You are on page 1of 42

ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat kami

menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran

dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada tutor

kami iaitu Puan Magfurah binti Mohd Zahir di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan

tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga kami berjaya

menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik puan.

Terima kasih yang tak terhingga juga kami ucapkan kepada rakan – rakan yang

telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu

kami di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah.

Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

1
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Soalan

A study on a child care centers in Malaysia_ trenda in Child Care: As Lifestyle Change, So
DO Child Care Offerings”.(20%)

This is an individual assignment on study the latest trends in operating a child care centers
every child care taker/ personanel and operater need focus on in improving and providing
better services to their customers, parents and their kid, since child care is evolving, and
most care providers and parents agree the changes are for the best. Here are some of the
latest trends in child care and what should parents be looking for when making an all
important child care decision.

1) Child care is ceatering to budget-minded families.


2) Child care is now early education.
3) Drop in child care is more commin.
4) Corporate child care is raising quality bar.
5) Technology is changing provide/parent connction.
6) Most child care is becoming safer.
7) More child care options exist.
8) The internet can help you find child care.
9) Communication are more frequent,more useful.
10) Child care caters to time – crunced, working parents.
11) After school programs and care provide child care flexibility

Based on eleven latest trends listed above, you are required to select any three of it to be
diicussed in four types of child care centers highlighted below:

1) workplace based child care centres


2) Community based child care centres.
3) Institution based child care centres
4) Home based Child care centres.

You also are required to give you own recommendations on how child care operaters
should improve their product and services to the customers.

2
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia


persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah
diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi
tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan
intelek mereka.

Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang
signifikasikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada
pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Program
pendidikan prasekolah dirancang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah dikelolakan oleh beberapa pihak. Antaranya


Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Kaum, Jabatan Agama Negeri, Angkatan Belia
Islam Malaysia, dan pihak Swasta. Walau bagaimana pun, kementerian pelajaran telah
mewajibkan semua program prasekolah ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK 2010).

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang digubal berlandaskan Rukun


Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang
perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah dan tadika di seluruh negara.

3
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Dokumen rujukan standard ini menetapkan parameter dan kandungan pengajaran dan
pembelajaran minimum yang dilaksanakan oleh semua prasekolah dan tadika.

2.0 DEFINISI
Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika
tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun
pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk
lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima
pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai
persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7
tahun.

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah


didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna
dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan
sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah
adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta
menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

4
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.0 BUSINESS PLAN

3.1 EXCECUTIVE SUMMARY ( K.FAIZAH )

5
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.2 INDUSTRI ANALYSIS ( K.FAIZAH)

6
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.3 COMPANY DESCRIPTION ( SU )

a ) NAMA TADIKA : TADIKA CERIA

Nama Tadika “ Tadika Ceria “

Maksud Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-kanak . Setiap huruf yang terdapat dalam
perkataan Ceria pula mempunyai maksudnya yang tersendiri. C membawa makna cekap.
Guru-guru yang mengajar di tadika kami ,mestilah terdiri daripada individu yang
mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pendidik di sini juga
mampu mengurus dan mengendali aktiviti yang di rancang dengan berkesan. Kami juga
mahu kanak-kanak yang belajar di tadika kami cekap dalam mengurus diri sendiri dan
belajar berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

E pula membawa maksud Efektif . Kami berharap apa yang diterapkan dan di ajar
kepada kanak-kanak memberi kesan kepada mereka. Kesan yang di maksudkan di sini
ialah mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar di tadika kami dalam
kehidupan seharian mereka.

R pula membawa maksud Riang . Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam
suasana yang ceria dan tidak membebankan kepada kanak-kanak agar apa yang diajar
mudah difahami oleh kanak-kanak . Oleh itu , kami mahu kanak-kanak yang berada di
tadika kami sentisa berada dalam keadaan yang riang dan gembira dengan aktiviti yang di
jalankan di tadika kami .

I pula membawa maksud inovatif. Pendidik di Tadika Ceria sentiasa mengamalkan


sikap inovatif dan proaktif dalam pembelajaran. Pelajar didedahkan dengan IT dalam
pembelajaran. Selain itu, kami mahu kanak-kanak yang belajar di tadika kami mempunyai
pemikiran yang inovatif serta mempunyai daya pemikiran kelas pertama .

Huruf yang terakhir pula ialah huruf A. A di sini membawa maksud Aktif. Kami mahu
pelajar-pelajar kami aktif melakukan aktiviti yang terdapat di sini. Kami mahu pelajar
menjadi aktif dengan bertanyakan soalan serta mampu memberi pandangan mereka
7
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

sendiri serta tidak malu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka dan berkongsi
dengan kawan-kawan serta guru. Pelajar bukan sahaja digalakkan melibatkan diri dalam
aktiviti di dalam kelas, malah turut melakukan aktiviti di luar kelas. Aktiviti luar kelas yang di
maksudkan di sini ialah aktiviti sukan dan riadah, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang di
jalankan oleh tadika kami. Bukan itu sahaja, kami juga berharap pihak ibu bapa turut aktif
dan rajin turun padang dalam memeriahkan aktiviti yang kami anjurkan.

b) OBJEKTIF

• Melahirkan kanak-kanak yang berdikari.


