You are on page 1of 19

HBEF 3103

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
HBEF 3103
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 1.0 PENGENALAN 3
2 2.0 TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 4
2.1 DOMAIN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 5
2.1.1 DOMIAN REKA BENTUK 6
2.1.2 DOMIAN PENGEMBANGAN 7
2.1.3 DOMIAN PENGUNAAN 7
2.1.4 DOMIAN PENGURUSAN 7
2.1.5 DOMIAN PENILAIAN 8
2.2 PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 8-11
3 3.0 HUBUNGAN DI ANTARA TEKNOLOGI 12-13
INSTRUKSIONAL DAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA
PEMBELAJARAN
4 4.0 TEORI DAN AMALAN TEKNOLOGI 14-15
INSTRUKSIONAL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5 5.0 KESIMPULAN 16
6 RUJUKAN

2
HBEF 3103

1.0 PENGENALAN

Teknologi, perkataan ini berasal daripada Bahasa Yunani,”techne” berdenifisi kemahiran yang
menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit atau amalan yang praktikal bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Ia merangkumi proses dan idea.

“The systematic application of scientific knowlwdge and other organized knowledge to practical
tasks.”
-Galbraith (1967)

Berdasarkan penyataan di atas, Galbraith (1967) berpendapat bahawa teknologi merupakan satu
keupayaan dalam menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan yang lain yang tersusun yang
digunakan secara sistematik.. Keupayaan ini akan membawa kesan yang positif dengan mewujudkan
amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu misi sehingga tugasan itu berjaya.

“Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.”
-Evans and Nation (2000)

Evans and Nation (2000) menolak konsep teknologi sebagai sesuatu alat. Walaupun teknologi
mempunyai definisi yang berbezaan , ia masih amat membawa faedah kepada para pendidik kepada
pelajar-pelajar mereka sekiranya pendidik menggunakn ilmu pengetuhuan mereka untuk menghasilkan
satu proses pembelajaran dan pengajaran yang memberi kesan positif bagi pelajar-pelajar mereka.

Dalam tugusan ini, saya akan membincangkan tentang konsep teknologi instruksional
dan peranannya teknologi instruksional sebagai penjana pengajaran. Di samping itu, saya juga akan
mencadangkan beberapa aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam persekitran formal dan
tidak formal yang berkesan.

3
HBEF 3103
2.0 TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

“Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization,


management, and evaluation of processes and resources for learning.”
-Seels and Richey(1984)

Berdasarkan penyataan di atas, teknologi instruksional atau dikenali teknologi pengajaran merupakan
teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta
sumber untuk pembelajaran.

Selain itu, Seels and Richey (1994:3) juga berpendapat teknologi instruksional lebih dapat mendeskripsikan
secara tepat fungsi teknologi dalam pendidikan serta teknologi instruksional lebih menunjukkan penekanan
pada masalah pembelajaran dan pengajaran.

Selain pendapat dari Seels and Richey, juga terdapat pendapat tokoh-tokoh pengkaji bidang ini tentang
konsep teknologi seperti berikut:

Finn (1960) “Instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and
examining feasible solutions to those problems.

Lumsddine (1964) “Instructional technology could be thought of as the application of Science to instruct
practises”.

Davi (1963) “Instructional technology is the design and use of message which control the learning
process. It implies systematic design of planning, production, selection, utilization and management”

Sebagai simpulannya, teknologi instruksional ini adalah proses dan amalan reka bentuk pembelajaran
dan pengajaran yang sistematik supaya pelajar-pelajar dapat memahami objektif yang mereka pelajari
untuk menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi.

4
HBEF 3103
2.1 DOMAIN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Domian dalam teknologi instruksional adalah melalaui 2 fasa, iaitu Fasa Pertama yang dihasilkan pada
Tahun 1977 dan juga Fasa Kedua yang dijalankan pada Tahun 1994.

