Professional Documents
Culture Documents
HARI : RABU
KEHADIRAN :
TIDAK HADIR
1.1 Guru besar mengalukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kurikulum kali 1 bagi
tahun 2017 serta mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada
semua guru dan mengucapkan selamat datang kepada guru baharu dan
menyatakan nama guru-guru yang telah bertukar.
1.2 Pengerusi berharap agar dapat bekerjasama dengan semua guru bagi
menghasilkan budaya kerja yang sangat tinggi, cemerlang, dan mampu
bersaing di pelbagai peringkat pada tahun ini.
1.4 PAJSK mesti direkodkan kedalam sistem dan juga dalam buku rekod.
1.5 Guru besar juga memaklumkan bahawa amalan guru penyayang diteruskan
seperti biasa dan diuruskan oleh Unit Kaunseling.
1.6 Guru besar memaklumkan PPPM kini dalam gelombang kedua yang
menekankan 5 aspirasi sistem pendidikan dan 11 anjakan pendidikan.
1.8 Beliau juga berharap agar guru mempunyai sikap cemerlang dan
berketrampilan sebagai seorang guru dan memahami konsep organisasi.
Elakkan kronisme dalam kalangan guru dan sentiasa mewujudkan budaya
kerja berpasukan.
1.9 Guru-guru kelas hendaklan memastikan pada hari pertama buka sekolah
nanti, setiap murid mempunyai 1 meja, 1 kerusi dan 1 set buku teks dan
pemantau dari PPD akan turut serta pada hari pertama persekolahan.
1.10 Jadual juga telah mengikut spesifikasi keperluan semasa dan mengikut
fleksibiliti bagi subjek yang telah ditekankan bersesuaian dengan SPI KPM
bil.8 tahun 2016.
1.12 Maklumat daripada tuan PPD pula ialah mengenai program dialog prestasi
untuk tahun 4,5 dan 6 dengan mengambil keputusan (AR 1) yang akan
diadakan pada bulan March nanti. Dialog prestasi akan melibatkan guru
dan semua penolong kanan.
1.14 Audit akademik bermula dari tahun 3 dan dikendalikan oleh ketua panitia
matapelajaran masing-masing bagi memastikan semua program berjalan
dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada pencapaian murid.
1.16 Audit kehadiran akan dibuat oleh PK HEM dan Unit Kaunseling bagi
mendapatkan prestasi yang terbaik.
1.21 Penjaminan kualiti dan perlarasan markah boleh dilakukan oleh guru subjek
masing-masing.
1.22 Guru-guru diingatkan supaya peka kepada pengajaran abad ke 21 dengan
menggunakan peta I-THINK yang bersesuaian dan guru hanya berperanan
sebagai pemudahcara dalam setiap aktiviti yang dirancang. Setiap kelas
perlu ada sudut pameran hasil kerja murid dan catatan objektif pdp di
papan hijau.
3.1 En. Azmir Helmi inginkan penjelasan mengenai baju sukan memandangkan
pada tahun 2016 tiada pesanan baju sukan dibuat. Puan Shahrom
menyatakan baju sukan 2017 akan dibuat.
3.2 Tanda nama hendaklah dibuat sendiri oleh waris memandangkan tiada
pesanan yang dibuat pada tahun ini.
3.3 makluman dari unit SPBT, buku teks tahun 5 telah cukup mengikut bilangan
murid. Ianya telah diusahakan dengan mengambilnya dari SK Lahar Budi.
Tahun 1 buku kurang 2 set dan buku teks Bahasa Arab tidak diberikan
keppada murid bukan Islam.
3.4 Enrolmen murid bagi tahun 2017 ada 3 orang murid bukan Islam. Tahun 1-
seorang, tahun 3 seorang dan tahun 4 seorang
3.5 Buku Bahasa Arab tidak cukup dan akan ditambah buku pendidikan moral
ada dibuat pesanan tetapi tidak pasti siapa yang terima buku tersebut. En.
Samsudin telah berhubung dengan pihak pembekal untuk kepastian.
4.1 Pn. Rosadah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru
hadir ke mesyuarat.
4.2 Beliau juga telah menerangkan mengenai misi dan visi sekolah serta
memperkenalkan slogan baharu bagi SKST iaitu SENTIASA KEHADAPAN
SATU TUJUAN sebagai suntikan semangat kepada murid-murid pada tahun
akan datang.
4.4 Jadual waktu akan diedarkan dan hendaklah disampaikan kepada murid
pada hari gotong-royong bagi persediaan mereka pada hari pertama
persekolahan.
5.1 En. Navawi memaklumkan bahawa RMT bagi tahun 2016 berjalan lancar
tanpa sebarang kesulitan.
5.2 bagi tahun 2017 seramai 40 orang dianggarkan mendapat RMT dan guru
kelas mestilah memastikan murid-murid hadir untuk mengambil makanan
dan mengemaskini data murid dalam APDM
5.3 bagi program pendaftaran Tahun 1, beliau meminta guru yang terlibat
membuat dokumentasi.
5.4 Lawatan Jabatan Kesihatan akan dijalankan pada 6/8/2017 bagi tahun 1 dan
pra sekolah pada 20/7/2017 dan guru diingatkan supaya mengemaskini buku
laporan kesihatan murid
5.5 lengkapkan butiran di dalam rekod kedatangan murid dan lengkapkan fail
kuning.
a. merentas desa
b. sepak takraw
e. bola baling
7.3 Buku rekod pengajaran dan pembelajaran akan disemak pada minggu
kedua persekolahan. Diingatkan supaya mengisi semua maklumat
yang perlu di dalam buku rekod tersebut bagi tujuan semakan guru
besar.