You are on page 1of 18

SULIT 011

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

UJIAN SUMATIF UPSR 2018


BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN
011
1
14 jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan
yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 2 011

Bahagian A
[20 Markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Dalam perlawanan itu nanti,_________________perlu mengawal minda dengan

baiknya,”kata Cikgu Hanif kepada para pemainnya.

A dia

B kita

C kami

D kalian

2 Peralatan elektrik yang rosak itu akan ____________oleh abang pada hujung

minggu nanti.

A dipandu uji

B direka cipta

C dibaik pulih

D diterima pakai

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 3 011

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Hujan yang turun dengan _______________nya menyebabkan padang ditenggelami

air.

A lebat

B deras

C renyai

D gerimis

4 Murid-murid masuk ke dalam kelas masing-masing ________________mendengar

taklimat tentang kem kecemerlangan akademik.

A walaupun

B setelah

C tetapi

D agar

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.


[Lihat halaman sebelah
011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 4 011

5 Sufian dan rakan-rakannya __________________menyertai lawatan ke Zoo Lok


Kawi.

A telah

B harus

C boleh

D dapat

6 Kelas Tahun Enam Dahlia yang ________________menjadi sunyi sepi apabila Cikgu

Azizan masuk secara tiba-tiba.

A dentam-dentum

B kelam-kabut

C riuh-rendah

D sorak-sorai

7 Tugas anggota bomba adalah untuk memadamkan kebakaran.______________ mereka

juga membantu mangsa kemalangan jalan raya.


[Lihat halaman sebelah
011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 5 011

A Namun begitu

B Di samping itu

C Oleh sebab itu

D walaupun begitu

8 Puan Nadia menghulurkan pinggan berisi empat ______________kek itu kepada

Alisya.

A biji

B buah

C keping

D potong

Raja Siam sudah beberapa kali menghantar orang untuk menyerang negeri Melaka
tetapi sentiasa dikalahkan oleh Tun Perak.

9 Apakah yang berlaku kepada Raja Siam setiap kali baginda kalah?

A murka

B gering

C santap

D mangkat

10 Kak Noni berasa tenang setelah berehat di taman rekreasi.

Pilih perkataan sinonim bagi tenang.

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 6 011

A luas

B lebar

C besar

D lapang

11 Abang yang meminati bidang olahraga berasa yakin bahawa dia dapat menjadi

seorang atlet yang terkenal.

Pilih perkataan antonim bagi yakin.

A pasti

B cekal

C sangsi

D percaya

12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Kebanyakan golongan muda kini lebih berminat untuk bekerja sendiri daripada

makan gaji.

II Ikan-ikan keli yang dipelihara di dalam kolam itu dijual kepada pembeli kerana

sudah muda.

III Buah betik yang masih muda itu amat sedap dibuat sayur rebus.

IV Kamarudin berasa muda kerana dapat makan sayur-sayuran dari kebun sendiri
pada setiap hari.

A I dan III

B II dan III

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 7 011

C III dan IV

D I dan IV

13 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Lelaki itu ______________kerana jasanya dihargai oleh penduduk kampung.

A ikat perut

B buruk siku

C besar hati

D gelap mata

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Prestasi murid dalam pelajaran akan meningkat dengan adanya sokongan dan

dorongan daripada ibu bapa.

A Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa akan meningkatkan pencapaian

murid dalam pelajaran.

B Pencapaian murid dalam pelajaran akan meningkatkan sokongan dan dorongan

ibu bapa.

C Ibu bapa perlu meningkatkan sokongan dan dorongan demi pencapaian

pelajaran murid.

D Murid akan meningkatkan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa demi

pencapaian pelajaran mereka.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 8 011

15 A Bengkel Teknik Menjawab Soalan di sekolah amat baik kerana dapat

meningkatkan kecemerlangan akademik murid.

B Abang Fadhil berasa gembira bila mendapat tawaran untuk menyertai Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM).

C Penggunaan bas mesra alam dapat menjimatkan kos sambil menyelamatkan

alam sekitar.

D Aiman membersihkan longkang tatkala Imran mengumpulkan sampah sarap.

16 A Terdapat berbagai menu moden untuk jualan pada Hari Kantin nanti.

B Semua kotak ini adalah untuk mangsa banjir di Kota Belud.

C Tiap atlet yang berjaya akan mendapat ganjaran yang lumayan.

D Para tetamu-tetamu yang datang ke rumah harus dilayan dengan mesra.

