You are on page 1of 20

1

NAMA : CHU JU PING


NO PELAJAR : P51069
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS)
NAMA KURSUS : ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS
KOD KURSUS : GGGB6263
PENSYARAH :
1. PROF. MADYA DR. MANISAH BT. MOHD. ALI
2. PROF. DATO’ DR. ZALIZAN BT. HJ. MOHD. JELAS

TAJUK PENYELIDIKAN

KAJIAN KUALITATIF

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN


INKLUSIF

SEMESTER 2 2013/2014
2

Hasil Temu Bual Ibu Bapa


Pengkaji : Salam sejahtera akak. Terima kasih di atas kesudian akak meluangkan
masa untuk ditemu bual berkongsi pengalaman dengan saya. Saya
ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penglibatan ibu bapa dalam
program pendidikan inklusif.
Responden : Ehem…
Pengkaji : Temu bual ini merupakan sebahagian daripada proses tersebutlah. Puan
dipilih untuk ditemu bual kerana salah seorang anak puan ditempatkan
dalam pendidikan program pendidikan inklusif. Ah…boleh akak
ceritakan bagaimana anak akak boleh dimasukkan untuk mengikuti
program pendidikan inklusif nie? Adakah atas cadangan guru
pendidikan khas ke ataupun atas permintaan akak?
Responden : Yelah nie, saya ibu kepada Noramarlia Syahirah bt Abdul Wahid.
Soalan ini memanglah memula akak pada mulanya bila dia masuk
pendidikan khas akak rasa sebab itu yang seharus dia masuk. Cara dia
memandangkan pelajaran terlalu lembap mengikuti pelajaran jadi akak
tak kisahlah mana-mana yang terbaik untuk dialah sebab akak rasa
daripada dulu masa sekolah rendah tengok cara pembelajaran dia tu
terlalu lembap. Habis pendapat cikgu suruh dia masuk pendidikan
khas. Dia daripada situ dia dengan cara terbuka dia belajar serba-serbi
tentang mata pelajaran nie. Akak tak kisahlah. Cikgu pernah menanya
pada akak kalau anak akak tak masuk pada peperiksaan, akak pun tak
kisahlah. Tapi memandangkan suatu hari tu cikgu panggil akak
mengatakan anak akak boleh menduduki peperiksaan. Dia boleh
mengikuti pelajaran bahagian apa di peringkat kata kira menengahlah
kira dia boleh apa masuk peperiksaan SPM. Jadi, akak terimalah
cadangan cikgu tu sebab anak akak sepenuh masa di sekolah. Cikgu
yang mengetahui segala-galanya. Jadi bila cikgu cadangkan anak akak
boleh menduduki peperiksaan SPM. Akak bersyukurlah, tu yang akak
tak kisah. Sebab dia daripada situ dia dapat belajar lebih lanjut dan dia
akan mengikuti peperiksaan. Akak bersyukur. Akak tak larang, akak
3

suruh cikgu teruskan.


Pengkaji : Ok, mengapa akak nakkan ataupun benarkan anak akak belajar dekat
kelas atas tu?
Responden : Memandangkan pada pendapat akak, cikgu dah kata dia boleh
mengikuti pelajaran di peringkat atas jadi akak tak kisahlah tu yang
akak terima.
Pengkaji : Ok, ah…apakah peranan ah…peranan tu maksudnya tanggungjawab
akak untuk membantu anak dalam pendidikan anak?
Responden : Akak cuma bagi galakkan, di rumah dia mengatakan mak…akak bagi
sokonganlah sebab bila dia belajar tu kekadang ada masa tu anak akak
nie dia jenis lembap kan…bila dia mengikuti pelajaran di rumah dia
selalu juga kata mak sakit kepala tapi akak cakap cara perperlahan
kalau nak ape…nak menerima pelajaran kan…hah…itulah caranya
akak selalu bagi galakkan pada dia suruh dia belajar. Ah…Syukur
Alhamdulillah, buat masa nie dia boleh belajarlah dengan cara dia
sendiri. Cikgu bagi kelas tambahan akak suruh pergi. Ah…daripada
situlah akak bagi galakkan sajalah untuk nak tengok mata pelajaran tu
akak tak dapatlah sebab kita perbezaan. Anak lain, kita lain kan…itulah
cadangan akak cuma bagi sokongan kat dia.
Pengkaji : Ah…apakah bentuk sokongan ataupun usaha ah…contohnya tindakan,
langkah-langkah, cara akak untuk melibatkan diri dalam membantu
pembelajaran anak dalam pendidikan inklusif? Adakah ada sering ada
berjumpa dengan cikgu dia ke ataupun tanya khabar pada cikgu dia
tentang perkembangan anak?
Responden : Hah…dulu masa dia pendidikan khas selalu akak berjumpa dengan
cikgu pendidikan khas lah…kebetulan akak pun bekerja di kantin.
Kekadang akak minta pendapat cikgu macam mana. Bila cikgu kata
macam nie macam nie akak. Bagi akak pikir tulah baguslah untuk dia
sebab dia sepenuh masa di sekolah jadi di rumah kurang kan. Ah…bila
balik tu kekadang akak bila dah tahu macam tu, akak suruh dia
teruskan juga. Tapi sejak sekarang akak dah kerja berjauhan daripada
dia. Akak hanya mendengar daripada dialah. Kalau cikgu cakap macam
nie macam nie…dia kata pelajarannya macam nie. Akak kata terimalah
4

