You are on page 1of 6

NOVEL DESTINASI IMPIAN

TINGKATAN SATU
PENGENALAN:
1. Novel ialah prosa cereka yang panjang.
2. Istilah “novel” diambil daripada Bahasa Inggeris. Kata ini berasal daripada Bahasa
Itali, iaitu novella.
3. Antara ciri-ciri novel termasuklah:
a) mengisahkan peristiwa dan tindakan yang dialami dan dilakukan oleh manusia;
b) memaparkan dialog antara watak-watak dalam cerita.
c) mengemukakan satu-satu pandangan hidup dan persoalan-persoalan tentang
kehidupan.

SINOPSIS KESELURUHAN:
Johari, Firdaus dan Azlina berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka keluar dari rumah pada
pukul 7.00 pagi. Tujuan mereka berbasikal adalah untuk menyahut cabaran datuk mereka,
melihat tanah air secara dekat, dan ingin menjadikan Firdaus sebagai lelaki sejati. Bagi
Firdaus pula, dia menyertai Johari dan Azlina kerana malu kepada adik perempuannya yang
sanggup menyahut cabaran datuknya, inikan pula dia sebagai abang. Malah, Firdaus juga
ingin membuktikan kepada kawan-kawannya di sekolah bahawa orang lembut sepertinya
juga dapat melakukan cabaran tersebut.

Semasa berbasikal ke Morib, pelbagai peristiwa dan cabaran yang dilalui mereka.
Antaranya, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Tangan Firdaus juga luka
selepas terjatuh kerana terlanggar seketul batu akibat terkejut mendengar bunyi hon kereta.
Bagaimanapun, Firdaus sudah tidak larat untuk meneruskan perjalanan. Azlina
mencadangkan Firdaus agar menaiki bas sahaja jika dia mahu digelar sebagai pengecut.
Sepanjang perjalanan, mereka sering bertengkar dan sindir-menyindir. Firdaus terpaksa
melepaskan peluang untuk menonton wayang bersama dengan kawan-kawan sekolahnya
dan menyambut majlis hari lahir Mazlinda. Walau bagaimanapun, Johari sebagai sepupu
mereka yang lebih dewasa sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah kedua-dua adik
sepupunya. Azlina pula ditimpa kemalangan apabila tercampak ke tanah merah setelah
sebuah lori besar cuba memotong mereka. Tangan kanan Azlina mengalami kecederaan dan
banyak darah yang keluar.

Terbit rasa bangga dalam hati Firdaus apabila berjaya sampai di Pantai Morib. Dia
terkejut apabila disambut oleh kawan-kawan sekolahnya. Firdaus tidak menduga Sazali,
Moksin, Salim, Mokhtar, Erma, Zarina dan Mazlinda benar-benar menantinya di Pantai
Morib. Kebanggaannya mencacak tinggi apabila dapat membuktikan dia hebat. Firdaus juga
NOVEL DESTINASI IMPIAN
TINGKATAN SATU
tidak ragu-ragu mengaku dirinya tahu berenang di hadapan orang yang diminatinya dalam
diam, iaitu Mazlinda.

Kawan-kawan sekolahnya dapat menghidu pembohongan Firdaus. Oleh itu, mereka


telah memasang perangkap untuk menguji Firdaus. Mazlinda berpura-pura lemas ketika
dipukul ombak. Jeritan Moksin supaya menyelamatkan Mazlinda telah mencabar dirinya.
Firdaus mengagahi dirinya untuk menyelamatkan Mazlinda bagi membuktikan dia tahu
berenang. Firdaus malu apabila segala penipuannya terungkai. Dia gagal menyelamatkan
Mazlinda sebaliknya Mazlinda yang menyelamatkan dirinya. Johari sempat menasihati
Firdaus agar tidak cepat berasa angkuh dan tidak terlalu berani tanpa berfikir dengan waras
dan menurut kemampuan diri. Sewaktu Mazlinda datang bersama-sama dengan kawan-
kawannya yang lain, Firdaus mengangkat muka untuk memandang Mazlinda dengan berani.

UNSUR-UNSUR DALAMAN NOVEL:

a) Watak dan Perwatakan:


- Watak: tokoh rekaan atau pelaku yang memegang peranan dalam sesuatu
cereka.
- Perwatakan: perkara-perkara yang mendedahkan perlakuan watak.

Jenis Watak Watak Perwatakan


Watak Utama Firdaus Seorang lelaki lembut:
- Abang kepada Azlina dan Buktinya, Firdaus menjadi lembut kerana
sepupu kepada Johari dikelilingi adik-beradik perempuan. Dia tidak
- Anak lelaki tunggal dalam
pernah bersukan. Dia juga suka menolong
keluarganya.
kakak-kakaknya mengubah bunga ataupun
- Berwajah tampan, berambut
memasak.
keriting halus, berhidung
Berani:
mancung dan berkulit putih
Buktinya, Firdaus berani menyahut cabaran
datuknya untuk berbasikal sejauh 50
kilometer kerana malu kepada adik
perempuannya, Azlina. Dia menyahut
cabaran itu kerana takut dikatakan sebagai
pengecut.
NOVEL DESTINASI IMPIAN
TINGKATAN SATU
Pembohong:
Buktinya, Firdaus membohongi kawan-
kawannya dengan memberitahu bahawa
kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan
Johari yang kerap berhenti untuk berehat.
Firdaus juga berbohong kepada Mazlinda
dengan memberitahu bahawa dia pandai
berenang walaupun hakikatnya dia langsung
tidak tahu berenang.
Pendendam:
Buktinya, ketika Azlina cedera dan luka,
Firdaus langsung tidak memberikan
pertolongan. Sebaliknya, dia memerli adiknya
dan berasa puas dapat membalas semula
perbuatan tersebut.
Berdikari:
Buktinya, Firdaus tidak mahu pulang bersama
dengan Azlina dan Johari. Dia juga sudah
membuang sikap suka bergantung pada
orang lain.
Insaf:
Buktinya, Firdaus mulai sedar dan insaf
dengan segala perbuatannya setelah berada
di hospital kerana hamper lemas di laut. Dia
menganggap ini adalah balasan orang yang
suka berbohong seperti dirinya.

