You are on page 1of 2

Nama saya Ban Jia Xin. Saya berasal dari Pendang, Kedah.

Saya
memilih kerana pengakap membantu membentuk diri saya menjadi lebih
berdisiplin, berkeyakinan, berilmu dan berketrampilan. Walaupun pengakap
bukan persatuan yang menyamai unit beruniform yang terdapat di Malaysia
seperti Kadet Polis dan Kadet Bomba, tetapi ia menawarkan asas disiplin yang
menyamai setiap persatuan tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat
membentuk sikap pengakap supaya lebih berdisiplin dan antaranya ialah
aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini juga dapat bertujuan untuk membentuk setiap ahli
pengakap mematuhi peraturan dan arahan daripada orang atasan. Melalui
program latihan kepengakapan, saya berpeluang menonjolkan diri melalui
kemahiran dalam sesuatu aktiviti seperti masakan rimba, pioneering dan
orienteering di mana ianya menjadikan diri saya lebih berkeyakinan untuk
menunjukkan kemahiran serta perkongsian ilmu pengetahuan sesama ahli-ahli
pengakap menjadikan setiap ahli pengakap lebih berkualiti, berketrampilan dan
berdaya saing. Aktiviti pengakap itu menjadikan diri seseorang ahli pengakap
lebih kreatif dan inovatif seperti melalui aktiviti Pioneering ataupun gajet serta
mampu mencorak keperibadian diri mereka untuk menjadi seorang insan yang
baik budi pekertinya bersesuaian dengan syariah Islam itu sendiri.

Seterusnya, saya juga dapat mengenali budi pekerti rakan melalui


kepengakapan. Jika kita mahu mencari rakan-rakan yang ketawa bersama
adalah amat mudah, tetapi mencari seseorang rakan yang menangis bersama
kita itu amat sukar. Jelas ayat itu mengambarkan kesukaran bagi seseorang
untuk mencari teman yang sejati. Walaupun sudah agak lama anda mengenali
seseorang itu, kadang-kadang anda tidak akan dapat mengenal dia
sepenuhnya. Tetapi melalui aktiviti kepengakapan, ianya banyak membantu
saya mengenali rakan-rakan saya dengan sebaik-baiknya. Dalam
merencanakan sesuatu program pengakap, apabila saya berurusan dengan
rakan-rakan, akan ada antara mereka yang menunjukkan kesungguhan dan
akan ada pula bersikap sambil lewa, dan akan ada antara mereka tidak
mempedulikan tanggungjawab mereka. Dari aspek tersebut, kita sudah dapat
menilai kredibiliti atau kebolehpercayaan terhadap seseorang rakan itu.
Apabila telah banyak dan lama saya mengikuti sesuatu program bersama
rakan-rakan, banyak perkara yang boleh saya kongsikan dan lakukan
bersama-sama dan akhirnya wujudnya ikatan persaudaraan yang kuat sesama
ahli pengakap. Seseorang yang baik budinya adalah seseorang yang sanggup
membantu rakan dalam kesusahan, tetapi seseorang yang buruk perangainya
adalah seseorang yang membiarkan rakannya itu bersusah-susah sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu sebab saya memilih pengakap
adalah disebabkan oleh saya berpeluang untuk menyertai Jambori
Antarabangsa. Melalui Jambori Antarabangsa ini, saya boleh mempelajari adat
dan budaya serta seni tradisional masyarakat negara lain, dan melahirkan
ikatan persaudaraan sesama ahli-ahli pengakap di seluruh pelusuk dunia
melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM).
Misalnya, saya telah lebih mengenali budaya dan tarian-tarian kaum lain
melalui jambori. Saya juga dapat mengenali pengakap yang berasal dari
negara lain seperti Thailand, Korea, Jepun, Amerika Syarikat dan Itali. Jadi,
saya dapat berbual-bual dengan mereka dan mengeratkan lagi hubungan
antara satu sama lain.

Selain itu, saya memilih pengakap adalah kerana pengakap adalah


bersaudara sebagaimana tertakhluk dalam Undang-undang Pengakap yang
Keempat daripada Sepuluh. Pengakap bukan sahaja wujud di Malaysia
malahan di seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan negara luar mempunyai unit
beruniform pengakap di peringkat persekolahan sahaja seperti mana di
Indonesia dikenali sebagai Pramuka dan di Thailand dikenali sebagai anak
serigala melainkan di Malaysia yang mana wujud persatuan-persatuan baharu
seperti kadet polis, bomba, dan askar. Namun begitu, pengakap (scouts)
merupakan pertubuhan yang cukup gah pada peringkat antarabangsa dan
pengakap sentiasa mendapat layanan istimewa dari negara-negara luar jika
kita melakukan lawatan ke tempat mereka.

You might also like