You are on page 1of 14

Topik X Perancangan

9 Kewangan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyata
pendapatan dalam pengurusan kewangan; dan
2. Sediakan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan.

X PENGENALAN
Topik 9 membincangkan kepentingan perancangan kewangan, penyediaan
belanjawan tunai dan penyediaan pro forma penyata pendapatan. Topik ini juga
membincangkan kepentingan pengurusan modal kerja dan jenis pembiayaan
jangka pendek. Selain itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada asas
pengurusan tunai. Ia menerangkan kitaran pertukaran tunai dan komponen serta
jenis sekuriti yang boleh dipasarkan yang terdapat di pasaran. Ia juga menyentuh
mengenai pengurusan akaun belum terima yang merupakan sebahagian daripada
aset semasa syarikat atau modal kerja syarikat. Akhir sekali, ia membincangkan
pengurusan aset semasa dengan tahap kecairan paling rendah iaitu inventori.

9.1 PERANCANGAN KEWANGAN

SEMAK KENDIRI 9.1


Perancangan kewangan yang praktikal dan berkesan adalah sangat
penting dalam operasi syarikat. Siapakah yang bertanggungjawab
untuk merancang dan melaksanakan panduan ini? Adakah menjadi
tanggungjawab seorang individu atau melalui perbincangan kolektif?
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 275

Sebelum memahami penyata pendapatan dengan lebih lanjut, kita perlu lihat
panduan untuk menyediakan perancangan kewangan yang betul. Secara
umumnya, perancangan kewangan yang betul dan lengkap hendaklah
mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(a) Objektif, strategi dan perancangan operasi yang jelas;

(b) Andaian yang digunakan bagi menyediakan perancangan kewangan;

(c) Belanjawan yang diklasifikasikan berdasarkan mengikut tempoh dan jenis;

(d) Pembiayaan projek yang diklasifikasikan berdasarkan jenis dan tempoh


masa; dan

(e) Pro forma penyata kewangan sepanjang tempoh perancangan.

Selepas mendapat beberapa gambaran mengenai langkah awal penyediaan


perancangan kewangan, langkah seterusnya adalah memahami kaedah
penyediaan belanjawan tunai.

9.2 BELANJAWAN TUNAI

SEMAK KENDIRI 9.2

Apakah yang anda faham mengenai belanjawan tunai?

Pengurusan tunai yang cekap melibatkan ramalan keperluan tunai pada masa
akan datang. Salah satu kaedah biasa yang digunakan untuk membuat anggaran
keperluan tunai pada masa akan datang adalah menyediakan belanjawan tunai.

Belanjawan tunai adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai yang


dijangkakan untuk tempoh yang singkat. Biasanya, ia disediakan untuk
perancangan bagi tempoh enam bulan atau satu tahun. Ia boleh menunjukkan
bagaimana aliran tunai dirancang bagi tempoh tertentu, sama ada aliran masuk
tunai atau aliran keluar tunai.
276 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

Selain itu, belanjawan tunai sangat penting kepada syarikat kerana jualan dan
keuntungan diperoleh tidak dapat memastikan syarikat mempunyai tunai yang
cukup bagi memenuhi obligasi kewangan. Sebaliknya, belanjawan tunai boleh
membantu syarikat mengetahui kedudukan tunai syarikat, di samping berusaha
untuk memastikan aliran tunai syarikat adalah kukuh dan memberangsangkan.
Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam belanjawan tunai:

(a) Penerimaan Tunai atau Aliran Masuk Tunai


Wang tunai yang diterima adalah aliran masuk tunai keseluruhan untuk
tempoh kewangan yang diberikan. Contohnya, jualan tunai dan kutipan
akaun belum terima.

(b) Bayaran Tunai atau Aliran Keluar Tunai


Pembayaran tunai adalah aliran keluar tunai keseluruhan bagi tempoh
kewangan yang diberikan. Contohnya, membeli peralatan, upah dan gaji,
sewa, bayaran faedah, dividen, cukai dan perbelanjaan modal. Susut nilai
dan lain-lain caj bukan kewangan tidak termasuk dalam belanjawan tunai.

