You are on page 1of 44

GAYA KEIBUBAPAAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

SITI NURSHAHIZAN BINTI RAZALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2014
vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
ABSTRAK v
KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1
1. 1 Pendahuluan 1
1. 2 Latar Belakang Masalah 3
1. 3 Penyataan Masalah 6
1. 4 Objektif Kajian 7
1. 5 Persoalan Kajian 7
1. 6 Hipotesis Kajian 8
1. 7 Kepentingan Kajian 8
1. 8 Skop Kajian 10
1. 9 Batasan Kajian 10
1. 10 Kerangka Konsep 11
1. 11 Definisi Istilah 12
1. 12 Kesimpulan 14
vii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15


2.1 Pengenalan 15
2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 15
2.3 Gaya Keibubapaan Mempunyai Pengaruh Besar 16
Ke Atas Kehidupan Anak-anak
2.4 Hubungan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian 20
Akademik Pelajar
2.5 Jenis-Jenis Sekolah 24
2.5.1 Sekolah Di Kawasan Bandar 26
2.5.2 Sekolah Di Luar Bandar 29
2.6 Teori Keibubapaan 32
2.7 Gaya-gaya Keibubapaan 33
2.7.1 Konsep Model Gaya Keibubapaan Baumrind 34
2.7.2 Konsep Maccoby Dan John Martin 37
2.8 Ciri-Ciri Gaya Keibubapaan 41
2.8.1 Ciri-ciri Gaya Autoritatif 41
2.8.2 Ciri-ciri Gaya Autoritarian 42
2.8.3 Ciri-ciri Gaya Permisif 43
2.9 Kesimpulan 44

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN 45


3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 46
3.4 Lokasi Kajian 48
3.5 Instrumentasi Kajian 49
3.5.1 Bahagian I :Maklumat Latar
Belakang Responden 49
3.5.2 Bahagian II : Gaya Keibubapaan 50
3.6 Kajian Rintis 52
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 53
3.8 Prosedur Kajian 55
3.9 Penganalusian Data 59
3.9.1 Statistik Deskriptif 59
viii

3.9.2 Statistik Inferensi 60


3.9.2.1 Skewness dan Kurtosis 60
3.9.2.2 Koefisien Kolerasi Hasil Momen Pearson 60
3.10 Kesimpulan 62

BAB 4 ANALISIS DATA 63


4.1 Pengenalan 63
4.2 Kebolehpercayaan Kajian 64
4.3 Analisis Data 65
4.4 Analisis Bahagian I 66
4.4.1 Jantina 66
4.4.2 Bangsa 67
4.4.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 67
4.5 Analisis Bahagian II : Gaya Keibubapaan 68
4.5.1 Analisis gaya autoritatif yang diamalkan 69
dalam kalangan ibu bapa / penjaga
4.5.2 Analisis gaya autoritarian yang diamalkan 72
dalam kalangan ibu bapa / penjaga
4.5.3 Analisis gaya permisif yang diamalkan dalam 75
kalangan ibu bapa / penjaga
4.5.4 Gaya keibubapaan yang dominan diamalkan 78
oleh ibu bapa / penjaga kepada pelajar
4.5.5 Analisis hubungan di antara gaya keibubapaan 81
dengan pencapaian akademik pelajar
4.6 Kesimpulan 85

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 87


5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan 88
5.2.1 Maklumat Peribadi Responden 89
5.2.2 Sejauhmanakah gaya autoritatif yang diamalkan 90
dalam kalangan ibu bapa/ penjaga
terhadap pelajar?
5.2.3 Sejauhmanakah gaya autoritarian yang 92
ix

diamalkan dalam kalangan ibu bapa


terhadap pelajar?
5.2.4 Sejauh manakah gaya permisif yang diamalkan 95
dalam kalangan ibu bapa/ penjaga
terhadap pelajar?
5.2.5 Apakah gaya keibubapaan yang paling 97
dominan diamalkan oleh ibu bapa/ penjaga
terhadap pelajar?
5.2.6 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 99
gaya autoritatif dan dengan pencapaian
akademik pelajar?
5.2.7 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 100
gaya autoritarian dengan pencapaian
akademik pelajar?
5.2.8 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 101
gaya permisif dengan pencapaian
akademik pelajar?
5.3 Kesimpulan 103
5.4 Cadangan 104
5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 105
5.6 Penutup 106

RUJUKAN 107

LAMPIRAN 117
x

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep 11


Rajah 3.1 : Kerangka Operasi Kajian 55
xi

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 : Populasi dan Sampel Kajian 48


Jadual 3.2 : Ringkasan soal selidik bagi bahagian II 50
Jadual 3.3 : Pembahagian item soalan mengikut konstruk kajian 51
Jadual 3.4 : Skala Likert 51
Jadual 3.5 : Bilangan borang soal selidik yang diedarkan dan 54
dikumpulkan
Jadua. 3.6 : Tahap Kecenderungan Min 56
Jadual 3.7 : Kaedah analisis data 57
Jadual 3.8 : Pekali kolerasi hubungan positif 59
Jadual 3.9 : Pekali kolerasi hubungan negatif 60
Jadual 4.1 : Alpha Cronbach bagi kajian rintis setiap konstruk 64
Jadual 4.2 : Alpha Cronbach bagi setiap konstruk 65
Jadual 4.3 : Bahagian set soal selidik 65
Jadual 4.4 : Bilangan responden mengikut sekolah 66
Jadual 4.5 : Bilangan responden mengikut bangsa 67
Jadual 4.6 : Klasifikasi pencapaian akademik 68
Jadual 4.7 : Pengkelasan pencapaian akademik responden 68
Jadual 4.8 : Bilangan dan susunan item mengikut 69
konstruk gaya keibubapaan
Jadual 4.9 : Skor min bagi gaya autoritatif 70
Jadual 4.10 : Skor min baga gaya autoritatif mengikut sekolah 71
Jadual 4.11 : Skor min bagi gaya autoritarian 73
Jadual 4.12 : Skor min baga gaya autoritarian mengikut sekolah 74
Jadual 4.13 : Skor min bagi gaya permisif yang di amalkan dalam 76
kalangan ibu bapa/ penjaga.
Jadual 4.14 : Skor min baga gaya permisif mengikut sekolah 77
Jadual 4.15 : Skor min bagi gaya keibubapaan 79
xii

Jadual 4.16 : Skor min mengikut kategori pencapaian akademik pelajar 80


Jadual 4.17. : Keputusan bagi ujian normaliti setiap konstruk 81
Jadual 4.18 : Hubungan gaya autoritatif dengan pencapai pelajar 82
Jadual 4.19 : Hubungan gaya autoritarian dengan pencapaian pelajar 83
Jadual 4.20 : Hubungan gaya permisif dengan pencapaian pelajar 84
Jadual 4.21 : Dapatan Kajian bagi persoalan pertama, dua, tiga 85
dan empat
Jadual 4.22 : Dapatan kajian persoalan lima, enam dan tujuh 86
xiii

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gant Projek Sarjana


B Jadual Krejie & Morgan
C Borang Soal Selidik
D Pengesahan Soal Selidik
E Analisis
E1 Analisis Kajian Rintis
E2 Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar
E3 Analisis Demografi
E4 Analisis Skor Min Item
E5 Analisis Ujian Normaliti
E6 Analisis Ujian Kolerasi Pearson
F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian
xiv

SENARAI SINGKATAN

MRSM Maktab Rendah Sains Mara


SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMJKC Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina
SMJKT Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil
IPTA Institusi Pengajian Awam
IPTS Institusi Pengajian Swasta
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPSS Statistical Packages for Science Sosial
RMT Racangan Makanan Tambahan
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
BAB 1

PENGENALAN

1. 1 Pendahuluan

Pencapaian yang baik dalam pelajaran bukan hanya menjadi impian setiap pelajar
malahan ia juga merupakan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka
berjaya. Pelajar yang berjaya juga merupakan aset negara yang akan menerajui
pucuk pimpinan negara pada masa hadapan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan serta infrastruktur di semua sekolah seluruh Malaysia seperti pusat
sumber, bilik bacaan, perpustakaan bergerak dan sebagainya. Kemudahan
sedemikian diwujudkan bagi menggalakkan para pelajar membaca serta
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka agar menjadi insan yang berwawasan.
Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan pinjaman buku teks kepada semua
pelajar, bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah rendah
dan pelbagai bantuan lain bagi menyediakan keselesaan kepada para pelajar
menimba ilmu pengetahuan seterusnya memperolehi pencapaian yang cemerlang
(Royo, 2011). Sudah pasti setiap ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah
dengan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan dapat
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta agama.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa faktor dominan


yang mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu guru, ibu bapa, diri sendiri dan yang
terakhir rakan sebaya (Salleh, 2012). Guru merupakan inspirasi para pelajar untuk
memotivasikan diri agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan (Winkel, 1996).
2

Maka tidak hairanlah sekiranya guru menjadi salah satu faktor yang paling
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar kerana guru merupakan tulang belakang
pelajar yang banyak mengatur strategi dalam pembelajaran mereka. Pihak sekolah
dan guru telah membelanjakan ratusan wang ringgit dengan mengadakan seminar
untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Walaupun pada era globalisasi yang serba
canggih ini dimana maklumat hanya berada di hujung jari, tetapi para pelajar masih
menganggap guru sebagai medium utama bagi mereka memperolehi ilmu
pengetahuan. Selain daripada guru yang dilihat mampu mempengaruhi pencapaian
pelajar, faktor diri sendiri juga turut menyumbang dalam pencapaian akademik para
pelajar. Ini dapat dilihat dari aspek dorongan motivasi guru dan ibu bapa. Manakala
faktor rakan sebaya pula akan terjadi apabila seseorang pelajar itu memperolehi
kejayaan yang dipengaruhi oleh pencapaian rakannya yang lain (Quek, 2006).

