You are on page 1of 16

Kementerian Pendidikan Malaysia

CADANGAN SEMAKAN ITEM


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1
Kurikulum Berspadu Sekolah Menengah

Mastor Hj Jarkaseh
SM Sains Teluk Intan
Disember 2014
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Band 1 TAHU

Irama Detik dan Tempo B1 D1 E01 1. Menyatakan dan menepuk pelbagai tempo detik lagu yang diperdengarkan
2. Menyatakan dan menjelaskan maksud terminologi tempo.
Melodi Pengenalan Pic 3. Menjelaskan terminologi tempo - Allegro, Andante, Moderato
4. Menamakan dan mengenalpasti not / rehat - semibrif, minim, krocet.
Vokal Register Suara Dada, Suara Kepala. 5. Membunyikan irama berdasarkan skor muzik
Artikulasi dan Alat Vokal
Postur Nyanyian B1 D1 E02 1. Menjelaskan konsep pic muzik, alat muzik berpic dan alat muzik tanpa pic.
2. Menamakan pic pada mata kibod muzik.
Pengenalan Alat Muzik Konvensional
Bahagian Penting Alat Muzik B1 D2 E01 1. Menama dan menjelaskan dua jenis register dalam nyanyian - Head voice,
chest voice.
2. Menyata dan menjelaskan warna ton dalam suara nyanyian - Berat, ringan.
3. Menyata dan menjelaskan artikulasi dan alat vokal - Bibir, gigi, lidah dll.
4. Memperagakan postur nyanyian yang baik.

B1 D3 E01 1. Mengenal alat muzik dan menamakan bahagian penting alat muzik.

Band 2 TAHU DAN FAHAM

Irama Meter dan Bar B2 D1 E02 1. Menyatakan konsep meter dan bar.
Tanda Masa 2. Menjelaskan konsep dinamik.
Not dan Rehat Kuaver 3. Menyatakan dan mengenal lambang dinamik serta menjelaskan maksudnya
4. Menyatakan detik kuat (accent) dan lembut dalam meter 2-an,3-an dan 4-an.
5. Menyatakan maksud nombor atas dan bawah tanda masa.
6. Mengenal pasti bentuk not dan rehat kuaver dalam keadaan tunggal
dan bersambung.
7. Menyatakan konsep not upbeat dan downbeat dan menandakan pada skor.
8. Menepuk dengan betul dari skor irama - kombinasi krocet, kuaver.

Muka 1
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Melodi Baluk Satu Garisan B2 D1 E02 1. Menjelaskan konsep baluk lima garisan dan baluk satu garisan.
Baluk Lima Garisan 2. Menjelaskan konsep baluk dengan klef trebel dan klef bes.
Konsep dan Fungsi Klef 3. Menulis klef trebel dan bes dengan kemas.
Klef Trebel, Bes dan Perkusi 4. Menulis not semibrif dengan tepat pada ruangan dan garisan baluk klef
Aras Pic dan Oktaf trebel dan klef bes.
5. Menjelaskan konsep aras dan oktaf dan memberi contoh pada mata kibod dan
Dinamik Terminologi dan Lambang Dinamik not di atas baluk.
- Piano, forte, mezzo piano,
mezzoforte, crescendo, B2 D1 E03 1. Menyatakan istilah / terminologi, isyarat dan lambang dinamik.
decrescendo (diminuendo). 2. Menjelaskan maksud istilah / terminologi, isyarat dan lambang dinamik.
3. Menganalisis istilah / terminologi, isyarat dan lambang dinamik pada skor.
Stail / Gaya Istilah dan Tanda - Legato, Staccato
B2 D1 E04 1. Menyatakan istilah / terminologi, isyarat dan lambang stail / gaya.
Vokal Mengimitasi Melodi. 2. Menjelaskan maksud istilah / terminologi, isyarat dan lambang stail / gaya.
Postur Nyanyian 3. Menganalisis istilah / terminologi, isyarat dan lambang dinamik pada skor.