sebab itu bagus untuk dia. Tu pasal akak galakkan bila ada kelas
pendidikan eh…di sekolah ada kelas tambahan akak galakkan lagi
suruh dia pergilah tu je.
Pengkaji : Ah…anak tu perlu dia disuruh untuk buat ulangkaji ke ataupun dia
boleh buat ulangkaji sendiri kat rumah?
Responden : Akak suruh dia ulangkaji di rumahlah sebab ape nak pergi mana-mana
tempat dia dah tak boleh nak pergi. Satu lagi akak kata gunakan cara
perlahan. Kebetulan peperiksaan yang dia dapat setiap kali peperiksaan
dia akan tunjuk pada akak macam mana peperiksaan nie keputusan dia.
Jadi, akak galakkan dia belajarlah, memang anak akak tak pergi mana-
mana sebab tak ada tempat dia nak belajar. Sebab bila dia terlampau
belajar banyak sangat, dia sakit kepala apa semua. Jadi, akak suruh dia
perperlahan. Sebab penerimaan dia pun akak tahu memang secara
lambat, tu akak galakkan dia perperlahan belajar. Kalau tak dapat tanya
cikgu tu je.
Pengkaji : Dia ada ceritakan masalah dia dekat sekolah kepada akak?
Responden : Ada masa dia cerita dengan akak, jadi kita hanya menerima,
mendengar, nasihatkan dialah tu je.
Pengkaji : Kalau macam sekolah ada buat macam perjumpaan tandatangan buku
rekod tu akak dapat pergi?
Responden : Ah…Insya Allah akak cuba pergilah sebab anak lebih penting.
Pengkaji : Ah…apakah ah…sebab-sebab ah…yang mengalakkan akak melibatkan
diri dalam pendidikan anak? Yang mengalakkan, dorongan, gerak hati,
sebab-sebab…
Responden : Sebab-sebabnya akak tengok anak akak nie lain daripada yang lainlah
daripada kakak dia adik dia. Jadi, akak pikir perlulah kita membimbing
dia dan perlu juga kita ikut cara dia macam mana sebab dia tak sama
dengan yang lain. Anak akak yang nie boleh menerima pelajaran, yang
nombor tiga pun boleh menerima pelajaran. Tapi dia nie kurang kan
jadi bila kita tak nak bezakan anak yang nombor 1, nombor 2, nombor
3 kalau boleh nak samalah. Walaupun kedudukan berbeza, ah…tapi
bila dia dapat ambil SPM walaupun lewat setahun, akak bersyukurlah.
5

Sebab itu penting bagi dia untuk masa depan. Sekiranya dia boleh
ambil akak setuju. Sebab apa-apa akak minta pendapat pada cikgu
sebab kita ibu bapa hanya menerima di rumah. Kita orang mendidik
anak nie kekadang dia sepenuh masa di sekolah. Jadi, cikgu yang tahu
perkembangan pelajaran dia macam mana, kedudukan dia dalam kelas
macam mana. Macam akak hanya menerima dia balik sekolah. Kita tak
tau apa benda. Apabila pendapat cikgu tu yang kita penting. Akak tak
memaksa, andai kata anak akak nie tak boleh sebab dia pendidikan
khas kan. Ah…apabila cikgu dia kata boleh, akak setuju tulah. Akak
tak nak beratkan lagi masalah yang dia hadapi selama nie. Kalau boleh
dia teruskan, itu masa depan dia.
Pengkaji : Apakah pula sebab-sebab atau punca yang menjadi penolak masalah
untuk akak melibatkan diri dalam pendidikan anak? Masalah yang
timbul yang dah…sebab-sebab ah…faktor ape ah…faktor penolak…
masalah-masalah untuk akak…contohnya ada kekangan masa ke…
sebab sekarang dah kerja ataupun sebab sebelum tu akak kerja dekat
kantin kan memudahkan. Sekarang mungkin ada masalah kekangan
masa…
Responden : Ah…memang ya memang sekarang ada lah. Sekarang akak punya
masa suntuk kekadang akak seharian 10 jam akak kerja di tempat baru
nie kan. Sebab nak cari rezeki akak ikut jugalah. Tapi bila dia balik, dia
bercakap masalah pada akak tentang dia di mana tentang pelajarannya,
di mana tindakan cikgu pada dia, di mana apa yang cikgu cakap, dia
akan beritahu akak. Akak hanya dapat nasihatkan dialah tulah saja.
Andai kata kalau cikgu nak jumpa mak bapa. Yang sudah-sudah akak
ada pergilah Cuma kekadang ada masa tu sebab kerja baru nie akak
yang kerja akak sekarang nie akak tidak dapat sepenuh masa kat dia
lah. Cuma akak balik tanya pasal tu je lah. Tapi tahun nie dia ambil
SPM kan…akak suruh galakkan dia belajar lah.
Pengkaji : Ah…pada pandangan akak, apakah kelebihan, manfaat ataupun
kebaikkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak? Pada
pandangan akak lah…
Responden : Pada pandangan akak nie bila ibu bapa mengambil alih maksudnya itu
6