• Membina keyakinan diri kanak-kanak.
• Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca,
menulis dan mengira.
• Membuat persiapan diri bagi menghadapi tahun 1 di sekolah rendah

c) MATLAMAT

Menyediakan pusat didikan untuk kanak-kanak seusia 4-6 untuk membantu


perkembangan kanak-kanak secara holistik selaras dengan falsafah pendidikan negara.

d) MISI

Misi tadika kami ialah untuk melahirkan kanak-kanak yang celik IT, disamping
mempunyai sahsiah yang tinggi seterusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang menjelang tahun 2020.

e) VISI
Visi bagi tadika kami ialah memastikan penglibatan kanak-kanak dalam semua
agenda ditaman didikan bagi mengendali potensi kanak-kanak

f) LOKASI

Penubuhan Tadika Ceria ini di alamat di No. 2 Jalan Kangkar Pulai Mesra 13, Bandar
Baru Kangkar Pulai. Dan disewa oleh prasekolah dengan kadar sewa sebanyak RM1200
sebulan.Lokasi ini dipilih oleh sebab ianya adalah kawasan yang paling strategik untuk
membuka sebuah tadika. Kebanyakan penduduk adalah terdiri daripada golongan

8
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

professional yang berpendapatan tinggi. Lokasi yang dipilih ini bercirikan pada kawasan
bandar terancang. Terdapat banyak kemudahan antaranya adalah seperti berhampiran
dengan sekolah dan sebagainya. Selain itu, lokasi ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan
yang tersusun di mana kawasan perumahan berpagar dan mempunyai pengawal
keselamatan. Lokasi Tadika Ceria ini juga berada dalam kawasan yang sesuai dan
selamat di mana jauh dari pusat hiburan. Suasana persekitaran Tadika Ceria ini
mempunyai udara yang bersih serta nyaman. Pentingnya lokasi ini tiada ganguan
pencemaran bunyi dan pada masa yang sama membantu proses pengajaran,
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

g) PERKHIDMATAN

Tadika Ceria ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak


yang berumur 4 hingga 6 tahun. Kurikulum yang kami guna adalah berdasarkan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi 6 komponen utama iaitu
Komponen Bahasa dan Komunikasi, Komponen Perkembangan Kognitif, Komponen
Perkembangan Fizikal, Komponen Perkembangan Kerohanian dan Moral, Komponen
Perkembangan Sosioemosi, Komponen Perkembangan Kreativiti dan Estetika. Tadika
Ceria juga mempunyai kelas tambahan Iqra, Muzik dan Lukisan. Kelas tambahan ini di
adakan setiap 2 minggu sekali dan berselang-seli. Terdapat juga kelas PJK yang di adakan
pada setiap pagi Jumaat yang mengambil masa 1 jam. Kelas ini bertujuan untuk
memperkembangkan moto kasar dan moto halus. Kami juga menawarkan perkhidmatan
tambahan iaitu perkhidmatan pengangkutan menghantar dan mengambil kanak-kanak
yang berada di kawasan berdekatan tadika.

h) SLOGAN TADIKA CERIA

“Kami Di Sini Untuk Masa Depan”.


“Kami Di Sini Untuk Masa Depan” bermakna setiap kanak-kanak yang datang ke
tadika kami adalah sumber modal insan Negara. Kanak-kanak di bekalkan dengan
pengetahuan asas dan mengembangkan bakat dan pemikiran mereka untuk mencapai
matlamat pada masa akan datang. Kanak-kanak telah dipersiapkan diri mereka untuk
melangkah menuju ke alam persekolahan sekolah rendah.

9
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

i)LOGO TADIKA CERIA

Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Tadika Ceria. Nama Ceria dipilih adalah
disebabkan:
1. C membawa makna CEKAP
2. E pula membawa maksud EFEKTIF
3. R pula membawa maksud RIANG
4. I pula membawa maksud INOVATIF
5. A pula membawa maksud AKTIF

warna (biru,merah,hijau,kuning) pula melambangkan nilai-nilai positif yang akan


diterapkan dalam diri anak-anak ini iaitu : 4K
BIRU : KEJUJURAN
MERAH : KEBERANIAN
HIJAU : KETENANGAN
KUNING : KECERIAAN

10
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Wajah 3 orang kanak-kanak pada logo tersebut melambangkan 3 jenis bangsa iaitu
bangsa Cina, bangsa India dan bangsa Melayu. Ini bermakna tadika kami tidak memilih
satu jenis bangsa sahaja untuk belajar di sini dan kanak-kanak yang ceria ini merupakan
bakal pemangkin negara yang akan dilahirkan di Tadika ini.

j) PROGRAM

Antara program atau mata pelajaran yang akan diajar adalah;


1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Seni & Kraf
5. Pendidikan Islam
6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Sukatan Pelajaran

Mata Pelajaran Objektif

1. Bahasa Melayu i. Mendengar dan membaca secara aktif serta pemahaman


ii. Berkomunikasi dengan ayat dan frasa yang sesuai
iii. Menulis ayat dan perkataan yang mudah
iv. Membaca bacaan yang mudah
2. Bahasa Inggeris i. Express themselves orally in simple English
i. Read common words and simple sentences independently
ii. Write words and simple sentences
iii. Sing Songs
4. Matematik i. Mengenal angka
ii. Mengaitkan nombor dan pengiraan dalam kehidupan
iii. Membangunkan kemahiran berfikir matematik
5. Pendidikan Seni i. Membangunkan kemahiran berfikir dan kreativiti
ii. Membangunkan kemahiran imaginasi
iii. Membangunkan kemahiran motor halus
6. Pendidikan Islam i. Mempraktiskan ibadah dan doa harian
ii. Menggalakkan perlakuan yang baik menurut sunnah
iii. Belajar jawi

11
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

iv. Belajar Bersembahyang


7. Pendidikan i. Perkembangan motor kasar
Jasmani & Kesihatan ii. Perkembangan motor halus
iii. Kebersihan diri
iv. Keselamatan
k) BILANGAN PELAJAR

