You are on page 1of 5

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.

Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel –kah hendaklah disertakan.

Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.

Kata Tanya

Penggunaannya

Ayat Contoh

1. apa

Untuk menanyakan benda atau haiwan

Apakah tajuk lagu itu?

2. siapa

Untuk menanyakan manusia

Siapakah lelaki yang tinggi itu?

3. bila

Untuk menanyakan masa

Bilakah kamu sampai?

4. berapa

Untuk menanyakan jumlah

Berapakah harga baju ini?

5. bagaimana

Untuk menanyakan cara atau keadaan

Bagaimanakah keadaan ibu kamu sekarang?

6. mengapa

Untuk menanyakan sebab

Mengapakah kamu menangis?

7. mana

Untuk menanyakan tempat

Di manakah kamu tinggal?

Latihan Kata Tanya

Plih jawapan yang betul.

1. __________ kah kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?


A. Mana C. Bila

B. Siapa D. Berapa

2. __________ kah harga sehelai baju batik ini?

A. Mana C. Bila

B. Siapa D. Berapa

3. __________ kah punca kemalangan itu?

A. Bila C. Mana

B. Apa D. Berapa

4. Di __________ kah letaknya perpustakaan awam?

A. Apa C. Mengapa

B. Siapa D. mana

5. __________ kah ibu kamu tidak datang ke rumah saya?

A. Mengapa C. Bila

B. Bagaimana D. Berapa

6. __________ kah yang tertinggal buku ini di atas meja?

A. Mana C. Bagaimana

B. Siapa D. Berapa

7. __________ kah kucing itu mengiau?

A. Apa C. Siapa

B. Mengapa D. Mana

8. __________ kah cara membuat kek coklat ini?

A. Apa C. Bila

B. Siapa D. Bagaimana

Kata Tanya

1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a) Apa
- menanyakan benda atau haiwan

-Contoh: Apakah pekerjaan ayah awak?

Apakah yang ada di dalam kotak itu?

b) Siapa

- menanyakan orang atau nama orang

- Contoh: Siapakah nama adik kamu?

Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?

c) Mangapa

- menanyakan sebab

- Contoh: Mengapakah kamu menangis?

Mengapakah Julia tidak keluar makan?

d) Berapa

- menanyakah bilangan jumlah atau harga


- Contoh: Berapakah harga baju itu?

Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?

e) Bila

- menanyakan masa dan waktu

- Contoh: Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

Bilakah dia akan sampai?

f) Di mana

- menanyakan tempat

- Contoh: Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

Di manakah kemalangan itu berlaku?

g) Bagaimana

- menanyakan sebab

- Contoh: Bagaimanakah keadaan ibu kamu?


Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

You might also like