You are on page 1of 10

Kepentingan sumber manusia@model insan

kepada pembangunan sesebuah negara


PENDAHULUAN

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan


pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Sumber
manusia yang berkualiti adalah elemen terpenting dalam memastikan
sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan,
lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang berlandaskan
pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan teknologi.
Pembangunan sesebuah negara itu akan berjaya dalam persekitaran
yang mencabar ini sekiranya sumber manusia yang ada pada negara
tersebut berusaha dengan lebih tekun untuk meninggikan produktiviti,
kecekapan dan daya saing, serta meningkatkan kemampuan inovasi
dan daya kreativiti. Hal yang selalu kita dengar terutamanya di
Malaysia ialah mengenai pembangunan modal insan kerana hal
inilah yang akan menentukan kejayaan dan kegemilangan sesebuah
negara itu pada masa akan datang. Tidak dapat dinafikan lagi tanpa
sumbangan sumber manusia yang berkualiti, agak sukar bagi
sesebuah negara mencapai matlamat yang diinginkan sama ada
dalam pembangunan ekonomi atau pun dalam aspek pembangunan
sosial. Jadi topik yang lebih dititik beratkan dalam perbincangan ini
ialah mengenai sumbangan sumber manusia dalam pembangunan
sosial dan ekonomi sesebuah negara dengan mengambil contoh
Malaysia.

SUMBANGAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN


SOSIAL DAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA

Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada


peningkatan daya saing negara. Bekalan tenaga kerja yang terlatih,
produktif dan komited adalah keperluan utama bagi memastikan
pertumbuhan ekonomi negara berterusan seperti negara lain.
Merujuk kepada Malaysia, kita dapat melihat sumber manusia
berdasarkan pertambahan jumlah penduduk yang ada pada negara
ini sejak dari tahun 2002 hingga 2006. Melalui pertambahan jumlah
penduduk yang sentiasa meningkat di negara ini, ia dapat menjamin
pembangunan negara secara berterusan dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Justeru itu, dapat kita
membuat kesimpulan yang tepat mengenai kadar sumber manusia
yang perlu dan dapat digunakan di negara ini secara optimum.
Sistem pendidikan kita harus mampu memenuhi kehendak komersil
dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya
dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Kepelbagaian
kemahiran, kecemerlangan intelek, ketinggian nilai moral dan
keteguhan jati diri sepatutnya adalah hasil muktamad sistem
pendidikan kita. Kekurangan buruh mahir akan memperlahankan
peralihan Malaysia ke ekonomi yang berdasarkan pengetahuan.
Dalam aspek ekonomi, adalah penting menyediakan sumber
manusia yang berilmu selaras dengan kemajuan negara berasaskan
kemahiran, kreativiti, serta berdaya saing tinggi bagi mencapai
kemajuan negara berasaskan K-ekonomi dan selaras dengan
perkembangan globalisasi. Jadi penggunaan optimum guna tenaga
buruh dan sumber sama ada sumber manusia atau sumber alam
yang sedia ada akan mempercepatkan dan menjayakan matlamat ini.
Pembangunan sumber manusia yang bermatlamatkan kemajuan
negara berasaskan K-ekonomi adalah antara objektif utama
Rancangan Malaysia Ke-9, ianya merupakan langkah-langkah awal
mencapai Wawasan 2020. Untuk mencapai sasaran ini, rancangan,
penelitian dan strategi yang bertepatan ke arah penyediaan sumber
manusia yang berilmu selaras dengan kemajuan negara berasaskan
kemahiran, kreativiti, serta berdaya saing tinggi perlu diadakan.
Apabila matlamat ini dapat dicapai, secara langsung ianya akan
meningkatkan produktiviti dalam negara atau Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) serta taraf hidup atau pendapatan rakyat di
negara ini meningkat . Mengikut perangkaan, lebih kurang 80 peratus
dari sumber pendapatan isi rumah Bumiputera adalah dihasilkan
melalui upah dan gaji. Sementara pendapatan dari milikan harta
hanyalah menyumbang kurang dari 1 peratus (Ismail, 2005).
Berdasarkan guna tenaga yang ada pada Malaysia kini, tidak
mustahil perkara ini dapat dicapai dan ini merupakan antara
sumbangan sumber manusia yang penting dalam pembangunan
sesebuah negara itu . Di sisi lain, ianya meningkatkan mobiliti buruh
yang ada pada negara tersebut. Guna tenaga yang banyak di
sesebuah negara mewujudkan daya saing yang tinggi di kalangan
buruh dan kesannya dapat meningkatkan mobiliti buruh serta tahap
kemahiran dan kecekapan.