Pengambilan pelajar bagi tadika ini adalah setahun sekali dan maksimum pelajar dalam
sekali pengambilan adalah seramai 60 orang sahaja dan berumur antara 4 – 6 tahun pada
1 Januari tahun berkenaan

m) BAHASA PENGANTAR

Bahasa pengantar utama adalah Bahasa Melayu dan bahasa kedua adalah Bahasa
Inggeris.

n) YURAN
a) Yuran Pendaftaran : RM 150 sekali sahaja
b) Yuran Pendidikan : RM 50 sesemester
(Yuran semua pengajaran dan pembelajaran yang dimasukkan dalam jadual waktu)

c) Yuran Khas : RM 40 setahun sekali


(Yuran makan minum, alat tulis, sukan tahunan, konsert dan lain-lain)

* Bayaran uniform, pengangkutan, buku teks, insurans tidak masuk kira dalam yuran.

12
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.4 MARKET ANALYSIS ( ZIRA )

13
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.5 THE ECONOMICS OF THE BUSINESS ( K.IMAH)

14
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.6 MARKETING PLAN ( K.IMAH )

15
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.7 DESIGN AND DEVELOPMENT PLAN ( FARA )


a) Isu dan cabaran

Semasa menjalankan tugas ataupun mengurus, pengurus tidak terkecuali daripada


menghadapi masalah dan cabaran yang timbul.

b) Isu penglibatan ibu bapa

Sebenarnya hubungan antara ibu bapa dan pihak tadika penting dan saling perlu
memerlukan dalam erti kata bekerjasama. Ini bertujuan bagi mempertingkatkan tahap
perkembangan anak-anak mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku di Negara kita. Faktor
yang menghalang penglibatkan ibu bapa ialah :

1. Ibu bapa berpuas hati dengan pengendalian tadika dan merasakan tidak perlu
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika. Biasanya di Malaysia, ibu
bapa melihat pada matlamat mereka menghantar anak ke tadika supaya mereka boleh
bergaul dan menguasai kemahiran 3M sahaja. Dengan ini, mereka berasakan tadika dapat
menjalankannya secara bersenderian tanpa bantuan mereka.

2. Sebilangan ibu bapa yang menganggap pengajaran dan pembelajaran di tadika adalah
mudah. Oleh itu mereka menganggap ianya tidak memerlukan penglibatan mereka.

3. Ada pula sesetengah tadika itu sendiri terutama guru tidak begitu suka apabila ada ibu
bapa yang datang melawat kerana ini mengganggu tugas mereka. Mereka tidak mahu ada
kecacatan semasa mengajar itu menjadi bualan di kalangan ibu bapa yang akhirnya
menjatuhkan reputasi tadika dan seterusnya mengakibatkan tadika tidak mendapat
sambutan bagi pendaftaran seterusnya.

4. Faktor tidak cukup masa yang dikemukan oleh ibu bapa yang sibuk bekerja juga
merupakan faktor penghalang.

5. Bayaran yuran yang tinggi juga menyebabkan ibu bapa tidak mahu melibatkan diri di
tadika. Mereka beranggap tyuran yang tinggi itu meliputi kesemua perkhidmatan termasuk
16
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

pembelajaran anak mereka, makanan, kesihatan dan keselamatan. Sesetengahnya pula


menganggap tadika sebagai tempat bagi anak mereka semasa ketiadaan mereka bagi
bekerja. Mereka hanya menghantar dan mengambil anak dari tadika sahaja.

6. Polisi tadika juga memainkan peranan penting dalam penglibatan ibu bapa. Sesetengah
tadika yang mengenakan yuran yang tiggi menyebabkan ibu bapa menjadi cerewet
terutamanya berkenaan program tadika, kebersihan, penjagaan dan keselamatan. Jadi,
bagi memudahkan kerja pihak pengurusan tadika, mereka tidak membenarkan ibu bapa
masuk ke tadika, terhad hanya di muka pintu tadika sahaja.

7. Infrastruktur tadika juga menyumbang pada masalah penglibatan ibu bapa di tadika. Ibu
bapa tidak digalakkan masuk kerana ruang kelas tadika sempit.

Terdapat banyak isu penglibatan ibu bapa di tadika kerana ketidakfahaman pengurusan
tadika dan juga ibu bapa pada matlamat pendidikan tadika itu sendiri. Maka dengan itu,
memang terdapat jurang antara tadika dengan ibu bapa dan akhirnya ia tidak dapat
membantu sama sekali tahap perkembangan kanak-kanak.

c) Isu kerap bertukar guru.


 Oleh kerana pengambilan guru yang hanya tangkap muat sahaja menyebabkan
ramai guru silih berganti.
 Ini disebabkan oleh faktor gaji yang rendah yang menyebabkan mengajar di tadika
sebagai batu loncatan sebelum mendapat pekerjaan yang lain.
 Pertukaran guru boleh menjejaskan prestasi kanak-kanak tidakia terutama dari segi
emosi dan ini menyukarkan guru mengurus tignkah laku mereka.
 Pertukaran guru yang kerap menyebabkan pengurusan tadika sukar mendapatkan
guru yang benar-banar berkelayakan dan akhirnya pendidikan tadika ini lebih
merosakkan perkembangan kanak-kanak.

d) Isu Premis
 Tadika swasta banyak bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan terutamanya
apabila kawasan perumahan baru di bina. Mereka tidak menitikberatkan keluasan
ruang lantai kelas tadika.
 Walaupun garis panduan berkenaan syarat premis yang dibenarkan contohnya
rumah yang perlu mempunyai halaman yang luas iaitu rumah tepi tetapi ada juga

17
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

tadika yang beroperasi di rumah tengah. Ada juga yang beroperasi di rumah kedai
tanpa tanah. Ini menyebabkan pengunaan ruang yang terhad, sedangkan proses
pengajaran dean pembelajaran di tadika memerlukan ruang yang luas dan
mencukupi bagi setiap pusat pembelajaran serta mempunyai taman permainan dan
padang bagi mereka bermain.