(c) Perubahan dalam Tunai Bersih


Perubahan dalam tunai bersih boleh diperoleh sebagai hasil perbandingan
yang dibuat antara aliran masuk tunai dengan aliran keluar tunai dan dengan
baki mula aliran tunai untuk tempoh tersebut (lihat Rajah 9.1). Selain itu, kos
kewangan tambahan yang diramalkan pada awal tempoh tersebut, faedah
juga akan diambil kira.

(d) Lebihan Tunai atau Keperluan Kewangan Tambahan


Jumlah lebihan tunai atau keperluan kewangan tambahan bergantung kepada
perubahan tunai bersih dan baki sasaran yang ditentukan oleh syarikat.
Jumlah yang positif menunjukkan bahawa syarikat mempunyai lebihan tunai
manakala jumlah yang negatif menunjukkan bahawa syarikat memerlukan
kewangan tambahan.

Rajah 9.1: Perbandingan perubahan dalam aliran tunai bersih


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 277

Contoh 9.1
Contoh di bawah menunjukkan bagaimana belanjawan tunai disediakan. Berikut
adalah maklumat dan andaian untuk penyediaan belanjawan tunai Syarikat
Nuri.

(a) Belanjawan tunai akan disediakan untuk bulan Mac, April dan Mei.
Maklumat diperlukan adalah seperti berikut:

(i) Jualan sebenar bagi bulan Januari dan Februari.

(ii) Ramalan jualan untuk bulan Mar, April dan Mei.

(iii) Jualan tunai adalah 25% dan baki adalah jualan kredit. Bagi jualan
kredit, 80% daripada jualan tersebut akan dikutip pada bulan
seterusnya dan 20% akan dikutip 2 bulan selepas jualan.

Bulan Jualan (RM)


Januari 45,000
Februari 65,000
Mac 60,000
April 90,000
Mei 85,000

(b) Pembelian bahan mentah diramalkan 60% daripada jualan dan


pembayaran akan dibuat pada bulan seterusnya.

(c) Sewa pejabat dan gudang sebanyak RM4,500 sebulan.

(d) Bayaran upah sebanyak RM5,000 sebulan.

(e) Syarikat akan bayar insurans premium sebanyak RM2,800 dalam bulan
Mac.

(f) Pembelian aset baru melibatkan kos sebanyak RM25,000 akan dibuat dalam
bulan Mac.

(g) Pembukaan baki tunai bagi bulan Mac sebanyak RM15,000.

(h) Syarikat berhasrat untuk memegang baki tunai setiap bulan sebanyak
RM10,000.
278 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

Penyelesaian

Langkah 1:
Lengkapkan jadual bagi tunai yang diterima untuk bulan-bulan Mac sehingga Mei.

Jan Feb Mac Apr Mei


Jumlah jualan 45,000 65,000 60,000 90,000 85,000
Kredit jualan (75%) 33,750 48,750 45,000 67,500 63,750

Kutipan:
Jualan tunai (25%) 15,000 22,500 21,250
80% jualan bulan lepas 39,000 36,000 54,000
20% jualan dua bulan lepas 6,750 9,750 9,000
Jumlah aliran masuk tunai 60,750 68,250 84,250

Langkah 2:
Lengkapkan jadual pembayaran tunai bagi bulan-bulan Mac hingga Mei.

