You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPASAK, KINARUT

PETI SURAT 132, 89608 PAPAR, SABAH

XBA 4256

TEL : 088-751339

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN KALI 1/2018

Tarikh : 29 Januari 2018

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :En. Bahrun Bin Kasran - Guru Besar ( Penasihat )

En. Azman Bin Jahilu - PK Hem

Pn. Virinah Jolis - Setiausaha RMTS

Pn. Ainun Alidas - 1 Amanah

Pn. Melissa Jemoline - 1 Bestari

Pn. Rusnaneh Ramlee - 2 Amanah

Pn. Bretty@Betty Pius - 2 Bestari

Pn. Linis@Bernadeth Lodius - 2 Cekal

Pn. Nurul Idzyani Ibrahim - 3 Amanah

Pn. Faridah Hashim - 3 Bestari

En. Mat Zain Mat Kasim - 4 Amanah

Pn. Suriani Hadi - 4 Bestari

Pn. Christina Eku - 5 Amanah

En. Azhar Mat - 5 Bestari

Pn. Nooraziah Amdin - 6 Amanah

Pn. Shafini Hj.Tahir - 6 Bestari

Turut Hadir :

Pn. Salbiah Ali - PK Pentadbiran

Pn. Rusiah Ahmid - PK KoKurikulum


1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Guru Besar serta semua AJK.

1.2 Menyatakan ini adalah mesyuarat kali yang pertama pada tahun 2018 bagi

membincangkan masalah-masalah dalam pelaksanaan RMTS dan perancangan

tahunan bagi unit RMTS 2018

1.3 RMT akan bermula pada 2 Januari 2018.

1.4 Murid tahun 1 dan murid cicir akan menerima RMT pada bulan Februari 2018

Makluman: Semua AJK

2. Ucapan Guru Besar

2.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran AJK dan mengucapkan terima kasih kepada

semua AJK kerana dapat menghadirkan diri.

2.2 Mengucapkan terima kasih kepada penender kantin yang bersetuju bagi

menguruskan makanan RMTS bagi 2018

2.3 Berharap agar penyediaan menu RMT boleh dipertingkatkan lagi mengikut

selera murid dan menepati nutrisi yang ditetapkan KPM

2.4 Pengerusi juga meminta agar kebersihan tempat penyediaan dan bekas makanan

dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Makluman : Setiausaha dan AJK

3. Lantikan J/Kuasa RMT sesi 2018

3.1 Rujuk lampiran 1


4. Perancangan Tahunan

4.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa penetapan menu pada tahun 2018

adalah sama seperti Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

4.2 Penender kantin diminta menghias dan memastikan keceriaan sudut RMTS

dengan bantuan AJK RMT yang ada bagi meningkatkan lagi keceriaan

kantin.

4.3 Murid RMT seramai 20 orang telah dipilih berdasarkan borang yang

dihantar dimana pendapatan keluarga berada dibawah PGK Miskin Tegar

RM710 pendapatan isi rumah dan RM150 perkapita dan Kategori Miskin

RM1,170 dengan RM250 perkapita akan menerima RMT pada kadar RM3.00

sehari.

4.4 Murid tahun 1 dan murid cicir akan dimaklumkan pada bulan Januari dan

akan menerima RMT pada bulan Febuari

4.5 Guru bertugas perlu merasa dan melaporkan perjalanan RMT setiap hari

4.6 Guru kelas diminta mengisi buku kedatangan RMT setiap hari.

Tindakan : Penender Kantin & Setiausaha

5. Hal- hal lain

5.1.1.1 Makanan lebihan akan diberi kepada penganti RMT yang mana pelajar ini

telah dipilih oleh guru kelas masing – masing berdasarkan maklumat yang

dikemaskini oleh guru kelas dan tidak khusus kepada seorang muridsahaja.

Tindakan: Guru Kelas

5.1.1.2 Murid akan menggunakan kad nama bagi mendapatkan makanan serta bagi

mengesan murid RMT yang hadir .


5.1.1.3 Makanan RMT akan disediakan serentak untuk tahap 1 dan 2 pada waktu

rehat iaitu 10.00 -10.30 pagi.

5.1.1.4 Ruang makanan murid RMT telah dipisahkan dari murid lain agar mudah

pihak kantin dan sekolah menguruskan perjalanan RMT.

5.1.1.5 Sebarang masalah atau teguran akan ditulis dalam buku pelaporan guru

bertugas. Pihak kantin juga dialu-alukan untuk memberi teguran atau

cadangan kepada AJK RMT bagi mencapai objektif kesejahteraan murid

RMT, membina sahsiah dan akademik gemilang.

5.1.1.6 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas yang akan

menjalankan tugas RMT 2018.

Tindakan : Kantin

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.08 petang

Minit disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………………………………………………. …………………………………………………..

( VIRINAH JOLIS )
Setiausaha RMTS 2018
SK. Tampasak, Kinarut, Papar.

Disahkan Oleh;

…………………………………………………..
LAMPIRAN 1

You might also like