memanglah tugas ibu bapa sebab selain daripada ibu…selain daripada


cikgu, kita tak boleh mengharapkan pada cikgu sebab sebenarnya ibu
bapa pun harus ambil peranan untuk anak. Itu untuk masa depan dia
sama ada anak itu macam mana, kedudukan dalam kelas, kita perlu
tahu. Sebab bila kita berjumpa dengan cikgu. Kita tahu keadaan anak
kita semasa kita tak menjaga dia, bila di rumah kita tahu dia macam
mana. Di sekolah, cikgu yang tahu serba-serbi. Jadi, kita tak boleh nak
kata ah…tak perlulah nak ambil tahu semua serah pada cikgu tak boleh
100% tak bolehlah. Kita kena tahu sebab itu masa depan anak.
Kekadang contoh macam pendidikan khas, kita tak tahu jenis anak kita
macam mana. Andai kata jenis anak kita dari segi pelajaran dia boleh
ah…contoh macam anak saya nielah, salah seorang dapat mengikuti
pelajaran. Dulu dia tak dapat mengikuti. Bila cikgu memberi pendapat
anak boleh belajar cara normal seperti yang lain. Ah…kita
bersyukurlah sebab daripada dia tak dapat, anak boleh jadi dapat. Ada
sesetengah ibu pula, dia tak tahu. Dia kena ambil tahu sebab apa
kekadang pendidikan khas ini macam-macam tabiat budak kan. Ada
setengah murid tu dari segi normal dia boleh sikit contoh macam anak
saya lah. Ada anak pulak dia tak boleh, seterus-seterus dia tak boleh.
Jadi, kita harus terima dan ada setengah ibu bapa perlu tahu, tak boleh
nak serahkan sepenuh anak pada cikgu sebab cikgu akan beritahu apa-
apa dia kekadang anak-anak dia dari segi fizikal atau dia tak boleh buat
apa-apa lah fizikal dia. Dia hanya boleh tentukan untuk suatu hari.
Kekadang sesetengah budak tak boleh nak belajar mungkin dari segi
pada anggota dia ke daripada…pada pendapat saya lah. Ada setengah
budak nie bila pendidikan khas, macam-macam dari segi dia punya apa
fizikal kadang tak betul kan, dia tak boleh terima, dia hanya boleh
bermain. Setengah budak macam tu. Ada yang anggota dia tak boleh
berdiri. Itu salah satulah anak-anak yang terlibat dalam segi pelajaran
kan.
Pengkaji : Em…akhir sekali, apakah harapan akak kepada anak?
Responden : Kalau bolehlah, selagi kita hidup nie kita nak anak kita berjaya sampai
dia dari segi sekolah sampai dia bekerja. Sebab anak kita tak semua
7

yang sama. Macam akak nie ada sorang anak OKU lah yang kira
sekarang pendidikan khas lah tapi Syukur Alhamdulillah walaupun
akak dapat anak OKU tapi boleh terima. Tahun nie dia ambil SPM akak
bersyukurlah. Jadi, tak ada rendah diri pada diri dia dari segi dia dan
adik beradik dialah. Mungkin yang lain adik-beradik dia boleh berjaya
suatu masa lagilah. Dari segi lain, akak kalau boleh anak akak nie kalau
boleh sampai dia bekerja masing-masing ada pendirian sendiri, ada
pekerjaan sendiri. Itu yang penting bagi akak, itu masa depan dia.
Pengkaji : Setakat sini sahajalah temu bual kita pada hari ini, terima kasih akak
kerana sudi untuk ditemu bual.
Responden : Sama-sama.
Pengkaji : Terima kasih.

Hasil Temu Bual Guru Resos

Pengkaji : Salam sejahtera. Terima kasih di atas kesudian cikgu meluangkan masa
untuk ditemubual berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan saya.
Saya dalam proses membina instrument untuk mentaksir penglibatan
ibu bapa dalam program pendidikan inklusif mengikut konteks guru.
Mula-mula saya nak tanya agak-agaknya dah berapa lama cikgu
mengajar atau menceburi dalam bidang pendidikan khas ini?
Responden : Ok, saya telah menceburi bidang pendidikan khas ini selama lebih
kurang tujuh tahun.
Pengkaji : Ok, cikgu dipilih untuk ditemubual kerana cikgu telah dikenal pasti
sebagai seorang pakar dalam bidang pendidikan khas. Temu bual hari
8

ini berfokuskan kepada penglibatan ibu bapa dalam program


pendidikan inklusif. Apakah yang cikgu faham tentang pendidikan
inklusif ini?
Responden : Ok, menurut ah…apa yang saya faham dengan pendidikan inklusif ini
ah…di mana murid-murid istimewa…istimewa ini ditempatkan di
kelas aliran perdana sama ada secara penuh ataupun secara separa.
Secara penuh nie maksudnya murid-murid tu belajar ah…bersama-
sama dengan murid normal daripada waktu pagi sehingga balik.
Manakala bagi yang ah…secara separa ah…murid-murid nie…ah…
cuma berada di kelas itu untuk subjek-subjek tertentu sahaja.
Pengkaji : Bagaimana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan inklusif di
sekolah?
Responden : Ok, pada pendapat saya penglibatan ibu bapa di sekolah saya…
mereka…ah…melibat…ah…mereka sangat terlibat aktif dalam
program inklusif ah…yang ada di sekolah saya dan memberikan
sokongan penuh terhadap program ini.
Pengkaji : Dari perspektif cikgu, mengapa ibu bapa perlu melibatkan diri dalam
pendidikan inklusif?
Responden : Ok, pada pendapat saya, ah…ibu bapa memang perlu melibatkan diri
sebab dari situ ibu bapa dapat melihat perkembangan anak-anak
mereka ah… anak-anak istimewa mereka dan juga melihat potensi
anak mereka. mereka juga boleh bertanya kepada guru jika ada terdapat
kemusykilan atau mereka juga boleh ah… atau bertanya cikgu apa
cadangan yang boleh ah… guru berikan untuk membantu anak-anak
inklusif ini ah…dan juga salah satu cara juga akan ah…membuang
stigma yang negatif ah… yang ada pada ibu bapa tu supaya mereka
lebih yakin yang anak mereka juga mampu belajar seperti murid biasa.
Pengkaji : Apakah bentuk sokongan ataupun kerjasama yang diterima daripada
ibu bapa?
Responden : Pada pendapat saya ah… bentuk sokongan yang diterima di mana ah…
guru…ah…guru…tu ah…maksudnya kat sini kerjasama yang diterima
daripada ibu bapa…guru…memberi ah…guideline atau memberi
9

