You are on page 1of 13

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH

SK. SUNGAI-SUNGAI,
PETIS URAT 27,
90107, BELURAN

VISI SEKOLAH
Menjadi sekolah yang cemerlang dan gemilang di peringkat Zon Sugut menjelang tahun 2014.

MISI SEKOLAH
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM.

PERKARA 1: PERATURAN PERSEKOLAHAN

1.1 Sesi Persekolahan

HARI TAHAP 1 TAHAP 2


ISNIN – SELASA 7.20-12.40 7.20 – 1.10
TENGAHARI PETANG
RABU- KHAMIS 7.20-12.40 TENGAHARI
JUMAAT 7.20 – 11.40 PAGI

1.1.1 Semua pelajar digalakkan berada di sekolah 10 minit sebelum loceng permulaan sesi berbunyi.
1.1.2 Semua pelajar mesti berhimpun mengikut kelas apabila loceng pertama dibunyikan.
1.1.3 Hanya pelajar bertugas sahaja yang dibenarkan masuk ke kelas sebelum 7.25 pagi.
1.1.4 Setiap pelajar mesti bergerak ke kelas dalam barisan kelas secara tertib dan teratur.
1.1.5 Para pelajar dilarang keluar kelas atau pun sekolah tanpa izin guru ketika sesi pembelajaran berlangsung.
1.1.6 Semua pelajar diizinkan pulang setelah loceng tamat sesi persekolahan dibunyikan.

1.2 Sesi Rehat

HARI TAHAP 1 TAHAP 2


ISNIN – JUMAAT 10.20 – 10.40 PAGI 10.20 – 10.40 PAGI

1.2.1 Semua pelajar mesti mematuhi tatatertib di Kantin(rujuk Perkara 16)

1.3 Keluar dari Kawasan Sekolah

1.3.1 Pelajar-pelajar yang sudah datang ke sekolah awal tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
1.3.2 Para pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah seorang atau dengan orang luar sebelum waktu balik kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan
atau guru bertugas mingguan.
1.3.3 Para pelajar hanya akan dibenarkan balik awal jika menerima surat rasmi daripada ibu bapa/penjaga atau ibu bapa/penjaga datang sendiri membawanya ke sekolah.
Demi keselamatan pelajar, ibu bapa akan berhubung dengan pejabat sekolah sebelum anak/jagaannya dibenarkan balik. Borang Kebenaran Keluar Kawasan Sekolah perlu diisi
dan diserahkan kepada guru bertugas/pejabat bagi mengelakkan gejala ponteng sekolah.
PERKARA 2 : KEDATANGAN

2.1 Semua pelajar wajib hadir dan menepati masa bagi :


2.1.1 Setiap hari persekolahan,
2.1.2 Aktiviti ko-kurikulum,
2.1.3 Upacara-upacara rasmi sekolah,
2.1.4 Kelas bimbingan/tambahan,tiusyen atau solat berjemaah yang dimaklumkan.
2.2 Kehadiran pelajar akan diambil oleh guru kelas sewaktu perhimpunan awal 7.20 pagi di dataran sekolah atau pun di dalam kelas masing-masing. Kehadiran pelajar akan
dicatat terus dalam Jadual Kedatangan Kelas.
2.3 Pelajar yang lewat melepasi 7.20 pagi perlu mendapatkan slip datang lewat di pejabat dan mesti menyerahkan slip tersebut kepada guru kelas. Sekiranya gagal, pelajar
tersebut dianggap tidak hadir.

2.3 Ketidakhadiran
Ketidakhadiran pelajar perlu dimaklumkan oleh ibu/bapa/penjaga kepada guru kelas sambil menyertakan surat akuan doktor atau surat kebenaran bertulis ibu/ bapa/ penjaga.
Pelajar dianggap ponteng sekolah jika gagal berbuat demikian. Guru Kelas akan menghubungi/memaklumkan secara bertulis kepada ibu/ bapa/ penjaga sekiranya pelajar tidak
hadir. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan berikut akan diambil:

2.3.1 Amaran Pertama jika tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari
berselang-seli.
2.3.2 Amaran kedua jika tidak hadir 7 hari berikutnya secara berturut-
turut
atau 10 hari berselang-seli selepas Amaran pertama.
2.3.3 Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua atau 20 hari
berselangseli
selepas Amaran Kedua.
2.3.4 Tindakan Buang Sekolah dan nama pelajar akan dipotong
daripada
pendaftaran jika tiada jawapan 14 hari selepas Amaran Terakhir
atau 20
hari berselang-seli selepas Amaran Terakhir.