Di alam pendidikan ini, ibu bapa juga merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar (Yahaya, 2008). Hal ini jelas kerana ibu bapa memainkan peranan
yang besar dalam pembentukan dan perkembangan anak-anak sejak dari dalam
kandungan lagi sehingga mereka meningkat dewasa. Anak yang baru lahir
merupakan sehelai kain putih yang bersih dan menjadi tugas ibu bapa mereka untuk
mencorakkan mereka dari segi perkembangan personaliti, sahsiah dan peribadi anak
itu (Brahim, 2002). Ini kerana corak perhubungan ibu bapa akan mempengaruhi
tingkah laku anak-anak. Gaya keibubapaan yang diamalkan terhadap anak-anak akan
memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka tanpa mengira status
sosioekonomi mereka (Hill, 2001 ; Jackson, 2002).

Sehubungan dengan itu, ibu bapa merupakan agen utama dalam proses
mensosialisasikan anak-anak mereka. Gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu
bapa terhadap anak-anak mereka secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan dan tingkah lakunya. Dalam usaha membentuk sikap anak-anak, ibu
bapa tidak boleh mengawal sepenuhnya tingkah laku mereka kerana ia boleh
mendatangkan kesan yang negatif kepada kedua-dua belah pihak (Hassim, 2012). Ibu
bapa merupakan role model untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan mengikuti
tabiat serta tingkah laku ibu bapa mereka sekiranya mereka dibesarkan dalam
suasana yang kurang bermoral. Contohnya, ibu bapa yang bersikap negatif seperti
memiliki sifat panas baran, sering mendera anak-anak mereka, mementingkan diri
3

sendiri dan menggunakan kata-kata yang kesat. Ia akan memberi kesan kepada
psikologi anak-anak dan tidak mustahil jika anak-anak itu akan mempunyai sifat-
sifat sedemikian lantaran terpengaruh oleh sikap ibu bapa mereka.

Gaya keibubapaan boleh digambarkan sebagai corak tingkahlaku yang ibu


bapa gunakan untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka. Dalam mengesyorkan
gaya keibubapaan terbaik, Baumrind (1966) telah memperkenalkan model gaya
keibubapaan yang telah dibahagikan kepada tiga jenis gaya iaitu autoritatif,
autoritarian dan permisif. Sementara Maccoby & Martin, (1983) telah
memperkenalkan empat gaya keibubapaan iaitu gaya authoritatif (demokratik), gaya
authoritarian (kawalan), gaya permissive-indulgent (lebih kawalan-ada kebebasan),
dan gaya permissive-neglectful (kurang kawalan-lebih kebebasan). Manakala Azizi
dan Jaafar Sidek (2006) juga mengelaskan empat gaya keibubapaan iaitu autoritatif,
autoritarian, permisif-responsif dan permisif-mengabaikan.

Model Baumrind banyak diaplikasikan dalam kajian-kajian awal kepada


pelajar sekolah. Manakala Maccoby & Martin pula membahagikan gaya keibubapaan
kepada empat gaya. Hakikatnya, empat gaya keibubapaan yang diperkenalkan oleh
Maccoby & Martin merupakan hasil daripada perkembangan Model Keibubapaan
Baumrind. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kajian awal yang
mengaplikasikan Model Baumrind dapat menghubungkaitkan gaya keibubapaan ini
dengan pencapaian akademik pelajar sekolah (Abu Bakar, 2008).

Gaya keibubapaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu autoritatif,


autoritarian, dan permisif. Pembahagian ini akan dibuat berasaskan dua indeks iaitu
mengarah (demandingness) dan indeks responsive (responsiveness) (Baumrind,
1971). Ketiga-tiga gaya keibubapaan Baumrind ini adalah sebagai suatu keadaan di
mana sesetengah ibu bapa bersifat suka mendenda, sementara yang lain suka kepada
ciri-ciri demokratik dan berbincang, dan yang selebihnya pasif dengan tidak memilih
apa-apa pendirian tentang perlakuan anak-anak (Rohaty,1998). Oleh itu, dalam
kajian ini gaya autoritatif, autoritarian dan permisif yang akan dikaji.
4

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dimana negara ini
turut mencontohi negara maju yang lain seperti Jepun dan England yang memerlukan
masyarakat yang berpendidikan. Golongan remaja merupakan aset negara yang
penting dan mempunyai potensi yang besar untuk membawa negara ke tahap yang
lebih cemerlang dan gemilang. Golongan remaja mempunyai keupayaan dari sudut
mental selain memiliki keadaan fizikal yang baik. Walau bagaimanapun, golongan
remaja ini perlu dibentuk dengan baik agar potensi yang wujud dalam diri mereka
dapat direalisasikan atau diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja yang mahir dan
separa mahir. Sekiranya golongan muda ini tidak dijaga dengan baik, mereka
mungkin menjadi faktor peruntuh ketamadunan sesebuah negara (Yahaya, 2008).

Kerosakan generasi muda telah mula dikesan, contoh yang paling ketara ialah
masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Usaha kerajaan
dalam mengatasi masalah ini masih belum berjaya serta dilihat seperti tiada jalan
penamatnya. Oleh yang sedemikian, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan
menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk memberi keselesaan
kepada para pelajar dalam menghadapi sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu,
kerajaan turut menambah bilangan sekolah harian biasa, sekolah kawalan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi
membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia melanjutkan pelajaran.
Bilangan Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) turut ditambah sebagai suatu usaha untuk menggalakkan pengajian bagi
pelajar lepasan SPM selain turut menyediakan kemudahan tawaran pinjaman bagi
mereka yang menghadapi masalah kewangan. Malangnya, kelas-kelas pemulihan
sekolah juvana serta pusat-pusat serenti dipenuhi dengan generasi yang sepatutnya
memenuhi ruang-ruang di sekolah atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta
(Hehsan & Muhamad, 2010). Perkara sedemikian boleh berlaku disebabkan oleh rasa
bosan yang mereka rasakan untuk ke sekolah, tidak merasakan kepentingan
pembelajaran serta mereka tidak menemui kepuasan yang mereka inginkan di rumah
mahupun di sekolah. Setiap kali keputusan peperiksaan awam di umumkan seperti
PMR, SPM dan STPM, terdapat ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang
5

cemerlang. Namun begitu, masih ramai lagi pelajar yang tidak mencapai
kecemerlangan dan terdapat juga pelajar yang gagal.

Sekiranya negara ini ingin bersaing di peringkat antaranbangsa yang setaraf


dengan negara maju, ianya memerlukan tenaga pekerja mahir dan separa mahir.
Kegagalan para pelajar dalam peperiksaan atau pembelajaran amat merugikan negara
dan kegagalan mereka mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa. Ibu bapa merupakan sumber utama dan pertama dalam
proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian anak-anak. Sejak dari lahir
sehingga peringkat perkembangan yang kompleks, cara didikan dalam persekitaran
keluarga telah memberi kesan ke atas fungsi sosial dan moral anak-anak (Gadeyne,
Ghesquiere & Onghena, 2004). Oleh yang demikian, pencapaian akademik para
pelajar pada dasarnya bukan hanya bergantung kepada bagaimana proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan, malahan juga ia bergantung kepada
bagaimana proses keperibadian individu itu terbentuk dan aspek kekeluargaan
diterapkan (Amy, 2000).

Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak juga mempunyai perkaitan


dengan peningkatan kegagalan dalam akademik dan kes juvana seperti mencuri, lari
dari rumah, ponteng sekolah dan bergaduh (Salleh, 1999). Peningkatan kes juvana
dalam kalangan pelajar disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang prihatin dalam
mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama, tidak mengambil berat
tentang pelajaran anak-anak, kawan-kawan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-
anak mereka di luar rumah. Kajian terdahulu menunjukkan sebanyak 617 pesalah
laku yang terdiri daripada golongan remaja di bawah umur 18 tahun terlibat dengan
kes juvana di negeri Johor (Zaini & Ab. Rahman, 2006). Kesibukan ibu bapa dalam
mengejar kemewahan hidup menyebabkan anak-anak kurang diberi perhatian dari
segi pendidikan, kasih sayang dan sebagainya. Walaupun mereka mampu memberi
kemewahan kepada anak-anak, namun anak-anak akan tetap merasa kosong lantaran
kurangnya kasih-sayang daripada ibu bapa mereka.

