You are on page 1of 1

Seekor rusa jantan yang berasa sangat dahaga pergi

ke sebatang sungai untuk minum. Semasa minum,


maka terpandanglah oleh rusa jantan akan
bayangnya sendiri di dalam air. Rusa jantan rasa
megah dan bangga apabila melihat tanduknya yang
besar dan cantik tetapi kurang senang melihat
kakinya yang kecil dan kelihatan lemah.
Ketika sedang asyik mengelamun, tiba-tiba
datang seekor singa lalu menerkam rusa. Rusa yang
terkejut melarikan diri dengan sekuat hati. Rusa
meninggalkan singa jauh ke belakang kerana
kekuatan kakinya. Selama kejar-mengejar di kawasan
tanah yang lapang, singa tetap tidak dapat
menangkap rusa.
Apabila rusa melarikan diri ke kawasan semak dan
hutan, tanduknya tersangkut pada ranting-ranting
pokok. Rusa cuba sedaya upaya melepaskan diri
tetapi tidak berjaya sehingga akhirnya rusa ditangkap
oleh singa.
Ketika rusa hampir mati dibaham oleh singa, ia
berkata dalam hatinya, "Malang sungguh nasibku.
Aku sangka kakiku yang kecil ini akan
mengecewakan aku tetapi rupanya tandukku yang
cantik inilah yang membinasakan aku".
Pengajaran : Sesuatu yang sering dipandang rendah
dan hina mungkin lebih berguna daripada sesuatu
yang kita sanjungi.

You might also like