You are on page 1of 15

2018

KONVENSYEN HePiLI
PERINGKAT
KEBANGSAAN 2018

PERTANDINGAN LOMPAT TALI &


SENAMROBIK
KONVENSYEN HePiLI
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH RENDAH
KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH

1
PROSIS
GARIS PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN LOMPAT TALI & SENAMROBIK SEMPENA KONVENSYEN HePiLI
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Bil. LOMPAT TALI SENAMROBIK


1. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta (6 Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta (6
peserta, 1 peserta simpanan dan 1 Guru Pengiring/ peserta, 1 peserta simpanan dan 1 Guru Pengiring/
Penyelaras) Penyelaras)

2. Masa yang di peruntukan untuk pertandingan adalah 5 Masa yang di peruntukan untuk pertandingan adalah 3
minit. minit 30 saat.

3. Pergerakan wajib : Pergerakan Wajib:

Rujuk Lampiran A  Marching (2x8)


 Knee lift (2x8)
 Step touch (2x8)
 V-step (2x8)
 Jumping jack (2x8)
 Side tap (2x8)
 Skip (2x8)

Lagu:
 Wajib 1 lagu dan kemahiran tarian tradisional
Malaysia (2x8)

2
Bil. LOMPAT TALI SENAMROBIK
 Pelbagai genre lagu disarankan (≥ 5 lagu)

Muzik:
 3 minit 30 saat
 Saranan beat lagu 134-140 bpm

1. SYARAT-SYARAT AM KATEGORI :

 Penyertaan adalah terdiri dari Ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Ahli
PROSIS sahaja.

 Setiap penyertaan kumpulan adalah terbuka sama ada semua peserta lelaki, semua peserta perempuan
atau campuran lelaki dan perempuan.

 Penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan.

 Semua pasukan kumpulan akan bertanding dan mempamerkan persembahan sekali sahaja di dalam satu
pertandingan. Pemenang kumpulan akan dikira dari pungutan markah tertinggi.

2. KATEGORI PERTANDINGAN:
2.1. Pertandingan Lompat Tali
a. Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah
b. Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah

3
c. PROSIS

2.2. Pertandingan Senamrobik


a. Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah
b. Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
c. PROSIS

3. PERTUKARAN NAMA

Setiap pasukan tidak dibenar menukar nama peserta yang didaftar di Borang Pendaftaran kecuali pada
waktu kecemasan dengan sebab-sebab munasabah dan boleh diterima oleh Pengerusi Teknikal. Sekiranya
perkara ini berlaku, maka pasukan tersebut dikehendaki menghubungi pihak teknikal dalam masa 24 jam
secara lisan dan bertulis di mana Pengerusi Teknikal akan menentukan sama ada pertukaran tersebut
diterima atau tidak.

4. SUSUNAN PERMULAAN
4.1 Cabutan Undi
 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan dibuat semasa mesyuarat dan
taklimat pengurus pasukan sebelum pertandingan

4
4.2 Menarik Diri
 Sekiranya pengurus pasukan atau wakil tidak hadir pada taklimat pertandingan, pihak jawatankuasa
pengelola menganggap yang mereka telah faham dan memenuhi semua peraturan serta syarat
termasuk perubahan (sekiranya ada) dan keputusan yang dicapai dan dipersetujui semasa taklimat
tersebut.

 Sekiranya sesebuah pasukan gagal berada di kawasan kejohanan selepas 1 minit nama pasukan
diumumkan, maka pasukan tersebut adalah dianggap telah menarik diri dan penyertaannya
dibatalkan untuk pertandingan tersebut.

5. KEMUDAHAN FASILITI

5.1 Kawasan Latihan

Pihak penganjur tidak menyediakan kawasan latihan dan tiada raptai akan dijalankan. Walau
bagaimanapun peserta boleh menjalankan latihan di tempat pertandingan sebelum pertandingan
berlangsung (diluar kawasan pertandingan).

5.2 Kawasan Menunggu

5
Kawasan untuk menunggu giliran akan disediakan di sisi “podium” untuk menempatkan guru penasih
dan peserta-peserta bagi dua buah pasukan yang akan memberi persembahan seterusnya.

6. KAWASAN PERSEMBAHAN

6.1 Pentas
 Kawasan persembahan / pentas berukuran 9m X 9m akan disediakan untuk pertandingan

6.2 Pembatasan
 Peserta dan guru penasihat pasukan tidak dibenarkan memasuki kawasan menunggu dan kawasan
pengadil kecuali dengan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengelola. Peserta dan guru penasihat
dikehendaki menunggu giliran sebagaimana yang ditetapkan dan menunggu isyarat daripada
Pengurus Pentas untuk memulakan persembahan. Ketua Hakim berhak membatalkan penyertaan
peserta sekiranya didapati tidak memenuhi peraturan ini.

7. PAKAIAN
7.1 Profil

 Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas, bersesuaian dengan budaya negara, menjaga adat
ketimuran dan penampilan bersih sepanjang tempoh pertandingan.

6
 Peserta hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok
mata semasa pertandingan. 10 markah akan dipotong sekiranya peserta melanggar syarat pakaian.

