You are on page 1of 1

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK PERMAS JAYA


PASIR GUDANG

2.8 FUNGSI DAN PERANAN

Peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah adalah:

2.8.1 Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan
mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar dan
guru.

2.8.2 Berkhidmat sebagai pusat di mana bahan-bahan dapat digunakan secara individu atau
berkumpulan.

2.8.3 Merupakan satu bank di mana bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan dalam
kelas atau di rumah.

2.8.4 Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah dan
yang ada kaitan dengan bidang pelajaran.

2.8.5 Memberi panduan kepada guru dan pelajar untuk mencari, memilik, menghasil dan
menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.

2.8.6 Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi itu adalah dalam keadaan baik dan yang
dijaga, dipelihara serta diperbaiki dari masa ke semasa.

2.8.7 Menentukan bahawa bahan yang dihasilkan atau yang diperolehi itu adalah selaras
dengan keperluan kurikulum sekolah.

2.8.8 Membuat perancangan serta menentukan perancangan itu selaras dengan kehendak
zaman dan juga selaras dengan perkhidmatan baru dalam bidang kurikulum dan ko-
kurikulum

You might also like