You are on page 1of 1

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para

hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Burung yang mengenang budi.

Pada suatu hari, Pak Awang pergi ke hutan untuk mencari kayu. Tiba-
tiba, semasa Pak Awang menebang kayu, dia mendengar bunyi burung
menciak di sebalik pokok itu.

Rupa-rupanya, itu bunyi burung merpati. Kakinya tercedera dan ia tidak


boleh terbang. Pak Awang mengambil burung merpati itu lalu dibawanya
pulang.

Di rumah, Pak Awang merawat burung itu dan meletakkannya di dalam


sangkar. Setelah beberapa hari, Pak Awang melepaskan burung itu
semula setelah yakin ia benar-benar sembuh.

Pada suatu hari, Pak Awang pergi menebang kayu di dalam hutan. Tiba-
tiba, dia mendengar bunyi burung menciak yang sangat kuat. Apabila
Pak Awang berpaling, ia nampak seekor ular tedung di sebalik semak
sedang memandang ke arahnya. Pak Awang segera berundur dan
melarikan diri.

Rupa-rupanya, bunyi itu datang dari burung merpati yang telah


diselamatkan oleh Pak Awang suatu ketika dahulu. Sedarlah Pak Awang
bahawa burung itu mahu membalas budinya yang telah merawat burung
itu dahulu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,


terima kasih.

You might also like