Gaya keibubapaan yang digunakan oleh ibu bapa akan memberi kesan kepada
tahap pencapaian anak-anak mereka (Woolfolk, 1995). Pembelajaran anak-anak
banyak dibentuk dari pengalaman-pengalaman positif dan negatif yang mereka lalui
bersama ibu bapa. Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang menggunakan model
6

Baumrind sebagai model asuhan dan pendidikan keluarga yang berjaya khususnya
dalam menerangkan pencapaian akademik anak-anak (Chan & Koo, 2010; Othman
& Azman, 2010).

1.3 Penyataan Masalah

Para pelajar seharusnya memperolehi pencapaian yang cemerlang selepas mengikuti


proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu masih terdapat
segelintir pelajar yang gagal. Pencapaian pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
bukan hanya menjadi impian ibu bapa, malahan seluruh masyarakat turut
mengharapkan perkara yang sama. Kejayaan dan kegagalan yang diperolehi para
pelajar sering kali dikaitkan dengan pengaruh guru atau pendidik dan pihak sekolah.
Walau bagaimanapun, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan para pelajar tetapi mereka kurang diberi tumpuan berbanding guru-guru
atau institusi sekolah. Hal ini kerana, kecemerlangan dan kegagalan yang dilalui oleh
para pelajar akan memberi kesan kepada tahap prestasi sekolah sama ada meningkat
atau menurun. Hakikatnya, ibu bapa turut menjadi faktor penting dalam kejayaan
mahupun kegagalan seseorang pelajar,

Kebanyakan pelajar yang bersekolah di asrama menunjukkan prestasi yang


cemerlang jika dibandingkan dengan keputusan pelajar-pelajar di sekolah harian. Hal
ini mungkin terjadi kerana pelajar di asrama banyak menghabiskan masa dengan
rakan-rakan berbanding pelajar di sekolah harian yang menghabiskan masa di rumah
dan banyak di pengaruhi oleh didikan ibu bapa. Memang tidak dinafikan lagi bahawa
ibu bapa merupakan tempat awal bagi seseorang remaja mendapat pendedahan
pembelajaran. Corak keibubapaan yang betul akan membantu seseorang remaja itu
berjaya dalam pelajarannya. Hal ini kerana, terdapat kajian yang membuktikan
bahawa hubungan signifikan gaya keibubapaan yang berbeza mempunyai kaitan
dengan kecemerlangan dan kegagalan pelajar. Kecemerlangan dan kegagalan yang
diperolehi pelajar akan memberi kesan kepada tahap prestasi sesebuah sekolah.
7

Rata-rata kajian awal yang mengaplikasikan model keibubapaan Baumrind


ini menunjukkan pengaruh yang positif terdapat pencapaian pelajar dan agak
tertumpu kepada pelajar sekolah rendah (Elias & Yee, 2006), pelajar tingkatan empat
dan ke bawah (Yahaya, 2005), kanak-kanak khas (Yahaya, 2008) dan ibu bapa
(Azlina, 2007). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti gaya
keibubapaan yang kurang diberi tumpuan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar
tingkatan empat di sekolah menengah harian biasa.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti tiga gaya keibubapaan yang diamalkan dalam kalangan ibu
bapa atau penjaga terhadap pelajar.
ii. Mengenal pasti gaya keibubapaan yang dominan diamalkan oleh ibu bapa
atau penjaga kepada pelajar.
iii. Mengenal pasti hubungan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian
akademik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan bagi kajian ini iaitu:

i. Sejauhmanakah gaya autoritatif yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa


atau penjaga terhadap pelajar?
ii. Sejauhmanakah gaya autoritarian yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa
atau penjaga terhadap pelajar?
iii. Sejauhmanakah gaya permisif yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa atau
penjaga terhadap pelajar?
8

iv. Apakah gaya keibubapaan yang paling dominan diamalkan oleh ibu bapa atau
penjaga terhadap pelajar?
v. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya autoritatif dengan
pencapaian akademik pelajar?
vi. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya autoritarian dengan
pencapaian akademik pelajar?
vii. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya permisif dengan
pencapaian akademik pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

i. Ho1 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritatif dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah.
Ha1 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritatif dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah.
ii. Ho2 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritarian
dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.
Ha2 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritarian dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah.
iii. Ho3 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya permisif dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah.
Ha3 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya permisif dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak berikut dalam


meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Ibu bapa merupakan faktor yang
penting dalam kehidupan dan perkembangan anak-anak. Ini kerana, mereka
memainkan peranan penting dalam kejayaan para pelajar dalam bidang akademik.
9

Hasil kajian ini akan dapat membantu ibu bapa dan para guru menangani masalah
pembelajaran para pelajar. Ibu bapa boleh memanfaatkan hasil kajian ini untuk
menilai gaya keibubapaan yang diamalkan selama ini seterusnya mengubah gaya
yang mereka amalkan agar memenuhi gaya yang paling sesuai untuk membantu
pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga penting
supaya ibu bapa akan melibatkan diri secara langsung dalam masalah pembelajaran
anak-anak.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu para guru dalam
menangani masalah akademik pelajar di sekolah. Dengan ini, para guru akan dapat
membentuk suasana pembelajaran yang merangkumi aspek seperti motivasi dimana
ia dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Di samping itu, apabila hasil
kajian ini menunjukkan secara jelas hubungan antara gaya keibubapaan dengan
pencapaian pelajar, pihak sekolah boleh menekankan lagi kepentingan keterlibatan
ibu bapa dalam masalah pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini akan dapat
membantu pihak sekolah menguruskan masalah akademik para pelajar di sekolah.
Lazimnya, kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dapat meningkatkan
tahap prestasi sesebuah sekolah itu.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu Pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia bagi memperkenalkan sukatan matapelajaran yang mempunyai kaitan
dengan gaya didikan yang sesuai kepada pelajar. Dengan ini, para pelajar akan lebih
bersemangat untuk belajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
akademik mereka. Justeru itu, pihak kementerian boleh menganjurkan seminar khas
berkenaan gaya didikan kepada ibu bapa agar memilih gaya didikan yang relevan
bagi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.

Akhir sekali diharapkan pihak berkuasa dapat menilai kembali faktor-faktor


yang mempengaruhi kecemerlangan para pelajar. Adakah wajar sekiranya beban
tanggungjawab ini difokuskan kepada para guru sahaja. Hakikatnya, gaya didikan
ibu bapa juga turut mempengaruhi tahap pencapaian akademik para pelajar.
Tambahan pula, kerajaan juga wajar menyediakan peruntukan dalam bentuk
kewangan untuk mengadakan program ataupun seminar yang bertujuan menyedarkan
ibu bapa dan para guru tentang pentingnya gaya didikan ibu bapa terhadap
pencapaian anak-anak mereka.
10

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah
sekitar Daerah Batu Pahat Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Mahmood Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent. Keempat-
empat buah sekolah yang dipilih merupakan sekolah menengah harian yang tidak
menyediakan kemudahan asrama. Justifikasi kepada pemilihan akan diterangkan
dalam bab 3. Selain itu, kajian ini tertumpu kepada pengaruh gaya keibubapaan
terhadap pelajar di peringkat sekolah melalui tiga gaya keibubapaan yang disarankan
oleh Model Baumrind iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada gaya didikan ibu bapa, pencapaian akademik
pelajar dan terhad kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di sekitar
Daerah Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan kesedaran bahawa terdapat
beberapa batasan dalam reka bentuk dan instrumen. Berikut adalah batasan-batasan
dalam kajian ini:

i. Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat di empat buah
sekolah menengah di sekitar Batu Pahat sahaja dan sekolah-sekolah ini
dipilih berdasarkan latar belakang dan pencapaian pelajar yang pelbagai.
ii. Maklumat untuk kajian ini diperolehi daripada hasil borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Oleh itu, maklumat yang diperolehi mungkin
banyak bergantung kepada kefahaman responden mengenai kehendak soalan
dan tidak terkawal dari aspek kejujuran mereka dalam menjawab soalan-
soalan tersebut. Beberapa langkah di ambil bagi mengatasi masalah tersebut
seperti keterangan tentang instrumen dan prosedurnya di terangkan secara
lisan atau bertulis kepada para pelajar sebelum menjawab soalan tersebut.
Seterusnya, responden juga di minta untuk menjawab instrumen secara
11

serentak pada masa yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan membawa
pulang borang soal selidik tersebut.