Sahsiah Etika Dalam Latihan B2 D1 E05 1. Mengajuk melodi yang diperdengarkan dengan pic yang betul.
a) Not krocet atau minim sahaja dengan tempo sederhana.
b) Renj dan nada yang sesuai.

B2 D3 E01 1. Memperagakan postur permainan alat muzik dengan betul.


2. Mengenal ton bunyi alat yang dimainkan dalam rakaman audio.

B2 D4 E01 1. Menerangkan etika semasa latihan dan persembahan.


Berkerjasama, menepati masa, berdisplin, bertolah ansur, kerajinan dll

Muka 2
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Band 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


B3 D1 E01 1. Menganalisis skor dan menulis tanda masa dengan format yang betul.
Irama Menulis Tanda Masa 2. Menulis semula garis bar di tempat yang betul.
Melukis Garis Bar 3. Memahami not-not anakrusis pada bar awal dan bar akhir.
Not Anakrusis
Tanda Harkat & Not Bertitik B3 D1 E02 1. Menamakan pic pada lejer atas dan lejer bawah (sehingga 2 lejer) pada
baluk klef trebel dan bes.
Melodi Garis Lejer 2. Menulis not-not bertitik dengan format yang betul.
Jeda Ton & Semiton 3. Menulis dengan format yang betul (stem dan flag) not-not yang mempunyai
Pic Mata Hitam Kibod / Enharmonik stem dan flag dalam pelbagai kedudukan pic pada baluk.
Tanda Kromat Syap / Flet / Natural 4. Menjelaskan konsep ton dan semiton dan kaitan dengan tanda kromat.
5. Mengenal pic-pic mata kibod hitam kibod muzik.
Nyanyian Skel Solfa (do - so) 6. Menulis dengan betul not-not pic bertanda kromat pada baluk.
Pemfrasaan Dalam Nyanyian
B3 D2 E01 1. Menyanyi latihan solfa (do - so) secara ensembel dengan baik.
Alat Muzik Konvensional a) Melodi (pic dan irama yang betul)
Membunyikan Not Tunggal b) Postur yang sesuai.
c) Pernafasan yang sesuai.
Alat Muzik Tradisional
Bahagian Kompang B3 D3 E01 1. Membunyikan pic-pic tunggal dengan dan penjarian yang betul.
Penjagaan Alat. Renj permulaan yang bersesuaian dengan alat muzik pilihan pelajar.
Warna Ton & Paluan Pak / Bung
Konsep Notasi Mnemonik B3 D3 E02 1. Menamakan bahagian penting kompang.
2. Memperagakan postur yang betul dalam permainan kompang.
Sahsiah Etika Persembahan 3. Menepuk dengan teknik ton pak dan bung dengan betul.
4. Menjelaskan konsep mnemonik dan klef perkusi dalam notasi kompang.

B3 D4 E01 1. Mengamalkan etika semasa latihan dan persembahan.


Berkerjasama, menepati masa, berdisplin, bertolah ansur, kerajinan dll.

Muka 3
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Band 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT MENERANGKAN SEMULA

Irama Mengumpulkan not. B4 D1 E01 1. Menulis semula dengan pengumpulan (grouping) yang betul.
Memadan Lirik Kepada Irama 2. Memadan lirik kepada irama disediakan.