2.3.1 Tindakan disiplin akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang ponteng sekolah atau ponteng kelas.Ponteng sekolah bermaksud tidak datang ke sekolah atau meninggalkan
kelas atau kawasan sekolah sebelum cukup 2 jam berada di dalam kelas tanpa:
- surat akuan doktor
- surat sah daripada ibu/bapa/penjaga
- kebenaran pihak sekolah
2.3.2 Ponteng kelas bermaksud keluar dari kelas tanpa Pas Kebenaran Keluar atau tanpa kebenaran guru mata pelajaran(tidak kira sama ada pembelajaran berlangsung di kelas
atau tidak), atau keluar kelas lebih daripada seorang tanpa izin(satu pas kebenaran keluar hanya untuk seorang pelajar sahaja).

PERKARA 3 : PEMBELAJARAN

3.1 Para pelajar mestilah menunjukkan sikap dan usaha yang positif dalam pelajaran mereka. Tugasan-tugasan atau latihan-latihan mesti dibuat dengan sempurna dan kemaskini
sebelum diserahkan kepada guru mata pelajaran.
3.2 Para pelajar mestilah mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan berdisiplin pada setiap masa yang ditentukan.
3.3 Para pelajar mestilah menyerahkan kad kemajuan mereka kepada ibu/bapa/penjaga untuk ditandatangani dan dipulangkan kepada guru kelas masing-masing pada masa
yang ditetapkan.

PERKARA 4 : SIKAP DAN SAHSIAH DIRI

4.1 Para pelajar mesti menunjukkan sikap yang baik dan wajar sebagai seorang pelajar.
4.2 Para pelajar mesti menghormati guru-guru,pengawas-pengawas,pekerja-pekerja sekolah serta rakan-rakan yang lain.
4.3 Para pelajar mestilah menjaga harta benda sekolah dan juga harta orang lain dengan baik dan tidak menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
4.4 Para pelajar mesti menanamkan sikap sayangkan sekolah dengan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
4.5 Para pelajar mesti memupuk sikap toleransi dan bercampur gaul dengan baik. Amalkan hidup bersatu padu dan harmonis. Sebarang pergaduhan sesama sendiri di dalam
atau di luar sekolah adalah satu kesalahan berat yang akan diambil tindakan keras.
4.6 Para pelajar mesti menanamkan sikap sayangkan agama, bangsa, sekolah dannegara Malaysia yang tercinta.
4.7 Para pelajar mesti bersopan-santun dan bertatatertib dalam percakapan dantingkah laku mereka.

PERKARA 5 : RAWATAN KESIHATAN

5.1 Para pelajar yang sakit dan memerlukan rawatan doktor perlu mendapatkan surat rawatan daripada staf pejabat/guru bertugas semasa/waktu rehat sebelum pergi ke
hospital.
5.2 Para pelajar perlu menjaga kesihatan diri sendiri kerana otak yang sihat datang daripada badan yang cergas.

PERKARA 6 : PEPERIKSAAN

6.1 Para pelajar mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.


6.2 Para pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal daripada waktu persekolahan kecuali menerima arahan Guru
Besar.
6.3 Segala masalah berhubung dengan peperiksaan mesti dirujuk kepada Penolong Kanan , Penyelia Petang,Setiausaha Akademik dan Guru Tingkatan.

PERKARA 7: PERTUKARAN SEKOLAH

7.1 Sebarang pertukaran hanya atas permintaan atau kebenaran ibu/bapa/penjaga dengan kelulusan Guru Besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD).
7.2 Sekiranya pelajar dari kelas peperiksaan(UPSR) ibu/bapa/penjaga hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 8 : YURAN

Yuran khas/Yuran Ko-kurikulum mestilah dijelaskan oleh setiap pelajar dalam jangka masa yang ditetapkan. Yuran PIBG hanya dibayar oleh seorang pelajar bagi satu keluarga.

PERKARA 9 : SIJIL BERHENTI


Sijil ini diberikan kepada pelajar yang menamatkan sesi persekolahan sehingga tingkatan 3,5 atau 6 sahaja.

PERKARA 10: SIJIL AKUAN

10.1 Sijil ini diberikan hanya kepada pelajar yang memiliki rekod disiplin yang bersih dan baik.
10.2 Pelajar yang tidak hadir 30 hari tanpa alasan munasabah TIDAK LAYAK menerima sijil ini.

PERKARA 11 : SIJIL PENGHARGAAN

Sijil ini diberi kepada pelajar yang menyumbang bakti kepada sekolah dalam bidang kurikulum atau ko-kurikulum dengan cemerlang dan mengharumkan nam sekolah.

