You are on page 1of 10

A172 VKMC2041 FAMILY DEVELPMENT IV

KUMPULAN B

PENSYARAH : NASROL HADI BIN AHMAD SHUKERI

TAJUK :

Report Bagi Program KLK iaitu ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Batu 9,

(Daya) Kedah Yang Berlangsung Pada 31.3.2018 yang bertemakan ‘ Together with

Bintang Syurga’

AHLI-AHLI KUMPULAN :

Bil NAMA NO MATRIK

1. NURUL ADILAH BT MOHAMAD 245846

2. AINUL AINA BT MOHD NOOR 246019

3. VIDYA A/P KESAVAN 245920

4. NUR ANNIS NADIA BT SHAIFUL HAZRI 244185

5. NURFARHAH NADJIHAH BT MOHD SHARIFF 244185

6. NURIN AMALIA NOORESHAM 244596

7. ANG TEOW MING 247804


1.0 PENGENALAN

Lawatan ke rumah kebajikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-

anak Yatim Batu 9, Kedah(DAYA) merupakan salah satu aktiviti yang

dilaksanakan oleh KO-K Pembangunan Keluarga daripada kumpulan B semester 4

pada 31.3.2018 daripada jam 9 pagi sehingga jam 3 petang. Program ini dianjurkan

oleh KO-K Pembangunan keluarga UUM sebagai salah satu aktiviti dalam KLK

semester 4.

Seramai 54 pelajar daripada pelajar UUM dan semua pelajar daripada rumah

anak yatim DAYA terlibat dalam program ini. Program Get Together with bintang

syurga ini merupakan satu daripada aktiviti kebajikan yang bertujuan untuk

mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar pembangunan keluarga

UUM, staf DAYA dan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim DAYA. Setiap hari

Sabtu sebelum lawatan kami diadakan, kami telah mengadakan mesyuarat

bersama-sama untuk memilih ahli jawatankuasa bagi lawatan ke rumah kebajikan

Anak-anak ini.

Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk

memudahkan perbincangan tentang aktiviti yang diadakan di rumah anak yatim.

Dalam kumpulan tersebut, kami telah membincangkan tentang aktiviti-aktiviti

yang sesuai dilaksanakan di rumah anak yatim tersebut dan kami mengambil

keputusan untuk melakukan beberapa aktiviti seperti senaman, melukis logo dan
bahagikan nama kumpulan kepada anak-anak yatim memandangkan kami adalah

kumpulan pertama yang akan menjalankan aktiviti di sana.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana kerjasama

dan persefahaman dalam kalangan anak yatim tersebut. Kami juga memberikan

pensel warna kepada mereka untuk mewarnai logo mereka bagi melihat kreativiti

anak-anak yatim tersebut.

2.0 OBJEKTIF

Program yang dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah

ditetapkan iaitu :

- Menziarahi rumah anak-anak yatim dan mengeratkan silaturahim antara

peserta dengan anak-anak yatim.

- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing.


3.0 TENTATIF PROGRAM BESERTA ATIVITI YANG DIJALANKAN

7.30 AM : Pelajar berkumpul di Inapan Siswa

8.00 AM : Bergerak ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim(DAYA)

9.00 AM : Tiba di DAYA

9.10 AM : Persembahan dari anak-anak DAYA

9.15 AM : LDK 1

1. Sesi Regangan

2. Agihan warna setiap kumpulan

3. Cipta logo

10.00 AM : LDK 2

1. Negara Bom

2. Ikatan kasih

10.45 AM : LDK 3

1. Ikan terbang

11.30 AM : LDK 4

1. Menara impian

2. Roller coster

12.50 PM : Rehat (Solat dan makan)

2.00 PM : LDK 5
1. Explorace

3.00 PM : Majlis penutup3.30 PM : Bertolak balik ke UUM

Banner program bersama anak


Sebahagian daripada anak DAYA
DAYA

Pemenang tempat pertama aktiviti cipta logo Aktiviti ikan terbang


Hasil aktiviti Menara impian Aktiviti ‘Roller Coster’

Majlis Penutup
Ucapan dari Encik Nasrol

Penyampaian cenderamata
Sesi bergambar
4.0 PENGAJARAN YANG DAPAT SEPANJANG MENJALANKAN

PROGRAM-PROGRAM INI.