cadangan apa yang boleh membantu anak mereka dan ibu bapa nanti
balik rumah mereka juga boleh bantu pula anak mereka semasa di
rumah. Selain itu juga, ah…guru juga boleh berikan sokongan secara
ah…macam ah…secara bentuk moral lah. Maksudnya ah… adakan
perjumpaan dengan ibu bapa dan mereka juga terlibat ah… maksudnya
ada sesi macam sesi ah…sesi kaunseling bersama ibu bapa ah…sesi
kaunseling lah bersama ibu bapa.
Pengkaji : Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru bagi melibatkan ibu bapa
dalam pendidikan inklusif?
Responden : Ok…antara cabaran yang saya hadapi yang saya pernah berhadapan
yang pertama ialah ada ibu bapa yang sangat pasif. Mereka
berpendapat yang anak-anak mereka nie tak mampu tak maksudnya
mereka tak yakin yang anak mereka sebenarnya boleh juga bersama-
sama dengan murid biasa. Mereka ah…dan mereka juga mungkin salah
satu sebab kurang kefahaman ibu bapa terhadap ah…program inklusif
ini. Walaupun kita terang tapi pada pendapat mereka ah…tak apelah
janji anak dia belajar saja ah…itu pun ah… sudah baguslah.
Pengkaji : Ah…apakah usaha, jangkaan, harapan guru untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam program pendidkan inklusif?
Responden : Daripada harapan saya, bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
program inklusif ini. Yang paling utamanya ah…ibu bapa ah…yakin
guru boleh bantu dan mereka juga boleh terlibat sama secara aktif
untuk membantu guru. Mereka juga boleh ah…mungkin ah…guru
boleh bagi cadangan dan juga dan mereka juga boleh dapatkan
cadangan ah…daripada guru ah…bagaimana nak bantu anak mereka
semasa di rumah pula dan pada saya juga…saya juga harap ibu bapa
nie yang paling penting sebenarnya ibu bapa perlu yakin dan ah…dan
atas kemampuan anak-anak mereka dan juga mereka juga sendiri boleh
pantau aktiviti-aktiviti anak-anak mereka dan last sekali sebelum tu…
mereka seharusnya memberi sokongan ah…kepada sekolah kepada
guru dan juga paling utamanya kepada anak-anak mereka.
Pengkaji : Apakah kelebihan penglibatan ibu bapa untuk guru?
Responden : Ok, pada pendapat saya dengan bila ibu bapa ah…pada pendapat saya
10

ah…bila ah…dengan penglibatan ibu bapa nie guru boleh mendapatkan


boleh mendapatkan feedback, guru boleh bagi cadangan yang ah…beri
cadangan kepada ibu bapa jika ibu bapa itu kurang faham dan juga
guru tu boleh bagi guideline macam mana nak bantu anak-anak…anak-
anak istimewa nie…anak-anak istimewa nie.
Pengkaji : Setakat sini sahaja temubual kita pada hari nie. Adakah ada apa-apa
yang cikgu rasa ingin tambah?
Responden : Ok, saya rasa ah…setakat ini sajalah…itu saja.
Pengkaji : Terima kasih di atas kesudian cikgu meluangkan masa untuk
ditemubual. Terima kasih.

Hasil Temu Bual Guru Aliran Perdana

Pengkaji : Salam sejahtera. Terima kasih di atas kesudian cikgu meluangkan masa
untuk ditemubual, berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan saya.
Berapa lama cikgu mengajar atau menceburi dalam bidang pendidikan?
Responden : Sepuluh tahun.
Pengkaji : Ok, ah…cikgu dipilih untuk ditemubual kerana cikgu terlibat mengajar
murid-murid pendidikan khas yang diinklusifkan di kelas aliran
perdana. Temu bual hari ini berfokuskan kepada penglibatan ibu bapa
dalam program pendidikan inklusif. Ah…apakah bentuk pemahaman
cikgu tentang pendidikan inklusi mengikut pandangan cikgu?
Responden : Ah…apa yang saya fahamlah berkenaan pendidikan inklusif nie ah…
pelajar-pelajar daripada pendidikan khas ok masuk ke dalam aliran
perdana ok…yang ada yang separa ataupun yang sepenuhnyalah. Ah…
macam saya yang saya hadapi nie ok, saya ada 4 pelajar yang
diinklusifkan ah…itu secara sepenuhnya. Maksudnya pelajar nie ah…
belajar ah…semua mata pelajaran untuk men…menduduki
peperiksaanlah SPM pada tahun ini. Saya dah ambil budak-budak nie
untuk 2 tahun lah daripada Form 4 dan Form 5 ok.
Pengkaji : Dari perspektif cikgu, mengapa ibu bapa perlu melibatkan diri dalam
pendidikan inklusif?
Responden : Sebenarnya, kalau ikut sayalah. Peranan ibu bapa nie bukanlah dalam
11