PERKARA 12 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


(Surat Pekeliling Iktisas 3/1983)

12.1 Pelajar Lelaki


12.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek atau panjang.
12.1.2 Para pelajar wajib memakai seluar panjang berwarna biru gelap.
12.1.3 Tidak boleh memakai T-Shrit semasa wakti pembelajaran di dalam bilik darjah.
12.1.8 Pastikan baju sentiasa kemas dan dimasukkan ke dalam seluar(tug in) selagi berada di dalam kawasan sekolah.

12.2 Pelajar Perempuan


- Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru gelap yang kosong tanpa corak atau jalur.
- Baju mesti berbutang atau berkancing sepanjang masa.
- Lengan baju tidak boleh dilipatkan.
- Pelajar Islam boleh memakai tudung/mini telekung berwarna putih.
- Anak telekung/tudung juga berwarna putih atau hitam.
- Pinafora berwarna biru gelap dan baju putih berlengan pendek yang kosong tanpa corak atau jalur.
- Panjang(labuh) pinafora mestilah melepasi paras lutut.

12.3 Kasut(Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1985)


12.3.1 Kasut ‘kanvas’ berwarna putih tanpa jalur atau corak. Kasut daripada bahan sintetik lain seperti nylon, poliyester yang memliki daya resap dan penyaluran gerak udara
dibenarkan.

12.4 Stoking
12.4.1 Stoking mesti berwarna putih tanpa jalur atau sebarang fesyen.
12.4.2 Panjang stoking tidak kurang daripada 10sm dan tidak melebihi 25 sm.

12.5 Lencana Sekolah dan Lencana Sesi


12.5.1Wajib dipakai pada setiap hari persekolahan.
12.5.2 Mesti digosok dengan kemas pada saku baju/poket atau di bahagian kiri atas mini telekung/baju kurung/ pinafora.

12.6 Tanda Nama


12.6.1 Tanda nama wajib dipakai setiap hari persekolahan.
12.6.2 Mestilah dijahit dengan kemas di bahagian atas saku baju kiri(lelaki); di bahagian atas lencana bagi baju kurung/mini telekung/pinafora(perempuan).

12.7 Beg
12.7.1 Beg mestilah bersih bersesuaian dengan budaya pelajar sekolah tanpa contengan atau hiasan yang keterlaluan.
12.7.2 Pelajar dilarang menggunakan ‘pouch’ di sekolah.

12.8 Pakaian Pengawas Sekolah

12.8.1 Pengawas Lelaki


- Baju kemeja berlengan pendek atau panjang berwarna putih.
- Seluar panjang berwarna biru gelap.
- Kasut kulit/kanvas berwarna hitam.

12.8.2 Pengawas Perempuan


- Baju pinafore bersama dengan kemeja lengan pendek atau panjang berwarna putih.
- Kain berwarna biru gelap
- Tudung berwarna Putih
- Kasut kulit/kanvas berwarna hitam.

12.8.3 Para pengawas sekolah wajib memakai “ VEST” berwarna “Maroon”, Tali Leher pengawas, Seluar dan kain Biru Gelap,berkasut hitam,memakai tanda nama pada setiap
upacara rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

12.9 Pakaian Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

12.9.1 Setiap murid yang dilantik menjadi ketua kelas wajib memakai “ VEST “ berwarna biru tua yang mempunyai tanda nama ketua bagi kelas masing-masing.
12.9.2 Penolong Ketua Kelas akan memakai “ VEST” berwarna biru muda bagi mewakili kelas masing-masing.

12..10 Pakaian Pendidikan Jasmani


12.10.1Wajib memakai kemeja T sekolah/kemeja T rumah sukan/ kemeja T putih berkolar tanpa sebarang lukisan atau tulisan.
12.10.2 Mestilah memakai ‘Trek-Bottom’ berwarna hitam atau biru gelap.
12.10.3 Pelajar yang gagal mematuhi peraturan ini akan didenda melakukan kerja amal sehingga tamat waktu pembelajaran.
12.10.4 Selepas tamat PJK,pelajar mesti memakai uniform sekolah semula.

12.11 Rambut(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976)

12.11.1 Pelajar Lelaki


a) Dilarang mengeriting rambut,mewarnakan rambut atau menggunakan jel.
b) Rambut mestilah kemas dan pendek:-
- Depan : Tidak menutup garisan tengah dahi.
- Belakang : Tidak melepasi bawah cuping dua telinga.
- Sebelah : Tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melepasi garis tengah hidung.
- Atas : Tidak melebihi 15 sm/6 inci panjang.
c) Pelajar dilarang menyimpan misai,jambang dan janggut. Ini tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh dan tidak perlu dicukur.
d) Pelajar dilarang memotong rambut mengikut fesyen atau ‘trend’ semasa seperti ‘skincut’,punk,ekor,mohican dan sebagainya.
e) Pelajar dilarang membotakkan kepala kecuali atas sebab-sebab kesihatan atau kes tertentu. Pelajar yang membotakkan kepala diwajibkan memakai songkok hitam sehingga
rambut tumbuh menutupi kepala.