Disini pengusaha gagal menyediakan tempat yang sesuai dengan tahap perkembangan
kanak-kanak dan tidak berteraskan kepada kaedah pendidikan.

e) Isu mementingkan kehendak ibu bapa

Walaupun pengurusan tadika memahami objektif dan matlamat pendidikan prasekolah


itu diadakan tetapi mereka tetap menyimpang daripada matlamat asal kerana mengikut
kehendak ibu bapa. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sudah jelas diterangkan. Ia
adalah pendekatan belajar melalui bermain dan perlua bersepadu.

Walaupuan begitu, pengajaran dan pembelajaran di tadika swasta kebanyakkannya


mengikut cara yang lebih formal iaitu penyediaan kelas seperti di sekolah rendah dan
sukatan pelajaran juga mengikut sukatan yang mereka cipta sendiri tanpa kawalan. Ini
kerana, ibu bapa tidak faham konsep tadika itu sendiri. Matlamat ibu bapa juga tidak selari
dengan apa yang dihasratkan oleh pendidikan tadika itu sendiri yang mementingkan enam
komponen penting perkembangan kanak-kanak. Apa yang mereka mahu adalah anak
mereka boleh mengua kemahiran 3M

Disini pengurus perlu bijak memainkan peranan bagi menyesuaikan kehendak ibu bapa
dan juga konsep yang sepatutnya mereka iktu. Ibu bapa perlu diberi kefahaman berkenaan
matlamat pendidikan di tadika sebenarnya.

18
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.8 OPERATION PLAN ( SU )

PELAN LANTAI BAHAGIAN DALAM DAN LUAR TADIKA CERIA

Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk Lampiran 1).

Merujuk kepada pelan di muka surat tersebut kami telah menyediakan satu pelan
bahagian dalam bangunan Tadika Ceria. Bangunan ini adalah seluas 20 X 40 kaki persegi
di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi. Bangunan ini di sewa dengan harga
RM 1200 sebulan.
Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti
pembelajaran mereka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo
setingkat, yang memiliki 2 buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama
seluas 10 x 12 kaki persegi. Selain itu terdapat juga sebuah dapur seluas 8 x 12 kaki
persegi dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandah seluas 8x8 kaki persegi. Kami
telah mengubahnya menjadi sebuah tadika yang mempunyai 1 bilik penyediaan dan
penyimpanan makanan, 2 tandas murid, 1 bilik guru dan ibu bapa, 1 bilik aktiviti khas yang
dilengkapi dengan set dapur usahawan serta 2 lagi bilik pembelajaran.
Terdapat satu bilik penyediaan makanan di tadika kami ini. Bilik ini adalah seluas 8 X 12
kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk L beserta
ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais, serta sebuah rak pinggan mangkuk. Terdapat
satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan untuk
keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Setiap
kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini dilabel bagi memudahkan kerja dan
pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.
Terdapat 2 tandas di dalam bangunan prasekolah Deena dan setiap satunya adalah
seluas 8 x 4 kaki persegi. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir
udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini turut dilengkapi dengan mangkuk
tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-
kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan
kemalangan.

19
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Bilik pembelajaran khas pula merupakan sebuah dapur usahawan dan digunakan juga
sebagai bilik makan kanak-kanak. Billik ini seluas 10 X 10 kaki persegi Bilik ini
menempatkan beberapa set dapur untuk kanak-kanak serta sinki untuk kemudahan kanak-
kanak. Bilik ini digunakan apabila kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti masakan,
pembungkusan makanan, serta lain-lain aktiviti yang menggunakan peralatan di dapur.
Bilik Matahari pula merupakan satu bilik pembelajaran seluas 10 x 10 kaki persegi. Bilik
ini menempatkan sebuah papan putih, dua buah meja bulat, enam buah meja trapezium,
lima buah meja segi empat, dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak.
Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi membantu aktiviti
pembelajaran kanak-kanak. Di bahagian syiling pula turut tergantung pelbagai mobil dan
bahan bantu mengajar yang lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
dan menyeronokkan kanak-kanak.
Bilik pembelajaran kedua pula dinamakan Bilik Teratai dan bilik ini adalah seluas 10 X
12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan permaidani pelbagai warna bagi menandakan
kawasan kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam, kerja
berkumpulan dan juga bilik aktiviti kreativiti dan estetika. Bilik ini lebih khusus kepada sudut
kreativiti dan fizikal. Terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran udara dan satu pintu
masuk.
Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah kami. Garaj ini
adalah seluas 10 x 6 kaki persegi. Terdapat sebuah pintu masuk utama dan empat rak
kasut untuk kanak-kanak yang disusun di tepi dinding. Garaj ini digunakan sebagai tapak
perhimpunan kanak-kanak diwaktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu bapa
mereka ketika waktu petang selepas selesai waktu persekolahan. Lantai garaj ini
dikemaskan dengan jubin jenis kesat bagi mengelakkan lantai menjadi licin apabila terkena
tempias hari hujan.
Bilik guru dan ibu bapa di prasekolah kami adalah seluas 10 X 6 kaki persegi. Bilik ini
menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru, sebuah rak fail, dan
satu set sofa untuk ibu bapa. Terdapat dua pintu masuk iaitu satu dari arah luar bangunan
dan satu lagi dari arah dalam bangunan. Kedua-dua pintu masuk ini berupa pintu kaca
jenis gelongsor.bagi membolehkan guru memantau keadaan di dalam dan di luar
bangunan. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada
guru dan ibu bapa. Bilik ini turut dilengkapi dengan satu cermin menghadap ke dalam kelas
dan digunakan untuk ibu bapa dan guru memantau dan memerhati kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, untuk tujuan kecemasan atau gangguan bekalan elektrik,bilik ini
20
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