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep kajian ini boleh dirujuk pada rajah 1.1 yang telah dibangunkan
hasil daripada objektif dan pernyataan masalah kajian ini. Rajah 1.1 ini bertujuan
untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai pengaruh gaya keibubapaan
terhadap pencapaian akademik pelajar di empat buah sekolah harian biasa di Daerah
Batu Pahat.

Pelajar tingkatan 4 di
 SMK Tengku Mahmood Iskandar,
 SMK Tun Ismail
 SMK Convent Batu Pahat.
 SMK Seri Medan

Gaya keibubapaan

Gaya Autoritatif Gaya Autoritarian Gaya Permisif

Pencapaian PMR pelajar

Tinggi Sederhana Rendah

Rajah 1.1: Kerangka Konsep


12

1.11 Definisi Istilah

Definisi istilah ini dibuat untuk mentakrifkan serta menerangkan istilah-istilah yang
digunakan dalam membentuk tema kajian. Istilah-istilah ini perlu dijelaskan bagi
memudahkan pemahaman terhadap kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini terdapat
beberapa istilah yang digunakan yang setiap satunya di definisikan seperti berikut:

i. Gaya keibubapaan

Keibubapaan ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak penjagaan asas,


arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Ianya merujuk kepada
keupayaan ibu bapa untuk membimbing atau menuntun anak-anak dalam
membentuk seorang insan yang berjaya dan berguna serta membentuk
keperibadian yang unggul (Razali & Razali, 2013). Dalam kajian ini gaya
keibubapaan merujuk kepada tiga gaya iaitu autoritatif, autoritarian dan
permisif yang dikemukan oleh Braumrind (1966).

ii. Autoritatif

Gaya autoritatif ini merupakan gaya dimana ibu bapa yang mengawal dan
bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Gaya ini lebih bersifat
demokratik yang dapat membentuk anak-anak dengan tingkah laku positif,
(Yahaya & Latif, 2005). Dalam kajian ini autoritatif merujuk kepada gaya
yang di amalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta kesannya
terhadap pencapaian akademik mereka.

iii. Autoritarian

Gaya autoritarian ini bermaksud gaya berkuasa penuh. Ibu bapa yang
mengamalkan gaya asuhan yang bersifat kawalan yang tinggi tetapi kurang
dari segi tanggungjawab (Yahaya & Latif, 2005). Hal ini kerana ibu bapa
mengenakan hukuman dan peraturan kepada anak-anak mereka tanpa
sebarang peluang untuk anak-anak membela diri mereka. Dalam kajian ini
13

autoritarian merujuk kepada gaya didikan yang di amalkan oleh ibu bapa
serta kesannya terhadap pencapaian pelajar.

iv. Permisif

Gaya permisif ini bermaksud gaya yang bertolak ansur. Gaya didikan
permisif ini merujuk kepada ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab,
tetapi lemah dalam kawalan. Hal ini mengakibatkan anak-anak mempunyai
tabiat sering meminta serta terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka,
(Yahaya & Latif, 2005). Selain itu juga, anak-anak akan merasakan ibu bapa
mereka lebih mementingkan urusan mereka berbanding hal anak-anak,
(Santrock, 2004). Kajian ini dilakukan untuk mengetahui pengaruh gaya
permisif yang di amalkan oleh ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.

v. Akademik

Akademik bermaksud perkara yang berkaitan dengan akademik seseorang


pelajar. Seseorang yang mempunyai akademik merupakan seseorang yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Akademik pula memberi
maksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Akademik dalam kajian
ini bermaksud pengetahuan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang di ukur
melalui ujian atau peperiksaan. Dalam aspek kajian ini, akademik difokuskan
kepada pengetahuan yang diperolehi pelajar tingkatan empat di empat buah
sekolah dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mereka yang lalu.

vi. Pencapaian pelajar

Pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah serta penuntut Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Berdasarkan kajian ini pelajar merujuk
kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar Batu Pahat.
Pencapaian ini merujuk kepada kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Tahap pencapaian pula ialah sejauh mana seseorang pelajar itu berjaya dalam
satu-satu peperiksaan. Dalam kajian ini, pencapaian adalah sesuatu keputusan
14

yang di perolehi oleh seseorang pelajar iaitu pelajar tingkatan empat di empat
buah sekolah sekitar Batu Pahat.

1.12 Kesimpulan

Bab ini membincangkan secara menyeluruh mengenai perkara yang hendak dikaji
iaitu pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian yang
digunakan dalam kajian ini. Pengkaji ingin mengkaji mengenai tahap pengamalan
gaya keibubapaan terhadap pelajar. Selain itu, pengkaji juga turut mengkaji tentang
sejauh manakah gaya keibubapaan ini mempengaruhi pencapaian akademik para
pelajar. Pengkaji berharap dapatan kajian ini akan dapat membantu ibu bapa atau
penjaga mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan
prestasi pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian yang mendalam akan
diteruskan dalam penulisan bab 2 dan seterusnya.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan teori-teori keibubapaan terhadap pembelajaran anak-anak


serta kajian-kajian lepas. Selain itu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan gaya
keibubapaan, konsepnya dan sebagainya juga akan disentuh dalam bab ini.
Perbincangan dalam bab ini penting dan akan digunakan untuk perbincangan bab-
bab yang seterusnya. Sebagai contoh, maklumat dalam bab ini akan digunakan bagi
membina item-item dalam instrument iaitu soal selidik. Maklumat yang dibincangan
ini juga akan dijadikan rujukan dalam hasil dapatan kajian dalam bab yang
seterusnya.

2.2 Pencapaian Akademik Pelajar

Pencapaian akademik pelajar adalah penting untuk mengukur sejauh mana


kefahaman seseorang pelajar terhadap subjek-subjek yang telah dipelajari. Ianya
diukur melalui ujian, dimana ujian pencapaian mengandungi set rangsangan yang
mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang yang khusus (Mohd
Majid, 1998). Set rangsangan ujian digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar
dalam bidang tertentu. Sehubungan dengan itu, pencapaian akademik pelajar yang
16

akan digunakan dalam kajian ini adalah pencapaian mereka dalam subjek-subjek
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah mereka duduki.
Keputusan peperiksaan mereka dianalisis mengikut gred pencapaian yang ditentukan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LMP). Manakala pencapaian pula dikaitkan
dengan prestasi akademik dalam peperiksaan yang dikelolakan oleh LPM. Bagi
kajian ini, pencapaian akademik pelajar diskopkan kepada sejumlah pelajar yang
telah diselaraskan mengikut piawaian sekolah iaitu kumpulan cemerlang, sederhana
dan lemah dari segi akademik.

Sebanyak 3, 948 calon PMR di negeri Johor berjaya memperoleh Gred A


dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 3,916 calon pada tahun 2012.
Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A.Ghani berkata daripada jumlah itu 432 calon
memperolehi 9A, 3, 146 calon memperolehi 8A, 355 calon 7A, 14 calon 6A dan
manakala seorang calon memperoleh 5A (Jabatan Pendidikan Negeri Johor, 2013).

2.3 Pengaruh Ke Atas Kehidupan Anak-Anak

Satu kajian yang telah dibuat ke atas budaya barat menyatakan bahawa gaya
keibubapaan yang bersesuaian dengan anak-anak akan menjadikan mereka lebih baik
dan kurang bermasalah seperti kurang agresif. Tambahan pula, anak-anak yang
kurang bermasalah serta mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi adalah
disebabkan oleh gaya keibubapaan autoritatif manakala gaya permisif boleh
mengakibatkan anak-anak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan
mengalami masalah kemurungan serta terjebak dengan masalah sosial (Rossman &
Rea, 2005). Sebaliknya, suatu kajian yang telah dibuat di Asia menunjukkan bahawa
tingkah laku agresif yang tinggi, kecekapan sosial yang rendah dan pencapaian
akademik berkait rapat dengan gaya authoritarian, (Chen, Dong & Zhou, 1997).
Gaya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak
dimana ia mampu mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Kajian telah membuktikan bahawa ibu bapa yang berwibawa berupaya


menggalakkan kejayaan pelajar di sekolah (Strage & Brandt, 1999). Berdasarkan
fakta tersebut, dapat disimpulkan bahawa gred pencapaian pelajar yang tinggi adalah
17

disebabkan oleh pengamalan gaya autoritatif yang tinggi oleh ibu bapa mereka
manakala pelajar yang terjebak dengan gejala sosial seperti pengambilan alkohol dan
dadah dikaitkan dengan gaya permisif yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak (Cohen & Rice, 1997). Tambahan pula, interaksi yang
berkesan antara ibu bapa atau penjaga dengan anak, akan mewujukan hubungan
kemesraan antara mereka. Ia juga merupaka faktor kecemerlangan anak-anak dalam
bidang akademik. Beberapa kajian oleh penyelidik-penyelidik lepas menunjukkan
terdapat perkaitan di antara komunikasi yang tidak berkesan di antara ibu bapa dan
anak remaja dengan skizoprenia, tingkah laku agresif, pencapaian akademik yang
rendah, masalah kebolehan sosial, kesukaran individu, tingkah laku bunuh diri,
simptom depresif, dan rendah penghargaan kendiri (Reed & Dubow 1997). Selain itu
juga, corak interaksi antara ibu dan anak akan mempengaruhi kecekapan sosial
kanak-kanak tersebut. Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka
memberi implikasi berpanjangan kepada perkembangan emosi anak-anak mereka
(Sheran, 1999).