Domian dalam teknologi Pendidikan Fasa Pertama merangkumi tiga fungsi:


i. Fungsi Pengurusan Pengajaran
Tujuan: memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan dengan melalaui proses
mengarah, menyelaras serta mengawal fungsi.
ii. Fungsi Pengembangan Pengajaran
Terdiri daripada peringkat penyelidikan, peringkat mereka bentuk pengajaran , peringkat penerbitanm
peringkat penilaian dan pemilihan, peringkat penggunaan serta peringkat logistik
iii. Fungsi Sumber Pembelaran
Terdiri daripada : mesej, manusia, peralatan , teknik dan juga lokasi

Domian dalam teknologi Pendidikan Fasa Kedua pula merangkumi lima domian dalam definisi teknologi
instruksional ataupun teknologi pengajaran yang merangkumi reka bentuk, pengembangan, penggunaan,
pengurusan dan penilai proses dan sumber untuk pembelajaran.

“Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization,


management, and evaluation of processes and resources for learning.”
-Seels and Richey(1984)

Gambar 1:Domian Teknologi Instruksional


(sumber dari: http://zierazali.weebly.com/teknologi-pendidikan.html)

5
HBEF 3103
2.1.1 DOMIAN REKA BENTUK

Domian reka bentuk merupakan proses menentukan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran. Selain
menentukan komponen proses pembelajaran dan pengajaran, reka bentuk juga berfungsi sebagai
perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling - (Tessmer, 1990)

Domian reka bentuk terdiri daripada empat bidang utama:

1. Reka bentuk sistem instruksional


 Satu tatacara yang sistematik dan juga teratur untuk menganalisis , mereka bentuk,
membina, melaksanakan dan menilai bahan instruksional satu unit pembelajaran supaya
menambahbaik proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Reka bentuk mesej


 Melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang berkesan
semasa penyampaian mesej kepada pelajar.

3. Strategi instruksional
 Melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
sesuatu unit pelajaran yang paling sesuai dengan tujuannya mengukuhkan proses
pembelajaran dan pengajaran.

4. Ciri-ciri murid
 Melibatkan proses analisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan,
pengalaman yangs sedia ada yang akan memberi kesan terhadap proses pembelajaran
dan pengajaran.

6
HBEF 3103
2.1.2 DOMIAN PENGEMBANGAN

Domian pengembangan juga dikenali sebagai domain pembinaan. Ia merupakan satu proses yang
menterjemahkan spesifikasi rekabentuk untuk menghasilkan bahan instrusional yang terdiri daripada
bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan yang berasaskan computer dan bahan multimedia.

Gambar 2: Contoh bahan cetak


(Sumber dari : https://dbpniaga.my/sekolah-rendah/762-teknologi-maklumat-dan-komunikasi-sekolah-
kebangsaan-tahun-5-9789834618810.html )

2.1.3 DOMIAN PENGUNAAN

Domian penggunaan menggunakan proses (kaedah dan model pengajaran), sumber (bahan dan
perkakasan media) dan alam sekeliling untuk pembelajaran. Ia terdiri daripada empat kategori,
iaitu,penggunaan media dan kaedah (cara sistematik), penyerapan/penerimaan inovasi, pelaksanaan
(menggunakan bahan),institutionalisasi (penerimaan & pengekalan).

2.1.4 DOMIAN PENGURUSAN

Domian ini melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan,
penyelerasan dan penyeliaan teknologi instruksional supaya membolehkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan lebih lancar, lebih kesan dan juga lebih tersusun.

7
HBEF 3103
2.1.5 DOMIAN PENILAIAN

Domian ini merupakan satu proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran atau program-program pendidikan yang dengan contohnya penilaian pencapaian
murid, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan juga
penilaian program atau projek media pendidikan.

Domian ini terdiri daripada empat kategori , iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian
kriteria, penilaian formatif dan juga penilaian sumatif.

Gambar 3: Contoh penilaian formatif


(Sumber dari : https://www.slideshare.net/marshiza/math-test-year-3-paper-1)

2.2 PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Teknologi instrukisional yang menekankan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik bagi
menghasilkan kesan positif yang tertinggi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran positif dengan mengubah peringkat membuat keputusan,
mengubah sistem pengajaran serta mengubah pengalaman pembelajaran.

Heinich et al.(1996) berkata perkembangan yang sangat pesat dalam aplikasi penggunaan alatan
berasaskan komputer dan perisian pengajaran dewasa kini telah meningkatkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat mengenai kepentingan komputer sehingga telah timbul suatu lagi literasi yang
diistilahkan sebagai literasi computer

8
HBEF 3103
Jadi, dalam sub-topik ini, saya akan berbincangkan peranan Teknologi Instruksional dengan
penggunaan ICT dalam memudahkan kaedah guru mengajar dan cara murid belajar dalam dan di luar
bilik darjah..