Melodi Ciri-Ciri Kontur Dalam Melodi B4 D1 E02 1. Menjelaskan ciri kontur dalam melodi.
Skel Major 2. Mengenal struktur dan perbezaan skel diatonik major, minor natural dan
Skel Minor Natural minor harmonik
Skel Minor Harmonik 3. Menyatakan pic-pic dan menulis skel C major / A minor, F major / D minor
Konsep Nama Teknikal dan G major / E minor (natural dan harmonik).
Konsep Tanda Nada 4. Konsep nama teknikal dalam skel dan *solfa (B4D3E01)
Menotasikan Skel 5. Menjelaskan konsep nada dan tanda nada dan aplikasi dalam penulisan skel
Konsep Jeda Teknikal dengan / tanpa tanda nada C major, A minor, F major dan G major.
6. Menotasikan dengan format yang betul skel C major, F major, G major,
Bentuk Tanda dan Isyarat Pengulangan A minor, D minor dan E minor (harmonik dan natural) dengan / tanpa tanda
Konsep Frasa dan Segmen nada pada baluk klef trebel dan bass.
Bentuk Strofik
Bentuk Simple Binary B4 D1 E03 1. Menjelaskan konsep jeda teknikal dan kaitan dengan skel major.
Bentuk Rounded Binary 2. Menamakan jeda teknikal dengan lengkap berasaskan skel C, F dan G major
Bentuk Ternary (sehingga perfek ke 5).

Nyanyian Solfa Dalam Pelbagai Nada B4 D1 E04 1. Mengenalpasti dan menjelaskan istilah pengulangan dalam skor.
Nyanyian Secara Unison - Garis bar ulangan, fine, tanda segmen (letter A, B, C)
Ton Suara Dalam Nyanyian 2. Mencirikan konsep frasa dan segmen dalam lagu.
Dinamik Dalam Nyanyian 3. Menjelaskan bentuk Simple Binary, Rounded Binary dan Ternary.

B4 D2 E01 1. Menyanyi latihan solfa (do-la’) secara unison dalam ensembel dengan
ton yang baik.
2. Mengaplikasi dinamik seperti dalam skor dengan betul / sesuai.
* 3. Mengenalpasti solfa dalam pelbagai nada yang dipelajari.

Muka 4
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Alat Muzik Konvensional Pilihan B4 D3 E01 1. Memainkan melodi mengikut skor dengan
Kemahiran Melodi a) Irama yang tepat - Not dan rehat Semibrif, minim bertitik, minim, krocet
bertitik, krocet dan kuaver (termasuk tanda harkat). Tempo Moderato /
Alat Muzik Tradisional Andante, Tanda masa 2/4, 3/4 dan 4/4.
Konsep Ostinato b) Pic yang tepat - Renj permulaan, termasuk tanda kromat.
Konsep Rentak
Mengenalpasti Rentak B4 D3 E02 1. Memainkan kompang dengan ton yang baik.
Rentak Mengiringi Lagu 2. Mengecam dan memainkan rantak Inang, Masri, Inang Cina (Cak Kun Cak),
Waltz dan Jazzrock.
Sahsiah Etika Dalam Muzik 3. Memainkan rentak dengan kompang bagi mengiringi lagu yang diperdengarkan
Menjaga Keselamatan Alat dengan tempo dan imbangan bunyi yang baik.
Mematuhi Arahan Pemimpin
B4 D4 E01 1. Mengamal dan memberi teladan etika persembahan yang baik.
Berkerjasama, menepati masa, berdisplin, bertolah ansur, kerajinan menjaga
kebersihan dan keselamatan alat muzik semasa latihan atau persembahan.
2. Mematuhi arahan dan isyarat pemimpin semasa latihan atau persembahan.

Band 5 TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT


DAN BOLEH MENJELASKAN
KONSEP

Irama Konsep Kreativiti & Improvisasi B5 D1 E01 1. Menjelaskan teknik asas mengimprovisasi irama.
Teknik Improvisasi Irama 2. Mengimprovisasi pola irama dua bar menggunakan teknik yang betul.
Mengimprovisasi Irama 3. Menjelaskan teknik asas mengimprovisasi lirik.
Mengimprovisasi Lirik 4. Mengimprovisasi lirik yang diberi untuk disesuaikan dengan irama.