Feb Mac Apr Mei


Jumlah pembelian bahan mentah 39,000 36,000 54,000 51,000
Pembelian kredit bahan mentah 39,000 36,000 54,000 51,000

Bayaran sebulan selepas pembelian 39,000 36,000 54,000


Sewa 4,500 4,500 4,500
Upah 5,000 5,000 5,000
Insurans premium 2,800
Pembelian aset baru 25,000
Jumlah aliran keluar tunai 76,300 45,500 63,500

Langkah 3:
Sediakan belanjawan tunai

Jadual 9.1: Belanjawan Tunai

Mac Apr Mei


Jumlah penerimaan tunai 60,750 68,250 84,250
Jumlah bayaran tunai 76,300 45,500 63,500
Perubahan tunai (15,550) 22,750 20,750
Baki mula 15,000 10,000 22,200
Baki akhir tunai (tanpa pinjaman) (550) 32,750 42,950
Baki tunai terkumpul (550) 32,750 42,950
Minimum baki diperlukan 10,000 10,000 10,000
Keperluan pembiayaan (bayar balik) 10,550 (10,550) –
Penutupan baki tunai 10,000 22,2200 42,950
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 279

Seterusnya, kita akan membuat ramalan kewangan bagi tujuan membentuk pro
forma siri penyata kewangan:

(a) Syarikat boleh menganggarkan tahap akaun belum terima, inventori, akaun
perlu bayar dan lain-lain akaun pada masa akan datang untuk memenuhi
keperluan pinjaman dan jangkaan keuntungan;

(b) Pegawai kewangan boleh membuat penilaian terperinci ke atas penyata


kewangan sebenar yang telah dirancang dan membuat pelarasan daripada
penyata tersebut; dan

(c) Pengurus kewangan dan pemiutang boleh menilai terlebih dahulu tahap
keberuntungan syarikat dan pencapaian keseluruhan syarikat.

AKTIVITI 9.1

Belanjawan adalah ramalan dan ramalan sering tidak tepat. Apakah


cara untuk memastikan ramalan dalam menganggarkan aliran tunai
syarikat boleh mencapai objektif tanpa ada percanggahan atau
kesilapan?

LATIHAN 9.1

1. Apakah tempoh masa yang sesuai untuk belanjawan tunai?

2. Salah satu tugas anda sebagai pekerja Syarikat Zitroe ialah


menyediakan belanjawan tunai bagi tempoh dari 1 Januari hingga
30 Jun 2011.

Sila sediakan item yang berikut:

(a) Jadual Ramalan Tunai yang Diterima;

(b) Jadual Ramalan Pembayaran Tunai Bulanan; dan

(c) Belanjawan Tunai dari 1 Januari hingga 30 Jun 2011.


280 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

Gunakan maklumat di bawah untuk membantu anda


menyediakan belanjawan.

(i) 80% adalah jualan kredit; 80% jualan kredit akan


dikutip dalam bulan seterusnya; 15% akan dikutip
60 hari selepas jualan dan 4% lagi akan dikutip 90 hari
selepas jualan. Syarikat terpaksa menanggung 1%
jualan kredit sebagai hutang yang tidak dapat dikutip
(hutang lapuk).

(ii) Pembelian yang dibuat setiap bulan adalah 65%


daripada ramalan jualan untuk bulan depan. Bayaran
pembelian ini akan dibuat hanya sebulan selepas
pembelian.

(iii) Syarikat berhasrat untuk mengekalkan minimum baki


tunai sebanyak RM300,000. Baki tunai pada 1 Januari
adalah sebanyak RM300,000.

(iv) Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru pada


bulan April. Pembayaran sebanyak RM400,000 akan
dibuat selepas penghantaran.

(v) Pembayaran untuk cukai sebanyak RM500,000 akan


dibuat pada bulan Mac dan Jun.

(vi) Sewa sebanyak RM100,000 sebulan. Lain-lain


perbelanjaan tunai adalah 3% daripada jualan.

(vii) Perbelanjaan susut nilai adalah RM150,000 sebulan.

(viii) Perbelanjaan buruh adalah 10% daripada jualan bulan


depan.

(ix) Lembaga Pengarah syarikat berhasrat untuk


mengekalkan pembayaran dividen sebanyak RM450,000
yang akan diberikan pada bulan Jun.