pendidikan inklusif je. Semua pendidikan pun penting pasal pendidikan


nie bukannya berlangsung di sekolah je ah…pendidikan nie dekat
rumah sekali. Pasal apa yang pelajar buat dekat sekolah, ibu bapa mesti
tahu mesti dia tahu dekat rumah kan. Tapi sebenarnya kalau ikutkan
pelajar yang ah…mengikuti pendidikan inklusif nie perlu diberi
perhatian yang lebih lagilah oleh ibu bapa pasal ah…pendidikan yang
ah…pelajar yang saya terima nie dia agak lemah jadi ibubapa kena
ambil perhatian, ambil lagi tengoklah perkembangan pelajar nie supaya
anak-anak mereka nie ah…dapat belajar…dapatlah perkembangan dia
dapat…ah…dilihat oleh ibu bapa. Lepas tu, ibu bapa ini pula bolehlah
cadangkan cara-cara yang macam mana kita nak tolong lagi anak-anak
diorang eh…pasal diorang lebih memahami anak-anak dia. Ok, itulah
pendapat saya.
Pengkaji : Ok…apakah bentuk sokongan ataupun kerjasama yang diterima
daripada ibu bapa?
Responden : Sokongan…setakat nie lah…ok…kalau sokongan ah…yang PIBG lah
yang bagi tapi kalau ikut kat saya. Saya tak jumpa ibu bapa secara
langsunglah. Pasal saya memang mengajar je. Kalau ikutkan sepanjang
saya mengajar nie memang tak ada saya jumpa mak bapa sekali pun
yang mak bapa datang tanya untuk 2 tahun nie eh…ah…datang tanya
berkenaan pendidikan anak-anaknya. Setakat nielah…kalau ikut
sayalah.
Pengkaji : Ok…apakah cabaran yang dihadapi oleh guru bagi melibatkan ibu bapa
dalam pendidikan inklusif?
Responden : Cabaran…cabaran untuk saya libatkan ibu bapa tu…
Pengkaji : Ah…ya…
Responden : Kita sekarang pun program sekolah je lah. Kita panggil jemput ibu
bapa datang ke sekolah untuk program yang dianjurkan oleh PIBG
ah…saya tak nampak dia punya apa tu…
Pengkaji : Sambutan.
Responden : Dia punya sambutan tu. Sambutan tu macam kuranglah kalau ikut dari
kita nie kot. Sekolah kita lah eh…penglibatan ibu bapa tu dia kurang
nampak tak macam memberangsangkanlah…kalau ikut pun, kalau
betul-betul ibu bapa tu dia ambil berat mesti dia datang jumpa kita
kerana pasal kita pun tak kenal mak bapa dia. Yang kita bantu sekarang
nie pelajar. Kalau mak bapa tu dia ambil berat pasal anak dia, dia
12

sepatutnya berjumpa dengan guru bertanyakan perkembangan pelajar


kan…ah…macam saya kalau…contoh saya ada masalah dengan
pelajar ini, saya akan direct rujuk pada guru pendidikan khaslah yang
lebih kenal daripada dia untuk jumpa mak bapa dia mungkin
mustahillah untuk saya lakukan ah…macam tu lah…bukan tak boleh
lakukan…boleh…tapi…ah…perhatian tu kita nak bagi agak besarlah
pasal kita punya kelompok pelajar tu besar ah…jadi kuranglah usaha
tu. Kalau boleh nak buat boleh cuma kita sendirilah tak boleh kot tak
mampulah…
Pengkaji : Ok…ah…apakah usaha, jangkaan ataupun harapan guru untuk
meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan
inklusif?
Responden : Ok, usaha, contoh kan macam pihak sekolah kita awal-awal dulu kita
dah buat program sarana ibu bapa kan. Itu PIBG punya kan…sarana
ibu bapa ah…sarana sekolah kita ada program kita libatkan ibu bapa
bukan pendidikan je yang macam kemasyarakatan contoh jemput
gotong-royong kita menjemput mesyuarat PIBG. Kita…ah…harapan
kita mestilah ibu bapa nak …nak memberikan apa nie memberikan
kerjasama yang bagus sangat kan…tapi ah…kita perlu ada jangkaan
jugalah. Kita jangkakan harapan memang tinggi tapi jangkaan tu dia
penglibatan mak bapa nie mungkin akan semakin meningkatlah pasal
kita pun sepatutnya ada ah…program sarana. Kita ada macam-macam
program tapi program tu perlu dihidupkan oleh ibu bapa sendiri.
Maksudnya kita ah…berikan laluan tapi macam contoh kita jemput dia
datang ke sekolah untuk aktiviti-aktiviti sekolah. Kalau ibu bapa
sendiri tak datang ah…tu…kita tak boleh nak buat apa jugalah kan…
itulah yang saya nampak usaha kita dah ada…usaha tu ada, program
yang kementerian turunkan pun ada kan…contoh sarana tu kan ah…
apa nie…ah…program sekolah pun ada. Setiap tahun, cikgu pun tahu
kan berapa banyak program kita jemputlah untuk mula-mula sekali
mesyuarat PIBG, lepas tu kita jemput lagi ada program keibu bapaan.
Kita jemput lagi ibu bapa ah…penyampaian ah…apa nie sijil…ah…
pencapaian pelajar. Semua kan kita jemput untuk aktiviti-aktiviti itu
maksudnya kita maklumkan ibu bapa. Kita jemput ibu bapa, kita nak
13

