You are on page 1of 7

Pipa

Pengenalan
• Pipa ialah alat bertali yang mempunyai 4 tali logam. Badan diperbuat
daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu
dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jari.
Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
• Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan juga
sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
• Pipa dipegang untuk berdiri atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan
hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada
tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-
tali dipetik.
Kompang

Pengenalan
 Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada
kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat
dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.Pada kebiasaannya,
seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan
bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang,
bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan.
Fungsi
 Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan
upacara-upacara tradisi lain.

Cara bermain
 Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.
Pengenalan
 Sitar merupakan sejenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan.
Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Sitar
merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon. Alat muzik ini
menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang
resonansi menggunakan labu air (sejenis buah-buahan yang
dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi
yang unik.

Fungsi
 Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik
klasik Hindustan sejak Zaman Pertengahan.

Cara bermain
• Pipa dipegang untuk berdiri atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan
hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada
tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-
tali dipetik.
Canang

Pengenalan
 Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang
berukuran kecil. Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan
Canang Ibu dan Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai
tombol yang kecil serta dinding yang rendah.
Fungsi
 Dimainkan dalam persembahan yang berhubungan dengan teater
tradisional, ia disertakan secara berpasangan iaitu canang 'ibu' dan
'anak'.Canang juga mengiringi tarian istana seperti Tarian Asyik,
mengikut amalan semasa, canang digunakan sebanyak empat biji
dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang
tepat (definite pitch).

Cara bermain
 Canang akan dipalukan mengikut nada seperti C,D,E dan G mengikut
skala Major
Er-Hu

Pengenalan

 Er-Hu alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang
dan besar.

Fungsi

 Er-Hu digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga


digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina

Cara bermain
 Erhu digesek dengan busur yang terbuat dari buluh dan rambut ekor
kuda, ekor kuda itu ditempatkan di antara kedua senar sehingga
mengeluarkan bunyi.
Rebana
Pengenalan
 Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi
mengiringi lagu-lagu budaya. Berbentuk pasu.

Fungsi

 digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari


amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis
perkahwinan .

Cara bermain
 Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan.
Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari
bahagian tepi alat berkenaan.
Dholak

Pengenalan
 Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara
(Hindustan). Permukaan dibuat daripada kulit haiwan.

Fungsi
 Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-
lagu filem and sebagainya.

Cara bermain
 Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh
pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil
pukulan tangan

You might also like