(x) Jualan pada bulan Oktober adalah sebanyak


RM3,000,000 dan RM2,000,000 pada bulan November
serta Disember 2010.
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 281

(xi) Ramalan jualan dalam tempoh tujuh bulan pertama


bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

Bulan Jualan (RM)


Januari 3,000,000
Februari 5,000,000
Mac 5,000,000
April 6,000,000
Mei 3,000,000
Jun 2,000,000
Julai 2,000,000

(xii) Syarikat akan membuat bayaran faedah dalam bulan


Jun sebanyak RM310,000.

9.3 PRO FORMA PENYATA PENDAPATAN


Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah
keberuntungan yang boleh diperoleh daripada syarikat bagi sepanjang tempoh
masa tertentu. Dua langkah utama dalam menyediakan pro forma penyata
kewangan adalah:

(a) Penyediaan Ramalan Jualan


Brigham (1995) mentakrifkan ramalan jualan sebagai ramalan bagi unit dan
jumlah jualan di masa depan. Ramalan jualan adalah aktiviti utama pra-
syarat dalam proses perancangan kewangan. Beberapa sumber diperlukan
untuk membuat ramalan ini (lihat Rajah 9.2). Ramalan jualan sekurang-
kurangnya berdasarkan kepada:

(i) Sebarang arah aliran jualan syarikat dijangkakan akan berulang pada
tahun akan datang; dan

(ii) Faktor atau kejadian yang boleh memberi kesan besar ke atas arah
aliran jualan syarikat.
282 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

Rajah 9.2: Faktor yang mempengaruhi ramalan jualan

Hasil daripada maklumat ini, pengurus kewangan boleh menganggarkan


aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi jualan
dan inventori. Selain itu, maklumat ini juga boleh membantu pengurus
kewangan dalam menentukan aset yang digunakan dan jumlah yang
diperlukan untuk membiaya tahap pengeluaran yang diramalkan.

(b) Ramalan Pemboleh Ubah Kewangan


Pemboleh ubah kewangan adalah item daripada perbelanjaan, aset semasa
dan aset tetap, liabiliti dan ekuiti (Scott, Keown et al., 1996). Selepas anda
berjaya menganggarkan peningkatan dalam jualan, tentukan kesan
peningkatan tersebut dalam pemboleh ubah kewangan.

Secara umumnya, pemboleh ubah ini berubah mengikut perubahan dalam


jualan. Contohnya, jika jualan meningkat, maka semestinya perbelanjaan,
terutamanya kos akan berubah; akan meningkat dengan peningkatan dalam
jualan. Aset hendaklah meningkat lebih banyak lagi, sama ada aset semasa atau
aset tetap diperlukan bagi membantu untuk menyokong peningkatan dalam
jualan dan pemboleh ubah kewangan.
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 283

Proses penyediaan pro forma penyata kewangan seperti berikut:

Langkah 1
Sediakan ramalan jualan.

Langkah 2
Tentukan jadual pengeluaran dan keperluan seperti bahan, buruh dan
perbelanjaan.

(a) Tentukan Jumlah Unit yang akan Dihasilkan


Jumlah unit yang dihasilkan bergantung kepada inventori pembukaan,
ramalan jualan dan tahap penutupan inventori yang disasarkan

Jangkaan jualan unit


+ Penutupan inventori
– Pembukaan inventori
= Keperluan pengeluaran

(b) Tentukan Kos Pengeluaran Seunit

Kos seunit = Bahan + Upah + Kos pasti


Jumlah kos produk = Bilangan unit yang dihasilkan u Kos seunit

Kira kos jualan barang


(i) Anggaran unit jualan; dan
(ii) Kos barangan yang dijual = Jualan unit u Kos seunit.

(c) Kira Penutupan Inventori

Pembukaan inventori RM xxxx


+ Jumlah kos pengeluaran xxx
= Jumlah inventori untuk jual xxxx
– Kos barangan yang dijual xxx
= Penutupan inventori xxxx
284 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

Langkah 3
Kira perbelanjaan lain

(a) Pentadbiran dan perbelanjaan am; dan

(b) Perbelanjaan faedah.

