You are on page 1of 1

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.3;Mengekalkan tradisi kekeluargaan.

) BIDANG 2 ;
KEKELUARGAAN (2.3;Mengekalkan tradisi kekeluargaan. )

Definisi -> Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun temurun dalam keluarga Kata Kunci-> Menerima ]Kebiasaan -> Menghormati ]Adat
Mengamalkan ]Kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Kukuhkan Institusi Kekeluargaan Mengekalkan tradisi keluarga merupakan
tanggungjawab setiap anggota keluarga.

1. Amalan tradisi keluarga.

a. Masyarakat cina Contoh : Perayaan ‘Tung Zhi’

i. Disambut pada setiap 22 Disember ii. Untuk menyambut ketibaan musim sejuk atau ‘kuo tung’ iii.
Dianggap sebagai satu simbol yang bermakna untuk merapatkan hubungan keluarga.

Cara Menyambut ‘Tung Zhi’

i. Keluarga yang jauh akan balik ke kampong


ii. Memasak makanan pelbagai jenis
iii. Jamuan makan bersama keluarga
iv. Bersembahyang bersama-sama sebagai tanda terima kasih.

b. Masyarakat India

Contoh : Penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan

i. Pokok pisang merupakan simbol kesinambungan zuriat / keturunan sesebuah keluarga.


ii. Anak-anak perlu berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara.
iii. Anak-anak perlu memastikan maruah keluarga terpelihara setiap masa.

2. Kepentingan mengekalkan tradisi keluarga.

a. Dapat menyatupadukan anggota keluarga.


b. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
c. Supaya tradisi ini tidak pupus / hilang.
d. Supaya generasi akan datang mengenali tradisi keluarga.
e. Sebagai jambatan untuk menghubungkan generasi muda dengan generasi tua.
3. Cara-cara mengekalkan tradisi keluarga.
a. amalan tradisi keluarga sebagai satu cara hidup
b. tidak malu / memandang rendah terhadap amalan tradisi keluarga. c. Menasihati ahli keluarga agar
tidak melupakan tradisi keluarga.

sumber : http://pendidikammoral.blogspot.my/2011/11/bidang-2-kekeluargaan-23mengekalkan.html

You might also like