You are on page 1of 3

MASA (minit) :

MODUL TEMA : Haiwan


TUNJANG UTAMA TEKNOLOGI : Haiwan
Fokus Hidupan : Menyiasat Alam
Standard Kandungan : Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis
makanan, kitaran hidup haiwan yang dijumpai.
Standard Pembelajaran : 1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai
2) Mengecam bunyi haiwan yang biasa djumpai
3) Memerhati dan meniru pergerakan haiwan

Kesepaduan sambil bergerak : 1) Menyanyi


2) Mewarna dalam ruang tertentu
3) Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid

OBJEKTIF :
1) Meniru dan membunyikan bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru serta melakukan
pergerakan haiwan tersebut
2) 18/25 orang kanak-kanak dapat menamakan haiwan dengan tepat
3) 22/25 orang kanak-kanak dapat mewarna gambar haiwan yang diberikan dengan
warna yang sesuai

BAHAN : video, kad huruf, kad gambar, kertas edaran


SET INDUKSI ( 5 MINIT )

1. Guru memperdengarkan pelbagai bunyi haiwan seperti kucing, katak, burung dan
sebagainya
2. Kanak-kanak menceritakan pengalaman dan pengetahuan mereka berkaitan
haiwan

BAHAN : Video

LANGKAH 1 ( 15 MINIT )
1. Guru memperlihatkan gambar-gambar haiwan dan memperdengarkan semula
bunyi haiwan tersebut
2. Kanak-kanak menamakan haiwan tersebut dengan bimbingan guru
3. Guru memperlihatkan semula gambar haiwan dan kanak-kanak menghasilkan
bunyi tersebut
4. Guru memperkenalkan huruf pertama haiwan tersebut
CONTOH : K=kucing/kuda, I=itik/ikan
BAHAN : Video, kad gambar haiwan, kad huruf

LANGKAH 2 ( 15 MINIT )
1. Guru menyebut huruf dan kanak-kanak menyebut nama haiwan yang mempunyai
huruf permulaan seperti yang disebut oleh guru
2. Guru memperlihatkan gerakan haiwan-haiwan tersebut
3. Kanak-kanak meniru pergerakan haiwan yang ditunjukkan
4. Secara berkumpulan, kanak-kanak melakukan pergerakan haiwan berpandukan
bunyi haiwan yang diperdengarkan oleh guru

BAHAN : Kad huruf


LANGKAH 3 ( 10 MINIT )
1. Guru memainkan lagu “kami bunyi”
2. Guru membimbing kanak-kanak menyanyi lagu tersebut
3. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama-sama sambal melakukan pergerakan
haiwan

BAHAN : Video

LANGKAH 4 ( 10 MINIT )
1. Guru menunjukkan pelbagai gmabar haiwan dan kanak-kanak menamakan haiwan
yang ditunjukkan
2. Guru mempamerkan pelbagai gambar haiwan dan menerangkan tentang warna
haiwan tersebut
3. Kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan dengan warna yang tepat berdasarkan
gambar yang ditunjukkan

BAHAN : Kad gambar, kertas edaran, warna

PENUTUP ( 5 MINIT )
1. Guru bersoaljawab tentang isi pelajaran yang telah dipelajari
2. Guru mempamerkan hasil kerja kanak-kanak yang cantik dan kemas

You might also like