12.11.2 Pelajar Perempuan


a) Dilarang mewarnakan rambut atau menggunakan jel.
b) Pelajar yang berambut panjang mestilah diikat kemas sama ada ditocang atau ekor kuda(pony tail).
c) Pastikan rambut bersih, kemas dan bersisir rapi. Pelajar perempuan yang berambut pendek mestilah memastikan rambut tidak mencecah bahu.
d) Dilarang memotong rambut mengikut fesyen atau ‘trend’ semasa yang keterlaluan.

PERKARA 13 : TATATERTIB PERHIMPUNAN

13.1 Perhimpunan Harian


Diadakan pada awal Sesi Pagi di hadapan kelas masing-masing.
13.2 Perhimpunan Rasmi/Mingguan
13.2.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada Hari Isnin setiap minggu.
13.2.2 Sesi Pagi – perhimpunan diadakan pada pukul 7.20 pagi setiap hari Isnin di dataran kelas tahun 3 dan tahun 4.
13.2.3 Segala perubahan atau pindaan tertakluk kepada pihak pentadbir sekolah.
13.3 Para pelajar wajib menghadiri setiap perhimpunan rasmi di sekolah bertepatan dengan waktu.
13.4 Adab ketika perhimpunan rasmi:-
a) Berbaris lurus mengikut kelas masing-masing dan sentiasa bersedia. Lelaki di hadapan manakala perempuan di baris belakang.
b) Senyap dan memberi perhatian terhadap setiap acara perhimpunan.
c) Bacaan Doa.
Pelajar Islam wajib menadah tangan dan mengaminkan doa. Pelajar Bukan Islam sekadar bertafakur atau membaca doa mengikut agama masing-masing dengan senyap.
d) Lafaz Ikrar.
Para pelajar akan melafazkan ikrar pelajar dipimpin oleh Ketua Pengawas/Pengawas dengan penuh semangat. Ketika ini pelajar dalam keadaanbersedia(berdiri tegak, sambil
memandang ke hadapan, tangan kiri disisi,tangan kanan diangkat bersebelahan dengan telinga kanan. Telapaktangan kanan( menghala ke hadapan.)
e) Nyanyian Lagu Rasmi
Pelajar akan menyanyikan lagu rasmi dengan penuh semangat. Berdiri tegak dan kedua-dua tangan di sisi serta kepala tegak memandang ke hadapan.
- Lagu Negaraku
- Lagu Sekolah
- Lagu Sabah Tanah Air Ku
f) Laporan/ucapan/ pengumuman/makluman oleh Guru Bertugas Mingguan/ Guru Disiplin/Kaunselor/Guru persatuan
g) Ucapan Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokum dan ucapan Guru Besar.
h) Pelajar-pelajar bergerak ke kelas mengikut barisan dalam keadaan yang
tersusun dan tenteram

13.5 Bagi setiap perhimpunan rasmi,diurus dan dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan dengan bantuan pengawas sekolah.

PERKARA 14 : TATATERTIB DI DALAM KELAS

14.1 Adab ketika di dalam kelas.


a) Pelajar mesti sentiasa dalam keadaan senyap dan tenang serta bersedia untuk belajar.
b) Lakukanlah sesuatu yang berfaedah ketika menanti kedatangan guru mata pelajaran.
c) Amalkanlah budaya bersopan-santun,jujur dan bertanggungjawab.
d) Hormatilah guru-guru dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan bila-bila masa.
e) Berdiri dengan penuh hormat ketika memberi ucap selamat kepada guru-guru yang masuk ke kelas dan duduk dengan tenang.
f) Elakkan daripada berbual kosong atau berbuat bising sehingga mengganggu kelas lain.
g) Patuhi arahan ketua kelas/penolong ketua kelas/pengawas
h) Buatlah kerja/latihan yang diberi oleh guru dan bertanyalah jika ada masalah. Angkat tangan untuk bertanya atau menyatakan pendapat.
i) Mestilah saling menghormati antara rakan-rakan sekelas dan juga kelas lain serta amalkan budaya bekerjasama dalam segala hal yang berfaedah.Muafakat itu berkat.
j) Elakkan daripada keluar kelas dan merayau-rayau tanpa arah. Hargailah masa dan ilmu yang diberi.
14.2 Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
14.2.1 Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan kewajipan utama bagi setiap kelas.
14.2.2 Jadual tugas perlu disediakan dan para pelajar mesti menjalankan tugas mengikut ketetapan.
14.2.3 Tanggungjawab pelajar memastikan kebersihan dan keceriaan kelas:-
a) Meja dan kerusi mesti disusun kemas dan rapi. Pastikan jumlah meja dan kerusi bersesuaian dengan jumlah pelajar.
b) Lantai mesti disapu setiap hari iaitu pada awal waktu persekolahan dan pada akhir waktu persekolahan. Pastikan kelas bersih sebelum masuk sesi berikutnya.
c) Cermin tingkap perlu dilap seminggu sekali. Pastikan langsir tidak berdebu. Jika ada cermin yang pecah, laporkan kepada guru kelas.
d) Papan tulis hendaklah sentiasa dibersihkan terutama selepas tamat waktu pembelajaran.
14.3 Keluar Kelas/Pertukaran Kelas