Sumber manusia merupakan aset kepada guna tenaga sesebuah


negara. Sumber manusia di sesebuah negara itulah yang akan
memenuhi peluang pekerjaan. Rajah 3 di atas menunjukkan kadar
guna tenaga mengikut industri sektor peringkat primer, sekunder, dan
tertier serta kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia dari
tahun 2004 sehingga suku pertama 2006. Pembangunan ekonomi
yang pesat di Malaysia memerlukan guna tenaga yang banyak dan di
sinilah menerangkan sumbangan sumber manusia sebagai
memenuhi peluang pekerjaan dan guna tenaga dalam industri
pelbagai sektor di negara ini tanpa mengharapkan sumber manusia
atau tenaga kerja dari luar.
Apabila penggunaan sumber manusia secara optimum dipraktikkan
di sesebuah negara, secara langsung ia dapat mengurangkan
pergantungan kepada pekerja asing bagi memenuhi keperluan dalam
industri primer, sekunder dan tertier contohnya sektor perindustrian,
pembinaan, perladangan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung
juga ia akan mengurangkan pengaliran Ringgit (RM) ke luar negara.
Namun amat berbeza dengan keadaannya di Malaysia setakat ini
yang kekurangan sumber manusia (tenaga buruh) dalam pelbagai
sektor terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan dan
perindustrian. Justeru itu, pengambilan pekerja asing terutamanya
dari Indonesia, Bangladesh, India dan Vietnam semakin bertambah
dari tahun ke tahun untuk memenuhi kekurangan dalam sektor
terbabit. Antara faktor utama menyebabkan keter bergantungan
kepada pekerja asing untuk memenuhi kekurangan dalam sektor
terbabit adalah disebabkan sikap rakyat Malaysia yang memilih
pekerjaan dan kemungkinan besar disebabkan gaji yang rendah atau
beratnya sesuatu pekerjaan itu. Lebih buruk lagi apabila sesetengah
golongan lebih rela menganggur dan ini juga antara faktor yang
menerangkan berlakunya sedikit peningkatan kadar pengangguran
dari tahun 2004 sehingga fasa 1 tahun 2006. Walaupun kita tidak
dapat menafikan sumbangan tenaga kerja asing kepada
perkembangan ekonomi dan pembangunan negara ini, namun
kuantiti tenaga kerja asing perlu dikurangkan sedikit demi sedikit
kerana di sebalik kebaikan pengambilan tenaga kerja asing ini
terdapat kesan negatif yang timbul terutamanya dalam bidang sosial
seperti peningkatan kes jenayah, setinggan dan sebagainya. Dalam
konteks ini, kerajaan perlu mewujudkan dasar yang konsisten
mengenai pengambilan pekerja asing. Dengan adanya dasar yang
konsisten, perancangan yang lebih tersusun boleh dilakukan oleh
pihak-pihak yang terlalu bergantung kepada tenaga asing. Pada
masa yang sama, kita perlu menggalakkan penggunaan tenaga kerja
tempatan sepenuhnya dengan memberi peluang kerja
sandaran/sementara kepada suri rumah dan pesara diberi peluang
terus menyumbang mengikut kepakaran masing-masing dan sedikit
sebanyak dapat mengatasi dan mengurangkan kadar dan masalah
pengangguran di kalangan rakyat negara ini.
Sementara itu, pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan tenaga
buruh secara intensif hendaklah bersedia untuk menghadapi
perubahan dalam rancangan jangka panjang yang menjurus kepada
penggunaan jentera untuk mengambil alih tenaga buruh asing yang
banyak dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Oleh
yang demikian, mereka perlulah melengkapkan diri dengan modal
dan pengetahuan secukupnya bagi menghadapi peralihan kepada
penggunaan teknologi tinggi yang lebih mengutamakan tenaga kerja
mahir menggunakan peralatan canggih berteknologi tinggi. Kehadiran
