You are on page 1of 1

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2012/2013

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2012/2013

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kerana sekali lagi kita dapat
bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Tun Aminah kali ke-20 ini.

Saya mewakili pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tun
Aminah mengalu-alukan kehadiran ibubapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20.
Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan
kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang
bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang
mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum
sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak
dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SMK Taman Tun Aminah bagi
melahirkan insan yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih
efektif untuk kecemerlangan murid-murid SMK Taman Tun Aminah. Marilah kita
sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SMK
Taman Tun Aminah selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan
penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan.
Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SMK Taman Tun
Aminah amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan
nanti. Semoga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi
2013/2014 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang
mampu menjana kecemerlangan SMK Taman Tun Aminah. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama serta memohon maaf jika
ada kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

………………………………….
(ONG SHOW CHEER)
Yang Dipertua PIBG
SMK Taman Tun Aminah 2012/2013

You might also like