You are on page 1of 18

1

JABATAN PELAJARAN NEGERI


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

UJIAN PERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 21/1
SEJARAH
Kertas 1
Ogos
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D.
Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang
tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
2

1 Rajah 1 menunjukkan salah satu kaedah lisan dalam pengkajian Sejarah.

Mitos

Sastera rakyat Lagenda

Rajah 1

Apakah X?
A Pengisahan
B Lakonan pentas
C Puisi-puisi lama
D Ucapan pemimpin

2 Dialog berikut mungkin berlaku di sebuah sekolah.

Murid : Cikgu, apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Paleolitik?


Cikgu : Mereka mengamalkan animisme.

Apakah yang dimaksudkan dengan animisme?


A Kehidupan selepas mati
B Pemujaan roh nenek moyang
C Setiap benda mempunyai semangat
D Pengebumian bersama bekalan makanan

3 Maklumat berikut menunjukkan kerajaan awal di Asia Tenggara.

 Angkor
 Funan

Apakah asas kegiatan ekonomi kerajaan tersebut?


A Pertanian
B Perikanan
C Perdagangan
D Perlombongan

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
3

4 Rajah 2 berkaitan dengan pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan oleh


Parameswara.
Perairan yang strategik

Faktor-faktor
Terlindung dari tiupan angin monsun

Rajah 2

Apakah X?
A Mengekalkan budaya tempatan
B Memiliki pertahanan semulajadi
C Memenuhi kehendak pembesar negeri
D Mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi

5 Pernyataan berikut berkaitan hubungan Melaka dengan negara luar.

Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan China

Mengapakah Parameswara bertindak sedemikian?


A Mengawal kegiatan lanun
B Menerima bantuan ketenteraan
C Mendapat pengiktirafan kedaulatan
D Menyeragamkan pentadbiran tempatan

6 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pemerintah Melaka untuk


menambahkan pendapatan kerajaan pada abad ke-15.

Peratus cukai yang tertentu dikenakan kepada


pedagang mengikut tempat asal pedagang.

Apakah sistem cukai tersebut?


A Berkanun
B Keuntungan
C Pendapatan
D Berkeutamaan

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
4

7 Senarai berikut merujuk kepada cara-cara perluasan kuasa Melaka pada kurun
ke-15?
 Penaklukan
 Kerelaan sendiri
 X

Apakah X?
A Persaingan kuasa
B Penerokaan daerah
C Perkahwinan politik
D Pertukaran wilayah

8 Jadual 1 merujuk kepada kedatangan Portugis ke Melaka.


Tahun Peristiwa
1509 Kedatangan Lopez de Sequeire
Jadual 1

Apakah tujuan ketibaan beliau?


A Memonopoli perdagangan
B Membina kubu pertahanan
C Menjalin hubungan diplomatik
D Meningkatkan kemahiran pelayaran

9 Pernyataan berikut menunjukkan Sultan Mahmud Syah menolak tuntutan


Portugis.
Enggan membebaskan tawanan dan membayar ganti rugi

Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Melaka?


A Perebutan kuasa
B Kejatuhan kerajaan
C Kebangkitan rakyat tempatan
D Perpindahan pusat pentadbiran

10 Rajah 3 menunjukkan hasil karya zaman kegemilangan Johor pada kurun ke-17.

Hikayat Hang Tuah


Karya
X

Rajah 3

Apakah X ?
A Hikayat Johor
B Tuhfat al Nafis
C Sejarah Melayu
D Salasilah Melayu

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
5

11 Pernyataan berikut menunjukkan campur tangan Bugis di Johor.

Orang Bugis bersetuju membantu Raja Sulaiman secara bersyarat

Apakah syarat tersebut?


A Diiktiraf sebagai Bendahara
B Menguasai laluan Selat Melaka
C Dilantik sebagai Yamtuan Muda
D Mengetuai Angkatan Perang Johor

12 Pada tahun 1765, Sultan Terengganu telah menghantar bunga emas kepada
Siam.

Apakah tujuan baginda berbuat demikian?


A Mempunyai kekayaan negeri
B Mengukuhkan amalan tradisi
C Menghargai sumbangan rakyat
D Menjalin hubungan persahabatan

13 Apakah tujuan hukuman yang dijatuhkan dalam Adat Temenggung?


A Pemulihan
B Pengajaran
C Pencegahan
D Pemeliharaan

14 Senarai berikut berkaitan dengan peralatan tradisional yang sering digunakan


oleh masyarakat Melayu.

