You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

_________________________________

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 ON 3


1MURID 1SUKAN
2015

Tempat:
SJKC SUNGAI KLAU

Anjuran :
Persatuan Bola Keranjang Sekolah
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA ) SUNGAI KLAU,
RAUB,PAHANG DARUL MAKMUR.
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 1MURID 1SUKAN

PENGENALAN

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu


aktiviti sukan disekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat
dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Kem 1 Murid 1 Sukan merupakan antara
program di bawah dasar 1 Murid 1 Sukan.

Oleh itu , Pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 diperkenalkan bagi menarik minat


murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan
dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik .

TUJUAN
Pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 ini bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang berunsurkan
keseronokan. Ia juga menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan di kalangan murid. Ia
juga bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif. Justeru itu, Unit Ko-Kurikulum SJKC Sungai
Klau dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang mengambil inisiatif bagi menganjurkan
Pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 yang akan dilaksanakan pada 28/5/2015.
MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola
keranjang dan mencungkil bakat dalam kalangan kanak-kanak. Program ini juga dijalankan
seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia “1Murid 1Sukan” untuk meningkatkan
potensi setiap murid dari awal bangku sekolah.Program ini juga akan menjadi landasan
dalam pembentukan bakal pemain bola keranjang sekolah.

OBJEKTIF

1. Memperkasakan aktiviti permainan di SJKC Sungai Klau dengan memberi peluang untuk
murid-murid mempelajari kemahiran permainan bola keranjang.
2.Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti sukan.
3.Menyediakan ruang kepada murid-murid untuk bersaing sesama sendiri dalam
pertandingan.
4.Membina keyakinan dalam diri murid-murid dalam menghadapi pertandingan seterusnya
dalam apa jua keadaan dalam kehidupan mereka
5.Melahirkan murid yang seimbang dari aspek intektual, jasmani, emosi dan juga rohani .
6.Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan
gaya hidup yang sihat dan inovatif.

NAMA PROGRAM

Pertandingan Bola Keranjang 3 On 3 1M1S

TEMA PROGRAM

Sukan Ke Arah Kecemerlangan

PELAKSANAAN
Tarikh : 28 Mei 2015
Tempat : SJKC SUNGAI KLAU

SASARAN
Murid-murid tahun 4 – tahun 6
JADUAL PERTANDINGAN

1. Jadual pertandingan akan disusun oleh Guru Penasihat Persatuan Bola keranjang
2. GPK KK bertanggungjawab atas kerja penyusunan pengadil.
3. Sebanyak 16 pasukan (8 lelaki & 8 perempuan) dijangkakan mengambil bahagian
dalam kejohanan ini. Dan sebanyak 16 perlawanan akan dipertandingkan setiap
gelanggang.

AHLI JAWATANKUASA

Setiap jawatankuasa mempunyai tugas-tugas masing-masing. Bidang tugas AJK adalah


seperti berikut;
Pegerusi : Guru Besar
Setiausaha : GPK KK
Pegawai Teknik Kejohanan: Guru Penasihat Bola Keranjang

Bidang tugas AJK TANGGUNGJAWAB


Jurulatih En Sum Weng Choy - Melatih pemain

Pn Tan Ee Lian - Memberikan bantuan


Kecemasan
Pn Low Phooi Shim kecemasan kepada
pemain
Penyediaan gelanggang En Shum Wai Keong - Menyediakan gelanggang
permainan permainan & tiang gol
En Ti Yee San - Menyediakan borang-
borang pertandingan dan
Urusetia & Statistik jadual pertandingan
- Membuat statistik
keseluruhan kejohanan
Cik Tan Hui Theng - Mengacarakan majlis
Pengacara Pn Chang Wai Yan penutupan kejohanan

Cikgu Noorsilah - Membuat tempahan


Cikgu Noor Effardiana hadiah & cenderamata
Hadiah, sijil &
Pn Lee Siew Mei - Menyediakan sijil
cenderamata
penyertaan dan
penghargaan
Cik Lim Sok Ing - Menyediakan makanan
akanan Cik Yong Jing Yee peserta dan AJK
pengelola
Tentatif Pn Chan Poh Har - Menyediakan tentatif
majlis penutupan
Penyediaan tempat & Pn Phang Lee Kuan - Menyediakan khemah,
khemah kerusi & meja
Cik Liew Ren Bing - Mengambil gambar
Cik Chong Lee Chin aktiviti sepanjang
Dokumentasi
kejohanan untuk
dokumentasi.
Pn Lim Liew Kuan - Mendaftar pemain
Pendaftaran Pn Tan Kwai Yoke - Memeriksa dokumen
pemain

TENTATIF PROGRAM

2.00 pm : Pendaftaran
2.30-2.45 pm : Aktiviti Memanaskan Badan
2.45-3.00pm : Peraturan Permainan
3.00-6:00 pm : Pertandingan bermula
6.00 pm : Penyampaian hadiah & Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Peruntukan 1M 1S RM500.00
Jumlah RM500.00

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL Perkara Kuantiti RM


1. Bola Pertandingan 4xRM50 200.00
2. Hadiah Johan : RM20 100.00
Naib Johan : RM15
Ketiga :RM10
Sagu Hati : RM5.50 X 10
6.. Makanan 50 orang x RM 4 200.00
Jumlah RM 500.00

PENUTUP

Adalah diharapkan melalui Pertandingan keranjang 3 On 3 ini dapat mencungkil


bakat-bakat kreatif dan inovatif di kalangan murid dalam mengendali dan menguruskan
aktiviti kelab sukan di sekolah. Selain itu juga, semoga pertandingan ini dapat membina
satu kumpulan penggerak sukan di kalangan murid. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga
diterapkan agar setiap murid dapat menceburi sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Di
samping itu, semoga ia menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas sukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Adalah menjadi harapan agar pertandingan ini dapat dijadikan acara tahunan di
SJKC Sungai Klau supaya dengan itu iainya dapat di tambahbaikkan dari tahun ke tahun
demi untuk memperkasakan aktiviti-aktiviti sukan di SJKC Sunagi Klau. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Akhir kata majulah
sukan untuk sekolah dan murid-murid SJKC Sungai Klau.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

...................................... ................................
(En Ti Yee San ) ( Pn Moh Pik Ying )
GPK Kokurikulum Guru Besar
SJKC SUNGAI KLAU SJKC SUNGAI KLAU
27630 RAUB, 27630 RAUB,
PAHANG. PAHANG.

You might also like