Melodi Menganalisis Nada B5 D1 E02 1. Menganalis melodi dan mengenalpasti mengenal nada lagu.
Pengenalan Konsep Triad 2. Menyatakan struktur triad (root, 3rd dan 5th).
Triad I, IV dan V / i, iv dan V 3. Menyatakan kandungan triad 1. 1V dan V @ i, iv dan V nada C / F / G major
serta A / D / E minor.

Muka 5
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Analisis Muzik B5 D1 E03 1. Menganalisis skor muzik (atau muzik yang diperdengarkan) berdasarkan elemen
asas muzik yang telah dipelajari.

Nyanyian Nyanyian a capella. B5 D2 E01 1. Menyanyi dengan frasa dan pernafasan yang sesuai.
2. Menyanyi secara a capella secara ensembel daripada skor dengan melodi
Alat Muzik Konvensional yang betul.
Frasa Dalam Melodi a) Postur yang sesuai.
Skel Dengan Alat Muzik b) Pernafasan yang sesuai.
Memainkan Kord / Triad c) Renj (do - la).
Arpeggio / Comping / Strumming d) Not minim, krocet, krocet bertitik dan kuaver
Mengiringi Lagu Dengan Kord
B5 D3 E01 1. Memainkan melodi mengikut skor dengan
a) Pemfrasaan (phrasing) / pernafasan yang betul.
2. Mengaplikasi kemahiran band sebelum ini.
a) Irama yang tepat (Not dan rehat Semibrif, minim bertitik, minim, krocet
bertitik, krocet dan kuaver (termasuk tanda harkat). Tempo Moderato /
Andante, Tanda masa 2/4, 3/4 dan 4/4.
b) Pic yang tepat (renj permulaan, termasuk tanda kromat).

B5 D3 E02 1. Memainkan satu skel (yang bersesuaian dengan renj alat)


a) Penjarian yang betul.
b) Ton bunyi yang baik.
c) Tempo yang sesuai (tidak terlalu laju / lambat)

B5 D3 E03 1a. Memainkan arpeggio triad I, IV dan V @ i, iv dan V bagi membina kord
(bagi pelajar yang memilih alat konvensional bukan pic tunggal / tidak berkord)
atau
1b. Memainkan kord / triad I, IV dan V @ i, iv dan V dengan penjarian yang betul
(bagi pelajar yang memilih gitar/ piano / organ).
2. Memainkan kord / dron / bordun mengiringi lagu.

Muka 6
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Alat Muzik Tradisional B5 D3 E04 1. Bermain secara ensembel kompang perarakan dengan tempo dan imbangan
Kompang Perarakan bunyi yang bersefahaman sebagai melalu, menyelang atau meningkah.
Konsep Kolotomik
B5 D4 E01 1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa persembahan
Sahsiah Jawatankuasa Persembahan dengan bertanggungjawab.

Band 6 TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT


DAN MENGHURAIKAN SECARA
TERPERINCI DENGAN
BERADAB MITHALI

Irama Menotasikan Irama B6 D1 E01 1. Menotasikan pola irama dua bar yang diperdengarkan.
a) Tanda masa disediakan.
Irama Nama Teknikal (Lanjutan) b) Not / rehat krocet dan kuaver.
Konsep Kord Primer
Aplikasi Kord Primer B6 D1 E02 1. Menamakan nama teknikal not-not pada melodi berdasarkan nada lagu.
2. Menamakan nama teknikal pic yang berubah tanda kromat.
Tekstur Konsep Tekstur
Tekstur Monofoni B6 D1 E03 1. Menamakan kord-kord primer.
Tekstur Homofoni 2. Mengenalpasti pic chord tone dan non-chord tone dalam kord-kord primer.
3. Mengaplikasi kord pada melodi lagu (satu bar satu kord).

B6 D1 E04 1. Menjelaskan konsep tekstur dalam muzik.