14.3.1 Para pelajar hanya dibenarkan keluar atas urusan munasabah dan mendapat keizinan guru mata pelajaran. Pelajar mesti mendapatkan Pas Kebenaran Keluar daripada
guru berkenaan. Pas itu mesti dipamerkan ketika keluar kelas. Satu pas hanya untuk satu orang sahaja.Pelajar yang gagal mempamerkan pas tersebut dianggap ponteng kelas
atau keluar tanpa izin.
14.3.2 Pelajar mesti beratur dengan senyap di luar kelas sebelum bergerak ke Bilik-bilik khas seperti dewan/ makmal Sains/Makmal Komputer/ Bengkel KHB/ Pusat Sumber jika
berlaku pertukaran kelas. Bergerak dalam barisan dengan tenteram dan bersedia menunggu guru berkenaan. Elakkan daripada berbuat bising dan mengganggu laluan di kaki
lima.
14.3.3 Para pelajar dilarang berada di dalam kelas sewaktu Perhimpunan, Pendidikan Jasmani, Rehat(kecuali yang bertugas),Solat Berjemaah , sebelum dan selepas
sekolah(kecuali hari hujan) dan ketika semua pelajar berada di tempat lain.
14.3.4 Para pelajar dilarang keluar kelas tanpa kebenaran guru sewaktu pertukaran guru atau sewaktu pembelajaran sedang berjalan.

14.5 Buku Kawalan Kelas(BKK)


14.5.1 BKK berfungsi untuk memantau disiplin pelajar di dalam kelas seperti ponteng kelas atau salah laku yang lain sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ketua
Kelas akan mendapatkan BKK daripada guru kelas pada waktu perhimpunan awal dan menyerahkan kepada setiap guru mata pelajaran. Guru akan membuat catatan
kehadiran pelajar dan salah laku dalam ruangan yang disediakan. Guru membuat catatan dan menandatangani kehadirannya mengikut waktu berkenaan.
14.5.2 Hanya ketua kelas atau penolong ketua yang dibenarkan mengambil dan menyimpan BKK sebelum memulangkan semula ke pejabat pada waktu terakhir. BKK tidak boleh
dibawa balik.BKK akan dianalisa oleh penyelaras kelas setiap bulan dan menyerahkan analisa kepada Badan Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

PERKARA 15 : TATATERTIB SEMASA REHAT DAN DI KANTIN

15.1 Adab di kantin


15.1.1 Pelajar mestilah beratur dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan atau minuman.
15.1.2 Pelajar dibenarkan makan dan minum hanya di kantin atau kawasan sekitar. Dilarang membawa makanan ke tempat lain.
15.1.3 Pinggan,mangkuk,gelas, sudu atau garfu hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan setelah selesai makan.
15.1.4 Pelajar hanya dibenarkan makan/minum atau membeli ketika:-
a) Sebelum sekolah bermula
b) Pada waktu rehat yang ditetapkan
c) Selepas tamat waktu persekolahan
d) Bagi kes-kes tertentu.
15.1.5 Dilarang keluar ke gerai berhampiran untuk makan dan minum.
15.1.6 Selepas loceng berbunyi, pelajar mesti berhimpun di Dataran Etika secepat mungkin.
15.1.8 Selepas makan, sila pastikan tiada sebarang sampah atau benda di atas meja sebelum meninggalkan kantin.
15.1.9 Elakkan daripada merosakkan atau membuang alatan di kantin.
15.1.10 Buanglah segala sisa, bekas makanan atau minuman, plastik ke dalam tong sampah.