Penggunaan ICT dalam atau di luar kelas amat penting pada masa ini. Literasi komputer yang merujuk
kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam
abad ke-21, contohnya, Program Pembelajaran abad ke 21(satu program pendidikan yang dirancangkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia) telah bukan sahaja menekankan pada susun atur kelas malahan
menekankan pada penggunaan ICT juga. Hal demikian disebabkan penggunaan ICT memang
memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kesan pembelajaran dan pengajaran
pelajar untuk mencapaikan objektif pembelajaran.

Gambar 4: Pembelajaran abad ke-21


(sumber dari: http://www.cikgushare.com/2016/01/contoh-aktiviti-aktiviti-pembelajaran.html)

Pelbagai bahan teknologi seperti papan tulis, bahan grafik , gambar , carta, model, alat pandang dengar
dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan kesan pembelajaran. Contohnya,
perisian pengajaran teknologi instruksional yang berdasarkan penggunaan ICT membawa faedah
seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif. Ini disebabkan sekiranya komputer digunakan dengan
secara sistematik dan terancang, proses pengajaran akan berjalan lebih lancar (Heinich,1996).

9
HBEF 3103
Sewell (1990) berpendapat interaktiviti dapat menggalakkan pembelajaran dan pengajaran secara aktif
berlaku dalam kalangan pelajar pada sebarang peringkat umur dan komputer merupakan satu-satunya
alat yang mempunyai potensi ini. Semakin banyak interaktiviti, proses pembelajaran dan pengajaran
semakin aktif,. Tumpuan pelajar juga lebih berfokus untuk membina ingatan jangka panjang serta
motivasi pembelajaran juga ditingkatkan.

Selain itu, pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah juga dapat
meningkatkan kemahiran social pelajar semasa berbincang dengan ahli kumpulan mereka. Penggunaan
ICT juga dapat mengatasi bilangan murid yang ramai yang seperti kelas yang mempunyai 45 orang
pelajar. Guru bolrh menyampaikan maklumat kepada murid secara mudah dengan menggunakan ICT
untuk menjamin pencapaian yang baik dihasilkan tanpa dihalang oleh bilangan pelajar. Proses
ulangkaji juga mudah dijalankan bagi pelajar supaya lebih memahami sesuatu konsep pembelajaran. Ini
dibukitkan oleh pendapat Gagne (1985) murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk
memahami sesuatu konsep. Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian pengajaran dalam
teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses
pengulangan melalui bahan bercetak. Dengan contohnya, pelajar R boleh mengulangkaji topik yang
diajar oleh guru dengan menyimpan nota gurunya dihasilkan dengan Micsoft Powerpoint. Ini juga
dapat mengelakkan mewujudnya pelajar tidak sempat menyalin nota. Mayer (2001) berpendapat
sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk gambar, animasi dan video ataupun lagu akan lebih
meningkatkan kadar ingatan pelajar jika disbanding dengan bentuk verbal seperti lisan ataupun teks.

Teknologi instruksional juga banyak membantu pelajar atau pendidik untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dengan media massa. Media massa juga salah satu contoh daripada penggunaan ICT.
Pelajar dan pendidikan mendapat ilmu pengetahuan dengan melalui membaca bahan bercetak seperti
majalah, akhbar dan juga melalui menonton televisyen sertapun interaksi dengan masyarakat. Ini dapat
membolehkan pelajar dan pendidik memperolehi dan menambah pengetahuan, kemahiran dan
membentuk sikap serta pandangan berdasarkan pengetahuannya sama ada di sekolah, rumah ataupun di
tempat rekreasi.