2. Menciri dan membandingkan beza lagu bertekstur monofoni dan homofoni.

Muka 7
Cadangan Semakan Item
PBS Tingkatan 1

KANDUNGAN PERINCIAN EVIDEN

Nyanyian Nyanyian Dua Suara B6 D2 E01 1. Menyanyi dua suara secara berharmoni dengan baik.
Harmoni Dalam Nyanyian a) SS / SA / AT / TT.
b) Imbangan suara yang sesuai.
Harmoni Konsep Imbangan 2. Mengapliksasi kemahiran Band 5 dan sebelumnya dengan baik.
a) Postur yang sesuai.
Alat Muzik Konvensional b) Pernafasan yang sesuai.
Bacaan Semerta. c) Renj (do - la).
Konsep Duet / Trio / Quartet d) Not minim, krocet, krocet bertitik dan kuaver
Aplikasi Stail Legato, Staccato
B6 D3 E01 1. Memainkan melodi mengikut skor dengan secara duet / trio / quartet.
Alat Muzik Tradisional a) Ton bunyi yang baik.
Kompang Perarakan b) Mengaplikasikan stail (cth. Staccato, Legato dll) dengan baik.
c) Secara ensembel mengaplikaan imbangan bunyi dan mengaplikasikan
Sahsiah Memimpin Latihan / Persembahan dinamik yang terdapat pada skor muzik.

B6 D3 E02 1. Memainkan melodi sepanjang 4 bar dengan betul secara bacaan semerta.

2. Menguasai band sebelumnya


a) Pemfrasaan (phrasing) / pernafasan yang betul.
b) Irama yang tepat (Not dan rehat Semibrif, minim bertitik, minim, krocet
bertitik, krocet dan kuaver (termasuk tanda harkat). Tempo Moderato /
Andante, Tanda masa 2/4, 3/4 dan 4/4.
c) Pic yang tepat (renj permulaan, termasuk tanda kromat).

B6 D3 E03 1. Bermain secara ensembel kompang perarakan dengan tempo dan irama yang
tepat (bersefahaman) serta imbangan bunyi yang baik sebagai melalu, menyelang
atau meningkah.

B6 D4 E01 1. Memimpin pasukan ensembel semasa latihan atau persembahan.

Muka 8
RASIONAL DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN

1. SISTEM OPERASI

1.01 Pada keseluruhannya tidak perlu ditukar kerana sistem ini telah pun dibina
Sistem ini dibuat sebagai satu sistem integrasi yang melibatkan sistem pemarkahan
pelbagai data markah dalam akademik yang meliputi pelbagai subjek. Dalam
setiap setiap subjek pula terdapat pelbagai sub lagi. Terdapat juga pemarkahan
dalam bidang kokurikulum. Saya dimaklumkan bahawa semua ini akan digunakan sebagai
sebahagian markah penilaian dalam PMR-PBS.
1.02 Juru program akan terpaksa mengubah semula program sistem jika perubahan
item-item berlaku.
1.03 Pada masa penilaian semula program (jika ada) selepas 3,4 atau 5 tahun
adakan ada aspek kekuatan dan kelemahan sistem secara keseluruhan. Masa ini adalah
masa yang paling sesuai untuk mengubah semula program.
1.04 Jika pun dilakukan, batch-batch pelajar yang awalnya telah melalui sistem terdahulu
haruslah diteruskan. Ini memberi peluang kepada guru dan pelajar yang telah melalui
serta menghabiskan kurikulum yang telah dirancang.

2. MASALAH GURU

2.01 Item Terlalu Banyak DSP sekarang mengandungi 109 eviden iaitu : Band
1 (13 eviden), Band 2 (17 eviden), Band 3 (18
Item eviden yang terdapat dalam DSP sekarang, adalah terlalu banyak. Sepatutnya bukanlah eviden), Band 4 (22 eviden), Band 5 (19 eviden) dan
masalah besar bagi setiap guru mengklik 109 item bagi seorang pelajar, tambahan pula guru Band 6 (20 eviden).
boleh memilih untuk menbuat klik secara terkumpul. Tetapi jika bilangan eviden dapat
dikurangkan maka ia akan dapat membantu memudahkan kerja guru.