PERKARA 16 : TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS

16.1 Adab di Tandas


16.1.1 Gunakan tandas pada waktu rehat atau 5 minit awal pembelajaran atau 5 minit akhir pembelajaran.
16.1.2 Para pelajar wajib memakai Pas Kebenaran Keluar untuk ke tandas ketika sesi pembelajaran berlangsung.
16.1.3 Elakkan daripada membuang masa di tandas dan aturkan masa penggunaan tandas sendiri dengan baik
16.1.4 Setelah menggunakan tandas, sila pastikan:-
a) Paip sudah ditutup
b) Lampu tandas dipadamkan
c) Tangki curah ditarik.
16.1.5 Dilarang berkumpul,berbuat bising,makan,minum atau bermain di dalam tandas.
16.1.6 Jika berlaku kerosakan,laporkan segera kepada Penolong Kanan HEM/ guru bertugas.
16.2 Kebersihan Tandas
16.2.1 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar. Peliharalah kebersihan tandas.
16.2.2 Dilarang membuang sampah atau sebarang benda ke dalam lubang tandas hingga menyebabkan tersumbat atau rosak.
16.2.3 Dilarang menconteng atau merosakkan alatan tandas.
16.2.4 Pelajar dilarang menggunakan tandas guru. Gunakan tandas yang
ditetapkan.

PERKARA 17 : TATATERTIB DAN KESOPANAN

17.1 Para pelajar wajib mengenali semua guru dan kaki tangan sekolah.
17.2 Wajib menghormati Guru Besar,Penolong Kanan ,Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum,guru-guru,staf sekolah, pelawat-pelawat dan sesama pelajar khususnya.
17.3 Berilah ucap selamat apabila bertemu dengan guru-guru atau pelawat. Jadikan senyuman di bibir sebagai hiasan diri.
17.4 Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang persekolahan . Jagalah nama baik keluarga dan sekolah.
17.5 Jagalah tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa demi memelihara keharmonian sesama insan. Hormat-menghormati dan berbudi bahasa amalan yang mulia.

PERKARA 18 : TATATERTIB YANG DILARANG

19.1 Dilarang membawa benda atau bahan berikut ke sekolah:-


a) Buku komik/majalah hiburan
b) Bahan-bahan lucah seperti majalah/novel/video/vcd/gambar/foto.
c) Pita kaset, pita video,cakera padat,vcd persendirian
d) Bahan mengandungi unsur subversif/ajaran sesat
e) Barang berharga seperti kamera/walkman/radio serta barang kemas.
f) Alat perhubungan seperti ’walkie-talkie’, telefon bimbit ( handphone) dan sebagainya.
g) Barang perhiasan seperti topi/rantai kunci/lencana/logo/kalung/rantai leher/gelang dan sebagainya..
h) Alatan menulis seperti ‘liquid paper’/pembaris besi/pen berwarna(marker pen) dan sebagainya.
i) Bahan makanan seperti gula-gula/ ‘chewing gum’/makanan ringan/ minuman berkarbonat.
j) Dadah,rokok,minuman yang memabukkan atau sebarang yang berkaitan dengannya.
k) Benda tajam atau alatan berbahaya seperti segala jenis pisau ,buku lima,gunting dan sebagainya.
l) Sebarang bahan yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia.

18.2 Para pelajar dilarang keras menghisap dadah,rokok,menghidu gam,meminum minuman keras dan memabukkan di kawasan sekolah atau di mana-mana sahaja.

PERKARA 19 : KAWASAN LARANGAN

19.1 Kawasan sekolah:-


a) Sekolah ketika cuti khas atau cuti umum.
b) Pejabat sekolah
c) Bilik Guru Besar/Bilik Penolong-penolong Kanan/ Bilik Guru dan Tandas Guru.
d) Bilik-bilik khas seperti Bilik Gerakan/Bilik Kaunseling/Bilik SPBT/ / /Pusat Sumber/ Makmal Komputer dan Makmal Sains.
e) Kawasan letak kereta Guru Besar/tempat letak kereta guru/letak basikal atau motorsikal pelajar.
f) Kantin sewaktu pembelajaran atau perhimpunan dijalankan.
g) Setor Sukan/setor pekerja/setor pejabat
h) Dataran perhimpunan dan persekitaran sekolah.