turut dilengkapi dengan tingkap kaca jenis gelongsor untuk laluan udara dan laluan
kecemasan.
Sudut pembelajaran terbuka yang berada di bahagian tengah prasekolah kami ini
seluas 20 X 10 kaki persegi. Sudut ini dilengkapi dengan sebuah pentas, 2 cermin gergasi
serta permaidani bagi aktiviti perbualan pagi. Sudut ini boleh digunakan untuk pelbagai
aktiviti seperti perbualan pagi, membina yakin diri, membina personaliti diri, main peranan,
simulasi, demonstrasi dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian samada secara individu,
kumpulan ataupun kelas.
Sudut senyap pula adalah seluas 6 X 6kaki persegi dan terletak bersebelahan dengan
bilik penyediaan makanan. Dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, satu tilam
bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan warna serta sofa kecil untuk kanak-kanak. Sudut
ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta untuk kanak-kanak lain berehat
di waktu senggang. Sudut ini juga menjadi tempat untuk kanak-kanak bersantai dan
membaca buku secara senyap. Sudut ini terletak bersebelahan bilik penyediaan makanan
dan dinding yang menyambungkan bilik ini dengan bilik penyediaan makanan diperbuat
dari kaca tebal supaya pembantu boleh memantau keadaan murid dari dalam bilik
penyediaan makanan.
Bersebelahan sudut senyap pula terdapat satu sudut khas yang dinamakan ”Sudut
Usahawan”. Sudut ini menempatkan gambar-gambar dan barangan yang dihasilkan oleh
murid-murid dan segala yang berkaitan dengan program usahawan. Sudut ini dihias dan
diselenggara oleh kanak-kanak dua minggu sekali.

Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk Lampiran 2).


Di bahagian luar Tadika pula terdapat sebuah kolam ikan dan sebuah gazebo di
bahagian hadapan. dan diantara kolam dan gazebo ini terdapat sebuah pagar utama dan
laluan untuk ibu bapa dan kanak-kanak masuk ke Tadika. Gazebo tersebut digunakan
untuk ibu bapa berehat dan menunggu anak-anak mereka keluar dari kelas manakala
kolam ikan pula sebagai hiasan dan permandangan serta tempat untuk kanak-kanak
memelihara ikan masing-masing.
Di bahagian tepi pula terdapat sebuah taman herba khas untuk kanak-kanak
bercucuk tanam, sebuah taman permainan dan sebuah zoo mini. Taman herba tersebut
dibina sendiri oleh kanak-kanak kerana kami ingin memberi lebih banyak pengalaman
langsung kepada mereka sekali gus kami akan meningkatkan lagi kemahiran motor halus

21
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

dan motor kasar mereka. Selain itu, taman ini juga akan menghasilkan permandangan
yang lebih menarik di prasekolah kami.
Di sebelah taman herba terdapat sebuah taman permainan yang mengandungi satu
set Triorocer, beberapa set mini jongkang - jongket dan satu set buaian. Kawasan
sekeliling taman ni pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan
kecederaan jika kanak-kanak terjatuh ketika mereka sedang bermain.
Zoo mini pula terletak bersebelahan dengan taman permainan. Zoo tersebut
mengandungi beberapa sangkar berkunci untuk menempatkan beberapa haiwan jinak
seperti burung, kura-kura ayam, dan arnab. Kanak-kanak akan diberi tugas secara bergilir
untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makan dan untuk aspek kebersihan pula, kami
akan melantik pekerja khas untuk membersihkan kawasan luar prasekolah kami. Dengan
cara itu, kawasan kami akan kekal bersih dan teratur.
Di bahagian belakang Tadika pula terdapat satu sudut khas untuk aktiviti main pasir
dan satu lagi sudut khas untuk aktiviti main air. Kawasan tersebut di lengkapi dengan pili
yang boleh digunakan untuk aktiviti main air, berwuduk dan memberus gigi. Hal ini
membantu kami untuk menjimatkan penggunaan ruang kerana kebanyakan sudut kami
boleh digunakan untuk tujuan yang pelbagai. Kedua-dua sudut ini di tempatkan di bahagian
luar bangunan prasekolah supaya kanak-kanak dapat menghirup udara segar di luar dan
mengalami pengalaman yang lebih bermakna dengan situasi sebenar.
Secara keseluruhannya, Tadika kami mempunyai kawasan seluas 30 kaki persegi di
bahagian tepi, 15 kaki persegi di bahagian depan dan 5 kaki lagi di bahagian belakang.
Kami memilih untuk memagar keseluruhan kawasan kami bagi memastikan keselamatan
kanak-kanak dan harta benda kami terjaga.

22
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

LAMPIRAN 1
PELAN DALAM TADIKA CERIA.