Apabila seseorang pelajar itu mendapat kepuasan dalam hidup dan selesa
dengan layanan yang diterima, mereka akan merasa dihargai dan secara tidak
langsung dapat mengurangkan tahap kemurungan mereka. Namun tidak semua
pencapaian pelajar mempunyai kaitan yang rapat dengan gaya autoritatif yang di
amalkan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana masih terdapat ibu bapa
yang mengamalkan gaya autoritatif dalam mendidik anak-anak mereka namun anak-
anak mereka tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam pencapaian akademik
manakala sesetengah ibu bapa yang mengamalkan gaya authoritarian mampu
meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka (Silva, et al., 2007). Fakta
tersebut bercanggah dengan sesetengah kajian yang menunjukkan bahawa gaya
autoritatif oleh ibu bapa dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Nyorko, 2011).
Terdapat banyak kajian awal yang telah membuktikan bahawa gaya yang digunakan
oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik
anak-anak mereka. Tambahan pula, penglibatan bapa dalam pengurusan anak-anak
di rumah juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak di sekolah
(Kazmi, et al., 2011).

Gaya keibubapaan yang diamalkan adalah berbeza mengikut budaya. Kajian


ke atas pelajar cina menunjukkan bahawa punca kegagalan pelajar adalah disebabkan
18

oleh kurangnya sikap tanggungjawab dalam diri ibu bapa serta perselisihan faham
antara mereka (Shek, Lee, & Chan, 1998). Hal ini kerana, hubungan yang positif
antara ibu bapa dengan anak-anak akan memberikan keselesaan kepada kehidupan
anak-anak serta boleh meningkatkan pencapaian mereka di sekolah. Hubungan yang
positif ini juga akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu
kepada anak-anak serta ibu bapa. Anak-anak yang mempunyai konflik dengan ibu
bapa mereka akan mengalami kemurungan serta sentiasa memberontak. Jalan yang
terbaik untuk menangani konflik antara ibu bapa dan anak-anak ialah dengan
berbincang sesama mereka bagi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan salah
faham yang telah terjadi (Sapora Sipon, 2007). Perbincangan yang dilakukan
mestilah menggunakan situasi menang menang agar kedua-dua belah pihak berpuas
hati.

Selain itu, keadaan persekitaran juga mempengaruhi pengamalan gaya


keibubapaan dalam kalangan ibu bapa terhadap anak-anak (Shahrul, et al., 2008).
Justeru itu, terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak seperti menggunakan pendekatan psikologi dalam mendidik
anak-anak yang sedang membesar (Sapora Sipon, 2007). Berikut merupakan antara
langkah-langkah dalam mendidik anak yang sedang membesar :

i. Pemberian Kasih Sayang Sejati

Kasih sayang yang ikhlas dan sejati daripada ibu bapa atau keluarga akan melahirkan
kanak-kanak yang berperasaan selamat, sentiasa merasa disayangi dan tidak bersifat
mengkritik. Tambahan pula, kanak-kanak yang dibesarkan dengan penuh kasih
sayang akan membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan mereka dengan
sempurna seterusnya kanak-kanak akan memasuki alam remaja dengan baik.

Kasih sayang ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu berterusan
dan tidak bersyarat. Kasih sayang yang tidak bersyarat ialah kasih sayang yang diberi
walaupun kanak-kanak tersebut telah berkelakuan kurang menyenangkan. Hal ini
demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa itu amat penting lebih-lebih lagi
ketika anak berada di dalam kesusahan. Contohnya, ketika anak-anak mereka
berdepan dengan masalah, ibu bapa perlu ada di sisi mereka untuk mendengar
masalah mereka serta memberi kata-kata semangat kepada mereka.
19

ii. Memperuntukan Masa Bersama-sama

Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka di rumah
merupakan saat yang amat berharga. Ibu bapa sewajarnya meluangkan seberapa
banyak masa bersama anak-anak seperti beriadah bersama-sama, bergotong-royong
mengemaskan rumah serta saling berkongsi cerita serta masalah agar tiada jurang
yang wujud antara ibu bapa dan anak-anak.

iii. Disiplin Yang Kukuh

Disiplin merupakan suatu panduan serta peraturan yang mengikat tingkah laku
seseorang. Disiplin yang kukuh dalam sistem kekeluargaan adalah penting terutama
dalam mendidik golongan remaja. Ibu bapa tidak boleh terlalu memanjakan anak-
anak mereka kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada sikap anak-anak
mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mendisiplinkan anak-anak supaya
apabila mereka telah dewasa kelak, mereka akan menjadi insan yang berdisiplin serta
patuh kepada peraturan dan undang-undang. Disiplin yang dilaksanakan di rumah
haruslah disiplin yang bersifat positif (Asmah Bee, 1994). Contohnya, ibu bapa
haruslah menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dalam mendidik anak-anak
serta menyelitkan sedikit ketegasan tanpa menggunakan kata-kata yang kesat. Selain
itu, pastikan anak-anak memahami tujuan peraturan-peraturan yang ditetapkan di
rumah agar mereka dapat mematuhinya tanpa perasaan terpaksa.

Hal ini demikian kerana anak-anak pada masa sekarang adalah berbeza
dengan anak-anak pada masa dahulu, di mana mereka lebih bijak, pintar dan kreatif.
Ibu bapa perlu bertindak dengan bersifat autoritatif dan tegas kepada anak-anak.
Sifat-sifat tegas dan autoritatif penting supaya anak-anak menghormati peraturan
yang telah ditetapkan serta boleh mematuhinya.
20

iv. Didikan Yang Betul

Pepatah Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini jelas
menunjukkan bahawa untuk menjadikan anak-anak yang berguna, mereka perlu
dididik sejak kecil lagi. Jika anak-anak telah didedahkan dengan nilai-nilai murni
sejak kecil, tentu mereka akan terbiasa dengan nilai-nilai tersebut serta akan
mempraktikkannya ketika dewasa kelak. Cara didikan secara demokratik oleh ibu
bapa adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja.

v. Layanan Yang Mesra

Layanan yang mesra antara ahli keluarga terutama ibu bapa dengan anak-anak akan
menyebabkan mereka merasa disayangi dan diperlukan. Suasana kekeluargaan yang
harmoni mampu melahirkan insan yang berguna serta berjaya dalam kehidupan.
Kegagalan mewujudkan kemesraan dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi
psikologi anak-anak dimana mereka akan merasa tidak selesa di rumah serta sering
memberontak. Hal ini pasti akan menjejaskan nilai kendiri anak-anak.

2.4 Hubungan Gaya Keibubapaan dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Terdapat tiga gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa dimana gaya-gaya
tersebut akan mempengaruhi tingkah-laku anak-anak mereka. Ketiga-tiga gaya ini
adalah berbeza dan seterusnya akan memberi kesan yang berbeza juga terhadap
tingkah-laku anak-anak mengikut gaya yang di amalkan oleh ibu bapa. Tiga jenis
gaya keibubapaan yang dimaksudkan adalah autoritatif, authoritarian dan permisif.
Kemahiran keibubapaan adalah wajar dilaksanakan dalam sesebuah institusi
kekeluargaan (Noordin, 2005). Kajian yang telah beliau jalankan terhadap 72 orang
pelajar yang telah dipilih secara rawak di tiga buah sekolah menengah di Johor
Bharu menunjukkan bahawa ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran asas dalam
mendidik akan menghadapi risiko anak-anak mereka terjebak dengan pelbagai
masalah sosial seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta
21

mengamalkan seks bebas dimana ia akan mengakibatkan kemerosotan pencapaian


pelajar.

Anak-anak sering menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model serta
inspirasi mereka untuk berjaya dalam bidang akademik seterusnya melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. (Candis, 2003). Galakan dan nasihat yang
diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka tentang pentingnya pelajaran akan
menaikkan semangat mereka untuk menjadi insan yang berguna serta berjaya dalam
pelajaran. Umum mengetahui, pendidikan asas anak-anak bermula dari ibu bapa itu
sendiri yang mendidik mereka sejak kecil sehingga mereka melangkah kealam
persekolahan. Justeru itu, gaya didikan ibu bapa memainkan peranan yang penting
serta menjadi asas dalam mendorong kejayaan pelajar di sekolah. Pernyataan ini
selari dengan kajian yang telah dilakukan dimana keluarga merupakan asas kepada
pendidikan yang kukuh (Besharat, Azizi, & Poursharifi, 2011).

