You are on page 1of 9

Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita

sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan buatan
Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan

keluarga kerana harga barangan tempatan lebih muroh berbanding barangan


import. Selain itu, kita dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan
rakyat. Di samping itu, industri tempatan juga dapat dimajukan dan membantu
rakyat menambah pendapatan supaya dapat hidup dengan lebih selesa. Seterusnya,
penghasilan barangan tempatan yang mendapat sokongan rakyat akan meningkatkan
imej negara pada pandangan pelancong dan dunia luar. Kesimpulannya, belilah
barangan buatan Malaysia kerana "Produk Malaysia Kebanggaan Kita".

練習二
參考答案

Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang diperoleh


dengan bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah tatacara bekerja
seseorang itu merijadi lebih positif. Selain itu, dengan bekerja
sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja kerana mempunyai waktu bekerja
yang bebas. Di samping itu, bekerja sendiri tidak membuatkan seseorang
tertekan dengan pihak atasannya. Dengan bekerja sendiri juga kita
dapat menentukan rezeki sendiri. Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik
daripada bekerja dengan orang lain

練習三
參考答案

Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada banyak cara yang
boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang. Antaranya, kita mestilah
membuat jadual belajar harian dan mematuhi

jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain itu, kita juga boleh
mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan berkesan. Di
samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita dan berusaha untuk
memperbaikinya. Seterusnya, setelah melakukan pelbagai usaha kita hendaklah
berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh kejayaan. Kesimpulannya, kejayaan
yang cemerlang memerlukan usaha yang berterusan.

練習四

參考答案

Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara. Antara
cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai pemimpin adalah dengan membina
muzium negarawan supaya rakyat dapat

mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi mengenai
pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai pemimpin kita. Di
samping itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan boleh dinamakan sempena nama
pemimpin bagi memperingati jasa mereka. Contohnya, Jalan Tunku Abdul Rahman
dan Jalan Tun HS Lee. Kesimpulannya, hormati dan hargailah pemimpin yang
banyak berjasa kepada negara kita.
練習五

參考答案

Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara


memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan
taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah

mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di samping itu,


sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman perumahan. Seterusnya,
penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat
memupuk perpaduan kaum kerana mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama
lain. Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di
kawasan kejiranan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya kita dapat
hidup dalam keadaan aman dan harmoni

練習六
參考答案

Gambar rajah menunjukkan cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan di
jalan raya. Antaranya, kita tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika
memandu kerana akan mengganggu tumpuan pemanduan. Selain itu, kita mestilah
mematuhi lampu isyarat. Di samping itu, kita juga mestilah memandu dengan had
laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kemalangan. Seterusnya, kita wajib
memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan. Keadaan struktur
jalan raya juga perlu diambil be rat supaya

pengguna jalan raya dapat memandu dengan selamat.

練習七
參考答案

Gotong-royong membersihkan Taman Perumahan Cheras Perdana akan diadakan pada


20 Januari 2016, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Para penduduk akan berkumpul di balai raya Taman Cheras Perdana untuk
mendengar taklimat sebelum gotong royong. Tujuan gotong royong ini diadakan
adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan tempat tinggal. Selain itu,
gotong royong juga bertujuan untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes.
Seterusnya, melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan
sesamajiran.

You might also like