 Serkap
 Tanggul
 Tangguk

Peralatan tersebut sering digunakan ketika


A berjual beli
B menangkap ikan
C berburu binatang
D membuat kraf tangan

15 Maklumat berikut merupakan kepercayaan masyarakat di Sabah.

Mematuhi undang-undang adat untuk mengelakkan wabak


penyakit, bencana alam dan kerosakan tanaman.

Suku kaum manakah yang mengamalkan kepercayaan tersebut?


A Murut
B Bajau
C Bidayuh
D Kadazandusun

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
6

16 Pernyataan berikut menunjukkan tindakan Sultan Kedah pada tahun 1800.

Sultan Dziauddin telah menandatangani Perjanjian


Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith
Mengapakah baginda berbuat demikian?
A Melicinkan pentadbiran
B Meningkatkan ekonomi
C Memerlukan ketenteraan
D Memajukan perhubungan

17 Jadual 2 menunjukkan perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Tahun Peristiwa
1 April 1867 Pentadbiran Negeri-negeri Selat berpindah ke
Pejabat Tanah di London
Jadual 2

Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan perkembangan tersebut?


A Tanah Jajahan
B Tanah Naungan
C Negeri Merdeka
D Negeri Berdaulat

18 Senarai berikut merupakan kawasan tumpuan pelabur Eropah pada kurun ke-19.
 Kerling, Selangor
 Kelian Pauh, Perak
 Sg. Lembing, Pahang

Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tersebut?


A Pertanian
B Perikanan
C Perdagangan
D Perlombongan

19 Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada tahun 1848.

Ngah Ibrahim : Saya perlukan bantuan tuan di Larut.


Kapten Speedy : Baiklah, saya bersedia membantu.

Mengapakah langkah tersebut diambil?


A Menamatkan pergaduhan
B Memajukan perlombongan
C Menasihati dalam pentadbiran
D Menggubal perlembagaan negeri

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
7

20 Jadual 3 berkaitan dengan perjanjian antara British dan Siam.

Tahun Peristiwa
1902 Perjanjian Pengisytiharan British Siam

Jadual 3
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu Utara?
A Mempunyai Residen
B Menjadi naungan Siam
C Mendapat bantuan ketenteraan
D Memberi konsesi kepada kuasa asing

21 Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Kangcu.

Diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833.


Bagaimanakah sistem tersebut memberi kemajuan kepada Johor?
A Memelihara kemerdekaan
B Meningkatkan pendapatan
C Menyatupadukan penduduk
D Mewujudkan bandar-bandar baru

22 Dialog berikut mungkin berlaku di Johor pada awal kurun ke-20.

Sultan Ibrahim : British mencadangkan supaya meminjam


200,000 dolar untuk membina landasan
keretapi.
Dato‟ Abdul Rahman Andak: Lebih baik Tuanku tidak mengambil pinjaman
tersebut.

Mengapakah Dato‟ Abdul Rahman berpandangan sedemikian?


A Mengukuhkan kekayaan
B Mengelakkan perbalahan
C Mengutamakan pendidikan
D Mengekalkan kedaulatan negeri

23 Maklumat berikut menunjukkan tindakan James Brooke semasa mengadap Sultan


Brunei pada tahun 1842.

Datang bersama angkatan tentera laut


yang diketuai oleh Edward Belcher.

Mengapakah James Brooke bertindak sedemikian?


A Menamatkan pemberontakan
B Mengesahkan kedudukannya
C Menghapuskan kegiatan lanun
D Mengawal kemaraan kuasa asing

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
8

24 Senarai berikut merujuk jabatan baru yang ditubuhkan semasa pemerintahan


keluarga Brooke di Sarawak.

 Jabatan Polis
 Jabatan Kastam
 Jabatan Kehakiman
Apakah tujuan jabatan tersebut ditubuhkan?
A Melicinkan pentadbiran
B Menjimatkan perbelanjaan
C Menyeragamkan pemerintahan
D Mengukuhkan pengaruh tempatan

25 Mengapakah Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah suku kaum


Dayak?
A Menerima tentangan rakyat
B Menghadapi masalah kewangan
C Mengekalkan cara hidup tradisional
D Mewujudkan pentadbiran rakyat tempatan

26 Peta 1 menunjukkan Sabah dibahagikan kepada beberapa daerah oleh Syarikat


Borneo Utara British (SBUB).

