You are on page 1of 22

HUBUNGAN

ETNIK
PENGENALAN
CTU553
HUBUNGAN ETNIK

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


Maklumat Kursus

HUBUNGAN ETNIK (CTU553)

i. Nama Kursus Hubungan Etnik

ii. Kod Kursus CTU553

iii. Taraf Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda

iv. Jam Kredit 2 Jam

Kaedah Penyampaian/
v. Kuliah, diskusi dan pembentangan
Pengendalian

2
Pengenalan

 Kursus ini membincangkan konsep asas, latar belakang dan realiti sosial masa kini hubungan
etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
 Tujuan kursus ini ialah memberikan kesedaran dan penghayatan dalam mengurus kepelbagaian
ke arah pengukuhan negara bangsa berasaskan nilai-nilai murni.
 Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pembelajaran berasaskan
pengalaman melalui aktiviti individu, berpasukan dan semangat kesukarelaan.
 Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni, mempunyai jati
diri kebangsaan, dan menerima kepelbagaian sosio budaya etnik di Malaysia.

3
Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dapat


CLO1 CLO2 CLO3

• Membincang isu dan cabaran • Menilai kepentingan jati diri • Membina hubungan dan interaksi
dalam konteks hubungan etnik di kebangsaan dan kesukarelaan ke sosial pelbagai etnik berasaskan
Malaysia. arah mewujudkan warganegara nilai murni di Malaysia.
yang bertanggungjawab.

4
Hasil Pembelajaran

 Menghuraikan konsep kepelbagaian etnik, masyarakat dan budaya yang wujud di Malaysia serta
pluraliti masyarakat menurut perspektif Islam.
 Menghuraikan sejarah kemerdekaan, penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan penyatuan
ummah melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara perbandingan dengan Piagam
Madinah.
 Membincangkan pembangunan politik dan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
 Mengaplikasikan nilai Islam dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
 Menganalisis pelan tindakan dan strategi ke arah mengujudkan masyarakat berintegrasi serta
survival Melayu dan bumiputera di Malaysia.

5
Kepentingan Hubungan Etnik Yang Harmonis

 Akan membawa kestabilan politik & ekonomi.


 Perlu usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.
 Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969:
 Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.
 Langkah konkrit perlu diambil bagi mengeratkan perpaduan nasional & keharmonian antara kaum.
 Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya sebilangan besar rakyat miskin.
 Rakyat harus bertoleransi & saling hormat menghormati.

6
Usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan
Nasional

 Selain daripada itu, kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan
semua parti politik sama penting bagi melengkapkan usaha kerajaan.
 Hubungan etnik di Malaysia bukan setakat hubungan antara kumpulan etnik, malahan meliputi
kumpulan kelas sosial yang berbeza (antara para pekerja, pelbagai tingkat sosial).

7
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

 Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik - teras keharmonian hubungan etnik.


 Wujudnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.
 Membawa kepada persepsi yang menjadi streotaip berikut;
 Melayu - petani dan nelayan
 Cina - perniagaan dan perlombongan
 India - buruh di estet
 Peribumi di Sabah dan Sarawak - di kawasan pedalaman yang mundur, etnik Cina kuasai ekonomi

8
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli


Ekonomi Bank Dunia menyatakan
bahawa ketika Malaysia dilanda
kegawatan ekonomi (1997-98),
penyelesaian ekonomi sahaja
mencukupi kerana wujudnya
perkaitan yang rapat dengan
etnisiti.

9
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

 Hubungan harmonis yang tergugat akan menyebabkan survival Malaysia turut tergugat
meskipun ekonomi dan politik dalam keadaan baik.
 Oleh itu, penyelesaian harus mengambil kira kesan ke atas hubungan etnik.
 Hubungan timbal balik etnisiti-ekonomi - suatu ciri penting sistem sosial Malaysia.

10
Kepentingan Modul Hubungan Etnik

 Modul ini diperkenalkan dengan tujuan mendedahkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) kepada tajuk-tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti perlembagaan, politik, ekonomi,
agama dan pendidikan.
 Modul ini dirangka berdasarkan kepada paradigma kesepaduan sosial sebagai pendekatan
alternatif untuk melihat hubungan etnik di Malaysia.
 Modul ini juga melihat kepada konsep takrifan autoriti dan takrifan harian.

11
Kepentingan Modul Hubungan Etnik

 “Apakah formula kejayaan Malaysia dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis?” -
jawapannya ada di dalam modul ini.
 Modul ini juga diharapkan dapat secara berterusan menghidupkan semangat setia kawan
sesama rakyat Malaysia.
 Pelajar IPT menjadi tumpuan - bakal anggota masyarakat berilmu yang akan meneruskan usaha
serta menentukan arah perpaduan negara di masa hadapan.

