You are on page 1of 1

Pada suatu hari, seekor rusa sedang bermain-main di tepi kolam yang sangat jernih

airnya. Rusa itu berasa gembira apabila terpandang bayang yang terpancul di atas
permukaan air kolam itu. Ia berasa amat bangga melihat rupa yang begitu cantik. Kulit
badan juga kelihatan bersinar.
Rusa itu paling suka akan tanduk yang besar dan cantik. Ia memandang tanduk daripada
pelbagai sudut tanpa berasa jemu. Tiba-tiba, rusa itu ternampak keempat-empat batang
kaki yang kurus seperti kayu. Ia berasa kaki itu sangat hodoh. Rusa itu pun berfikir
dalam hati: Mengapakah Tuhan mengurniakan aku tanduk yang cantik tetapi tidak
memberi kaki yang sepadan dengan tandukku? Memang tidak adil! Aku juga ingin
mempunyai empat batang kaki yang kuat dan cantik!.
Pada masa yang sama, seekor singa yang kebetulan lalu di situ ternampak rusa itu. Singa
itu menghampiri dan ingin membaham rusa itu. Rusa itu amat terkejut lalu terus
melarikan diri dengan keempat-empat batang kaki yang panjang.
Rusa itu terus melompat ke seberang sungai. Namun malang nasib, apabila rusa itu
ingin meredah belukar, tanduknya tersangkut pada dahan pokok. Walaupun rusa itu
cuba sedaya upaya melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Singa itu semakin mendekati
rusa. Air mata rusa jatuh menitis ke kulit badannya yang cantik itu. Dengan penuh
sesal,lalu berkata dalam hati: Rupa-rupanya, hanya kaki yang hodoh berupaya
menyelamatkan aku! Sebaliknya, tanduk yang cantik ini telah menyusahkan aku!.

You might also like