Peta 1

Apakah tujuan pembahagian daerah tersebut?


A Memajukan bidang pertanian
B Mewujudkan keamanan negeri
C Memudahkan urusan pentadbiran
D Mengukuhkan kemajuan perdagangan

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
9

27 Dialog berikut merujuk tindakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap
rakyat tempatan di Sabah.

Petani A : Kita dipaksa membayar cukai.


Petani B : Cukai tanah, kepala, lesen perahu dan senjata.
Mengapakah tindakan tersebut diambil oleh SBUB?
A Mengukuhkan kuasa
B Menarik pelaburan asing
C Meningkatkan hasil eksport
D Mengatasi masalah kewangan

28 Gambar 1 adalah „Skuad Terbang‟ yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1900.

Gambar 1

Siapakah yang mengganggotai pasukan tersebut?


A Penduduk tempatan
B Pegawai anak negeri
C Sukarelawan tempatan
D Pegawai polis tempatan

29 Mengapakah ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak pada kurun
ke-19?
A Galakan pemerintah
B Permintaan meningkat
C Kemasukan buruh cina
D Pelaburan syarikat tempatan

30 Jadual 5 berkaitan dengan perkembangan perlombongan.

Tahun Peristiwa
1934 Perjanjian Majlis Bijih Timah Antarabangsa
Jadual 5
Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandatangani?
A Meneroka kawasan baru
B Menambahkan pengeluaran
C Meningkatkan cukai eksport
D Menstabilkan harga pasaran

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
10

31 Jadual 6 menunjukkan pengasingan kaum di Tanah Melayu mengikut pekerjaan


pada awal kurun ke-20.

Kaum Kegiatan
Melayu Pertanian
India Perladangan
Cina Perlombongan
Jadual 6
Apakah kesan daripada keadaan tersebut?
A Mewujudkan kestabilan politik
B Meningkatkan jurang ekonomi
C Menggalakkan kerjasama kaum
D Mengukuhkan pendapatan rakyat

32 Gambar 2 menunjukkan pengikut Dol Said menentang pasukan Kapten Wylie


dalam Perang Naning pada tahun 1831.

Gambar 2
Apakah faktor kejayaan Dol Said dalam perang tersebut?
I Menggunakan senjata moden
II Menerima bantuan pembesar
III Menggunakan taktik perang gerila
IV Mendapatkan bantuan kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Pernyataan berikut merujuk hukuman terhadap pembesar tempatan di Perak.

Dato‟ Maharaja Lela telah digantung sampai mati


Apakah rumusan terhadap tindakan British tersebut?
A Kegigihan pemerintah
B Keangkuhan penjajah
C Keberanian pembesar
D Kepelbagaian hukuman
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah
SULIT
11

34 Jadual 8 menunjukkan gerakan nasionalisme pada awal kurun ke-20.

Negara Gerakan
Mesir Islah
Turki Pan-Islam

Jadual 8
Apakah persamaan yang terdapat pada gerakan tersebut?
A Menaikkan amalan cukai
B Menentang penjajahan asing
C Menghapuskan sistem feudal
D Memutuskan hubungan diplomatik

35 Kaum Muda menggunakan akhbar untuk menyebarkan idea pemulihan Islam di


Tanah Melayu pada awal kurun ke-20.

Apakah akhbar yang digunakan oleh golongan tersebut?


A Al-Imam
B Neracha
C Pengasuh
D Lidah Benar

36 Jadual 9 berkaitan dengan kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis.

Tahun Peristiwa
1895 Memenangi Perang China-Jepun Pertama
Jadual 9

Mengapakah Negara China menjadi sasaran awal perluasan kuasa Jepun?


A Meluaskan pasaran baru
B Memiliki modal yang besar
C Menjamin bekalan tenaga kerja
D Menjadi model pasaran perindustrian

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
12

37 Peta 2 merujuk kepada kawasan kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya.

Peta 2

Apakah tujuan Jepun mengadakan rancangan tersebut?


