang pergi dan
pulang dari sekolah sentiasa terjamin keselamatannya. Ingatlah, "Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

You might also like