tenaga kerja mahir yang mampu mengendalikan peralatan
berteknologi tinggi sekali gus akan dapat mengurangkan
pergantungan kepada pekerja asing. Bahkan ianya akan
menyemarakkan lagi kajian dan penyelidikan (R&D) untuk mengenal
pasti teknologi baru. Penemuan-penemuan teknologi baru sekali gus
akan meningkatkan imej negara ini di mata dunia. Dalam situasi ini
sudah tentu Malaysia akan menjadi tumpuan dunia untuk
menjalankan proses R&D dan sedikit sebanyak mempercepatkan
dan memperbanyakkan lagi pertumbuhan pusat kajian dan
penyelidikan (R&D) di Malaysia.
Menurut C.F. Ayres dalam bukunya The Theory of Economic Growth,
pendidikan adalah syarat yang paling utama untuk pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Bagi melahirkan generasi masa hadapan
yang berkemahiran, berketerampilan, berilmu dan beretika mulia
yang dapat memenuhi keperluan guna tenaga dalam ekonomi yang
berasaskan pengetahuan serta mewujudkan satu bangsa yang
bersepadu, perkara-perkara berikut perlu dilakukan kepada
pengurusan sumber manusia di negara ini terutamanya dalam sistem
pendidikan seperti memperkasakan sekolah kebangsaan,
memperkukuhkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris,
memantapkan profesion perguruan, meningkatkan kualiti sekolah luar
bandar, menyediakan peluang pendidikan tinggi dan menggalakkan
pendidikan sepanjang hayat, membanteras amalan bibit-bibit
perkauman di kalangan pelajar dan sebagainya (Ismail, 2005). Jadi
modal insan pada sesebuah negara dapat ditingkatkan kualitinya
apabila kemajuan dalam sistem pendidikan dapat dicapai. Sesebuah
masyarakat boleh berdiri sendiri di atas kaki sendiri sebagaimana
Jepun andainya mempunyai tenaga mahir dan terlatih. Jepun sudah
lama mementingkan pendidikan dan mereka menggunakan sumber
yang terhad di negaranya dengan sebaik-baiknya. Jika penduduk
Malaysia boleh mencapai taraf ini, sudah tentu Malaysia merupakan
negara yang paling kaya di dunia. Pada keseluruhan, terdapat
peningkatan dalam penyertaan dalam sistem pendidikan kebangsaan
telah bertambah baik, dengan peningkatan ketara di peringkat
prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta tertiari. Purata
nisbah saiz guru bagi sekolah rendah dan menengah telah
bertambah baik. Oleh sebab itu, pelbagai langkah telah diambil
seperti penggunaan ICT serta meningkatkan kemahiran mengajar.
Dengan berkembangnya sistem pendidikan negara, ia menyumbang
melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan sedikit
sebanyak ia menyumbang kepada kemajuan negara.
Bagi memenuhi permintaan sumber manusia mahir yang meningkat,
seramai 597, 384 pekerja mahir telah dikeluarkan institusi latihan dan
4.8 juta tempat latihan untuk meningkatkan kemahiran telah
disediakan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad dalam
tempoh 1991 hingga 2005. Peluang meningkatkan kemahiran dan
belajar sepanjang hayat juga ditambah melalui penubuhan kolej
komuniti dan universiti terbuka dan hal ini sedikit sebanyak memberi
ruang kepada golongan muda yang tidak dapat meneruskan
pelajaran ke institut pengajian tinggi awam mendapat peluang
pendidikan alternatif bagi meneruskan minat dan mengasah bakat
mereka (RMK Ke-9). Jadi, pertambahan penduduk dan sumber
manusia di sesebuah negara merupakan penyumbang utama kepada
mempercepatkan pertumbuhan institusi pendidikan dan latihan dalam
pelbagai bidang seperti MARA, kolej komuniti dan sebagainya.
Apabila berlakunya peningkatan dalam pendidikan, kualiti hidup juga