12 kaki 4 kaki 4 kaki

4 kaki
B
8 kaki

4 kaki
C

10 kaki
D

l
20 kaki

J
10 kaki

E
6 kaki

H
I
F
12 kaki
6 kaki

8 kaki 2 kaki 10 kaki


23
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Petunjuk :

A Bilik penyediaan makanan Pintu masuk utama

b Tandas murid lelaki Pintu keluar

c Tandas murid perempuan Pintu

D Bilik pembelajaran khas Tingkap

E Bilik Matahari Dinding cermin

F Bilik Teratai Pentas

G Garaj Cermin gergasi

H Bilik Guru dan Ibu Bapa Sinki

I Lorong laluan masuk Mangkuk tandas

J Sudut pembelajaran terbuka Rak pemisah

K Sudut senyap Permaidani

l Sudut Usahawan Alat pemadam api

24
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

LAMPIRAN 2
PELAN LUAR TADIKA CERIA

50 kaki

5 kaki
h i j

40 kaki
60 kaki

e
15 kaki

d
b

25
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Petunjuk :

A Bangunan prasekolah

b Kolam ikan

c Laluan masuk

D Gazebo

E Taman herba

F Taman permainan

G Zoo mini

H Sedut main pasir

I Sudut main air

J Setor peralatan

Pintu pagar masuk utama

Pintu pagar keluar

26
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.9 MANAGEMENT TEAM AND COMPANY STRUCTUR

CARTA ORGANISASI TADIKA CERIA

PUAN NOR RAHIMAH


BT MAT SAAT
(PENGURUS)

PUAN NOR FARAH ZULIZA


BT MOHD.YUNUS
(KETUA GURU)

PUAN NOR FAIZAH PUAN NAZIRAH


BT MAT RANI BT ROSLAN
(GURU 1) (GURU 2)

PUAN SURIANI
BT KASKON
(GURU 3)

PUAN SULYANI
BT MOHD.CHIK
(PEMBANTU GURU)

PUAN ZURAIDA EN.KAHIRIL ANUAR


BT ZAABA BIN MOSMIN
(TUKANG MASAK) (PEMBANDU BAS)

27
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

SKOP PEKERJAAN

BIL JAWATAN SKOP PEKERJAAN


1 Pengurus i) Merupakan tunjang utama tadika merangkap pengetua.
ii) Mengurus hal ehwal kewangan dan pengurusan
pentadbiran tadika secara sistematik dan teratur.
iii) Memastikan perlaksanaan proses, pengajaran dan
pembelajaran mengikut kurikulum yang telah
ditetapkan.
iv) Memastikan pengurusan penjagaan kanak-kanak
berjalan dengan lancar. Contoh : gaji, kebajikan
pekerja, pengurusan tempat, infrastruktur tadika dan
pendaftaran.
v) Boleh berkomunikasi dengan baik serta mesra dengan
pelanggan.
vi) Melatih dan membimbing kakitangan serta memberi
pendedahan awal kepada kakitangan baru.
vii) Sistem perekodan dan menyediakan bajet.
2 Guru i) Mengurus penjagaan hal ehwal kanak-kanak.
ii) Memastikan program P&P dijalankan mengikut
kurikulum yang telah ditetapkan.
iii) Membantu pengurus melicinkan pentadbiran dan
pengurusan aset.
iv) Mengadakan persekitaran yang selamat
v) Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal, emosi
dan sosial kanak-kanak
vi) Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa
vii) Memastikan program berjalan lancar komited kepada
profesion
3 Pembantu i) Membantu pengurusan dalam proses P&P berjalan
guru dengan lancar.
ii) Membantu pengurusan penjagaan hal ehwal kanak-
kanak.
iii) Membantu melaksanakan aktiviti luar tadika.

28
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

iv) Mengurus penyediaan makanan, mengemas dan


membersih seluruh ruang tadika.
v) Menyokong perkembangan kognitif, fizikal, emosi dan
sosial kanak-kanak
vi) Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa
vii) Melaksanakan perancangan harian di bawah
bimbingan guru
4 Tukang i) Menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut
masak nutrisi yang sesuai dengan kanak-kanak mengikut
menu yang telah ditetapkan.
ii) Memastikan proses penyediaan makanan dilakukan
dengan bersih dan sihat.
5 Pemandu i) Mempunyai lesen memandu.
Bas Sekolah ii) Menghantar dan mengambil kanak-kanak pergi dan
pulang.

3.10 OVERALL SCHEDULE

29
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

a) TAKWIM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN PERISTIWA TADIKA


CERIA TAHUN 2013 ( SU )

