You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

SERI PELANGI, BATU PAHAT, JOHOR


( JBD 0051 )

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

TARIKH
20 SEPT – 22 SEPT 2018 (RABU - JUMAAT)

MASA
RABU (4.00 PETANG) HINGGA JUMAAT (11.00 MALAM)

TEMPAT
MENARA BERKEMBAR PETRONAS, PETROSAINS KLCC, ZOO NEGARA, MUZIUM
NEGARA DAN AQUARIA KLCC

KELOMPOK SASARAN
MURID-MURID SEKOLAH SJKT SERI PELANGI, BATU PAHAT

JUMLAH PESERTA
31 ORANG MURID & 13 ORANG GURU

DISEDIAKAN OLEH:
PN. Yogeswari Murugaiya
Guru Lawatan SJKT Seri Pelangi, Batu Pahat
(TEL: 0177572770 )
1.0 TAJUK

1.1 Program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

2.0 TUJUAN

2.1 Memberi pengalaman sebenar dan bermakna kepada murid-murid dengan


mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur.

3.0 RASIONAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR

3.1 Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi nilai tambah iaitu memupuk sikap
kerjasama, nilai persahabatan dan pemuafakatan antara murid selaras dengan
konsep 1 Malaysia.
3.2 Semua aktiviti dan kegiatan yang dirancang akan memberi tumpuan merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.3 Lawatan ke Kuala Lumpur yang dirancang kali ini merupakan salah satu cara
untuk meningkatkan motivasi murid di samping mempraktikkan ilmu yang dipelajari
di sekolah dengan harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji,
semangat yang kental dan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan serta dapat
mengembangkan daya pemikiran murid terhadap sains dan teknologi terkini.
3.4 Program lawatan yang sedang dirancang juga mempunyai matlamat ke arah
pengisian jasmani dan rohani ke arah perkembangan minda murid-murid dengan
mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa lawatan nanti.

4.0 MATLAMAT

4.1 Melahirkan murid yang dapat memahami, menghargai kehidupan haiwan di air di
Aquaria dan menhayati sains dan teknologi di Petrosains.
4.2 Program lawatan ini diadakan dengan matlamat menyuburkan potensi murid-murid
dalam semua aspek perkembangan serta memupuk sikap positif agar mereka menjadi
seorang ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. Di samping itu lawatan ini juga
bertujuan untuk memupuk sikap hormat- menghorrmati antara sesama kaum di
Malaysia.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengembangkan daya pemikiran murid-murid sekolah.


5.2 Menimbulkan keseronokan murid-murid melihat sendiri haiwan-haiwan yang terdapat
di darat, air dan udara.
5.3 Menambah ilmu, pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid tentang cara
kehidupan, cara pemakanan serta cara menjaga haiwan-haiwan dalam air.
5.4 Memberi kesedaran di kalangan murid kepada kepentingan menjaga habitat haiwan.
5.5 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan haiwan kepada alam
sekitar.
5.6 Murid dapat pengetahuan mengenai pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.

6.0 TEMPOH / TARIKH LAWATAN

6.1 Program Lawatan Sambil Belajar ini mengambil masa tiga hari dua malam iaitu 20
Sept - 4 petang hingga 22 Sept -10 malam

7.0 TEMPAT LAWATAN

7.1 Program lawatan ini ialah ke Menara Berkembar Petronas, Petrosains KLCC, Muzium,
Zoo Negara dan Aquaria KLCC.

8.0 PERINGKAT PELAKSAAN

8.1 Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 20 Sept 2018 setelah mendapat
kebenaran dari pihak-pihak yang terlibat seperti pihak sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah Segamat dan Jabatan Pendidikan Johor.
9.0 SASARAN PENYERTAAN

9.1 Sasaran utama bagi program ini adalah murid-murid SJKT Seri Pelangi yang berminat
dan mendapat kebenaran daripada ibubapa / penjaga.

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

10.1 Ahli jawatankuasa pelaksana dan bidang tugas ahli jawatankuasa


pelaksana program ini. Pengerusi dan semua ajk pelaksana
bertanggungjawab untuk memantau dan mengendalikan perkara yang
barkaitan dengan kutipan yuran penyertaan, pelaksanaan aktiviti dan
keselamatan para peserta program.

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN

Pengerusi : En, Ravichandran A/L Ramachandran (Guru Besar SJKT Seri Pelangi)

Naib Pengerusi : En Sivapragasam A/L Parimuthu (GPK Hem)

Penyelaras : Pn. Yogeswari A/P Murugaiya

Ahli Jawatankuasa

Pn. Rajeswari A/P Arumugam (GPK Kurikulum)

Pn Kalaivani A/P (GPK Kokurikulum)

Cik Revathy A/P

Pn. Thamarai A/P Arumugam

Pn. Geetha A/P Kuppusamy

Pn. Nalini A/P

Pn. K. Shoba A/P Karuppiah

Pn. Chamala A/P Thayalan


KOS PERBELANJAAN

Sumber yang menampung kos lawatan termasuklah:-

PERKARA HARGA JUMLAH


Bas 3 x 1100 RM 1300.00
Admissions fee 150 x 44 RM 6600.00
Makanan x 44 RM 2200.00
Jumlah RM 8600.00

Disediakan oleh:

………………………
(Pn. Yogeswari A/P Murugaiya)
Penyelaras Program
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seri Pelangi,
Batu Pahat, Johor.

Disahkan :

……………………………
(En. Ravichandran A/L Ramachandran)
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seri Pelangi,
Batu Pahat, Johor.

You might also like