PERKARA 20 : KESELAMATAN DI SEKOLAH

20.1 Keselamatan diri tanggungjawab pelajar sendiri. Sebarang kemalangan perlu dilaporkan segera kepada guru atau pihak sekolah dengan segera.
20.2 Utamakan keselamatan diri ketika menjalankan aktiviti persatuan/kelab/sukan dan permainan/unit beruniform serta ketika berada di kelas/makmal sains/bengkel atau di
mana-mana jua.
20.3 Elakkan daripada bercakap dengan orang luar atau pelawat tanpa keizinan Pengetua atau Pihak pentadbir. Berhati-hatilah dengan orang luar yang tidak dikenali. Jika
mencurigakan, laporkan kepada guru atau pihak sekolah dengan segera.
20.4 Para pelawat mesti berurusan dengan pengawal keselamatan dan pejabat terlebih dahulu.
20.5 Dilarang membawa orang luar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah.
20.6 Dilarang berada di dalam kawasan sekolah pada waktu luar atau cuti persekolahan kecuali dengan izin pentadbir sekolah.
20.7 Pelajar dilarang datang ke sekolah pada waktu petang kecuali menghadiri aktiviti tertentu bersama guru berkenaan.

PERKARA 21 : HAK MILIK PERSENDIRIAN

21.1 Bawalah barang yang dibenarkan sahaja ke sekolah. Barangan yang dilarang akan dirampas dan akan dipulangkan pada penghujung tahun dengan denda yang
ditetapkan.
22.2 Pastikan wang dan dompet dibawa bersama apabila meninggalkan kelas atau tempat duduk. Elakkan daripada membawa wang yang banyak.
22.3 Elakkan daripada membawa beg atau barang yang berjenama lagi berharga ke sekolah kerana akan mengundang risiko untuk dicuri. Sebarang kehilangan disebabkan
kecuaian pelajar bukan tanggungjawab pihak sekolah.

PERKARA 22 : HARTA BENDA SEKOLAH

22.1 Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kemudahan yang disediakan di sekolah.
22.2 Gunakanlah harta benda sekolah dengan cermat lagi berhemat serta pastikan sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.
22.3 Bahan perabot seperti meja dan kerusi mesti diangkat dan bukan diseret/ditarik atau dibaling bagi mengelakkan kerosakan.
22.4 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan segera kepada guru kelas/Guru Bertugas/ Penolong Kanan HEM/ Penyelia Petang.
22.5 Pelajar yang terbabit dengan kesalahan merosakkan atau menyalahgunakan harta benda sekolah akan dikenakan tindakan tata tertib di samping membayar ganti rugi.

PERKARA 23 : PERATURAN KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN

23.1 Aktiviti Kokurikulum


23.1.1 Semua pelajar wajib menyertai tiga jenis ko-kurikulum iaitu:-
a) Persatuan Akademik - pilihan
b) Unit Beruniform – pilihan
c) Sukan/Permainan – pilihan
d) Persatuan Bukan Akademik/ kelab - pilihan
23.1.2 Semua murid wajib menjadi ahli rumah sukan. Para pelajar wajib mempunyai rumah sukan yang diuruskan oleh guru penyelaras/guru kelas.
25.1.3 Sebagai ahli rumah sukan/persatuan/kelab/unit beruniform/sukan dan permainan wajib menghadiri setiap perjumpaan atau latihan.
25.1.4 Setiap ahli dilarang mengadakan perjumpaan pada waktu pembelajaran ATAU hari kelepasan am/ Ahad tanpa kebenaran Pengetua atau Guru Penasihat.
29.1.5 Setiap ahli mesti memakai kemeja T sekolah/kemeja T rumah sukan / kemeja T pasukan bagi sesi latihan. Jagalah tatatertib dan perilaku semasa beraktiviti.
25.1.6 Utamakan keselamatan diri sepanjang aktiviti dijalankan.
25.1.7 Maklumkan kepada ibu,bapa atau penjaga jadual aktiviti pasukan dijalankan. Sekiranya ada masalah kesihatan yang memudaratkan, tunjukkan surat doktor sebagai bukti
pengecualian namun kehadiran adalah wajib.
25.1.8 Sebarang aktiviti pada waktu pembelajaran perlu mendapat kelulusan Pengetua/Penyelia Petang. Borang Kebenaran Keluar Kelas Waktu P & P mesti diisi dengan lengkap.
Serahkan kepada guru kelas/guru matapelajaran sebagai bukti.
25.2 Lawatan/Perkhemahan/aktiviti di luar sekolah
29.2.1 Setiap lawatan/perkhemahan/aktiviti mesti mendapat kelulusan daripada Pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD). Setiap permohonan lengkap mesti diserahkan ke
PPD sekurang-kurangnya lima minggu dari tarikh yang dirancang.
25.2.2 Para pelajar mesti mendapat kebenaran ibu,bapa,penjaga untuk menyertai aktiviti tersebut. Borang kebenaran mesti disimpan 2 minggu selepas lawatan/perkhemahan
tamat. Nama ahli yang terlibat mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk rujukan.
25.2.3 Setiap aktiviti lawatan/perkhemahan mesti di bawah pengawasan guru pengiring. Jagalah tatatertib dan disiplin diri serta patuhi arahan guru atau ketua perkhemahan.
25.2.4 Utamakan keselamatan diri terutama di tempat-tempat berisiko tinggi seperti pantai, air terjun, hutan atau gunung. Jika berlaku kemalangan, kecederaan atau masalah
kesihatan laporkan segera kepada guru atau ketua perkhemahan.
25.2.5 Sekiranya aktiviti melibatkan kenderaan seperti ekspedisi berbasikal, bantuan dan kerjasama pihak polis mesti diperolehi.

