You are on page 1of 4

1a. Nyatakan maksud Etika Perguruan dalam profesion perguruan.

Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kod Etika
Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di
negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.

b. Huraikan perkara-perkara yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan.

Perkara-perkara yang terkandung dalam etika profesion perguruan adalah guru


tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan. Setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat
perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Guru harus menjaga
perlakuan agar tidak mencemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh
menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang
membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan
berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru
dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Selain itu, guru tidaklah harus
bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Etika ini melibatkan sikap dan
prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang
melibatkan kewangan. Selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga
akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang
amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai
kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan
pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka
untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
Di samping itu, perkara-perkara yang terkandung dalam etika profesion keguruan ialah
tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru
membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun
kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara
utama perlu guru dahulukan. Guru sudah bertanggungjawab untuk melindungi dan
menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika di sekolah. Sewaktu guru sedang
menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru
dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

Peranan guru Pendidikan Moral amat penting dalam membentuk generasi muda
yang berakhlak mulia, bermoral dan menghayati nilai murni.

2a. Jelaskan dua peranan guru Pendidikan Moral bagi mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika.

Guru pendidikan Moral berperanan dalam menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan
nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral. Ilmu pengetahuan
yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh
dalam amalannya. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih
berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin
ilmu. Sementelahan, guru Pendidikan Moral juga berperanan untuk
memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya seperti
kemahiran sikap peribadi yang melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja,
kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta
persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid
dan tidak menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat
dan menghina mereka.

b. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Moral


untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid berserta contoh yang
sesuai untuk meneguhkan hujah anda.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah kem motivasi. Antara aktiviti yang boleh
dijalanakan di kem motivasi ialah aktiviti bersama fasilitator, iaitu aktiviti gaya hidup
saya. Melalui aktiviti ini, murid dapat membuat pendedahan kendiri secara terbuka,
menerima dan menyedari hakikat dirinya dan berupaya membina perubahan. Selepas
menjalankan aktiviti ini, murid dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri dan
memahami sifat-sifat positif dan negatif diri sendiri. Sifat positif akan dikembangkan
dan sifat negatif dijadikan sebagai cabaran untuk kejayaan. Aktiviti yang seterusnya
ialah Kempen Alam Sekitar. Antara aktiviti yang boleh dijalanakan dalam kempen alam
sekitar ialah 2.Pertandingan Pengolahan Semula Bahan Buangan dan Penghasilan
Barangan yang Baharu.Murid dibenarkan berkumpulan secara 6 orang untuk
menghasilkan barangan yang baharu dengan menggunakan bahan buangan.
Antaranya, kaca, plastik, botol plastik dan lain-lain. Pertandingan ini secara eksplisit
dapat memupuk kreativiti dan imaginasi mereka dalam menghasilkan barangan yang
menarik. Dengan itu, sikap bekerjasama juga disemaikan dalam kalangan murid.
Bukan itu sahaja, pertandingan ini dapat memupuk kesedaran murid tentang
mengurus bahan buangan dengan baik. Melalui kempen alam sekitar, dapat
menerapkan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid dan juga memupuk
nilai bekerjasama serta perpaduan melalui aktiviti kumpulan atau kelas.

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistic iaitu menilai aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.

3a. Sebagai guru bagaimana anda melaksanakan penilaian aspek psikomotor


dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan memberi satu contoh yang
sesuai.

Penilaian adalah upaya atau tindakan untuk mengetahui sejauh mana tujuan yang
telah ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dengan kata lain, penilaian berfungsi sebagai
alat untuk mengtahui keberhasilan proses dan hasil belajar murid-murid. Psikomotor
merupakan ranah yang berkaitan dengan keterampilan atau kemampuan bertindak
setelah seseorang menerima pengalaman belajar tertentu. Psikomotor adalah ranah
yang berhubungan dengan aktiviti fisik, misalnya lari, melompat, melukis, menari,
memukul, dan sebagainya. Hasil belajar ranah psikomotor dikemukakan oleh Simpson
(1956) yang menyatakan bahawa hasil belajar psikomotor ini tampak dalam bentuk
keterampilan dan kemampuan bertindak individu. Dalam penilaian psikomotor moral,
pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai
yang telah dipelajari. Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkah
laku dan gerak-geri pelajar dan bandingan dengan tingkah laku piawai yang telah
disediakan. Dalam penilaian tingkah laku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’
dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu
produk. Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.

b. Tentukan domain yang dapat direkodkan bagi membuktikan prestasi


seseorang murid yang cemerlang.

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan


mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan
dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan
peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian. Dalam
dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor
yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu
guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Guru menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrumen pentaksiran,
menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui
aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
pendidikan Kebangsaan. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian
Formal dan Penilaian Sumatif .Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur
perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran
yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran
dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program
pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang
cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang
tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang
dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau
taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh
semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

You might also like