You are on page 1of 7

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2
1.2 KEBAIKAN MENGAMALKAN PERMAKAN YANG SEIMBANG 2-3
1.2 AMALAN PERMAKNAN YANG SIHAT 3-5

1.3 PENUTUP 5

2.0 RUJUKAN 6-7

1
1.0 PERGENALAN

Mendefinasikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang
sihat, cergas serta bebas dari sebarang penyakit (Fazilah Seliman, 2012). Penulisan ini akan
membincangkan tentang gaya hidup sihat dari aspek pengambilan makanan seimbang. Hal
ini kerana, Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Menurut Berita harian
(2017), Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Oleh itu, perkara ini
menjadi kebimbangan masyarakat tempatan dan masyarakat mula mengamalkan gaya hidup
yang lebih sihat. Salah satu amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat ialah
mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat. Makanan seimbang ialah
pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan
seimbang ini.

1.1 KEBAIKAN MENGAMALKAN PERMAKAN YANG SEIMBANG

Pengamalan makanan yang seimbang dapat membantu pembesaran yang lebih


sepurna daripada aspek fizikal. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal,
kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Dalam perkara ini, tubuh badan seseorang
individu perlu menerima semua zat untuk membina tubuh badan yang lebih kuat daripada
keperluan fizikal seseorang tersebut. Setiap zat yang di ambil akan membekalkan tenaga
kepada seseorang individu. Kesannya, akan menjadikan seseorang individu itu menjalankan
tugasnya dengan baik dan sepuerna. Ini bermakna, permakanan yang seimbang dapat
mempengaruhi fizikal seseorang individu yang lebih baik berbanding dengan individu yang
kurang mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Selain itu, amalan ini juga
dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada tubuh badan. Pengambilan vitamin yang
cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal
mahupun dalaman (Izzah Ibrahim, 2014). Contoh penyakit yang mudah dijangkiti ialah,
selesema, demam batuk dan sebagainya. Jika seseorang individu itu mudah jatuh sakit, ianya
akan menganggu aktiviti harian dan emosi individu tersebu, di mana sesorang yang dijangkiti
kebiasaan akan lemah, murung dan tidak bermaya. Oleh itu, pengamalan makanan yang
seimbang akan membantu seseorang individu mempunyai kesihatan yang lebih baik.

Seterusnya, mengamalkan permakanan yang seimbang mampu mengawal kadar


obesiti. Menurut Intan (2010), obesiti adalah berat badan yang berlebihan yang disebabkan

2
tahap kolestrol yang tinggi terkumpul dalam badan seseorang sehingga menganggu
kesihatannya. Seseorang individu perlu mengamalkan pengambilan makanan pada kuantiti
yang diperlukan sahaja. Hal ini kerana, jika kurang individu tersebut akan murung dan tidak
bertenaga, manakala jika diambil pada kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan obesiti.
Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan
memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti harian. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.akhir sekali,
pengamalan permakanan yang seimbang mampu mengawal mental seseorang itu daridapa
terganggu. Menurut Has Nieda (2016), kekurangan zat makanan yang tertentu boleh
menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih. Kesannya
menyebabkan individu tersebut gagal berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapinya dengan lebih baik. oleh itu, permakanan yang seimbang penting untuk
membekalkan tenaga kepada otak untuk berkerja dengan lebih cergas.

Tambahan lagi, pengambilan makanan yang seimbang mampu mehang resiko untuk
mendapat penyakit yang membahaya. Sekiranya seseorang individu itu, tidak mengambil
makanan yang seimbang akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit yang
membahaya. Antaranya, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah punggang, kencing
manis dan sebagainya.

1.2 AMALAN PERMAKNAN YANG SIHAT

Untuk mengamalkan permakanan yang seimbang terdapat beberapa amalan yang


harus sipatuhu oleh seseorang individu. Antaranya, jangan menninggalkan makanan
karbohidrat (Nurafika, 2015). Hal ini berlaku kepada individu yang beranggapan bahawa
dengan mengambil karbohidrat akan menyebabkan dirinya menjadi gemok dan mempunyai
pelbagai penyakit dan akhirnya individu tersebut memilih untuk menolak nutrient tersebut
dengan kaedah diet yang mungkin akan memyebabkan berlakunya malnutrisi. Menurut Arthur
Sullivan (2003), mulnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrisi yang
tidak mencukupi di mana sesetengah zat kurang atau dalam nisbah yang salah. Selain itu,
menurut Nurafika (2015), seseorang individu harus bijak dalam merancang apa yang hendak
dimakan. Sebagai contoh, sekiranya mengambil makan malam yang berat seperti stik dan
kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu
makan yang lain. Ini bertujuan bagi mengelakkan kandungan kolestrol yang terkumpul oleh
badan akibat tidak diproses menjadi tenaga. Seseorang individu dinadihatkan mengambil
makanan berdasarkan keperluan tubuh badan dan beberapa aapek lain, antaranya jenis
pekerjaan, persekitran dan sebagainya. Ianya kerana, pekerja buruh binaan memerlukan lebih

3
banyak tenaga berbanding seorang guru, oleh itu seorang pekerja buruh binaan perlu
mengambil makanan pada kuatiti yang lebih tinggi.

