You are on page 1of 1

Selain mengajar dan melengkapkan kerja-kerja pentadbiran, guru SKK dan SBT

juga perlu merancang aktiviti dan program seperti Program Jalinan dan Penandarasan.
Dengan mempunyai kebitaraan akademik sahaja tidak memenuhi syarat untuk pihak
sekolah mendapat anugerah SKK dan SBT. Oleh itu, guru SKK dan SBT tersebut
terpaksa mengorbankan masa yang lebih untuk merancang dan melaksanakan program
penjalinan hubungan dengan sekolah, institut, atau universiti sama ada di dalam ataupun
di luar negara. Aktiviti dan program yang dirancang sebaik-baiknya perlulah melibatkan
sekolah yang lain supaya dapat membimbing mereka dalam sesuatu bidang kebitaraan.
Guru perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah yang lain supaya dapat
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk semua pihak. Kadang-kala, masa kuliah
telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti tambahan yang telah dirancang dan pengajaran
guru perlu ditangguhkan. Guru perlu menggunakan masa yang terhad untuk mengajar
tajuk yang telah ditangguhkan. Dengan pertambahan kerja tersebut, ramai guru SKK dan
SBT akan mengalami gangguan-gangguan emosi seperti stres dan burnout.

4. Kekangan Masa

Seperti yang telah dinyatakan, tanggungjawab guru SKK dan SBT selain mengajar
di sekolah, mengadakan aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengurus karenah
dan kebajikan pelajar, malah mereka juga sebagai penganjur dalam pelbagai program
seperti program jalinan dan penandaarasan untuk menjadi model kepada sekolah
berhampiran supaya mendapat dan mengekalkan status SKK dan SBT.

Secara langsung, perasaan bimbing yang terlampau wujud dalam kalangan guru tersebut
kerana mereka akan risau, bimbing dan takut aktiviti atau program tidak dapat dijalankan
dengan lancar dan berjaya kerana masa yang terlalu singkat. Menurut Lim (2001) guru
seringkali mengalami masalah kekurangan masa untuk meyelesaikan kerja mereka. Jadi,
kekangan masa juga merupakan faktor yang menganggu emosi guru SKK dan SBT.

You might also like