You are on page 1of 2

BICARA TUNTAS

 Tajuk bicara tuntas


EjaSpell
 Pengenalan / Objektif
EjaSpell merupakan permainan bahasa atas talian dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk membantu murid mengingat dan
menghafal ejaan atau spelling yang diberikan oleh guru. Pelbagai
bentuk permainan dihasilkan seperti permainan silang kata, cari
perkataan dan kuiz. Murid boleh mengakses EjaSpell melalui URL,
Facebook atau QR Code dengan bimbingan ibu bapa di rumah.
 Keunikan Idea Inovasi
 bercorak permainan untuk menarik minat murid
 melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pembelajaran murid yang menyokong PAK21
 melibatkan penggunaan deria (visual dan audio)
 boleh dimainkan secara berulang-ulang
 tidak melibatkan kos yang banyak
 Data / Bukti

Ujian Pra Ujian Pos


Murid X hanya dapat menjawab betul Murid X dapat menjawab betul empat
satu daripada lima sebelum daripada lima selepas menggunakan
menggunakan EjaSpell. EjaSpell.

Murid Y hanya dapat menjawab betul Murid Y dapat menjawab betul tiga
dua daripada lima sebelum daripada lima selepas menggunakan
menggunakan EjaSpell. EjaSpell.
 Keberkesanan kos dan kebolehpasaran

Perkara Kos
1. Kuota Internet (Mobile Data) RM 7 (3 GB)
Jumlah Kos RM 7
 tidak melibatkan kos yang banyak
 boleh digunakan secara berulang-ulang
 mesra pengguna
 seronok
 boleh diubah

 Pemindahan ilmu dan kemahiran


 EjaSpell yang mengandungi permainan dalam talian
membolehkan murid menguasai perbendaharaan kata dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 Kemahiran menggunakan TMK juga dapat diterapkan kepada
murid-murid melalui EjaSpell.
 Melalui EjaSpell, kemahiran motor halus murid turut
berkembang kerana melibatkan penggunaan alatan
komputer atau gajet-gajet.
 Kesimpulan
EjaSpell dipercayai dapat meningkatkan ingatan murid dan membantu
pembelajaran murid dari segi penguasaan kosa kata. Sekiranya murid-
murid dapat menguasai perbendaharaan kata yang banyak, maka
pembelajaran dan bahasa mereka turut akan ditingkatkan secara tidak
langsung.

You might also like