You are on page 1of 1

The Ministry of Education has introduced a transformation on education that highlights students’ higher

order thinking skills (HOTs) through Malaysia Education Blueprint 2013-2025. This transformation occurs
due to the implementation of the previous curriculum which lack in emphasizing on the HOTs elements.
Curriculum Development Division (CDC) has stated the three key elements in implementing HOTs;
curriculum, pedagogy and assessment. Therefore, this study has focused on the pedagogical elements of
teaching model in order to enhance students’ HOTs in three main components of KBSM Mathematics
which are Number, Shape and Space, and Relation. Multiple case study designed with qualitative approach
was used in this study. To achieve the goal, five KBAT trainers and excellent high school teachers in Johor
were purposively selected as participants for interview and observation. Document analyses on daily lesson
plans has been conducted to strengthen the findings. Based on the analysis, it was found that there are six
methods of HOTs teaching (fun learning method, thinking blocks, real life situation, concrete model,
cooperative and questioning) for Number components. For Shape and Space components, five HOTs
teaching methods that have been applied by teachers; technology based, outdoor classroom activities,
problem based learning, cooperative and concrete models. Three methods identified in teacher’s teaching in
Relation components which are problem based learning, algebric thinking and questioning. Therefore, the
implementation of HOTs in Mathematics teaching enable to develop human capital who think critically,
creatively and innovatively to meet the challenges of the 21st century.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan transformasi pendidikan yang menitikberatkan


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Punca utama yang menyumbang kepada keputusan ini ialah pelaksanaan kurikulum sebelumnya yang
kurang menekankan terhadap KBAT. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menyatakan terdapat tiga
elemen utama dalam melaksanakan KBAT ialah kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Oleh itu, kajian ini
memberi fokus kepada elemen pedagogi dalam membangunkan model pengajaran yang dapat menjana
KBAT dalam komponen Matematik KBSM iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan. Kajian ini
dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai berdasarkan pendekatan kualitatif. Untuk
mencapai objektif tersebut, seramai lima orang jurulatih KBAT dan guru cemerlang matematik sekolah
menengah negeri Johor telah dipilih secara persampelan bertujuan untuk menjadi peserta temu bual dan
pemerhatian. Selain itu, penyelidik melakukan beberapa analisis dokumen ke atas rancangan pengajaran
harian (RPH) bagi memperkukuh hasil dapatan kajian. Terdapat enam kaedah pengajaran KBAT yang
diaplikasikan oleh guru bagi komponen Nombor iaitu kaedah berasaskan permainan, blok pemikiran,
kehidupan seharian, model konkrit, koperatif dan penyoalan. Lima kaedah pengajaran KBAT yang
diaplikasikan oleh guru bagi komponen Bentuk dan Ruang iaitu berasaskan teknologi, aktiviti luar bilik
darjah, penyelesaian berasaskan masalah, koperatif dan model konkrit. Sehubungan itu, tiga kaedah yang
dikenal pasti dalam pengajaran guru dalam komponen perkaitan iaitu kaedah pengajaran berasaskan
penyelesaian berasaskan masalah, pemikiran algebra dan penyoalan. Hasil daripada dapatan ini, penerapan
KBAT dalam pengajaran Matematik mampu menghasilkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan
inovatif bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

You might also like