Jamalludin, Baharudin & Zaidatun (2001) bernyatakan bahawa elemen animasi telah menjadikan
pembelajaran berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi instruksional yang amat menghiburkan
serta menjanji pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak
10
HBEF 3103
membosankan. Oleh itu, elemen-elemen multimedia yang seperti animasi akan menjadikan
pembelajaran pelajar lebih menarik dan terhibur.Penerapan nilai hiburan ini akan memberi kesan yang
sebaik mungkin terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Penyediaan platform pembelajaran
seperti rancangan VLE-Frog yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga memberi
peluang pelajar bebas memilih medium pembelajaran, masa dan tempat pembelajaran yang mereka rasa
sesuai. Dengan ini, masa pembelajaran pelajar dapat dijimatkan dengan kajian yang buat oleh Khairul
Hashim (2003) yang menunjukkan bahawa pengapikasian perisian pengajaran dalam teknologi
instruksional manpu mengurangkan tempoh pembelajaran pelajar jika dibandingkan dengan kaedah
tradisi. Pelajar-pelajar boleh menggunakan carian yang mudah dan tepat melalui teknologi
instruksional yang dapat menjimatkan masa mereka dan tidak perlu lagi memperuntukkan tempoh masa
yang lama untuk membelek buku.

Perisian pengajaran dalam teknologi instruksional membolehkan proses pencarian isi pelajaran oleh
murid boleh dilakukan dalam bentuk yang amat mudah difahami dan lebih menarik berbanding dengan
hanya menggunakan buku atau media lain serta mampu memenuhi strategi belajar pelbagai variasi
(Ellis, 2004). Berbanding dengan kaedah tradisi, Perisian pengajaran kini dapat mempelbagaikan
kemudahan untuk memenuhi strategi belajar pelbagai variasi bagi corak pembelajaran pelajar yang
berlainan.

Kesimpulannya, guru dan pelajar banyak mendapat kebaikan melalui penggunaan perisian teknologi
instruksional tanpa kira di dalam atau di luar bilik darjah. Hal demikian disebabkan penggunaan
perisian teknologi instruksional memang dapat menjimatkan masa pembelajaran, mempelbagaikan
kaedah belajar, menjadikan pembelajaran yang aktif serta yang menghiburkan pelajar selain dapat
mengatasi bilang murid yang ramai.

11
HBEF 3103
3.0 HUBUNGAN DI ANTARA TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN
PRINSIP-PRINSIP UTAMA PEMBELAJARAN

Sebagai seorang pendidk, diwajarlah mengetahui pelbagai teori-teori pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetepkan
dengan melalui pedagogi yang bersesuaian dengan pelajar-pelajarnya.

Teknologi pembelajaran dibina berdasarkan atas prinsip-prinsip yang diambil daripada teori psikologi,
terutamanya teori pembelajaran dan hasil-hasil penelitian dalam kegiatan pembelajaran (Kang, 2015).
Penyataan ini membuktikan proses pembelajaran merupakan perkara penting dalam
mengimplementasikan kurikulum termasuklah prinsip-prinsip pembelajaran itu sendiri. Ini
menunjukkan kepentingannya pendidik menghasilkan pembelajaran yang berkesan adalah bergantung
kepada teknologi pembelajaran yang ditekankan di dalam bilik darjah.

Guru sebagai fasilitator di dalam bilik darjah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mereka perlu mengamplikasikan teori-teori yang dibelajar untuk menarik perhatian pelajar-pelajar
supaya dapat meningkatan motivasi pelajar-pelajar. Motivasi mempunyai kaitan dengan kepentingan
pelajar agar mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu dan boleh
meningkatkan motivasi mereka untuk belajar (Anon,2014). Penggunaan teknologi dalam bilik darjah
mestinya dapat menarik perhatian pelajar. Ini telah membuktikan hubungan teknologi instruksional
dengan prinsip motivasi dan perhatian. Contohnya, guru X menayangkan video sebagai set induksi
beliau untuk mencungkil minta dan ingin tahu pelajar tentang topik tersebut.