bertambah dari segi keperluan-keperluan asas, seperti makanan,
kesihatan, pakaian dan tempat perlindungan. Dalam aspek kesihatan,
sumber manusia yang ada pada negara ini merupakan penentu
kepada kemajuan kerana sesebuah masyarakat tidak boleh maju
tanpa kesihatan yang baik. Selalunya kadar kematian bayi ialah
petunjuk paling baik mencerminkan taraf kesihatan sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, Malaysia boleh dikatakan negara yang
mempunyai taraf kesihatan yang tinggi kerana pengetahuan dalam
kesihatan telah meningkat di kalangan rakyatnya serta banyaknya
kemudahan kesihatan di pelbagai tempat.Apabila taraf kesihatan
telah meningkat, kemajuan dalam sektor ekonomi secara tidak
langsung juga meningkat kerana hanya sumber manusia yang sihat
sahaja mampu menjalankan pembangunan di sesebuah negara.
Kesannya, kualiti hidup di negara ini bertambah baik dengan
peningkatan kadar kesihatan yang baik.
Selain itu, pembangunan dalam pendidikan melahirkan masyarakat
yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang
serta berketerampilan tinggi bukan sahaja dalam aspek ekonomi
tetapi dalam aspek sosial. Hal ini menjurus kepada pemupukan dan
perpaduan kaum di samping meninggikan nilai sosial di Malaysia.
Dalam bidang pendidikan, sekolah kebangsaan memainkan peranan
penting dalam mengeratkan integrasi pelbagai kaum kerana
penyertaan masyarakat berbilang kaum di sekolah-sekolah
kebangsaan seluruh negara sedikit sebanyak menyemai pemahaman
agama dan budaya berlainan kaum. Di institusi pengajian tinggi
awam seperti universiti, pengenalan kursus Hubungan Etnik sedikit
sebanyak membantu pengetahuan mahasiswa dan mahasiswi
mengenai kebudayaan dan adat resam sesuatu kaum selanjutnya
mewujudkan golongan bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Apabila perpaduan kaum wujud, kestabilan dan keamanan
negara akan terjamin. Konsep Islam Hadari yang diperkenalkan pada
tahun 2004 merupakan suatu pendekatan penting kepada rakyat
dalam menggabungkan pencapaian dan kemajuan, di samping
berpegang teguh kepada nilai sejagat dan tuntutan Islam. Apabila
norma-norma ini dapat dihayati dengan baik, maka ia akan
menyemarakkan lagi kehidupan bermasyarakat yang berpegang
teguh kepada nilai sejagat dan tuntutan Islam dan dapat mewujudkan
perpaduan kaum serta menjamin kestabilan politik dan keamanan
negara.
Di samping itu, peningkatan dalam kecekapan dan keberkesanan
dalam sektor awam meyakinkan masyarakat akan keberkesanan
pemerintahan kerajaan sesebuah negara. Jadi konsep sektor awam
yang lebih proaktif dan lebih tertumpu kepada pelanggan menjadi
teras kepada kejayaan ini. Namun beberapa perkara harus diambil
perhatian dalam menjayakannya seperti menjalankan program
pengurusan kualiti, perlaksanaan Piagam Pelanggan, perkhidmatan
kaunter yang cekap, penilaian produktiviti dan prestasi, penggunaan
teknologi yang meluas, pengurusan pengaduan awam yang lebih
cekap dan pemupukan nilai etika serta kerja yang positif (RMK 9,
2006). Meningkatkan produktiviti kerja melalui latihan yang bercorak
kemahiran dan pengetahuan IT di samping menyerapkan budaya
pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja di kalangan pekerja di
sektor awam tetapi juga di sektor swasta.
Dalam aspek ini, maka wujudnya kestabilan politik sesebuah negara
kerana kepercayaan rakyat kepada pemerintah dalam mengurus
pentadbiran negara. Politik yang stabil dan sumber manusia yang
banyak serta berkemahiran akan menarik minat kemasukan modal