2.02 Tugasan Di Sekolah

Kebanyakan masa di sekolah adalah untuk menguruskan sesi PNP, penyediaan RPH secara
am, semakan buku, sesi berjumpa pelajar, menjalankan aktiviti kokurikulum. Tambahan masa
yang banyak bagi sekolah berasrama penuh. Pada masa awal tahun dan musim peperiksaan
lebih banyak data perlu diuruskan di sekolah.
RASIONAL DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN

2.03 Tugasan Di Rumah

Sesi sekolah di rumah (selain dari urusan keluarga) ialah penyediaan terperinci RPH dari
segi pengisian, bahan tugasan / edaran. Bagi guru muzik menyediakan skor latihan (kerana
setiap sekolah berlainan suasana dan peralatan muzik yang ada). Bagi guru yang
mengendali ensembel muzik perlu menyediakan gubahan / atau membuat editing ke atas
lagu yang ada masalah semasa latihan.

2.04 Tugasan Berbantukan Internet

Masa ini juga digunakan untuk tugas berkaitan internet KPM antaranya pengisian data
FROGVLE, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Sistem Pengurusan ICT, SAPS, SSQS,
eSPLG, ePROFIL selain dari SPPBS. Guru akan bernasib baik sekiranga capaian internat
laju / cepat.

3. KONFLIK ITEM, ELEMAN / KONSEP MUZIK DALAM EVIDEN DAN


SESI PENGAJARAN
Pandangan peribadi saya sebagai pendidik muzik.

3.01 Pembelajaran Berperingkat

Muzik mempunyai 7 elemen (atau disebut sebagai “konsep utama”, sebagaimana ditekankan Elemen / Konsep utama dalam muzik : 1.Irama,
dalam Pendidikan Muzik). Bagi memudahkan pembahagian dalam Huraian Sukatan 2.Melodi, 3.Dinamik *, 4.Warna Ton, 5.Harmoni,
Pelajaran Pendidikan Muzik (HSP) 2003 elelem-elemen ini telah dipecah-pecahkan bermula 6.Tekstur dan 7.Bentuk
dari yang mudah kepada yang sukar mengikut Tingkatan 1 hingga 3 (seterusnya dalam Sesetengah pendapat mengatakan Dinamik sebagai
Tingkatan 4 dan 5). Ini dirancang dengan andaian sehingga Tingkatan 3 semua elemen Ekspresi. Sesetengah pendapat mengatakan Dinamik
ini (sehingga tahap yang bersesuaian) akan dapat diajar secara berperingkat. dan Gaya (Staccato, Legato dll) termasuk dalam
Enspresi.
3.02 Contohnya elemen Tekstur. Dalam DSP
RASIONAL DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN

B2D1E09 Menerangkan tekstur monofoni dan homofoni.


B5D1E07 Menotasikan kord primer dalam nada C major dan G major dengan
betul dan tepat.

Sebagai guru yang merancang Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) tentulah akan
mengajar konsep harmoni secara berperingkat seperti berikut

a) Nama Teknikal
b) Triad dan Triad Tonik
c) Triad / Kord Primer, dan aktiviti amalinya.
d) Tekstur Homofoni.

Guru boleh memberitahu murid tekstur monofoni dan homofoni lebih dahulu, tetapi adalah
lebih baik murid memahami konsep triad / kord primer dan mengalami sendiri dengan
aktiviti amali sebelum mengajar konsep tekstur homofoni.

Walaupun boleh, tetapi adalah lebih baik mengajar tekstur monofoni tanpa mengajar tekstur
homofoni. Kemungkinan besar murid akan bertanya tekstur lain sebagai perbandingan.
Ianya seperti mengajar erti kesenangan hidup aman tanpa mengalami hidup sukar dalam
topik Zaman Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu. Sebab itu murid sekarang / generasi
sekarang tidak begitu menghargai erti kemanan dan erti bertolak ansur.