Untuk membuktikan hubungan teknologi instruksional dengan prinsip aktif, pendidik perlu
melaksanakan pembelajaran dua hala, iaitu antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Ini
dapat menghasilkan komunikasi dan pembelajaran yang tidak bosan. Aplikasi teknologi instruksional
hendaklah digunakan dalam pengajaran dengan melihat strategi dan kaedah yang sesuai dengan
pemilihan tajuk dan aktiviti yang dirancang. Pendidik perlu berkreatif dalam perancangan aktiviti yang
boleh menjana pemikiran pelajar dan peluang kepada semua pelajar. Sebagai contoh, aktiviti
perbincangan dalam kumpulan berkaitan tajuk “Kebaikan Amalan Pemakanan Seimbang” dapat
menghasilkan komunikasi dua hala dengan pelajar-pelajar akan menjalankan perbincangan dalam
kumpulan masing-masing.
12
HBEF 3103
Menjalankan aktiviti berkumpulan menyusun perkataan menjadi ayat akan melibatkan penglibatan
setiap pelajar semasa memberi pendapat masing-masing merupakan salah satu hubungan teknologi
instruksional dengan prinsip penglibatan secara langsung. Prinsip ini jelas menekankan pengalaman
pelajar secara langsung terlibat dalam aktiviti yang dilakukan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pendidik dihendaki melibatkan semua pelajar agar memberikan pengalaman
baharu kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan prinsip pengulangan, pelajar perlu mengulangi apa yang telah dipelajari sebelumnya untuk
memudahkan pemahaman dan menguatkan daya ingatan pelajar. Dengan ini, pendidik perlu
mengulangi kemahiran penggunaan komputer sebelum pelajarnya menguasai kemahiran ini. Manakala
prinsip cabaran yang akn menarik pelajar kepada pembelajaran yang berunsurkan cabaranpula,
pendidik perlu menjalankan aktiviti-aktiviti yang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mencabar
anak muridnya mengkaji soalan berterusan. Dalam prinsip ini, guru diingatkan aktiviti guru mestinya
mengikut kebolehan pelajar.

Pendidik juga boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membentukkan aktiviti yang sesuai bagi
ketiga-tiga tahap kebolehan pelajar (cepat, sederhanan dan lambat) untuk semasa prinsip pengukuhan
dan maklum balas dipraktikkan. Ini telah berkaitan dengan domain Reka Bentuk yang dikategori dalam
teknologi instruksional. Pelajar yang dipuji akan lebih bersemangat untuk belajar dan hal ini juga
mempengaruhi pembelajaran yang akan datang. Pendidik mesti mengingati diri sendiri bahawa
kebolehan setiap pelajar adalah berbezaan supaya mengatur proses pembelajran yang sesuai dengan
tahap kebolehan pelajar mereka.

13
HBEF 3103
4.0 TEORI DAN AMALAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Seperti yang dibincangkan pada sub-topik kedua, teknologi instruksional mempunyai lima domina
yang berikut:
1. Domian reka bentuk
2. Domian pembangunan
3. Domian penggunaan
4. Domian pengurusan
5. Domian penilaian

Bahan “Web-based Map Reading in Geography” yang bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta
interaktif dalam meningkatkan pencapaian pelajar dari segi membaca peta, mentafsir peta serta
memahami geografi berbanding menggunakan peta statik yang dihasil oleh Habibah Lateh dan
Arumugam Raman merupakan salah satu reka bentuk yang tersusun dan sistematik.

Pendidik yang memilih cara yang paling mudah dan berkesan kepada pelajar berunsurkan dengan
domain reka bentuk mesej. Contohnya, guru menunjukkan klip video tentang “pisang” sebelum
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran akan memudahkan pelajar memahami kegunaan
pisang sebelum menulis karangan “Kegunana Pokok Pisang”

Guru yang memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan set induksi dan diikuti oleh langkah-
langkah pengajaran dan diakhir dengan penutup adalah berdasarkan domain reka bentuk strategi
instruksional. Selain yang diatas, guru menganalisis ciri-ciri pelajar seperti kemahiran, pengetahuan
pelajar serta sikap sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran dengan berkenalan dan
peka atas ciri-ciri pelajar yang ada di dalam bilik darjah akan meningkatkan kesan positif proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga merupakan salah satu domain reka bentuk, iaitu reka bentuk
menganalisis ciri-ciri pelajar.

Guru yang mengamalkan domain pengembangan atau domain pembinaan yang menghasilkan bahan
instruksional akan membina bahan bantu untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran . Guru akan
14
HBEF 3103
menyediakan klip videp “pisang” dari laman web sebelum memulakan pengajaran supaya anak murid
mereka dapat lebih memahami kegunaan pokok pisang. Guru juga boleh membina latihan berdasarkan
tahap kebolehan pelajar.

Kini, dengan adanya program VLE-Frog yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
guru boleh membina laman pembelajaran bagi pelajar-pelajar mereka agar pelajar-pelajar mereka dapat
mengakses laman tersebut untuk mengulangi kaji atau membuat latihan yang disediakan oleh guru.
Dengan keadaan ini, guru tersebut telah mengamalkan domain penggunaan yang berdefinisi tindakan
menggunakan kaedah dan model instruksional.