asing ke dalam negara. Syarikat dan firma-firma gergasi asing seperti
Toyota, Samsung, Philips, Intel dan Shell ( hanya menyebut
beberapa nama) akan tertarik melabur di Malaysia kerana kestabilan
politik negara ini di samping mempunyai sumber manusia yang mahir
dalam pelbagai bidang. Kita ambil contoh perbandingan Malaysia
dengan China dalam sumber manusia. Kemasukan modal dan
pelaburan asing di Malaysia kemungkinan disebabkan dasar
pemerintah dan sumber manusia yang mempunyai kemahiran yang
tinggi. Berbanding dengan China akibat dasar pemerintahnya
selepas kemasukannya ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) pada tahun 2001 dan membuka pasaran negaranya kepada
pelaburan asing menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang
mendadak sekali. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan di
antaranya ialah faktor sumber manusia iaitu China mempunyai
penduduk yang paling ramai di dunia dan secara langsung
menyediakan guna tenaga buruh yang ramai di samping kos upah
buruh yang murah.
Penduduk atau sumber manusia yang ramai akan meluaskan lagi
pasaran dan meningkatkan kuasa beli di sesebuah negara. Sumber
manusia merupakan aset pasaran sesebuah negara serta sumber
manusia juga merupakan pengguna dalam pasaran ekonomi
sesebuah negara. Contohnya Malaysia yang mempunyai bilangan
penduduk kira-kira 26 juta orang pada tahun 2006 merupakan
pasaran bagi barang dan perkhidmatan yang di keluarkan oleh
sesebuah firma dan kerajaan tempatan atau firma gergasi pelbagai
bangsa dari luar negara. Apabila adanya sumber manusia sebagai
pengguna dan mereka ada kuasa beli, ia seterusnya akan menjadi
penentu kepada kemajuan ekonomi negara itu.
Terdapatnya pasaran yang luas di sesuatu kawasan kerana
mempunyai sumber manusia yang ramai, ia akan menarik pemodal
untuk melabur di kawasan tersebut. Apabila semakin ramai industri
yang masuk, secara tidak langsung ia memajukan kawasan terbabit
dengan pembinaan pelbagai infrastruktur seperti jaringan
pengangkutan, perumahan, kemudahan awam dan sebagainya.
Seterusnya ia dapat mewujudkan aglomerasi ekonomi di kawasan
tersebut. Lembah Klang merupakan salah satu kawasan
perindustrian yang bukan sahaja menyebabkan kemajuan di
kawasan tersebut malah juga mewujudkan aglomerasi ekonomi.
Sumber manusia yang ada di kawasan itu sama ada penduduk asal
atau hasil daripada migrasi telah mewujudkan pasaran yang luas
kerana terdapatnya ramai pengguna di kawasan tersebut.
Seperti yang telah kita ketahui, suatu ketika dahulu sumber manusia
dikatakan sebagai ‘kos’ kepada sesebuah organisasi tetapi
berdasarkan perubahan masa dan anjakan paradigma, ia menukar
sumber manusia sebagai ‘aset’ kepada sesebuah organisasi. Betapa
pentingnya sumber manusia kepada sesebuah organisasi dapat kita
lihat pada pernyataan tersebut. Oleh itu, sumber manusia akan dapat
memajukan sesuatu organisasi yang terlibat meluaskan empayarnya.
Hal ini dapat kita lihat kepada syarikat-syarikat besar atau firma-firma
gergasi dunia seperti Sony (Jepun) dan Samsung firma dari Korea
Selatan (sekadar menyebut beberapa nama) yang mempunyai
cawangan dan rangkaian hampir di seluruh dunia. Kecekapan dalam
sistem pengurusan dan pentadbiran serta peningkatan produktiviti
dan inovasi di kalangan pekerja atau sumber manusia merupakan
faktor penting sebagai aset kejayaan sesebuah organisasi. Nyata
sekali sumber manusia pada firma-firma tersebutlah yang
menentukan kejayaan firma itu pada masa sekarang. Begitu juga
dengan keberkesanan sesebuah kerajaan kerana faktor sumber