 Penyokongan yang sempurna wajib dipakai oleh lelaki dan wanita

 Kasut aerobik yang sesuai perlu dipakai dan tidak meninggalkan sebarang kesan kepada lantai
pertandingan.

 Tali kasut hendaklah diikat sempurna

 Rambut yang panjang mesti diikat dengan kemas

 Barangan kemas tidak dibenarkan dipakai dan mesti ditanggalkan sebelum pertandingan.

8. MUZIK

8.1 Rakaman

 Satu atau lebih lagu boleh digabungkan dan hendaklah dirakamkan di dalam satu pita rakam sahaja.
Sambungan dari satu pita ke satu pita tidak dibenarkan semasa persembahan. Pita/cakera padat ini
hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat dan mesyuarat pengurus
pasukan.

7
 Perakam kaset / cakera padat hanya disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola semasa
pertandingan. Perakam persendirian tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, setiap pasukan
digalakkan membawa radio kaset sendiri untuk tujuan latihan.

 Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu atau kualiti bunyi pada setiap pita /
cakera padat. Oleh itu, setiap pasukan hendaklah memastikan mutu rakaman pita / cakera padat
tersebut berkeadaan baik dan bermutu tinggi.

8.2 Jangkamasa / Tempoh Persembahan

 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan pergerakkan,
melainkan kedua-duanya bermula serentak. Tempoh persembahan mengikut Acara Pertandingan.

9. KELEWATAN
 Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara di luar jangkaan seperti
kerosakkan kenderaan pengangkutan dan sebagainya, pasukan yang terlibat hendaklah menghubungi
Urusetia Pertandingan dengan seberapa segera dan keputusan mengenai giliran persembahan diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal.

 Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar. Semua persembahan akan dijalankan mengikut giliran dan
masa yang telah ditetapkan.

 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad

8
10. BANTAHAN

 Sebarang bantahan dan rayuan mengenai penganjuran dan keputusan pertandingan TIDAK AKAN
DILAYAN.

 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengelola dan Ketua Hakim adalah muktamad.

11. MAKLUMAT AM

 Pihak Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh didakwa atas sebarang
kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

 Jawatankuasa Pengelola adalah berkuasa untuk menambah dan memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan di dalam peraturan ini.

 Jawatankuasa Pengelola / Teknikal berhak memutuskan segala masalah teknikal seperti eletrik pintas,
podium atau gangguan di tempat persembahan dan masalah lain yang tidak dapat dielakkan agar dapat
diuruskan dengan sempurna oleh Jawatankuasa Pengelola.

 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD di dalam segala keraguan mengenai peraturan
yang telah ditetapkan.

9
12. LAIN-LAIN SYARAT

 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecedaraan, kematian yang
menimpa sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini.

 Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menambah dan
memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini.

 Keputusan Jawatankuasa penganjur adalah muktamad di dalam segala keraguan mengenai peraturan dan
syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan ini.

10
LAMPIRAN A

SENARAI PERGERAKAN BAGI PERTANDINGAN LOMPAT TALI

JENIS KEMAHIRAN LOMPATAN ASAS PERGERAKAN

1. Jump Bounce
2. Shuffle Step
a. Right Foot
b. Left Foot
3. Skier
Single Rope Skills Semua jenis lompatan
4. Bell
5. Twist
6. Side Straddle
7. Scissors

Partner Skills 1. Two In One Rope Sekurang – kurangnya 2 jenis lompatan


(Face To Face – Basic Jump)
2. Two In One Rope
(Face To Face – Free Turns)
3. Two In One Rope
(Face To Face – Side Straddle)
4. Around The World
5. Two In One Rope
(Side By Side – Basic Jump)
6. One In One Out
7. One In One Out
(Change Position)

11
8. Link Jumping
9. Travelling

1. Enter – Jump - Exit


Wajib

Single Long Rope Skills 1. All Our Friends


2. Down The Line Sekurang – kurangnya 1 jenis lompatan
3. Zig Zag

1. Egg Beater
2. Long and Short
Multi Rope Skills 3. Long Switcher Sekurang – kurangnya 1 jenis lompatan
4. Umbrella

1. Enter – Jump - Exit


Double Dutch Skills Wajib

12
LAMPIRAN B

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN LOMPAT TALI


KONVENSYEN HePiLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

NEGERI: ______________________________

BIL. PERANAN NAMA NO IC/ MYKID SEKOLAH/ IPT

1 GURU PENGIRING/
PENYELARAS
2
PESERTA

3
PESERTA

4
PESERTA

5
PESERTA

6
PESERTA

7
PESERTA

8
SIMPANAN

13
LAMPIRAN C

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SENAMROBIK


KONVENSYEN HePiLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

NEGERI: ______________________________

BIL. PERANAN NAMA NO IC/ MYKID SEKOLAH/ IPT

1 GURU PENGIRING/
PENYELARAS
2
PESERTA

3
PESERTA

4
PESERTA

5
PESERTA

6
PESERTA

7
PESERTA

8
SIMPANAN

14
15

You might also like