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 9 011

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Perubahan demi perubahan ke arah kemakmuran rakyat dapat dilihat sejak negara
kita merdeka. Malaysia yang sedang berkembang maju sememangnya menjadi kebanggaan
kita sebagai warganegaranya. Hal ini dikatakan demikian kerana inilah negara tanah
tumpah darah kita. Di sinilah kita dilahirkan dan dibesarkan juga belajar dan bekerja
sebagai penyumbang kepada kemajuan negara.

Rakyat Malaysia pula terdiri daripada pelbagai kaum. Gabungan kaum ini
menjadikan Malaysia sebagai negara yang unik dan istimewa di mata dunia. Dengan
kepelbagaian bangsa,agama,budaya dan adat resam, kita dapat tinggal bersama-sama tanpa
sengketa. Buktinya, tiada negara lain di dunia mempunyai rakyat berbilang kaum yang
dapat hidup dengan harmoni seperti di Malaysia.

Negara yang aman damai dan merdeka sememangnya menjadi kebanggan


rakyat.Tambahan pula,rakyat bebas membuat pilihan untuk mencorakkan keperluan dan
kepentingan dalam kehidupan mereka.Para pemimpin yang berpengalaman pula
memerintah negara dengan acuan sendiri. Semua kejayaan ini tidak mungkin tercapai andai
pemimpin dan rakyat tidak sekata.

Selain itu, alam semula jadi yang indah juga menjadikan kita sebagai rakyat yang
bangga akan tanah air sendiri. Selain dapat menjadi destinasi pelancongan yang popular di
peringkat dunia, tanahnya yang subur dan kaya dengan pelbagai bahan mineral dapat
menjadi sumber pendapatan yang menjamin keteguhan ekonomi negara. Oleh hal yang
demikian, rasionalnya kita sebagai rakyat harus berbangga dengan semua keistimewaan
dan keunikan yang dimiliki oleh negara kita yang tercinta.

17 Malaysia menjadi negara tanah tumpah darah kerana

A rakyatnya tinggal di sini sejak sebelum merdeka.

B kehidupan rakyatnya sentiasa penuh dengan kemakmuran.

C sejak lahir rakyatnya membesar,belajar dan dapat bekerja di sini.

D semua rakyatnya telah menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 10 011

18 Mengapakah Malaysia dianggap negara yang unik dan istimewa di mata dunia?

A Negara ini dibentuk oleh bangsa-bangsa yang berlainan.

B Rakyatnya yang berbeza kaum dan agama hidup dengan sejahtera.

C Rakyatnya sering menghormati budaya dan adat resam di negara lain.

D Negara ini mempunyai rakyat yang kuat berpegang pada ajaran agama.

19 Pelbagai sumber alam dapat dijadikan penyumbang kepada pendapatan negara,

kecuali

A bumi yang indah.

B tanah yang subur.

C bahan mineral yang banyak.

D industri pelancongan yang maju.

20 Rangkai kata memerintah negara dalam petikan bermaksud

A mengendalikan kerajaan

B menguruskan daerah

C mentadbir wilayah

D menguasai jajahan

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 11 011

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

UJIAN SUMATIF UPSR 2018


BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN
011
Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Untuk Kegunaan Pemeriksa
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak Kod Pemeriksa:
yang disediakan.
No. Soalan Markah
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang yang 21
disediakan dalam kertas soalan ini.
22
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan
pada akhir peperiksaan. 23

24

25

Jumlah 30

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 6 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 12 011

Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog di bawah
ini.

sedang bagaimana belum Mengapakah


sudah apa Di manakah masih

Ramli: Selamat pagi, adik


siapa akan baru
Adip: Selamat pagi, abang

Ramli: Adik apa khabar?

Adip: Khabar baik, abang. Abang Sihat? Cuaca di sana __________________ pula?

Ramli: Abang sihat. Cuaca di sini agak mendung. ____________________ ayah dan ibu?
Boleh adik tolong panggilkan mereka?

Adip: Ayah dan ibu berada di dapur.

Ramli: Oh, mereka _______________________ bersarapan rupa-rupanya!

Adip: Mereka ________________________ bersarapan tadi. Selepas bersarapan,


mereka berbual-bual di dapur. Kebetulan Pak Ngah ada menjenguk mereka
sebelum beliau ke kebun.