libatkan ibu bapa tapi bergantung kepada ibu bapa sendiri untuk datang
untuk menonjolkan diri dioranglah demi kebaikkan anak-anaknya ok…
macam program inklusif nie ah…setakat nielah…saya memang tak
nampak lagi ibu bapa tu dia macam tak tahu berkenaan program
inklusif nie ah…saya tahulah pihak pendidikan khas, mungkin ibu bapa
tu lebih selesa jumpa dengan cikcikgu tu kan…ah…cikgu-cikgu dia
sendiri ah…dia kenal pelajar dia. Jadi kata saya kat cikgu yang
mengajar di sini memang saya tak pernah jumpa mak bapa dia…ah…
Pengkaji : Ok…apakah kelebihan penglibatan ibu bapa untuk guru?
Responden : Kelebihan penglibatan banyak tau. Ibu bapa kalau tahu kita punya
program kita mudah, contoh…eh…kita nak buat kelas tambahan. Ibu
bapa kena tahu ah…ibu bapa tahu…anaknya pergi mana ok…satu.
Lepas tu…kalau contoh ibu bapa ah…berikan sokongan contohkan ibu
bapa bagi sumbangan ke ah…jadi kita lagi senang untuk anjurkan
aktiviti untuk pelajar kan. Sekarang nie…apa yang yang kita buat kat
sekolah nie dia tak ada bayaran tau…satu…tak ada bayaran, sukarela
cikgu nie kan ok…lagi bila kita buat kelas petang, budak-budak penat
letih. Kalau ibu bapa nak bagi sumbangan kan…contoh kan…ah lagi
bagus. Contoh nak bagi ah…buku lagi bagus ah…Tapi apa-apa pun
disediakan boleh sekolah ada sediakan macam contoh petang kita ada
minum teh sikit, biskut sikit kan untuk budak-budak kan. Tapi kalau
mak bapa nie semua-semua bersatu hati ah…memanglah kita nie
mewah lah…pasal ikutkan diorang dihantar tuisyen ke…hantar
program sekolah tanpa bayaran tau…ah…jadi dia kena nampak macam
mana cikgu nie berusaha, apa dia punya sumbangan. Ah…dia
sepatutnya ah…faham. Kalau dia ibu bapa nie ah…bersama-sama
dengan guru lagi berjaya tau satu-satu program yang kita nak…kita nak
anjurkan. Ibu bapa nie…saya sangat pentinglah ibu bapa nie. Satu lagi
kan untuk kawal disiplin pelajar. Ah…ibu bapa kalau dia sound siap-
siap anaknya dia kan…dia kata pergi sekolah belajar, ini kalau mak
dengar kau buat macam nie perangai nie…nie…nie…ah…kalau
perangai tak elok mesti anak dia alert kan…mesti anak dia tak berani
nak buat kan. Kalau kita adu kat mak dia kan. Ok nie hah…mak dia
ayah mak dia kena bentuk anak dia siap-siap datang sekolah. Bagi tau
14

amaran keras, pasal kita kat sekolah nie tak banyak kuasa. Kita tak
boleh rotan budak. Kita kalau marah lebih-lebih pun tak boleh kan…
hah…tapi walaupun niat itu baik…hah…kadang kalau ibu bapa tu
lebih memahami kan…jadi kita lebih lancarlah mendidik anak-anak
dia. Kalau untuk penglibatan inklusif nie…eh…pendidikan inklusif nie
ibu bapa penting perlu ambil tahu perkembangan anak-anak dia. Ah…
lagi satu supportlah anak-anak dia sekali pasal anak-anak dia kalau
masuk pendidikan inklusif anak-anak dia tak ada tumpuan macam dia
dekat pendidikan khas. Penumpuan tu kurang. Dia kena faham ah…
pasal aliran perdana pelajar ramai ah…tumpuan untuk cikgu tu untuk
setiap satu-satu pelajar tu dia tak boleh banyaklah bagi persekitaran dia
dekat aliran perdana berbeza dengan pendidikan khas dan tapi dia
tetap lebih tau bila dia masuk aliran perdana. Dia sepatutnya boleh
membangunkan diri dia, keyakinan dia lagi sepatutnya. Ah…pergaulan
dia lagi besar untuk persediaan dia ape…persediaan dia menghadapi
masa depan yang dekat luar nie yang luas lagi…ah…cam tulah. Itulah
pendapat saya.
Pengkaji : Setakat sini sahajalah temu bual kita pada hari ini. Terima kasih di atas
kesudian cikgu meluangkan masa untuk ditemubual. Terima kasih.
15

Hasil Temu Bual Pentadbir

Pengkaji : Salam sejahtera. Terima kasih di atas kesudian puan meluangkan masa
untuk ditemubual, berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan saya.
Ah…saya dalam proses membina instrument untuk mentaksir
penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan inklusif mengikut
konteks ah…pihak pentadbir. Ah…soalan mula2 yang saya nak tanya,
agak-agaknya berapa lama puan mengajar atau menceburi dalam
bidang pendidikan khas ini?
Responden : Ok. Salam sejahtera…ah…saya ah…telah berkecimpung dalam bidang
pendidikan khas nie lebih kurang 10 tahun eh…dari tahun 2003 ah…
dan telah menjadi pentadbir lebih kurang dalam 4 tahun lah…ah…
dalam pendidikan khas.
Pengkaji : Puan dipilih untuk ditemubual kerana puan telah dikenal pasti sebagai
seorang pakar dalam bidang pendidikan khas. Temu bual hari ini
berfokuskan kepada penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan
inklusif.
Responden : Ok.
Pengkaji : Apakah bentuk pemahaman ah…puan tentang pendidikan inklusif
mengikut pandangan puan?
Responden : Oh…pendidikan inklusif lah…ok…pendidikan inklusif nie sebenarnya
ia adalah satu pendekatan yang mentransformasikan sistem pendidikan
dengan mengecilkan halangan-halangan murid ah…yang bermasalah
pembelajaran. Murid-murid pendidikan khas yang ah…dikatakan
sebagai ah…inklusif tu ialah murid-murid yang dididik bersama-sama
dengan murid-murid aliran biasa ya…di mana ada banyak halangan
kepada mereka dalam beberapa bahagian pendidikan…eh…contohnya
dari segi sosialnya. Ah…mereka nie ada malu-malu, takut, malu-malu
dari segi komunikasinya mereka pun tak berapa berani. Ah…jadi
16