Langkah 4
Sediakan pro forma penyata pendapatan

Hasil jualan RM xxxx


– Kos barangan yang dijual xxx
– Susut nilai xxx
= Keuntungan kasar xxxx
– Pentadbiran dan perbelanjaan am xxx

= Keuntungan operasi (keuntungan sebelum faedah dan cukai) xxx


– Perbelanjaan faedah xx
= Perolehan sebelum cukai xxx
– Cukai xx
= Perolehan selepas cukai xxx
– Dividen saham biasa (tunai) xx
= Meningkat (menurun) dalam penerapan perolehan xxx

Contoh 9.2
Dengan menggunakan maklumat dalam Contoh 9.1, sediakan pro forma penyata
pendapatan untuk Syarikat Nuri bagi bulan Mei. Berikut adalah maklumat
tambahan:

Jumlah aset tetap = RM300,000


Susut nilai = 10% daripada jumlah aset tetap
Inventori pada 30 April = RM20,000
Inventori pada 30 Mei = RM40,000
Kadar cukai = 30%
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 285

Syarikat Nuri
Pro Forma Penyata Pendapatan
bagi bulan Mei
(RM) (RM)
Hasil jualan 85,000
Kos jualan barang
Pembukaan inventori 20,000
Pembelian (60% u 85,000) 51,000
71,000
Penutupan inventori (40,000)
Kos jualan barang (31,000)
Keuntungan kasar 54,000
Perbelanjaan operasi
Pejabat dan perbelanjaan sewa gudang 4,500
Perbelanjaan upah 5,000
Perbelanjaan operasi (9,500)
Keuntungan operasi sebelum faedah dan cukai 44,500
Cukai (13,350)
Perolehan selepas cukai 31,150

AKTIVITI 9.2

Juruaudit dapat mengesan perbezaan yang ketara dalam aliran tunai


bersih daripada fail perakaunan syarikat anda untuk tempoh dua tahun
lepas. Wujud kemungkinan yang disebabkan oleh kesilapan semasa
membuat rekod atau percanggahan dengan pekerja syarikat. Apakah
tindakan yang perlu diambil?
286 X TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN

LATIHAN 9.2

1. Apakah kegunaan pro forma penyata pendapatan?

2. Nyatakan empat bahagian yang terdapat dalam belanjawan tunai.

3. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan pro forma penyata


pendapatan Syarikat Tulip bagi tahun 2011.
Ramalan jualan RM10,000,000
Kos jualan barang 60% jualan
Pentadbiran dan perbelanjaan jualan RM100,000 sebulan
Perbelanjaan susut nilai RM140,000 sebulan
Perbelanjaan faedah RM120,000
Kadar cukai 34%
Kadar bayaran dividen 50%

x Anda didedahkan kepada kepentingan perancangan kewangan dengan


menyediakan pro forma penyata pendapatan dan belanjawan tunai dalam
Topik 9. Syarikat boleh membuat penilaian dan pelarasan terperinci untuk
maksimumkan keuntungan melalui perbandingan aliran masuk tunai dan
aliran keluar tunai.

x Belanjawan tunai adalah rumusan penerimaan dan bayaran tunai yang


dijangka untuk jangka masa yang singkat.
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN W 287

x Terma yang digunakan dalam belanjawan tunai adalah seperti berikut:

– Penerimaan tunai;

– Bayaran tunai;

– Perubahan tunai bersih; dan

– Lebihan tunai.

x Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah


keberuntungan yang boleh didapati daripada syarikat melalui tempoh masa
yang tertentu.

Belanjawan tunai Perancangan kewangan


Aliran masuk tunai Tunai bersih
Aliran keluar tunai Pro forma penyata pendapatan
Lebihan tunai

You might also like