1) Dapat mendalami kehidupan anak-anak yatim

Melalui program ini kami dapat mengetahui kehidupan anak anak yatim di

sini yang teratur dan berdisiplin. Kanak-kanak di rumah anak anak yatim ini sangat

berdisiplin, baik, aktif dan mesra. Sebilangan besar daripada mereka masih ceria

dan aktif walaupun tidak tinggal bersama keluarga dan menganggap rakan-rakan

mereka di situ lah keluarga mereka.

Kami semua juga dapat berinteraksi secara dekat dan mesra bersama anak

anak yatim tersebut serta mengetahui kehidupan mereka dan cara pergaulan

mereka sesama sendiri, di mana mereka meletakkan jarak pergaulan di antara

lelaki dan perempuan. Mereka menjaga batas sentuhan dan percakapan. Kanak

kanak perempuan di sini juga sangat pemalu dan sopan, tetepi juga mereka sangat

mesra dan mudah didekati.


2) Mendapat pengalaman baru

Program yang dijalankan dapat memberi pengalaman kepada kami semua

dalam mendalami sedikit sebanyak kehidupan anak-anak yatim di Pertubuhan

Kebajikan Anak-Anak yatim (DAYA). Sebagai contoh, sebilangan besar pelajar

pembangunan keluarga kumpulan B berasa sangat teruja kerana merasai

pengalaman makan di dalam talam buat kali pertama.

Selain itu juga, kami dapat berkongsi permainan baru bersama kanak kanak

di DAYA seperti permainan membina menara yang kukuh, membawa secawan air

menggunakan tali, ‘explore race’ dan lain lain. Pengalaman ini sangat berharga

dan kami sangat bersyukur melihat kanak-kanak di DAYA sangat gembira.

3) Dapat memahami perkembangan kanak kanak di sana.

Kanak –kanak di DAYA sangat aktif dan cepat menerima arahan.

Disebabkan itu, kami perlu menjadi lebih pantas dalam mengendalikan mereka.

Melalui program ini, kami dapat memahami tahap pemahaman kanak kanak ini,

sebilangan besar daripada mereka mudah menerima arahan dan mudah

memahaminya, namun sebilangannya pula agak lambat dan perlukan bimbingan.


Kami dapat membimbing kanak kanak ini mengikut tahap pemahaman

mereka melalui apa yang telah kami belajar sepanjang empat semester dalam ko

kurikulum pembangunan keluarga ini.

4) Dapat berkongsi pengalaman bersama anak anak yatim di sana

Sepanjang program tersebut, kami, perlajar Universiti Utara Malaysia

berkesempatan berkongsi pengalaman kepada mereka tentang kehidupan di

Universiti serta memberi semangat kepada mereka untuk belajar dengan

bersungguh-sungguh. Semasa berinteraksi bersama kanak-kanak ini, kami dapat

merasai kesungguhan anak-anak yatim ini dalam pelajaran mereka.

5) Memberi kesedaran kepada kami .

Program ini tidak dinafikan memberi impak yang besar kepada kami, Secara

umumnya, program ini membuka mata untuk kami lebih bersyukur dengan

kehidupan yang dikurniakan oleh Tuhan. Selain itu juga, program ini menyedarkan

kami untuk tidak mudah mengeluh ketika dilanda konflik dan terus memandang ke

hadapan . Seperti contoh yang ditunjukkan oleh adik adik di pusat kebajikan

DAYA ini, mereka tidak tinggal bersama ibu ayah dan masih mahu berjuang untuk

menjaga manusia yang berjaya pada suatu hari nanti. Semangat mereka memberi

kesedaran kepada kami semua untuk tidak perputus asa dalam apa jua yang

dilakukan.
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, program ini telah berlangsung selama sehari yang

bertempat di Pertubuhan Anak – Anak Yatim Batu 9, Alor Setar, Kedah pada 31

Mac 2018. Program ini bermatlamatkan bagi membina hubungan baik antara

masyarakat luar dan mahasiswa serta mahasiswi. Selain itu, memupuk sifat

kerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan ahli dan melahirkan mahasiswa

yang prihatin tentang masyarakat yang memerlukan. Akhir sekali, adalah untuk

menerapkan nilai – nilai kemasyarakatan dan kekeluargaan serta peribadi mulia

yang sentiasa dijadikan contoh dan tauladan masyarakat luar dan sekaligus

mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa serta mahasiswi dengan masyarakat

luar untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan

perpaduan masyarakat dan negara. Program ini telah menjadi sebuah peluang yang

baik buat mahasiswa dan mahasiswi bagi menimba pengalaman yang unik

sebegini.

You might also like