You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berusaha PK Tadbir dan Kurikulum, Pn.
Khoo Liang Pin, PK Hal Ehwal Murid, Pn. Faizah bt Mohd Yasin, PK Kokurikulum,
En. Rashid bin Idris, Ketua-ketua Bidang dan semua guru yang dihormati sekelian.

Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita


dapat berhimpun pada hari ini untuk memeriahkan dan menjayakan Majlis
Pelancaran Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme peringkat
SMK Maxwell 2018.

Pelajar sekelian,

Bahasa merupakan alat komunikasi. Lebih daripada itu,bahasa juga meru


pakan sarana dalam membina tamadun suatu bangsa dan negara. Sebagai alat
komunikasi , pembinaan dan pembentukan sesebuah negara harus memfokus
kepada usaha memperkasa bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara
tersebut. Tanpa alat komunikasi yang berkesann, segala hasrat dan tindak-
tanduk sesebuah kerajaan akan mengalami kekangan malahan boleh mewujudkan
jurang komunikasi dan salah maklumat.

Di Malaysia, bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa


kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Perkara ini dinyatakan dengan
jelas dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan
1967.

Namun begitu kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat diketepikan


lantaran Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu
dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu
seterusnya memastikan memberi peluang kepada murid-murid di Malaysia untuk
bersaing di peringkat nasional mahupun global.
Pelajar sekelian,

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan Bahasa
Inggeris dihayati dan diterima oleh seluruh masyarakat di Malaysia dimulai
dengan penggunaan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan dasar PPSMI. Langkah
ini diperkukuhkan lagi usaha kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat bahasa
Melayu Memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) melalui beberapa langkah
antaranya Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris, melaksanakan Transformasi
Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Asas Berbahasa (Back to Basics) dan
melalui pelaksanaan aktiviti Didik Hibur – Modul Language Arts di sekolah.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius


dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-
murid serta komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’
dimana beberapa sekolah dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan
Bahasa Inggeris.

Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme) merupakan sebuah


program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui
pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah
(No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti
peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap
pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris. SMK Maxwell telah terpilih antara
66 buah sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sekolah
pelaksana program ini.
Program HIP ini adalah salah satu program di bawah dasar MBMMBI
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan utama program HIP ini adalah untuk :-

1. Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap


Bahasa Inggeris.
2. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar
kelas formal.
3. Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di
kalangan murid, guru serta komuniti sekolah.
4. Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

Program HIP ini adalah sebuah program berkonsepkan "Whole School' yang
melibatkan semua pihak iaiutu Pihak pentadbira sekolah, guru-guru, para pelajar
dan ibu bapa serta komuniti setempat. Diharapkan dengan adanya program ini
pelajar akan sedar tentang peri pentingnya untuk mahir dalam Bahasa Inggeris
dan akan mewujudkan suasana yang lebih berdaya saing di kalangan pelajar untuk
menguasai Bahasa Inggeris.

Oleh itu, dengan lafaz Bismilahirahmanirrahim, saya merasmikan Majlis


Pelancaran Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme SMK
Maxwell bagi tahun 2018.

You might also like