3.03 Eviden Terlalu Kecil

Pemecahan eviden mungkin bertujuan membolehkan murid menguasai satu eviden


sekurang-kurangnya, dan apabila sampai ke satu tahap lain perlu ada satu eviden lain. Tetapi
saya pasti bila menyebut register murid akan menyebut register suara dada dan suara kepala
berserta dengan kefahaman dan boleh boleh mendomonstrasikan. Cuma tahap tekniknya
sahaja yang dipersoalkan samada teknik dilakukuan dengan betul, separuh betul atau tidak
betul.

Contohnya 2 item berikut patut disatukan.


RASIONAL DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN

B2D1E04 Menyatakan perbezaan pic tinggi dan rendah pada baluk.


B2D1E05 Menamakan (pic) not-not pada baluk klef trebel dan bes.

Dicadangkan tidak perlu B1D1E04 di atas, walaupun murid perlu faham. Tetapi sekiranya
murid telah boleh menamakan pic maka telah difahami murid tahu yang mana tinggi yang
mana satu rendah. Saya sangat pasti penerangan konsep pic dan baluk dalam sesi yang
sama.

Contoh eviden lain yang perlu disatukan.


XXX Menjelaskan register dalam nyanyian.
a) B1D2E01 Menamakan register.
B2D2E01 Mengenalpasti register.

3.04 Item Yang Terpisah Daripada Sesi Elemen Utama

Sesetengah item eviden terpisah. Misalnya dalam konsep kromat syap, flet dan natural
termasuk dalam konsep pic. Jadi logiknya tanda kromat diajar dalam sesi pelajaran pic.
Terminologi dinamik diajar semasa sesi dinamik. Konsep tanda pengulangan diajar semasa
konsep bentuk. Oleh itu eviden berikut perlu dimasukkan dalam konsep berkenaan.

B1D1E09 Menamakan tanda isyarat tanda kromat dan terminologi muzik. Disatukan dalam elemen rentak.
B1D1E07 Menamakan simbol-simbol dinamik. Disatukan dalam elemen dinamik.
B2D1E12 Menerangkan tanda isyarat dan terminologi muzik. Dimasukkan dalam eviden konsep berkaitan

3.05 Tahan Kesukaraan Item

Ada diantara item yang mudah diletakkan dalam tahap agak tinggi. Misalnya

B4D1E02 Meletakkan garis bar berdasarkan meter yang diberi.

Boleh dimasukkan dalam Band 2, pengenalan meter dan tanda masa.


3.06 Eviden Sukar

B4D1E01 Menotasikan corak irama yang diperdengarkan Letakkan dalam Band yang lebih tinggi.

Bagi seorang guru ianya mudah. Tetapi bagi seorang murid Tingkatan 1 ianya adalah sukar.
Tambahan lagi jika tanda masa tidak diberi.

3.07 Kecelaruan Istilah - Meter dan Tanda Masa

Tanda masa dan meter adalah sesuatu yang berbeza.

Meter hanya menjelaskan detik dalam setiap bar. Sebab itu meter lazimmeter 2-an (simple Istilah meter perlu ditukar kepada tanda masa.
duple) terdiri dari tanda masa 2/4, 2/2 dan 2/8. Apabika melibatkan kompaun (compound
duple) tanda masa 6/8 dan 6/4 adalah termasuk dalam meter kompaun duaan.

Begitu juga meter lazim terdiri dari 3 detik dalam satu bar. Tanda masa lazim dalam meter
3-an (simple triple) adalah 3/2, 3/4 dan 3/8. Meter kompaun (compound triple) 3-an adalah
9/8 dan 9/4.