Gaya keibubapaan seperti autoritatif, authoritarian dan permisif sangat


penting dalam menentukan pencapaian pelajar-pelajar selari dengan matlamat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Houtenville & Conway, 2008). Penglibatan ibu
bapa secara langsung memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial
dan kejayaan akademik pelajar. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting
dalam membentuk keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna sejak di
peringkat bayi hingga ke peringkat mereka memasuki alam universiti (Ibrahim,
2002). Cara didikan yang sempurna dan asuhan yang betul daripada ibu bapa akan
membuatkan anak-anak menjadi rapat dengan mereka. Gaya keibubapaan yang betul
dalam mendidik anak-anak adalah penting dalam kehidupan anak-anak kerana
mereka akan merasa disayangi serta menyedari bahawa terdapat insan yang
mengambil berat dengan kehidupan mereka selama ini.

Faktor utama dalam menggalakkan anak-anak mencuba adalah daripada


didikan ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak
(Marchant, 2001). Ibu bapa yang mampu mewujudkan keadaan yang selesa untuk
anak-anak belajar di rumah tanpa banyak gangguan akan memberi kesan yang positif
terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya
autoritatif terhadap anak-anak dalam membantu anak-anak menyelesaikan tugasan di
rumah adalah dengan mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap
22

tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak serta menyemak tugasan
yang telah diselesaikan oleh anak (Knollman, et al., 2007). Gaya yang diamalkan
oleh ibu bapa ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak-
anak.

Ibu bapa yang sering menemani anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah
yang diberi serta mengetahui apa yang anak-anak mereka belajar di sekolah akan
dapat membantu meningkatkan pencapaian mata pelajaran anak-anak mereka
(Houtenville, et al. 2008). Namun, ibu bapa yang menyediakan segala keperluan
anak-anak tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian anak-anak (Muhamad,
1999). Ibu bapa juga seharusnya mengetahui bagaimana untuk memantau,
menyokong dan membuat perbincangan dengan anak-anak semasa di rumah.

Sehubungan dengan itu, kajian kes mengenai keciciran pelajar di sekolah


menengah (BPPDP, 2003) telah menggariskan beberapa sikap negatif ibu bapa atau
keluarga terhadap pendidikan anak-anak. Ini termasuklah ibu bapa yang kurang
mengambil berat terhadap pendidikan anak mereka serta ibu bapa yang kurang
kesedaran tentang pentingnya pendidikan kepada anak. Selain itu, terdapat ibu bapa
yang lebih suka anak-anak mereka bekerja di usia remaja berbanding meneruskan
persekolahan mereka. Kebanyakan pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang
memperolehi pencapaian yang rendah adalah mereka yang berasal daripada keluarga
yang kurang memberi sokongan terhadap pendidikan dan kurang mengawasi
kemajuan anak-anak. Walaupun terdapat ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya
mereka, namun mereka seharusnya mengambil tahu tentang pembangunan fizikal,
kognitif, sosial dan emosi anak-anak mereka tetapi masih wujud segelintir ibu bapa
yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka kepada
pihak sekolah (Besharat, Azizi, & Poursharifi, 2011). Malangnya, masih terdapat ibu
bapa yang sering tidak menghadirkan diri untuk mengambil rekod kemajuan pelajar
dan kurang melibatkan diri dalam Persatuan Ibu bapa da Guru (PIBG).

Berdasarkan model Baumrind, perbezaan gaya keibubapaan yang dpraktikkan


mampu memberi kesan dalam pencapaian akademik anak-anak. Gaya autoritatif akan
memberi kesan yang positif ke atas proses pembelajaran dan pembentukan
keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar. Manakala gaya autoritarian dan
permisif pula dianggap membawa kesan pasif, kelonggaran dan tekanan yang
23

menjejaskan prestasi akademik. Beberapa kajian lepas yang menggunakan gaya


keibubapaan Baumrind telah berjaya khususnya dalam menerangkan pencapaian
akademik. Sebagai contoh, gaya autoritatif yang diamalkan oleh ibu bapa telah
menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi pelajar yang merangkumi
pencapaian, rekod disiplin dan tingkah laku mereka di sekolah ( Jeynes, 2007).
Seterusnya, terdapat juga kajian lepas yang menegaskan bahawa gaya keibubapaan
autoritatif memberi kesan yang positif ke atas skor akademik pelajar berbanding
gaya autoritarian dan permisif (Ang & Goh, 2006). Maka dapat disimpulkan bahawa
perbezaan gaya keibubapaan yang diamalkan telah menyebabkan purata markah
kumulatif pelajar berbeza secara signifikan.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa penglibatan ibu


bapa sangat penting dalam mempertingkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar di
sekolah sehingga setiap keluarga disarankan supaya mengamalkan gaya autoritatif
dalam persekitaran keluarga (Jewrell, 2008). Walaubagaimanapun, kajian yang
menggunakan model keibubapaan Baumrid yang dijalankan di Malaysia mendapati
bahawa gaya keibubapaan permisif, autoritarian dan autoritatif tidak berkolerasi
positif dan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah (Elias &
Yee, 2009). Kajian yang dilakukan di Slovania pula menunjukkan bahawa ibu bapa
yang memberi sokongan serta menyimpan harapan yang tinggi terhadap anak mereka
akan mengakibatkan mereka merasa tertekan sehingga menyebabkan penurunan
dalam pencapaian akademik mereka (Levpuscek & Zupancic, 2009).

Beberapa kajian lain terhadap mereka yang mengamalkan gaya keibubapaan


dalam masyarakat silang budaya seperti kaum Cina dan masyarakat Korea
menunjukkan hasil yang bercanggah dengan model Baumrind apabila kepelbagaian
gaya keibubaapan tidak memberi kesan yang negatif ke atas pencapaian akademik
pelajar. Kajian yang dilakukan terhadap masyarakat cina mendapati bahawa gaya
autoritarian lebih menonjol tetapi pencapaian pelajar adalah positif. (Leung, Lau &
Lam, 1998). Walaupun berlaku sedikit percanggahan dalam beberapa kajian lepas
mengenai gaya keibubapaan yang diamalkan serta kesannya terhadap pencapaian
pelajar namun hipotesis Baumrind yang menyarankan agar gaya keibubapaan
autoritatif sebagai model ikutan tetap tidak dapat disangkal lagi.
24

2.5 Jenis-Jenis Sekolah

Sekolah merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadi gedung ilmu bagi semua
masyarakat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kerajaan
telah memperuntukkan pelbagai jenis sekolah yang menggunakan konsep yang
berbeza bagi mempertingkatkan sistem pendidikan sedia ada. Di Malaysia, terdapat
pelbagai jenis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada
(KSSR, 2011). Antara jenis-jenis sekolah adalah seperti berikut:

i. Sekolah Menengah Harian Biasa


Sekolah menengah harian biasa bertujuan untuk menyediakan hak pendidikan
yang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia.

ii. Sekolah Menengah Harian Agama


Sekolah ini memfokuskan kepada pendidikan yang berteraskan ajaran islam
dan pada masa yang sama juga turut menitikberatkan kecemerlangan dalam
subjek-subjek asas lain.

iii. Sekolah Maktab Rendan Sains Mara (MRSM)


Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis
Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat
MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.

iv. Sekolah Berasrama Penuh


Sekolah menengah perdana ini dikhaskan untuk memberi peluang kepada
pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di
dalam UPSR dan PMR. Semua sekolah berasrama penuh ini adalah sama dan
terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

v. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Sekolah jenis ini ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,
identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini juga bertindak sebagai penanda aras dalam soal
107

RUJUKAN

Abar, B., Carter, K. L. &Winsler, A. (2009).The effects of maternal parenting style


and Adolescents. American Journal of Orthopsychiatry, 76 (4), 503–511.

Ang, R.P. &Goh, D.H. (2006). Authoritarian Parenting Style in Asian Societies: A
Cluster-Analytic Investigation. Contemporary Family Therapy, 28(1), 131-
151.

Amy, LohSiew Mei (2000).


HubunganAntaraAmalanKekeluargaanDenganMasalahSosial Di
KalanganPelajarPusatPengajianSainsTulen USM, Pulau Pinang.
UniversitiTeknologi Malaysia Skudai.

Assadi, S., Zokaei, N., Kaviani, H., Mohammadi, M., Ghaeli, P., Gohari, M. & Van
De Vijver, F. (2007). Effect of Socio-cultural Context and Parenting Style on
Scholastic Achievement Among Iranian Adolescents. Social Development,
16(1), 169–180.