Ramli: sebenarnya abang ______________ pulang ke tanah air pada bulan puasa ini.
Sudah dua kali abang berpuasa dan beraya di sini. Jadi, dapatlah kita beraya
bersama-sama nanti.

Adip: Wah, seronoknya! Bilakah tarikh kepulangan abang?

Ramli: Abang akan menghubungi kalian lagi setelah abang membeli tiket nanti.

Adip: Baguslah, begitu! Sekejap ya, adik panggilkan ayah dan ibu.

[5 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 13 011

Soalan 22

(a) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) sayur-sayuran hendaklah ______________ dengan tercemar

(ii) kita diingatkan supaya tidak makan makanan


Yang sudah ______________________ dijangkiti

(iii) Makanan di atas meja itu ditutup oleh Siti supaya


dicuci
Tidak ____________ lalat.

(iv) Amalan mencuci tangan penting untuk


dihinggapi
mengelakkan kita daripada ___________
penyakit.

[3 markah]

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif

Ayat Pasif: Nasi lemak yang sedap itu dimasak oleh ibu.

Ayat Aktif: ___________________________________________________________

____________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 14 011

(c) Pilih ayat majmuk yang betul dengan menandakan ( √ ) berdasarkan ayat-ayat tunggal
di bawah ini.

Ayat Tunggal: Perempuan itu berbaju merah.

Perempuan itu kakak saya.

i. Perempuan itu berbaju merah dan kakak saya. ( )

ii. Perempuan yang berbaju merah itu kakak saya. ( )

iii. Perempuan itu berbaju merah kerana kakak saya. ( )

[2 markah]

Soalan 23

(a) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


____________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Apabila kita mahukan sesuatu, kita akan mencuba sedaya upaya kita. Jika kita enggan,
kita akan memberikan banyak alasan.

Apakah peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas?

_____________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 15 011

Soalan 24

Baca dan fahami maklumat. Jawab soalan-soalan berikutnya.

(a) Pemain perlu memakai pad kaki untuk _____________________________________

[1 markah]

(b) Mengapakah pemain perlu minum air?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah taklimat perlu diadakan sebelum pemainan
futsal dimulakan?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 16 011

Soalan 25

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Sayup-sayup kedengaran kokokan ayam. Dengan waja yang ceria, Izuni bingkas daripada
tidurnya. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, dia menuju ke dapur. Dia lantas
mendapatkan ibunya yang tersayang. “ibu, apakah sarapan kita hari ini?” tanya Izuni
sambil mencium pipi ibunya. Izuni menarik kerusi kayu jati di ruang tamu rumanya.
Dengan sopannya, Izuni duduk di sisi ibunya.

“Ibu menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak tunggal ibu. Inilah kek pisang yang
kamu suka” jawab ibu Izuni. “Wah, sedapnya kek pisang hasil air tangan ibu!” ujar Izuni.
“pisang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat itu akan merangsang paras
glukos dan mikronutrien di dalam otak kamu. Pisang dapat menjadikan otak kamu
bergeliga dan bijak seperti pendeta. Pisang juga memberikan kesan yang positif kepada
otak agar kita lebih fokus dan peka terhadap pelajaran,” jelas ibu Izuni, seorang pakar
pemakanan. “Sedapnya susu ini,”kata Izuni selepas menghirup susu yang suam-suam kuku.

“Susu mengandungi kalsium, magnesium dan potasium. Susu juga dapat meningkatkan
memori dan fungsi kognitif kamu. Itulah sebabnya ibu menghidangkan susu kepada kamu,”
jelas ibu Izuni. “Inilah rahsia kamu selalu cemerlang dalam peperiksaan, iaitu sentiasa
bersarapan,” ujar ibu Izani sambil tersenyum lebar. “Terima kasih ibu kerana mengambil
berat tentang pemakanan saya,” balas ibu Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

(a) Perkataan berkhasiat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_____________________________________________________________________

[1 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 17 011

(b) Apakah sarapan yang disediakan oleh ibu Izuni?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Nyatakan khasiat dan kelebihan buah pisang?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[2 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengambil sarapan setiap hari?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT
SULIT 18 011

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A (KERTAS 1 )

1 D
2 C
3 A
4 B
5 A
6 C
7 B
8 D
9 A
10 D
11 C
12 A
13 C
14 A
15 A
16 B
17 C
18 B
19 D
20 A

[Lihat halaman sebelah


011 @ 2018 Hak Cipta PPD Kota Kinabalu. SULIT

You might also like