Domian pengurusan yang melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan,
penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan secara sistematik dan berkesan boleh diamalkan oleh guru
dengan contohnya mengawalkan kelas semasa aktiviti dijalankan dengan tidak berbuat bising atau
kurang terkawal.

Guru yang menghasilkan kertas soalan bagi ujian formatif atau ujian sumatif yang diberikan kepada
pelajar untuk menilai pemahaman pelajar terhadap pembelajaran telah mengamalkan domain penilaian.
Selain itu, guru juga boleh menjalankan penilaian analisis masalah pengajaran selepas proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

15
HBEF 3103
5.0 KESIMPULAN

Teknologi instruksional adalah satu proses sistematik yang melibatkan teori dan amalan tentang mereka
bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Ia
membantu untuk memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tanpa
mengira di dalam atau di luar bilik darjah.

Selain itu , guru diminta menggunakan teknologi yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran
dengan tujuannya menghasilkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif.

Penggunaan ICT juga membawa banyak faedah yang dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronok berbanding dengan kaedah tradisi. Pelajar lebih mendapat kebaikan
sekiranya guru menggunakan teknologi instruksional yang sesuai..

16
HBEF 3103
RUJUKAN

AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC:AECT

Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (2nd ed.) New Jersy:
Educational Technology Publications.

Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design,


(5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.

Heinich, Molenda, Russell & Smaldino. (1999). Instructional media and technologies for learning.
(6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hill.

Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education


(part 2). Educational Media International, 34 (2), pg 103-106.

Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim. (2006). Interaksi dalam talian menggunakan
LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Reigeluth Charles M. (1983). Instructional Design – Theories and Models: An


Overview of their Current Status. New Jersy: Lawrence Erlbaum Associates
Inc.

Roblyer, M.D., Edwards, J. & Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational


Technology into teaching. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hill.

Seels, B. & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains
Of the field. Washington DC; AECT.

Yusuf Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Adibah Ishak. (2012). Prinsip Teknologi Pengajaran.


http://www.slideshare.net/adibahishak123/prinsip-teknologi-pengajaran. Diakses pada 23 Mac 2016.

Anon. (2014). Prinsip-prinsip pembelajaran. http://www.informasi-pendidikan.com/2014/01/prinsip-


prinsip-pembelajaran.html. Diakses pada 23 Mac 2016.

Emran Yunus. (n.d.). Teori dan Reka Bentuk Instruksional.


17
HBEF 3103
https://www.academia.edu/4381882/TEORI_DAN_REKABENTUK_INSTRUKSIONAL. Diakses
pada 23 Mac 2016.

Habibah Hj. Lateh., & Arumugam Raman. (2005). Web-Based Map Reading in Geography.
http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/12-
A_STUDY_ON_THE_USE_OF_INTERACTIVE_WEB_BASED_1-final.pdf. Diakses pada 23 Mac
2016.

Kang Hiz. (2015). Pengertian dan Prinsip Pembelajaran. http://kafeilmu.com/pengertian-dan-prinsip-


pembelajaran/. Diakses pada 23 Mac 2015.

Nik Najibah. (2012). Definisi Teknologi Instruksional.


http://www.scribd.com/doc/114599610/Definisi-Teknologi-Instruksional#scribd. Diakses pada 23 Mac
2016.

Seels B. dan Richey R. (1994). Instructional Technology: The definition and domains of the field.
Washington DC: Association for Educational Communications and Technology.

Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational design. New York:
Mc Graw Hill.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional.


http://yusuphashim.blogspot.my/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html. Diakses pada 23
Mac 2016.

Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah, Rosini Abu & Tengku Putri Norishah Tengku Shariman. (2012).
HBEF 3103 Principles of Instructional Technology. Kuala Lumpur: OUM.

Reiser, R.A. & Dempsey, J.V. (2012). Trends and issues in instructional design and technology. (3rd
Edition). Boston: Pearson.

Smaldino, S.E., Lowther, D.L., Mims, C.D., & Russell, J.D. (2014). Instructional technology and
media for learning. (11th Edition). Boston: Pearson.

Gagne, R.M. (ed.). (2013). Instructional technology foundations. New York: Routledge.

18
HBEF 3103

19

You might also like