Abd Rashid, A. R., Hussin, S., & Hassan, C. H. (2006).Krisis Dan


KonflikInstitusiKeluarga (pp 13-31). Kuala Lumpur: Utusan Publications
Sdn. Bhd. Farrant, J.S. (1981). Prinsip Dan AmaliPendidikan: ( CetakKedua).
Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.

Abdul Ghafar, M.N. (2003). “PenyelidikanPendidikan”. Skudai:


UniversitiTeknologi Malaysia.

Abu Bakar, A. (2008). HubunganPolaKomunikasiKeluargaDengan Gaya


Keibubapaan Dan KejelekitanDalamKeluarga.Selangor.Tesis Master
(tidakterbit), Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Arseneault, L., Kim-Cohen, J., Taylor, A., Caspi, A., &Moffit, T. E. (2005)
Psychometric evaluation of 5- and 7-year-old children’s self-reports of
conduct problems. Journal of Abnormal Child Psychology, 35, 537-550.
108

Bibi, F., Chaudhry, A. G., Awan, E. A., & Tariq, B. (2013). Contribution of
Parenting Style in life domain of Children, 12(2), 91–95.

Besharat, M. A., Azizi, K., & Poursharifi, H. (2011). The relationship between
parenting styles and children’s academic achievement in a sample of Iranian
families. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 15, 1280–1283.
doi:10.1016/j.sbspro.2011.03.277

Baumrind, D. (1966). Effects of Authoritative Parental Control on Child Behavior,


Child Development, 37(4), 887-907.ISSN: 0009-3920. doi: 10.2307/1126611.

Baumrind, D. (1968). Authoritarian vs Authoritative Parental Control


Adolescence.Halaman 131-141.

Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developmental


Psychology Monographs, 4,part 2.

Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and


substance use. Journal Of Early Adolescence, 11(1), 56-95.

Berg, B. (2011). The Effects of Parenting Styles on a Preschool Aged Child’s Social
Emotional Development.The Graduate School, University of Wisconsin-
Stout. Retrieved from http: // www2 .uwstout. edu/ content/ lib/ thesis/
2011/2011bergb.pdf

Boyd, D. & Bee, H. (2002).Lifespan Development, 4th ed. Boston: Pearson


education

Candis, Y.H. (2003). The HeEnviroment of Gified Puerto Rican Children.Diperoleh


Mac 3 2008,
daripadahttp://www.ncela.gwu.edu/ncbepubs/symposia/third.html.

Chan, T. W., & Koo, A. (2011).Parenting Style and Youth Outcomes in the UK.
European Sociological Review, 27(3), 385-399. ISSN: 0266-7215. doi:
10.1093/esr/jcq013

Chua, Y.P. (2006). “KaedahPenyelidikan: KaedahdanStatistikPenyelidikan”. Vol 2.


Kuala Lumpur: McGraw Hill.
109

Che Noh, C. H.
(2007).Hubungankeluargadariaspekkomunikasidangayakeibubapaan.JurnalK
emanusiaan, 8, 45- 57.

Chen, X., Dong, Q., & Zhou, H. (1997).Authoritative and authoritarian parenting
practices and social and school performance in Chinese
children.International Journal of Behavioral Development, 21(4), 855–873.
Abstract
retrieved from
http://connection.ebscohost.com/c/articles/7613707/authoritative-au
horitarian-parenting-practices-social-school-performance-chinese-children

Cohen, D. A., & Rice, J. (1997). Parenting styles, adolescent substance use, and
academic achievement. Journal of Drug Education, 27(2), 199-211.ISSN:
0047-2379.doi: 10.2190/QPQQ-6Q1G-UFD-5UTJ

Crawford J.S. (2003). Parental and Temperamental Influence on Early Development


of Attention and Language. D. Ed. Pacific Graduate School of Psychology,
California, USA.

Danny, N. (2007).The Pros and Cons of Permissive Parenting.Retrieved Oct.


10,2011 from: Helium http//:www.helium.com.

Darling, N. (2002). Parenting Style and Its Correlates, 7469(217).Clearing house on


Elementary and Early Childhood Education. Retrieved from http: //ecap. crc.
illinois. edu/ eecearchive/digests/1999/darlin99.pdf.

Deemer S.A. (2004). Classroom Goal Orientation in High School Classroom:


Revealing link with Teacher Beliefs and Classroom Environment.
Educational Research vol. 146, no. 1, Spring 2004.

Dwairy, M., Achoui.M., Abouserie, R., Farah, A., Ghazali, I., Fayad, M. & Khan,
H.K. 2006. Parenting Styles In Arab Societies: A First Cross-Regional
Research Study. Journal of Cross Cultural Psychology, 37 (3), 1-18.

Eu, Kwee Guan (2002). TahapMotivasiKeluargaDalamKonteksPendidikan Formal


Anak-AnakMereka: SatuTinjauan Di KalanganKeluargaBahagia Di Daerah
110

Muar, Johor.

Emanel, Mason, J., Brumble, J., & William, J. (1997). Research in Education and
the Behavioral Sciences, Concepts and Methods, Brown & Benchmark
Publishers, London.

Elias, H. & Yee, T. H. (2009). Relationship between Perceived Paternal and


Maternal Parenting Style and Student Academic Achievementin Selected
Secondary School. European Journal of Social Science, 9(2). Akses atas
talian, 30 Oktober 2011 di http://www.eurojournals.com/ejss_9_2_01.pdf

Fridenberg and Lewis (2004).Adolescent least able to cope: How do they response to
stress. British Journal of Guidance and Counselling, vol.32, no. 1.

Gadeyne, E., Ghesquiere, P. &Onghena, P. (2004).Longitudinal relations between


parenting and child adjustment in young children. Journal of Clinical Child
and Adolescent Psychology, 22, 347-358.

Hassim, S., Chua Chu, T., Abdul Majid, R., MohdJelas, Z., &MdYusof, H. M.
(2012).PerkembanganKecerdasanEmosiKanak-
kanakPrasekolahBermasalahPendengaran:
ImplikasinyaTerhadapPenglibatanIbuBapa.137-142

Hehsan.A., (2010).TahapDisiplinPelajarSekolahMasaKini: SatuKajian di


MaahadAhmadi Tanah Merah.UniversitiTeknologi Malaysia.

Hill, N. E. (2001). Parenting and academic socialization as they relate to school


readiness: The roles of ethnicity and family income, Journal of Educational
Psychology, 93(4), 686-697.

Hickman, G. &Crossland, G. (2005).The Predictive Nature of Humor, Authoritative


Parenting Style, and Academic Achievement on Indices of Initial Adjustment
and Commitment to College among College Freshmen.Aksesatastalian, 24
Oktober 2011 dihttp://baywoodmetapress.com/app/home/contribution.asp?

Hoeve, M., Dubas, J., Eichelsheim, V., Laan, P., Smeenk, W. &Gerris, J. (2009). The
Relationship Between Parenting and Delinquency : A Meta-analysis. Journal
111

of Abnormal Child Psychology, 37, 749-775.

Houtenville, A., & Conway, K. (2008).Parental effort, school resources, and student
achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453.

Hussain, S., &Munaf, S. (2012).Perceived father acceptance-rejection in childhood


and psychological adjustment in adulthood.International Journal of Business
and Social Science. 3(1), 149-156. Retrieved from http: // www. ijbssnet.
com/ journals/ Vol_3_No_1_January_2012/16.pdf

Ibrahim, I (2002).DisiplinKeluargaJadiPenentu.DiperolehpadaJulai 22, 2010


daripadahttp://.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.

Mad Shah, I. (2004).KonsepKendiri Dan PencapaianAkademikGolonganRemaja:


MelihatSejauhmana Gaya KepimpinanIbuBapaSebagai Moderator.
Tesistidakterbit. Johor Bharu, UTM.

Jackson, E. B. (2002). The Impact of Parenting styles on Adolescent Academic


Achievement and Classroom Behavior. (Doctoral
Dissertation.UniversitiCapella, 2002). Retrieved May 21, 2003, from
http//wwwlib.umi.co./dissertations/ preview_all/3064154.

Jeynes, W. H. (2007). The Relationship Between parental involvement and urban


secondary school student academic achievement: A meta-analysis. Urban
Education, 42 (1), 82-110.

Johan, Md. O., &Nazeri, Md. N., (2010).Profil Gaya


DidikanIbuBapaPelajarCemerlangBerbandingPelajarLemah. Johor Bharu.
UTM.

Jewrell, R. (2008). Relationship between parenting style and academic achievement


and the mediating influences of motivation, goal-orientation and academic
efficacy. Aksesatastalian, 28 Oktober 2011 di ProQuest Digital Dissertations.

Khalid, M. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional


yang telah di naik taraf. Satu tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis
112

Sarjana Muda

Khalid, S. (2004). Development and validation of the index of personal growth and
the familial and dispositional predictors of personal growth (Thesis of Phd).
National Institute of Psychology and centre of Excelance, Quaid-e- Azam
University: Islamabad.