PERKARA 26 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)

26.1 Para pelajar yang menerima skim ini mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan buku-buku agar tidak hilang atau rosak.
26.2 Buku-buku mesti dipulangkan dalam keadaan baik pada waktu yang ditetapkan. Sebarang kehilangan atau kerosakan perlu dimaklumkan dan perlu diganti atau dibayar
mengikut harga buku tersebut.
26.3 Kegagalan memulangkan,hilang atau rosak boleh menyebabkan sijil persekolahan/keputusan peperiksaan digantung selagi penggantian/pembayaran belum dibuat.
26.4 Buku SPBT dan kelayakan menerima skim ini akan ditarik balik sekiranya:-
a) Kerap ditinggalkan dalam laci meja/almari/kelas.
b) Tidak menjaga dengan baik.
c) Koyak,kotor atau diconteng
d) Kerap tidak membawa buku teks ke sekolah.

PERKARA 27 : PERGAULAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN


27.1 Sekolah memandang berat tentang pergaulan di kalangan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan sama ada di dalam kawasan sekolah mahu pun di luar sekolah. Sekolah
menetapkan ‘Batasan Agama Islam’sebagai panduan pergaulan pelajar-pelajar yang mencakupi pertuturan,perbuatan serta pakaian. Antara perkara-perkara tersebut seperti :-
a) Pakaian pelajar ketika menghadiri kelas harian atau menghadiri ko-kurikulum mestilah dapat ditakrifkan sebagai pakaian menutup aurat/bersopan dan tidak menjolok mata.
b) Pertuturan atau percakapan yang dapat melambangkan seseorang pelajar itu berpelajaran atau berpendidikan setiap masa.
c) Perbuatan,perangai atau perilaku pelajar juga mestilah melambangkan
seseorang pelajar itu berpelajaran atau berpendidikan.

PERKARA 28 : BIASISWA / KWAPM

18.1 Biasiswa/KWAPM adalah pemberian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu pihak sekolah berhak untuk melanjutkan atau
menamatkannya.
18.2 sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa/KWAPM.
18.3 Biasiswa/KWAPM akan ditahan sekiranya murid tersebut :
a) Melakukan kesalahan jenyah berat seperti yang ditakrif oleh pihaki sekolah.
b) Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot.
c) Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan positif setelah diberi nasinat dan amaran.
18.4 Murid tidak dibenarkan menggunakan wang biasiswa/KWAPM untuk membeli barangan bukan keperluan sekolah.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI-SUNGAI,


PETI SURAT 27, 90107 BELURAN.

POLISI SEKOLAH SELAMAT


UTAMAKAN KESELAMATAN ketika:
i) Pergi dan balik sekolah
ii) Naik dan turun kenderaan
iii) Bermotosikal,berbasikal atau berjalan kaki di jalan raya.
iv) Menunggu bas/teksi atau menanti ibu bapa
v) Belajar di dalam kelas/bengkel/makmal
vi) Menjalankan aktiviti kokurikulum
vii) Mengikuti aktiviti luar sekolah
viii) Berlaku bencana alam/banjir/kebakaran/jerebu/wabak penyakit
ix) Bersukan di padang, bersolat di surau, makan dan minum di kantin
x) Menggunakan bahan kimia,peralatan elektrik,peralatan tajam,peralatan
sukan, perabot kelas dan barangan berisiko.
xi) Menggunakan tandas atau tempat yang berair
xii) Bersendirian atau bertemu dengan orang yang tidak dikenali.
xiii) Berjalan atau berbasikal di dalam gelap atau hujan
Anda akan selamat sekiranya berwaspada setiap masa
di mana jua anda berada.
Bertindak dengan bijak dan jangan panik
jika berlaku sesuatu yang membahayakan diri anda.
Laporkan segera kepada :-
Ibu/bapa/guru
Atau
999 atau 994
“INGAT,CERMAT,SELAMAT

You might also like