BULAN MINGGU TARIKH AKTIVITI

JANUARI 1 03.01.2013 Tahun Baru 2013

04.01.2013 Tema : Orentasi Tadika

2 07 .01.2013 Tema: Perihal Diri Saya

11.01.2013

3 14.01.2013 Tema: Anggota Badan saya

18.01.2013 Bermula Program 5 Minit bersama ADIK


BIJAK

4 21.01.2013 Tema: Keluarga Saya

25.01.2013

5 28.01.2013 Tema Sekolah Saya

01.02.2013

1 03.02.2013 Tema :Kawan Saya


FEBRUARI
2 11.02.2013 Tahun Baru Cina

13.02.2013 Gotong Royong Bersama Ibubapa

3 17.02.2013 Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak

20.02.2013 Tema : Jiran Saya

Pertandingan Tulisan Tercantik & Kemas

4 25.02.2013 Tema : Kebersihan

28.02.2013 Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah Kali


Pertama

30
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

MAC 1 04.03.2013 Tema : Keselamatan Diri

08.03.2013

2 10.03.2013 Tema: Rumah Saya

3 17.03.2013 Tema: Emosi Diri

23.03.2012 Cuti

BULAN MINGGU TARIKH AKTIVITI

JULAI 1 01.07.2013 Tema: Kenderaan Darat

05.07.2013 Pertandingan Karnival

2 08.07.2013 Tema: Kenderaan Air

12.07.2013

3 15.07.2013 Tema: Kenderaan Udara

19.07.2013

22.07.2013 Tema: Cuaca

26.07.2013 Nuzul Al-Quran

OGOS 1 29.07.2013 Tema: Alam Sekitar

05.08.2013 Pertandingan Karnival

2 05.09.2013 Tema: Perayaan Di Malayisa

08.08.2013 Hari Raya Aidilfitri

3 12.08.2013 CUTI PENGGAL KE 2

16.08.2013

31
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

4 19.08.2013 Tema: Bunga

5 27.08.2013 Tema: Kemerdekaan Negara

31.08.2013 Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia

SEPTEMBER 1 02.09.2013 Tema: 1 Malaysia

06.09.2013

2 09.09.2013 Tema: Pekerjaaan

13.09.2013

3 16.09.2013 HARI 1 MALAYSIA

20.09.2013 Tema: Kemudahan Awam

4 23.09.2013 Tema: Institusi Awam

27.09.2013 Pertandingan Bijak Membaca

BULAN MINGGU TARIKH AKTIVITI

OKTOBER 1 30.09.2013 Tema: Pembinaan

04.10.2013

2 07.10.2012 Tema: Lagu dan Muzik Tradisi

11.10.2012 Gotong-royong

3 14.10.2012 Pertandingan Menulis Kemas & Cantik

15.10.2013 HARI RAYA AIDIL ADHA

18.10.2013 Tema: Seni Kraft dan Peralatan


Tradisional

4 21.10.2013 Tema: Angkasa Lepas

25.10.2013

32
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

NOVEMBER 1 28.10.2013 Tema: Transisi ke Tahun 1

01.11.2013

2 04.11.2012 Tema: Transisi ke Tahun 1

08.11.2012

3 11.11.2013 Hari Graduasi Tadika

15.11.2013 Majlis Akhir Tahun Tadika.


4
CUTI SEKOLAH SEMESTER 2

33
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

b) JADUAL WAKTU TADIKA CERIA

HARI
MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
7.30 – 8.00 Meyambut kedatangan murid
Sarapan pagi
8.00 – 8.30 Perbualan pagi (circle time)
8.30 – 9.30 Bahasa & Bahasa Awal Sains Awal Bahasa &
Komunikasi Inggeris Matematik Komunikasi
9.30 – 10.30 Awal sains Pendidikan Bahasa Pendidikan Awal Matematik
Islam/ Inggeris Islam/ Moral
Moral
10.30 – 11.00 Rehat
11.00 – 11.40 Kreativiti & Awal Bahasa & Kreativiti & Pendidikan
Estetika Matematik Komunikasi Estetika Jasmani
11.40 – 12.00 Mengemas bilik darjah
Berbaris dan memberi ucapan selamat
Mendengar pesanan guru
Bacaan doa pulang dan bersalam dengan guru
12.00 – 1.30 Rehat dan makan tengahari bagi sesi kelas tambahan
1.30 – 2.30 Kelas IQRA’
2.30 – 3.00 Rehat
3.00 – 4.00 Kelas Kelas Kelas
Lukisan Komputer muzik
4.00 – 4.30 Minum petang dan bacaan doa pulang

34
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

3.11 FINANCIAL PROJECTION ( FARA )

PENGURUSAN KEWANGAN

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli


sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan
awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber
adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan
digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Organisasi yang stabil dan berdaya maju memerlukan pengelolaan dan


pengurusan yang cekap dan efisien. Pengurusan di taska, tadika mahupun
prasekolah melibatkan murid, guru, kakitangan pembantu, pentadbir dan ibu bapa.
Selain sumber manusia pengurusan tadika terlibat dengan pengurusan pentadbiran
rekod dan kewangan, fizikal bangunan, bahan dan peralatan.

Sumber kewangan merupakan asas yang penting untuk menguruskan


sesebuah taska, tadika atau prasekolah. Sumber kewangan yang kukuh dapat
membangunkan kelas prasekolah dengan serba lengkap dengan pelbagai
kemudahan. Terdapat pelbagai cara untuk memperolehi sumber kewangan
antaranya :
i. Sumbangan ibu bapa
ii. Pemberian grant per-kapita oleh kerajaan
iii. Pihak swasta
iv. Orang perseorangan
v. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
vi. Badan kebajikan

Sumber kewangan yang diperolehi ini digunakan untuk menanggung


perbelanjaan mengurus tadika atau prasekolah meliputi makanan, pembelian
peralatan pembelajaran, bahan-bahan untuk aktiviti, gaji kakitangan dan
pengurusan. Pengurusan kewangan yang cekap dan sumber kewangan yang
mantap boleh menjamin perjalanan program prasekolah berjalan dengan lancar.

35
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan
kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.

a. M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.
b. E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat,
pengangkutan dan hiasan.
c. S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan
susunan hiasan. Termasuk juga insuran.
d. H (human)
- Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan
perkhidmatan.