manusia yang menguruskannya. Selain dua firma tersebut, kita ambil
contoh Malaysia misalnya, khususnya Petronas iaitu syarikat cari gali
minyak serta Proton iaitu pengeluar kereta nasional, penentu kepada
kejayaan kedua firma milik kerajaan Malaysia ini meluaskan
empayarnya ke luar negara seperti Petronas yang melabur di negara
Timur Tengah adalah disebabkan kecekapan pengurusan,
peningkatan produktiviti, serta penemuan inovasi oleh sumber
manusia yang menguruskan firma-firma ini. Program yang patut
diperluaskan ialah penggunaan E-Dagang di kalangan syarikat-
syarikat Malaysia dalam aktiviti pemasaran mereka untuk bersaing
dengan syarikat antarabangsa yang lain bagi melebarkan empayar
perniagaan. Seterusnya ia bukan sahaja memajukan dan
meningkatkan ekonomi negara tetapi meningkatkan imej negara di
mata dunia. Jadi betapa pentingnya sumber manusia sebagai aset
sesebuah organisasi.
Peningkatan kuantiti sumber manusia di sesebuah negara
menyebabkan peningkatan kadar proses urbanisasi di sesebuah
negara seterusnya memajukan kawasan sekitarnya. Lazimnya
bandar-bandar tumbuh dengan pesat di negara membangun.
Mengikut hitung panjang, penduduk bertambah pada kadar 2.5
peratus setahun di rantau Asia Tenggara ini, sementara bandar-
bandar bertambah pada kadar 5.0 peratus setahun (Norlaily dan
Yusuf, 1982). Proses ini seterusnya menyebabkan perkembangan
proses perbandaran dan pertumbuhan peluang pekerjaan di sesuatu
kawasan. Kuala Lumpur misalnya merupakan contoh yang paling
dekat dengan proses urbanisasi yang pesat akibat kemasukan
sumber manusia dari kawasan lain contohnya perpindahan penduduk
yang mempunyai pendidikan dan kemahiran yang tinggi bukan
sahaja dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, malah dari
kawasan sekitarnya serta dari Sabah dan Sarawak. Hal ini
seterusnya akan mempercepatkan proses urbanisasi Kuala Lumpur
melalui pembinaan kemudahan awam dan infrastruktur, perumahan,
perindustrian dan sebagainya. Dalam konteks proses urbanisasi di
Asia Tenggara termasuk di Malaysia, antara faktor kepada
pengembangan urbanisasi ialah kesan migrasi luar bandar ke
kawasan bandar. Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh faktor
tolakan dari luar bandar seperti kesempitan ladang akibat sistem
pembahagian tanah pusaka dan pemilik tanah mungkin menjualnya
lalu berpindah ke kawasan bandar dengan harapan mencari
pekerjaan di pelbagai sektor yang lebih menguntungkan. Namun
tidak dapat dinafikan terdapat juga faktor lain seperti penduduk luar
bandar yang berpindah ke bandar secara sukarela serta faktor
tarikan di bandar.
PENUTUP
Pembangunan sumber manusia merupakan sesuatu yang harus
dititik beratkan kerana sumber manusia adalah penyumbang atau
aset utama dalam pembangunan sesebuah negara. Dengan kata lain,
sumber manusia merupakan teras kepada pembangunan negara.
Dalam era globalisasi ini, sesebuah negara yang tidak mempunyai
pembangunan sumber manusia akan terus ketinggalan dalam
pelbagai bidang termasuklah dalam bidang ekonomi, sosial, politik
dan sebagainya. Pendidikan memainkan peranan penting untuk
memajukan sumber manusia, oleh itu kemajuan dalam sistem
pendidikan seharusnya menjadi matlamat utama kerana melalui
sistem pendidikan inilah lahirnya sumber manusia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Apabila kemajuan dalam bidang pendidikan
telah di kecapi, istilah negara maju serta Wawasan 2020 bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

You might also like