12
Kandungan Modul Hubungan Etnik

 Bahagian 1 - Konsep dan teori.


 Bahagian 2 - Latar belakang politik dan ekonomi.
 Bahagian 3 - Beberapa aspek penting yang berkait secara langsung dengan hubungan etnik.
 Kandungan modul ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih mantap mengenai
hubungan etnik di Malaysia.

13
Penilaian Kursus

 Penilaian Berterusan 50 %
 Ujian / Kuiz 15 %
 Kertas Kerja 15 %
 Pembentangan / Setara 20 %

 Penilaian Akhir 50 %
 Objektif 20 %
 Esei 30 %

 Jumlah 100 %

14
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN


1 •Taklimat Kursus
2 BAB 1 •Malaysia: Kesepaduan dan Kepelbagaian
3 BAB 2 •Potret Hubungan Etnik

4 BAB 3 • Islam Dan Hubungan Etnik


•Konsep Masyarakat Majmuk Menurut Islam
•Prinsip dan Nilai Kemanusiaan
5 BAB 3 • Islam Dan Hubungan Etnik
•Asas dan Aplikasi Hubungan Etnik
6 BAB 3 • Islam Dan Hubungan Etnik
•Aplikasi Maqasid Syariah
7 BAB 3 •Islam Dan Hubungan Etnik
•Konsep Wasatiyah

15
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN

8 BAB 4 •Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik


•Isu Sosioekonomi Awal Kemerdekaan
•Ekonomi dan Etnik
•DEB
•Kejayaan Ekonomi Malaysia
9 BAB 4 •Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik
•Pendekatan Islam Dalam Pembangunan Ekonomi
10 BAB 5 •Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik
•Konsep Perlembagaan
•Kronologi Pembentukan Perlembagaan
11 BAB 5 •Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik
•Piagam Madinah dan Hubungan Etnik
12 BAB 6 •Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
•Pembangunan Politik di Malaysia

13 BAB 6 •Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia


•Pendekatan Islam dalam Pembangunan Politik
16
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN


13 BAB 7 •Daripada Segregasi Kepada Integrasi
•Peranan Kerajaan
•Peranan Masyarakat
•Peranan NGO
•Integrasi Menurut Perspektif Islam
14 BAB 8 •Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial
•Sejaran Pendidikan di Malaysia
•Cabaran dalam Pendidikan
15 •Minggu Ulangkaji

17
Bahan Rujukan

 Shamsul Amri Baharuddin (et.al.). 2014. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Bangi: Institut Kajian
Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
 Idris Abd. Hamid (et.al). Bicara Ilmiah Perlembagaan Malaysia. Kuala Terengganu: Penerbit
UNISZA.
 Terjemahan dan Buku Malaysia.Shamsul Amri Baharuddin (ed.) 2007, Modul Hubungan Etnik,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur. ISTAC
 Abdul Aziz Bari. 2000. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
 Syed Mohamad Naquib Al-Alttas.1971. Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu. Bangi: UKM

18
Buku Rujukan Utama

Shamsul Amri Baharuddin (et.al.). 2014. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Bangi: Institut
Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

19
Panduan Penggunaan Slaid

 Slaid pembentangan bagi kursus CTU553 Hubungan Etnik (atau CTU555 Sejarah Malaysia) ini disediakan
berdasarkan kepada buku rujukan utama iaitu Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua terbitan Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan disesuaikan dengan keperluan kurikulum terkini CTU553 Hubungan Etnik yang
ditawarkan kepada pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 Sumber-sumber rujukan slaid:
 Buku Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua
 Slaid-slaid berkaitan modul Hubungan Etnik yang dimuat naik di laman sesawang SlideShare dan Scribd.
 Gambar dan bahan yang diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, forum, group, blog, laman
sesawang serta menggunakan enjin carian terpilih. Kepada pemilik sumber berkenaan, diharap dapat mengizinkan
penggunaan sumber berkenaan.
PENAFIAN:
 Sekiranya terdapat percanggahan fakta atau maklumat, maka maklumat daripada Buku Modul Hubungan Etnik Edisi
Kedua adalah mengatasi fakta dan maklumat yang terdapat di dalam slaid kursus ini.
 Pihak penyusun slaid tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan maklumat yang diperoleh dari slaid kursus ini.

20
Pusat Pengajian

• http://acis.uitm.edu.my
• http://www.facebook.com/acis.uit
• acis@salam.uitm.edu.my
• Akademi Pengajian Islam
• Tel : 03 - 5544 2664 / 2650 /
Kontemporari
/ 2644
• Universiti Teknologi MARA
• Faks: 03 - 544 2668 / 2367 / 5635
• 40450 Shah Alam
• Selangor Darul Ehsan

21
Terima Kasih

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob 22

You might also like