Watak Johari Minat membaca:


NOVEL DESTINASI IMPIAN
TINGKATAN SATU
Sampingan - Sepupu kepada Azlina dan Buktinya, Johari tidak suka menonton
Firdaus televisyen atau wayang. Sebaliknya, dia lebih
- Penuntut di Universiti Putra
minat membaca. Selain itu, Johari juga
Malaysia (UPM)
banyak menghabiskan wangnya untuk
- Kawan kepada Tasmin dan
membeli bahan bacaan seperti buku, majalah
Kasman.
dan akhbar.
Seorang yang aktif:
Buktinya, selepas menyahut cabaran
datuknya dengan berbasikal dari Klang ke
Morib, Johari dan kawan-kawannya
bercadang untuk berbasikal dari Serdang ke
Port Dickson.
Berfikiran rasional:
Buktinya, Johari membiarkan Firdaus pulang
seorang diri kerana ingin membiarkan Firdaus
menjadi seorang lelaki yang berani dan
berdikari.
Berilmu/Bijak berkata-kata:
Buktinya, Azlina kagum akan kata-kata Johari.
Setiap kata-kata yang dilontarkan berisi
sesuatu ilmu pengetahuan dan bermanfaat.
Seorang yang prihatin dan
bertanggungjawab:
Buktinya, Johari sentiasa peka dan cakna
akan keselamatan sepupu-sepupunya
sepanjang aktiviti berbasikal ini dijalankan.
Seorang yang mempunyai daya kepimpinan
sebagai ketua:
Buktinya, Johari mengetuai cabaran
berbasikal dari Klang ke Morib. Johari juga
bijak menyelesaikan semua masalah yang
timbul di antara Azlina dan Firdaus. Misalnya,
NOVEL DESTINASI IMPIAN
TINGKATAN SATU
semasa Firdaus tidak mahu meneruskan
perjalanannya dan ingin pulang. Johari
memanggil Azlina untuk membuat keputusan
supaya tindakannya itu tidak menjadi berat
sebelah.
Watak Azlina Prihatin:
Sampingan - Adik kepada Firdaus Buktinya, Azlina menyedari akan kesalahan
- Seorang atlet olahragawati
bahsa yang terdapat pada papan tanda
sekolah
seperti AWAS! LUBANG ADA DEPAN! dan
- Bertubuh kurus dan tinggi
PELAN-PELAN JALAN, DEPAN KERJA JALAN.
lampai
Berani:
Buktinya, Azlina berani menyahut cabaran
datuknya berbasikal dari Klang ke Morib dan
berjaya membuktikannya apabila sampai ke
Pantai Morib Baru walaupun mengalami
kecederaan.
Penyayang:
Buktinya, walaupun selalu bertengkar dengan
Firdaus, Azlina tetap mempertahankan
abangnya itu. Dia mempertahankan Firdaus
apabila Sazali dan Moksin mempersendakan
abangnya. Selain itu, Azlina turut risau dan
bimbang akan keselamatan Firdaus apabila
abangnya ingin pulang bersendirian
walaupun telah ditenangkan oleh Johari.
Seorang yang aktif dan cergas:
Buktinya, Firdaus kagum apabila melihat
kemampuan adiknya kerana tidak merungut
kepenatan berbasikal malah sentiasa cergas
kerana dia selalu berjoging untuk
mengekalkan staminanya. Selain itu, Azlina
merupakan atlet sekolah. Dia sering berlatih
NOVEL DESTINASI IMPIAN
TINGKATAN SATU
bersama-sama Sazali dan Moksin.
Watak Mazlinda Baik hati:
Sampingan - Berambut hitam, lembut, dan Buktinya, Mazlinda memuji Firdaus dengan
panjang mencecah bahu menyatakan bahawa Firdaus sudah menjadi
- Kawan sekolah Firdaus
lelaki yang berani dan boleh pulang
bersendirian tanpa bergantung kepada Azlina
dan Johari. Selain itu, Mazlinda juga
membuka minuman tin dan diserahkan
kepada Firdaus kerana haus.
Pandai berenang:
Buktinya, semasa mereka bermain
pertandingan menyelam, Mazlinda
merupakan orang yang terakhir timbul di
permukaan air. Selain itu, dia juga yang
menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas
kerana cuba menyelamatkan dirinya.
Pandai berpura-pura:
Buktinya, Mazlinda berpura-pura tidak pandai
berenang dengan membiarkan dirinya lemas
supaya Firdaus datang menyelamatkannya.
Hal ini demikian kerana Mazlinda ingin
menguji sama ada dia benar-benar tahu
berenang atau sebaliknya.
Mempunyai semangat setia kawan yang
tinggi:
Buktinya, Mazlinda sanggup berkhemah di
Pantai Morib demi memberikan sokongan
dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal
dari Klang ke Morib.

You might also like