You are on page 1of 16

Bab 4:Pembiakan

4.7 Pembiakan Tumbuhan


Maksud Pembiakan Tumbuhan
 Seperti benda hidup lain,tumbuhan juga perlu membiak bagi memastikan
kelangsungan spesiesnya.Semua benda hidup akan melalui pertumbuhan
dan akhirnya mati.Mereka perlu digantikan dengan organisma yang
baharu
Mari Kita Belajar
 Mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian bunga
 Mewajarkan proses pendebungan
 Memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan
pembentukan biji benih dan buah pada tumbuhan
 Memerihalkan proses percambahan biji benih
 Menyelesaikan masalah apabila percambahan tidak berlaku
Struktur dan Fungsi Bahagian Bunga
 Pernahkah anda memerhatikan sekuntum bunga dengan teliti.Cuba anda
buang bahagian ranggi bunga. Apakah bahagian-bahagian bunga yang
dapat anda perhatikan.
Struktur Bahagian Bunga
Fungsi Bahagian Pada Bunga
 Stamen : Organ pembiakan bunga jantan
 Pistil : Organ pembiakan bunga betina
 Ranggi : Biasanya berwarna-warni untuk menarik perhatian serangga
serangga dan haiwan
 Sepal : Biasanya berwarna hijau dan berfungsi untuk melindungi bunga
pada peringkat kudup
Pedebungaan

 Terdapat dua jenis bunga, iaitu bunga biseks dan bunga uniseks.
Kebanyakkan bunga ialah biseks kerana mempunyai kedua-dua bahagian
pembiakan jantan (stamen) dan betina (pistil) dalam bunga yang sama.
Bunga uniseks pula tidak lenkap kerana bunga uniseks hanya
mengandungi stamen atau pistil sahaja
Jenis-jenis Bunga
Pendebungaan Sendiri
1. Butir debunga dipindahkan kestigma bunga yang lain tetapi pada pokok
yang sama
2. Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang sama
Pendebungaan Kacuk
1. Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok yang
lain tetapi daripada spesies pokok yang sama
Agen Pendebungaan
 Angin, haiwan dan serangga serta manusia merupakan agen
pendebungaan yang membantu proses pemindahan butir debunga.
1)Haiwan dan Serangga
 Butir bunga biasanya melekat pada paruh atau badan haiwan
 Apabila serangga hinggap di atas bunga untuk menghisap nectar, butir
debunga akan melekat pada kaki dan badan serangga yang berbulu
-Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh haiwan dan serangga :
-Ranggi besar dan berwarna-warni
-Mempunyai nektar dan berbau harum
-Menghasilkan butir debunga yang kasar dan melekit
 Contoh bunga yang didebungakan oleh haiwan dan serangga ialah
durian ‘ rambutan , betik , bunga raya , bunga matahari dan bunga ros
2)Angin
 Butir debunga yang ringan ditiup angina dan sampai ke stigma bunga
 Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh:
 Berwarna putih atau pudar
 Stigma yang panjang dan berbulu
 Butir debunga yang banyak , kecil , licin dan ringan
 Filamen dan stil yang panjang
 Contoh bunga yang didebungakan oleh angina ialah jagung , rumput dan
padi
Proses Persenyawaan
 Selepas pendebungaan , maka proses persenyawaan akan berlaku , iaitu
gamet jantan yang dibawa oleh debunga bercantum dengan gamet
betina di dalam ovul
Proses ringkas persenyawaan gamet jantan
dan gamet betina dalam tumbuhan
Tamat
Sekian , terima kasih. Dari kami Kumpulan Gamma

You might also like