A Mempelbagaikan budaya
B Memantapkan pentadbiran
C Mengukuhkan kuasa politik
D Mewujudkan kawasan ekonomi

38 Gambar 4 berkaitan dengan lagu kebangsaan yang dinyanyikan pada setiap pagi
ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Gambar 4

Apakah tujuan lagu tersebut dinyanyikan?


A Menjalin hubungan diplomatik
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Memajukan pendidikan negara
D Memupuk kesetiaan kepada pemerintah

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
13

39 Senarai berikut berkaitan dengan pertubuhan yang muncul pada kurun ke-20.

 Force 136
 Gerila Kinabalu
 Askar Melayu Setia
Apakah persamaan pertubuhan tersebut?
A Menyekat kemasukan imigran
B Menentang penjajahan kuasa asing
C Melaksanakan pentadbiran peralihan
D Mewujudkan kerjasama antara negeri

40 Pernyataan berikut adalah antara kesan sekatan ekonomi yang dikenakan


terhadap Jepun di Tanah Melayu.

Beras tidak dapat diimport dari


Thailand dan Burma

Apakah langkah Jepun untuk mengatasi masalah tersebut?


A Menyediakan bantuan modal
B Memberi latihan dalam pertanian
C Memperkenalkan ekonomi kawalan
D Mengadakan rundingan perdamaian

41 Tindakan berikut dilakukan oleh Parti Komunis Malaya ketika kekosongan politik
di Tanah Melayu.

 Membunuh sesiapa yang diangap bersalah


 Menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun

Apakah kesan daripada tindakan tersebut?


A Mengisytiharkan darurat
B Mewujudkan sekolah tentera
C Mengawal kuasa politik peribumi
D Menggalakkan ketegangan kaum

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
14

42 Rajah 5 berkaitan dengan pentadbiran Malayan Union pada tahun 1946.

Kerakyatan

Ciri-ciri Gabungan negeri-negeri

Rajah 5

Apakah X?
A Parlimen British
B Pertubuhan Politik
C Raja Berperlembagaan
D Keistimewaan orang Melayu

43 Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati
oleh orang Melayu.

Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan tersebut?


I Mendapatkan sokongan negara luar
II Menubuhkan gerakan bersenjata
III Menghidupkan persatuan Melayu
IV Mengadakan demonstrasi secara aman
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

44 Maklumat berikut merujuk kepada kegiatan agresif Parti Komunis Malaya


menjelang tahun 1935.

Melancarkan mogok dan sabotaj

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?


A Melumpuhkan ekonomi
B Menuntut kenaikan gaji
C Membantah pembubaran parti
D Menamatkan kebangkitan rakyat

45 Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput,


Perak telah menyebabkan darurat diisytiharkan di seluruh negara.

Apakah tujuan British mengisytiharkan darurat tersebut?


A Menyusun semula masyarakat
B Melindungi kepentingan ekonomi
C Mengukuhkan kedaulatan negeri
D Menubuhkan parti yang bersifat radikal

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
15

46 Senarai berikut berkaitan dengan Rancangan Briggs.

 Gerakan kelaparan
 Kad catuan makanan
 Sistem pendaftaran kebangsaan

Apakah kesan rancangan tersebut?


A Melumpuhkan gerakan komunis
B Meningkatkan bilangan pegawai
C Mengukuhkan pendapatan negeri
D Mengurangkan kuasa pemerintah

47 Senarai berikut berkaitan dengan cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu pada
tahun 1950-an.

 Mewujudkan sekolah umum


 Mewajibkan pendidikan rendah
 Membentuk sistem peperiksaan yang sama
Apakah laporan tersebut?
A Laporan Razak
B Laporan Barnes
C Laporan Fenn-Wu
D Ordinan Pelajaran

48 Maklumat berikut merujuk kepada agensi yang ditubuhkan oleh Dato‟ Onn Jaafar
pada tahun 1951.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)


Apakah kepentingan agensi tersebut kepada orang Melayu ?
A Meningkatkan taraf hidup
B Memupuk kesedaran politik
C Melatih pemimpin tempatan
D Membuka penempatan baru

49 Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.

 Tun Dr Ismail
 Dato‟ Nik Ahmed Kamil
 Tun Abdul Razak Hussein

Apakah sumbangan tokoh tersebut?