Apabila perbelanjaan dilakukan, pengurusan bertanggungjawab mengambil


tindakan seperti berikut :
 Setiap urusan perlu menggunakan pen mata bola
 Rekodkan pembelian dan pembayaran perkhidmatan kedalam buku
perbelanjaan harian seperti :
a) Perbelanjaan bahan basah.
b) Perbelanjaan makanan kering.
c) Perbelanjaan alat bahan pembelajaran.
d) Kemudahan dan lain-lain
 Rekodkan kedalam buku rekod kewangan di bahagian rekod perbelanjaan
pada setiap hari.
 Pemeriksa kira-kira perlu mengaudit buku rekod kewangan sekuran-
kurangnya 3 bulan sekali.
 Semua perbelanjaan perlu disokong dengan bil atau resit. Apabila pembekal
ataupun pemberi perkhidmatan tidak dapat mengeluarkan sebarang bukti
[embayaran, maka pesanan pembelian perlu di isi.
 Semua resit pembayaran yang tidak bernombor siri perlu dinombor dan
difailkan dalam bentuk folio.

36
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

 Semua resit, bil dan pesanan pembelian perlu difailkan mengikut urutan tarikh
dan bulan.
 Semua surat menyurat, penyata bank dan lain-lain yang berkaitan dengan
akaun perlu disimpan dan difailkan dengan cara teratur bagi memudahkan
kerja-kerja audit.
 Penutupan akaun bulanan perlu dibuat pada hari terakhir setiap bulan.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan


kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan
yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan
pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan
teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

BAJET KEWANGAN TADIKA CERIA

Modal permulaan penubuhan Tadika Ceria adalah pinjaman yang di buat melalui
Bank Rakyat Bhd sebanyak RM200,000 kerana modal daripada hasil perkongsian
masih belum mencukupi untuk menampung keperluan Tadika ini. Ini adalah
anggaran belanjawan Tadika Ceria.

A) Anggaran Belanjawan

PENDAPATAN RM RM

Pinjaman
Bank(BankRakyat) 200,000

Yuran pendaftaran awal( RM400X


60) 24,000

Jumlah pendapatan 224,000

PERBELANJAAN

Kemudahan dalam bilik


darjah 20,000

37
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

Kemudahan alatan
permainan 3,000

Alatan dan sumber bilik


darjah 15,000

Kemudahan asas 30,000

Alat tulis 10,000

Uniform 3,000

Deposit rumah 3,000

Gaji pekerja 12,200

Bayaran pinjaman 2,400

Lain- lain 10,000

Jumlah perbelanjaan 108,600

Untung bersih 115,400

B) Anggaran belanjawan bulanan

PENDAPATAN RM RM

Yuran bulanan (RM250 x 60) 15,000

Yuran tambahan Iqra' (RM100x 30) 3,000

Yuran tambahan Muzik (RM100 x 30) 3,000

Yuran tambahan Seni (RM100 x 30) 3,000

Jumlah pendapatan 24,000

PERBELANJAAN

38
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

a) Gaji

Pengurus (RM2000 x 1) 2,000

Guru (RM1900X 4) 7,600

Pembantu guru (RM1000 X 1) 1,000

Tukang masak (RM 900 X 1) 900

Pemandu bas sekolah (RM700 X 1) 700

b) Bayaran bil

Bil air 150

Bil elektrik 200

Bil telefon 200

c) Lain- lain

Pinjaman bank 2,400

Sewa kediaman 1,000

Belanja dapur (RM 1000 X 4 minggu) 4,000

Penyelenggaraan 500

Jumlah perbelanjaan 20,650

Untung bersih 3350

C) Anggaran belanjawan tahunan

Untung bersih bulanan x 11 bulan

RM3 350 X 11= RM36850

39
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

4.0 RUMUSAN

Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains


sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi.
Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan
kefahaman /tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam
buku-buku teks. Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang
dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas. Peranan pengurus
bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan kakitangan,
bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran tugasnya
seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan
atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh. Pengurus memerlukan pemasaran yang
berkesan bagi memastikan tadika mendapat sambutan daripada pelanggan-
pelanggan yang berpotensi. Bagi meningkatkan permintaan daripada pelanggan,
pengurus perlu bijak merancang pelan pemasaran yang bersesuaian. Pada masa
sekarang tadika merupakan satu bentuk perniagaan. Justeru pengurusan sesebuah
tadika perlulah mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan yang tinggi
berdasarkan teori pengurusan organisasi. Teori pengurusan bertujuan menerangkan
bagaimana proses organisasi diurus berpandukan idea, konsep ataupun prinsip
yang diatur. Ia diperlukan bagi mencapai matlamat yang dirangka dengan
menggunakan masa, tenaga dan kos pada tahap minimum bagi mendapatkan
pulangan yang maksimum

5.0 RUJUKAN

40
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

A Review of the Research on Leadership in Early Childhood Journal of Early


Childhood, How do they manage:,Research June 2004 2: 157-169

Azizah Lebai Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2009). Dokumen Standard Prasekolah:

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Duke Amiene Rev (September 9, 2008). Prasekolah - Sekolah - Tadika – Tabika


Sejarah. [On-line]. Diperoleh pada September 2, 2010 daripada
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.html

Elias, M.J.(2000). Promoting Social and Emotional Learning. NJ: Association for
Supervision&Curriculum Development.

Gartrell, D. (2004). The Power of Guidance: Teaching Social Emotional Skill In


Early Childhood Classroom. NY:TomsonDelmarLearning.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan.Kuala􀈱Lumpur:Dewan bahasa danPustaka

Patricia F. Hearron, and Verna Hildebrand,(2002) Management of Child


Development Centers:.Pearson : Pg 353-372

Rohani Abdullah,et.al. (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong:PTS.

Saayah Abu, S. Z. (2008). Panduan untuk pengusaha tadika. Petaling Jaya: PTS
Profesional Bhd.

6.0 LAMPIRAN

41
ENTREPRENEURSHIP IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION EPB3103

42

You might also like