pendidikan inklusif nie ah… dia membantu murid-murid pendidikan


khas ini untuk meningkatkan kualiti dari segi keterampilan diri dan dari
segi komunikasi mereka. Jadi dengan adanya pendidikan inklusif ini
mereka boleh menyesuaikan diri ah…bersama-sama dengan
persekitaran sedia ada dan pada masa akan datang. Itu yang saya faham
tentang pendidikan inklusif lah.
Pengkaji : Ok…
Responden : Peluang yang diberikan kepada ah…murid-murid pendidikan khas
dalam aliran biasa.
Pengkaji : Apakah peranan sekolah dalam mewujudkan hubungan ataupun
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan inklusif?
Responden : Ok, dalam pendidikan inklusif. Ah…khususnya di sekolah ini ah…kita
sebenarnya ah…sangat mengalakkan ibu bapa untuk memberi galakkan
kepada murid pendidikan khas supaya berada dalam kelas inklusif
kerana ada pelajar pendidikan khas yang ah…walaupun mampu tapi
tak mahu. Jadi kita ah…ibu bapa sepatutnya memberi ruang yang
sangat besar kepada anak-anak mereka untuk bersama-sama dengan
ah…pelajar aliran perdanan ini supaya mereka dapat mengembangkan
apa bakat yang ada pada mereka selaras dengan keperluan-keperluan
semasa.
Pengkaji : Dari perspektif pentadbir, ah…bagaimana ibu bapa melibatkan diri
dalam pendidikan inklusif di sekolah anda?
Responden : Ok, sebagai pentadbir lah apa yang saya lihat di sekolah ini ah…kita
tidak menghadapi banyak masalah berkenaan dengan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang berada di kelas inklusif. Tetapi, secara
keseluruhannya ah…kita sangat mengalakkan supaya ibu bapa nie
memberi sokongan kepada mereka ya…kerana dari sokongan mereka
tu baru anak-anak nie ah…rasa boleh ataupun mampu untuk bersama-
sama dengan pelajar biasa. Di sekolah, kita sebagai pentadbir dan juga
guru-guru memang sangat mengalakkan dan menyediakan kemudahan-
kemudahan asas yang diperlukan dalam pembelajaran tetapi ibu bapa
berperanan besar untuk mengalakkan mereka eh…memberi kata-kata
semangat supaya anak-anak mereka ini terus berani berada di dalam
17

kelompok yang besar. Jadi peranan ibu bapa itu memang sangat
penting eh… sebab di sekolah ah… tak ada masalah dari segi ah…
bantuan cikgu tapi di rumah, ibu bapa kena main peranan supaya anak-
anak mereka mendapat pendidikan di rumah juga eh…kerana di
sekolah. Oleh kerana pelajar-pelajar pendidikan khas ini mempunyai
mentaliti yang agak rendah sedikit. Jadi, mereka terpaksa menampung
keperluan mentaliti tersebut di rumah. Jadi, ibu bapa kena main
peranan yang besar supaya anak-anak mereka ini berjaya dalam
pendidikan selari dengan pelajar-pelajar biasa.
Pengkaji : Ok…Apakah bentuk hubungan ataupun penglibatan yang sepatutnya
ataupun diharapkan?
Responden : Ok, dalam pendidikan inklusif ini. Apa yang diharapkan terutamanya
oleh pihak sekolah ialah ibu bapa memberi ah…memberi tumpuan
ataupun merasa bertanggungjawab untuk membantu anak-anak mereka
ini lebih maju dalam pendidikan ya…ibu bapa boleh datang ke sekolah
ah…bertanyakan tentang perkembangan anak-anak mereka dan
seterusnya membawa masalah-masalah anak mereka ini untuk
diselesaikan oleh mereka di rumah kerana di sekolah pelajar-pelajar
pendidikan khas ini dia tak akan mendapat semua yang diberikan guru
semasa di sekolah. Jadi, terpaksa disambung di rumah eh…jadi ibu
bapa kena main peranan yang sangat pentinglah di rumah tersebutnya
ya…sebab ah…anak-anak ini dia perlukan sokongan setiap masa.
Kalau dia berhenti di sekolah, di rumah dia akan terlupa.
Pengkaji : Ah…apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk
melibatkan ibu bapa dalam pendidikan inklusif?
Responden : Ok, di sekolah ini tak adalah banyak masalah sangat. Sebenarnya ibu
bapa memahami dan ah…memang mereka nakkan anak-anak mereka
terlibat secara ah…sepenuhnya di dalam pendidikan biasa. Cuma apa
yang diharapkan oleh pihak sekolah ialah ibu bapa ah…akan terus
menerus menyokong sekolah eh…apa saja yang diperlukan oleh anak-
anak mereka di sekolah sekiranya pihak sekolah tidak dapat
menyediakan mereka terpaksa sokonglah. Ah…itu peranan yang…
eh…itulah cabaran yang ibu bapa kadang-kadang dia ah…
18