A Mengasaskan Parti Negara
B Mengganggotai Sistem Ahli
C Mempertahankan hak peribumi
D Menuntut kemerdekaan negara

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
16

50 Senarai berikut berkaitan dengan pindaan Suruhanjaya Reid pada tahun 1957.

 Konsep Raja Berperlembagaan


 Agama Islam sebagai agama rasmi
 Pembahagian kuasa pusat dan negeri
 X
Apakah X?
A Perjanjian pertahanan
B Penguasaan perniagaan
C Pemberian kerakyatan terbuka
D Pembukaan kawasan petempatan

51 Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan negara dalam menggubal


perlembagaan.

Perlembagaan Merdeka 1957 melibatkan


soal kerakyatan, bahasa dan agama.
Apakah iktibar yang dapat diambil daripada kejayaan tersebut?
A Bersatu ke arah wawasan
B Bijaksana menyelesaikan masalah
C Berbangga dengan budaya negara
D Berkorban mempertahankan maruah bangsa

52 Rajah 6 menunjukkan perubahan pentadbiran di Sarawak.

1846 1946
James Brooke sebagai Raja Sarawak Kerajaan British

Rajah 6

Bagaimanakah perubahan tersebut berlaku?


A Menandatangani perjanjian merdeka
B Melaksanakan pilihan raya umum
C Menggunakan perundangan negeri
D Memantapkan kuasa pembesar tempatan

53 Maklumat berikut menunjukkan tindakan masyarakat di Sarawak pada tahun


1947.
 Tunjuk perasaan besar-besaran di Kuching
 Perhimpunan oleh 250 perwakilan bumiputera
Mengapakah tindakan tersebut diambil?
A Menuntut kedaulatan negeri
B Menentang monopoli ekonomi
C Membendung perpecahan kaum
D Menghapuskan ancaman komunis

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
17

54 Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?

 Awang Rambli
 Morshidi Sidek
 Bujang Suntong
A Menuntut diadakan pilihan raya
B Menggubal perlembagaan negeri
C Memimpin gerakan antipenyerahan
D Menguruskan pentadbiran tempatan

55 Apakah usaha British untuk mengukuhkan pentadbiran di Sabah sehingga tahun


1962?
A Meminda perlembagaan negeri
B Mengembalikan kuasa pembesar
C Membentuk jawatankuasa perpaduan
D Memperkenalkan parti mengikut kaum

56 Ucapan berikut berkaitan dengan idea penubuhan Persekutuan Malaysia oleh


Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961.

“…Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman


dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo
Utara, Brunei dan Sarawak…”
Apakah matlamat penubuhan persekutuan tersebut?
A Menggubal perlembagaan negeri
B Mengukuhkan keselamatan negara
C Menubuhkan jawatankuasa perpaduan
D Memenuhi tuntutan pemimpin masyarakat

57 Pernyataan berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
A Mengukuhkan perpaduan kaum
B Melaksanakan pilihanraya awam
C Mempertingkatkan kekuatan pertahanan
D Mengadakan perbincangan antara pemimpin

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT
18

58 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan parti politik di Singapura.

Parti Tindakan Rakyat (PETIR)


menyokong pembentukan Malaysia
Mengapakah parti tersebut menyokong pembentukan Malaysia?
A Mengukuhkan kedudukan parti
B Meningkatkan perpaduan kaum
C Memulihkan ekonomi masyarakat
D Memantapkan kawalan keselamatan

59 Jadual 10 adalah reaksi parti politik terhadap pembentukan Malaysia.

Parti politik Pendirian awal Pendirian akhir


Pasok Momogun Menentang Menyokong
Parti Bersatu Menyokong bersyarat Menyokong
Parti Kebangsaan Sarawak Menentang Menyokong
(SNAP)
Jadual 10

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada reaksi tersebut?


A Bijak merancang strategi
B Berusaha kearah kejayaan
C Berani membuat perubahan
D Bertolak ansur dalam urusan

60 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh Indonesia


terhadap Malaysia ketika peristiwa konfrontasi.

 Melakukan pencerobohan
 Memutuskan hubungan diplomatik

Apakah usaha yang dilakukan untuk menangani peristiwa tersebut?


A Mengadakan rundingan
B Menggubal perlembagaan
C Mewartakan kawasan hitam
D Membawa masuk pemimpin luar

SOALAN TAMAT

21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL Lihat sebelah


SULIT

You might also like