Kopko, K. (2007). Parenting Styles and Adolescents.Retrieved Nov. 20, 2011 from:
http://www.parenting.cit.cornell.edu

Noordin, K. (2005). HubunganAntaraKonsepKendiri, Motivasi Dan Gaya


KeibubapaanDenganPencapaianPelajar,TesisSarjanaUniversitiTeknologi
Malaysia, Skudai.

KamusDewanEdisiKetiga (1997). Kuala Lumpur :DewanBahasadanPustaka.

Knollman, M., & Wild, E. (2007).Quality of parental support and students’ emotions
during hoework: Moderating effect of students’ motivational arientation.
European Journa of Psychology of Education, 22, 63-76.

Kazmi, S. F., Sajjid, M., & Pervez, T. (2011, PART2).Parental style and academic
achievement among the students.International Journal of Academic
Research, 3(2), 582-588. Retrieved from http://www.ijar.lit.az/pdf/10/2011
(10-95).pdf

Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family:
Parent–child interaction. In P. H. Mussen (Ed.) & E. M. Hetherington (Vol.
Ed.), Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality, and
social development (4th ed., pp. 1-101). New York: Wiley.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian


Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ahmad, M. S., &Madon, Z. (2005).PanduanMengurusRemajaModen. PTS


Publishing Sdn. Bhd.

Marchant, G.J., Paulson, S. E., danRothlisberg, B. A. (2001). Relations of middle


school students’ perceptions of family and school context with academic
113

achievement. Psychology in the School, 38, 505-519.

MohamadNajib Abdul Ghafar (1999). PenyelidikanPendidikan. Skudai: UTM.

Salleh, M. J. (2012). KajianTerhadapFaktor-


FaktorMempengaruhiPencapaianPelajarDalamPenilaianMenengahRendah
di Sabah. Labuan International Conference on Educational Research.

Sheran, C. P. 1999. Caregiver-child social communication: Effects of mother-child


interactions on child development in the home. Disertasi PhD. University of
Minnesota.

Omar, N. H., Manaf, A. A., &Ayob, A. S. (2012).Pengujian Gaya


KeibubapaanAkademikPelajarSekolahMenengah, Vol.7, 105-120.

Oppenheim, R, W. (1996). Early development of spinal motoneurones: Mechanisms


mediating survival and death. In Proceeding of Anatomical Society, Volume
14, pp. 19.

Maglio, C. (2006). Parenting Style and Family Structure on Academic Achievement


Effect of In Adolescents that Live in a Rural Setting.Aksesatastalian, 27
Oktober 2011 di ProQuest Digital Dissertations.

Muhammad, N. (1999). PencapaianPendidikan Islam BagiPelajar Yang Mundur Di


Sekolah Dan HubungannyaDengan Status
SosiaEkonomiKelaurga:SatuKajianTerhadapPelajarTingkatan 3 Di
SekolahMenengahDr.Burhanuddin, Taiping, Perak. TesisSarjanaMuda.
UniversitiTeknologi

Nyarko, K. (2011). The influence of authoritative parenting style on adolescents'


academic achievement.American Journal of Social and Management
Sciences, 2(3), 278-282. ISSN: 2151-1559.
doi:10.5251/ajsms.2011.2.3.278.282

Uma Sekaran (1992). Research methods for bussiness: A skill building aproach. New
York : Jon Wiley & Son Inc.MalaysiaSkudai

Othman, S. A., Azman, N., &Mohd Ali, M.


114

(2008).FaktorIbuBapaDalamKecemerlanganAkademikPelajarPekak:Kajian
KesRetrospektif. Vol. 5.

Powell D. R. &D’Angelo, D. (2000).Guide to Improving Parenting Education in


Even Start Family Literacy Programs, U.S. Depart- ment of Education,
Planning and Evaluation Service and Even Start Family Literacy Program.
Washington D. C.

QuekMiowLeng. (2006). Pengaruhrakansebayadenganpencapaianmatematik di


kalanganpelajartingkatan 4 di
daerahBatuPahat.TesisSarjanaMuda.UniversitiTeknologi Malaysia.

Razali, A., & Razali, N. A. (2013). Parent-Child Communication and Self Concept
among Malays Adolescence, 9(11), 189–200. doi:10.5539/ass.v9n11p189

Ridhuan T. A., (2010). Cabaranintegrasiantarakaum di Malaysia: PerspektifSejarah,


KeluargadanPendidikan. JurnalHadhari Bil.3 (2010) 61-84.

Rohaty M. M., (1998.)Memahamijiwa Dan MindaRemaja.Selangor.FajarBaktiSdn.


Bhd.

Royo, M. A., &Mahmood, H. (2011).Faktor-FaktorKelemahan Yang


MempengaruhiPencapaianCemerlangDalam Mata PelajaranRekaCipta-
Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011,
Pages 145-174

Santrock, J. W.,(2004). Life span development. McGraw-Hill, New York.

SaporaSipon. (2007).
Keberkesanankaunselingkelompokpemusataninsan,rasionalemotiftingkahlaku
danpsikologikognitif ad-Din
keatastahaptekanan, kepuasankerjastrategiberdayatindakdansokongansosial
guru. Tesis Dr Fal. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Sabitha, M. (2005).KaedahPenyelidikanSainsSosial Selangor: Pearson Prentice Hall

Salleh. M. A., (2012). KajianGengsterisme Di SekolahMenengahHarian,


Kementerian
115

Pendidikan Malaysia: Unit PenyelidikDasarBahagianPerancangan Dan


PenyelidikanDasarPendidik.

Silva, M., Dorso, E., Azhar, A., &Renk, K. (2007). The relationship among parenting
styles experienced during childhood, anxiety, motivation, and academic
success in college students. Journal of College Student Retention: Research,
Theory & Practice, 9(2), 149-167. Retrieved from http:
//baywood.metapress.com/app/ home/ contribution. Asp ?referrer=
parent&backto= issue, 2,7;journal, 21 ,52; linkin
gpublicationresults,1:300319,1

Shahrul A.O., Norzaini A., Manisah A. (2008).


Faktoribubapadalamkecemerlanganakademikpelajarpekak:
Kajiankesretrospektif , MJLI vol. 5.

Strage, A., & Brandt, T. S. (1999). Authoritative parenting and college students’
academic adjustment and success.Journal of Educational Psychology, 91(1),
146-456. ISSN: 0022-0663. doi: 10.1037/0022-0663.91.1.1.146.

Steinberg, L., Darling, N., & Fletcher, A.C. (1995).Authoritative Parenting And
Adolescent Adjustment: An Ecological Journey. Child Development, 65, 774-
770.Allyn and Bacon.

Tiller, A.E., Garrison, B.M.E., Block, E.B., Cramer, K., & Tiller, V.
(2002).Parenting Styles and Child Behavior in African American Families of
Preschool Children.Journal of Clinical & Child Adolescent\ Psychology.
31(2):272-277.

Wang, Y. (2007). A Cross-cultural and Developmental Analysis of Self-Esteem in


Cultural in Chinese and Western Children.Clinical Child and Family
Psychology Rewiew, 4, 253-
269.http://dx.doi.org/10.1023/A:1017551215413.

Wiersme, W. 2008.The Relationship Between Parenting Practices, Socioeconomic


Status, and Ethnicity to the Academic Achievement of High School Students
.Aksesatastalian, 29 Oktober 2011
dihttp://www.allfreeessays.com/essays/Relationship-Between-Parenting-
116

Practices-Soeconomic-Status/11502.html

Woolfolk A. (1995). Educational Psychology, 6th edition. USA: Allyn and Bacon.

Yahaya, A., &Latif, J, S. (2005). MembentukIdentitiRemaja. Pahang: PTS


Publications & Distributions SdnBhd

Yahaya, A., &Latif, J, S. (2006). SiriKaunseling: MembentukIdentitiRemaja


(CetakanKedua). Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahaya, A., Yusof Boon,.&Kamaliah, N, (2008). Hubunganantarakonsepkendiri,


motivasidangayakeibubapaandenganpencapaianpelajar.

Yusuf, A. M. (2004). The relationship between family communication, self concept,


and academic achievement of adolescents in some schools of Petaling Jaya,
Malaysia.(Ed. D. thesis.Western Michigan University, 1984).

Zaini, F., & Ab. Rahman, H. (2006).InstitusiKeluarga Dan MasalahSosialRemaja Di


Negeri Johor DarulTakzim.

Zupancic. M., Podlesek, A., &Kavcic, T.(2004). Parental child care practices of
Slovenian pre-schoolers mothers and fathers: The family environment
questionnaire. Horizons of Psychology, 13(3), 7-26. ISSN: 1318-1874.

Zulkarnain Z., Hishamuddin M. S., (2001). Analisis Data Menggunakan SPSS


Windows.Bangi: PenerbitUniversitiTeknologi Malaysia.

You might also like