menyerahkan semuanya di sekolah tanpa membantu anak mereka di


rumah. Sedangkan pada masa yang sama mereka mengharapkan
keputusan yang sangat baik dari anak-anak mereka. Ah…eh…selain
daripada tumpuan atau perhatian yang perlu diberikan oleh pihak ibu
bapa kepada sekolah. Ibu bapa pun mungkin boleh membantu pihak
sekolah ah…dengan ah…memberi cadangan-cadangan lah…memberi
cadangan supaya ibu bapa terlibat secara langsung dengan anak-anak
ini eh… kerana pada hari ini kalau kita lihat ah…cabaran ah…ibu bapa
ke sekolah nie…ibu bapa hari ini sangat sibuk jadi mereka gagal untuk
datang ke sekolah melihat…lihat perkembangan anak mereka ya…
semuanya diserahkan kepada pihak sekolah untuk memajukan anak
mereka. Jadi, cabaran yang paling besar itulah…ibu bapa mungkin tak
ada masa untuk datang ke sekolah, mungkin dia boleh memberi
sokongan tapi mereka tidak datang sekolah melihat anak-anak mereka
belajar, melihat suasana pembelajaran anak mereka, berbincang dengan
guru-guru yang bukan pendidikan khas di mana anak-anak ini bila
diinklusifkan mereka diajar oleh guru-guru biasa. Jadi, komitmen di
antara ibu bapa dan guru biasa tu sebenarnya sangat penting. Tapi bila
ibu bapa datang, mereka hanya berbincang dengan guru-guru
pendidikan khas yang tak mengajar anak mereka di aliran perdana. Jadi
itulah cabaran dia yang paling besarlah oleh pihak sekolah. Ah…
dengan mengharapkan keputusan yang baik dari anak-anak mereka. Ibu
bapa perlu juga bersama-sama dengan guru-guru biasa sebenarnya.
Pengkaji : Ok...apakah usaha yang sedang ataupun akan dilaksanakan dalam
memaksimumkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan inklusif?
Responden : Ok, ah…kalau kita cakap tentang penglibatan ibu bapa seperti saya
cakap tadilah eh…seperti yang disebutkan tadi. Sekarang kerajaan
ataupun kementerian pendidikan sedang mengalakkan usaha-usaha
untuk menginklusifkan anak-anak ah…yang mampu ke dalam aliran
biasa eh…jadi selaras dengan itu ibu bapa sepatutnya memainkan
peranan yang sangat penting untuk mengalakkan anak-anak mereka ini
untuk belajar dengan orang lain eh… Kalau kita lihat pada hari ini ah…
pendidikan inklusif ini sudah pun mula diwawarkan dan dititik
19

beratkan, banyak kursus-kursus yang dihadiri oleh guru-guru


pendidikan khas. Bagaimana untuk menjadikan pendidikan inklusif
sebagai pendidikan yang berjaya dan kita juga melihat sekiranya anak-
anak yang berkemampuan ini hanya duduk sahaja di dalam lingkungan
pendidikan khas, mereka tak akan dapat berkembang selari dengan
pelajar-pelajar biasa. Dengan adanya kebolehan yang sedikit, ibu bapa,
guru dan pihak sekolah bersama-sama memainkan peranan untuk
mengembangkan bakat yang ada dalam diri murid-murid. Ah…kalau
kita paksa murid-murid sahaja pergi tanpa sokongan kita, pendidikan
inklusif ini sebenarnya tak boleh berjaya. Jadi, diharapkan supaya ibu
bapa ah…memainkan peranan yang penting bersama-sama dengan
pihak sekolah dalam menjayakan usaha-usaha yang sebenarnya di…
ah…memang telah diketengahkan oleh kementerian pelajaran sebagai
galakkan kepada anak-anak yang berkeperluan khas ini boleh hidup,
boleh maju, boleh sama-sama berkembang dengan orang ah…pelajar-
pelajar biasa eh…dan seterusnya akan bersama-sama dengan
masyarakat keseluruhannya tanpa ada rasa rendah diri, tanpa ada rasa
takut, tanpa ada rasa tersisih disebabkan oleh permasalahan mereka.
Jadi, kita melihat pendidikan inklusif ini dengan bantuan ibu bapa
boleh menjadi lebih baik dan boleh berkembang dan membantu anak-
anak ini untuk hidup dengan persekitaran yang saya rasa baik. Itu
sajalah yang ah…untuk ibu bapa bagaimanan ibu bapa nak
mengalakkan anak-anak mereka eh…kerana ibu bapa nie kadang-
kadang dia menyerahkan semuanya kepada pihak sekolah yang dan
juga ada ibu bapa yang prihatin tapi kalau tanpa bantuan ibu bapa ini
berkemungkinan pendidikan inklusif ini akan hanya hangat-hangat tahi
ayam saja. Jadi, kemajuan mereka bergantung kepada peranan ibu bapa
selain daripada pihak sekolah dan juga guru-guru yang sememangnya
mengajar anak-anak ini.
Pengkaji : Setakat sini sahaja temu bual kita pada hari ini. Ah…terima kasih di
atas kesudian puan meluangkan masa untuk ditemubual. Terima kasih.
Responden : Sama-sama.
20

You might also like