Seterusnya, amalan berhenti sebelum kenyang harus diamalkan dalam kehidupan


seharian (Nurafika, 2015). Harus di fahamkan makan adalah bukan untuk keying semata-
mata, namun makan adalah untuk memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrient yang
membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Dalam Islam, terdapat hadits yang disandarkan
kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai ada seorang muslim dalam makan,
yaitu jangan berlebihan makan sampai kenyang yang membuat malas dan merosakkan
kesihatan (Dr. Raehanul Bahraen, 2015). Yang berbunyi,

“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan
sebelum kenyang“

Hal ini kerana, makan secara berlebihan akan membuatkan seseorang individu menjadi
malas, tidak cergas, menjadi ngatuk dan lemah untuk beribadah. Di samping itu, dengan
mengamalkan amalan ini, ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum
dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit
berkaitan usus dan perut.

Berikutnya, banyakkan minum air kerana air sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh
badan. Antara fungsinya, penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak
(Ahmad irshad, 2013). Tubuh kita dijangkan akan kehilangan air lebih kurang 11/2 hingga 21/2
liter sir dalam satu air melalui kencing , peluh, dan wap dari paru-paru. Individu yang sihat
digalakkan mengambil 6 hingga 8 gelas sehari untuk mengantikan air yang hilang dari tubuh
badannya. Selain itu, air juga boleh didapati buah-buahan dan sayur-sayuran dan makanan-
makanan lain.

Amalan ini juga perlu diikuti dengan pengurangan gula dalam permakanan. Kerana
kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan kandungan kalori tampa khasiat
dan serat. Menurut Ruziana (2017), kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Ini menyebabkan
tubuh badan akan mudah terdedah kepada penyakit yang berbahaya kerana kehilangan
vitamin dan galian dari tubuh yang diserap oleh gula. Tambahan lagi, mengamalkan
pengambilan gula yang tinggi juga akan mendedahkan diri kepada beberapa risiko, antaranya
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti
kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

4
Akhir sekali, kurangkan pengambilan garam dalam permakanan. Antara makanan yang
mempunyai kandungan garam yang tinggi, makanan segera, makanan dalam tin, daging yang
diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goring. Makan yang yang tersebut
harus dikurangkan pengambilannya, ini kerana Memakan terlalu banyak garam boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok.

1.3 PENUTUP

Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh
itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahan.

5
2.0 RUJUKAN

Fazilah Seliman (2012), Obesiti. Diakses pada 8 july 2018, dari laman sesawang. ;

https://intanpsikologi.wordpress.com/2010/05/29/definisi-obesitas/

Berita harian (2007), Tangani obesiti melalui pendidikan sains. Diakses pada 8 july 2018, dari
laman sesawang. ;

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/10/333658/tangani-obesiti-
melalui-pendidikan-sains

Woolfolk & Margetts : Educational Psychology ( Pearson: Prentice Hall, 2007)

Izzah Ibrahim ( 2014), Kelebihan vitamin dan mineral. Diakses pada 8 july 2018, dari laman
sesawang. ;

http://eh.com.my/artikel/gaya-hidup/kebaikan-vitamin-dan-mineral/

Has Nieda (2016),kesan kekurangan nutrisi menbahayakan kesihatan. . Diakses pada 8 july
2018, dari laman sesawang. ;

https://ohcantik.com/kesan-kekurangan-nutrisi-kepada-kesihatan/

Arthur Sullivan (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey
07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 481

Dr. Raehanul Bahraen (2015), Hadits Dhaif : makan sebelim lapar, berhenti sebelum kenyang.
Diakses pada 8 july 2018, dari laman sesawang. ;

https://muslim.or.id/22265-hadits-dhaif-makan-sebelum-lapar-berhenti-sebelum-
kenyang.html

Ahmad irshad 2013, Kepentingan air dalam tubuh kita. Diakses pada 8 july 2018, dari laman
sesawang. ;

http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2013/02/kepentingan-air-dalam-tubuh-badan-
kita.html

Nurafika (2015), 10 amalan permakan sihat yang akan megubah hidup anda. Diakses pada 8
july 2018, dari laman sesawang. ;

http://www.isn.gov.my/10-amalan-pemakanan-sihat-yang-akan-mengubah-hidup-anda/

6
Ahmad irshad (2013), Kepentingan air dalam tubuh badan kita. Diakses pada 8 july 2018,
dari laman sesawang. ;

http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2013/02/kepentingan-air-dalam-tubuh-
badan-kita.html

Ruziana (2017), tanda terlebih ambil gula dalam sehari. Diakses pada 8 july 2018, dari laman
sesawang. ;

https://www.maskulin.com.my/2017/12/14/12-tanda-pada-tubuh-akibat-terlebih-ambil-
gula-dalam-sehari-no-10-tu-pasti-buat-lelaki-gerun/

You might also like