Meter empatan adalah 4 detik dalam satu bar. Tanda masa lazim empatan (simple
quadruple) adalah 4/2, 4/4, dan 4/8 sementara tanda masa kompaun empatan (compound
quadruple) empatan adalah 12/4 dan 12/8

Dalam hal ini konsep meter dan tanda masa telah dicampur-adukkan dalam DSP yang mana Item tertinggal : Menulis semula dengan pengumpulan
menyebabkan kekeliruan apabila pelajar membuat pengumpulan not ( tiada / tertinggal yang betul.
dalam DSP) DAN apabila pelajar memasuki Tingkatan 4 dan 5 nanti.

3.08 Kecelaruan Istilah Not

Nampaknya ada kekeliruan dalam penggunaan not dan pic.

Not boleh membawa dua maksud:

a) Not yang berada pada baluk / lejer mewakili nilai pic (tinggi rendah bunyi) dan
nilai panjang (nilainya relatif bergantung kepada nombor bawah tanda masa).
Pic dilihat dari kedudukan “kepala” not samada pada garisan / ruangan / lejer.
Manakala nilai panjang bunyi dilihat dari bentuk not - krocet, minim, kuaver dll.
Selain dari nilainya relatif ia juga bergantung kepada tempo. Not krocet dalam tempo
lento lebih panjang dari not minim dalam tempo allegro.

b) Not yang berada pada baluk klef perkusi pula bergantung kepada mnemonik yang
ditetapkan. Baluk dram adalah lain mnemonik dengan baluk untuk bongo atau conga.

c) Not yang tidak ditulis pada baluk / atau pada baluk satu garisan tidak membawa nilai
pic. Ia hanya membawa nilai panjang bunyi sahaja.

B2D1E05 Menamakan not-not pada baluk (klef trebel dan bes)

Eviden ini tidak begitu jelas. Murid boleh menjawab pic E, atau Krocet atau Pic E krocet.
Namun begitu saya pasti yang dimaksudkan ialah pic.
Adalah lebih baik diubah sedikit ayat seperti berikut

B2D1E05 Menamakan pic-pic dengan betul not yang berada pada baluk
(klef trebel dan klef bes).

3.09 Istilah Tepat - Sesuai - Betul

Istilah TEPAT digunakan untuk jawapan yang murid memelukan kemahiran tinggi. Dalam DSP Tingkatan 1 tidak kritikal. Tetapi dalam
Misalnya Menyanyi dengan pic yang tepat. Memainkan dengan irama yang tepat. DSP Tingkatan 2 dan 3 ada banyak berlaku kekeliruan
(Ada murid yang menyanyi dengan pic yang longgar tetapi banyak yang istilah ini.
hampir tepat)

Istilah BETUL dicadangkan untuk penulisan atau pernyataan pic, tanda kromat, nombor
tanda masa dan sebagainya. Betul tidak semestinya tepat.

Istilah SESUAI biasanya untuk penjarian. Bunyi yang dihasilkan masih betul. Contohnya
murid Tahun 1 menulis huruf “I” bermula dari bawah dianggap tidak sesuai
tetapi hasilnya tetap betul.

B4D2E03 Menyanyi melodi solfa do re mi fa dan soh berdasarkan skor dengan betul
Melodi (irama dan pic) nyanyiankah yang betul?
Sebutan do re mi yang betul?
Diubah kepada “Menyanyi melodi solfa do re mi fa dan soh berdasarkan skor” dengan betul

Apakah maksud eviden ini?

B5D1E05 Mengecam jeda Major Ke-3 dan Perfek Ke-5 yang diperdengarkan
dengan betul.

atau lebih baik ayat ini

B5D1E05 Menyatakan jeda Major Ke-3 dan Perfek Ke-5 yang diperdengarkan
dengan betul.

3.10 Item Tertinggal

Ada dua item telah tiada dalam DSP.

a) Penulisan tanda nada.


b) Menulis not dengan pengumpulan.

You might also like