You are on page 1of 2

09 Feb2017

Kebenaran Merancang
Written by Super User. Posted in Kawalan Pembangunan (/index.php/ms/perkhidmatan/20-kawalan-
pembangunan?layout=)

Apakah Kebenaran Merancang?


Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu kelulusan yang
diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan.

Maksud Kebenaran Merancang Mengikut Akta


172
Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Mentafsirkan kebenaran merancang
sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh
memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang
berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah
subseksyen 24(3).
Pada amnya ” kebenaran merancang ” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan
permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah
atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)]
dan seksyen 21B [Pelan Susunatur].
Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan. Jika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan
berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan
Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak
melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
sekali.

Siapa Yang Memberikan Kebenaran


Merancang?
Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan
Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan, kebenaran merancang
dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).
Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar
dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT, di bawah subseksyen 5(2).
Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.

Kebenaran Merancang Yang Perlu Dirujuk


Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri
Seterusnya Kepada Majlis Perancang Fizikal
Negara (MPFN) Untuk Mendapat Nasihat
Mengikut Peruntukan Subseksyen 22(2a), Akta
172
Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang) atau meliputi suatu
kawasan yang melebihi seratus (100) hektar atau kedua-duanya.
Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama, termasuk :

- Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan
lebuhraya, dan

- Kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak
pembuangan sisa toksid.

Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan
sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya
Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan
pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan yang dikemukakan.

Jenis - jenis permohonan:-


1. Permohonan Perancangan Tapak

Permohonan tanah kerajaan


Permohonan Merizab Tanah Kerajaan
Permohonan Pengambilan balik (TNB,Jalan, Laluan Utiliti dan Kemudahan Awam)

2. Permohonan Tukar Syarat dibawah Seksyen 124(A)

Tukar Kategori Tanah/ Syarat Naya Tanah

3. Permohonan Kebenaran Merancang

Permohonan Susunatur
Permohonan Susunatur (Online)

Cetak

You might also like