You are on page 1of 2

Asal usul adat pepatih

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin
Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah
amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya
adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi
Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh
perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Adat ini mungkin berumur 3000-4000
tahun berdasarkan dari banyaknya persamaan adat ini dengan orang Polynesia, Micronesia dan
Melanesia yang telah berhijrah ke sana dan membawa adat resam ini bersama mereka.
Contohnya orang Palau,salah satu etnik penutur bahasa-bahasa Melayu-Polinesia masih
mewariskan harta sepenuhnya kepada anak perempuan dan dijaga oleh anak lelaki, ketua suku
dan raja mereka

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu
di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melakaterutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka
adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Undang- undang adat pepatih

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada
perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota
masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku
bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu


perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan
ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan
tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak
menyandang saka(jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi
harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku,
hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya
adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama
suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya
untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk
menyandang sebarang jawatan dalam adat mereka.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris
mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui
upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan
bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Tujuan adat pepatih di negeri 9

You might also like