You are on page 1of 5

PK 07/3

SEKOLAH SJK(T) LADANG BUKIT BENUT, KLUANG JOHOR

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK. BIL2/(2018)

Tarikh : 4hb April 2018 (Rabu)


Masa : 1.40 t/hari hingga 2.40 t/hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(T) Ladang Bukit Benut
Pengerusi : En.Palani kumar Ramasamy

Kehadiran(Bilangan) : 5 Orang guru

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi En.R.Palanikumar telah mengalu-alukan kedatangan semua guru
ke Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2 tahun 2018.

1.2 Pengerusi telah mengucapkan tahniah dan syabas serta berterima kasih kepada
semua AJK Panitia di atas bersama-sama menjayakan program-program panitia
Matematik.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Y.Chitra
Disokong untuk pengesahan oleh Pn.M.Amutha

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Penyediaan RPH, semua guru perlu harus menyediakan RPH dengann menggunakan
format pdpc yang memenuhi hasrat kelas abad ke-21.
Rakaman video telah dirakam dan hantar ke PPD bagi matapelajaran Matematik .
Tindakan:Semua Guru Panitia MT
3.2. Sila pastikan semua murid telah menghafal sifir mengikut tahap masing-masing sebelum
bulan Mei.2018 dan pastikan dijalankan 5 minit awal sebelum pdpc.

3.3 Semua guru pastikan menggunakan bahan ICT dalam pdpc masing-masing.
Tindakan: Semua Guru Panitia MT

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1. Pencapaian Ujian Bulanan Mac
4.1.1 Jadual berikut menunjukkan pencapaian murid-murid bagi mata pelajaran
Matematik Tahun 2018 dalam ujian penilaian 1 (Bulan Mac)

BIL TAHUN NAMA TOV ETR UP1


MURID M G M G M G
1 1 S.KESEVAN 89 A 90 A 89 A
2 1 R.HARIHARAN 89 A 90 A 89 A
3 1 R.VASANT 89 A 90 A 93 A
4 1 G.THIVAGAR 92 A 90 A 92 A
1 2 R.SIVVANI 72 B 83 A 48 D
2 C.LUTISHA 60 B 75 B 71 B
2 2 R.THIRUMURUGAN REDDY 53 C 60 B 45 D
3 2 G.YUGAN RAJ 61 B 65 B 48 D
4 3 R.PRAVINAAH 73 B 85 A 56 C
5 3 K.JEEVALETCHUMY 48 D 65 B 50 D
6 3 SARVEEN 51 C 65 B 44 D
7 3 G.DARSHAN RAJ 50 C 65 B 40 D
8 4 R.THEVARAJ 56 C 60 B 42 D
9 5 B.PRIYA SRI 40 D 80 A 75 B
10 6 R.HEVITHA 57 C 80 A 42 D
11 6 G.MALLIGA 40 D 70 B 28 E
12 6 G.MATHURAM 33 E 65 B 26 E

GPS M/P 2.59 1.41 3.12


% LULUS 94 100 88
% GAGAL 6 0 12

Tindakan:Semua Guru Panitia MT


4.2. Dapatan Ujian
4.2.1 GPS bagi TOV ialah 2.59 manakala GPS bagi ujian penilaian 1 ialah 3.12
4.2.2 Ini menunjukkan penurunan GPS serta pencapaian telah merosot sedikit
4.2.3 88% murid telah lulus dalam Ujian 1 dan 16 % telah gagal,atau kata lain
dua orang murid telah gagal dalam ujian 1
4.2.4 Kekuatan : i. Semua murid tahap 2 sudah menghafal sifir sehingga 9
ii. Semua murid tahap 2 menguasai cara penyelesaian soalan asas
Matematik (+ - x ÷ ) dengan baik.
Kelemahan : i. Murid-murid menghadapi masalah yang besar dalam memahami
soalan penyelesaian masalah dan soalan matematik bersituasi
ii. Beberapa murid masih tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.
iii. Kehadiran murid ke sekolah juga menjadi antara masalah murid
tidak dapat skor dalam peperiksaan.

Tindakan:Semua Guru Panitia MT


4.3 Plan Strategi matapelajaran matematik.
4.3.1 Pelan strategik bagi 5 tahun telah disediakan mengikut tahap murid yang terdapat
pada tahun ini. Program yang akan ditentukan juga harus mempunyai impak yang
berkesan pada tahun yang akan datang.
4.3.2 Pelan taktikal dan pel/an operasi juga akan disediakan bagi setiap program yang
dirancang dalam pelan strategi.

Tindakan:Semua Guru Panitia MT


4.4 Program Kecemerlangan Tahun 5 dan 6
4.4.1 Beberapa program kecemerlangan telah dirancang untuk murid-murid supaya
mereka berjaya mendapatkan markah yang baik dalam ujian mereka, terutamanya
darjah 5 dan 6
antaranya :
i. Kelas berfokus darjah 5 dan 6, selepas waktu sekolah dari pukul 1.45 – 3.00
petang hari mengikut ketetapan yang dijadualkan.
ii. Latihan tambahan kepada murid selain waktu pdpc.
iii. Latih tubi berterusan setiap topik yang telah habis dari awal.
iv.Pengunaan teknik alternatif dalam penyelesaian soalan jenis KBAT dan soalan
Matemaik bersituasi.
Tindakan:Semua Guru Panitia MT
4.5 Program-program panitia tahun 2018
BIL PROGRAM OBJEKTIF SASARAN GURU JANGKA STATUS
T/JAWAP MASA PERLAKSAAN
Murid-
Melatih murid untuk Guru-guru
1 Kelas berfokus murid Jan - Sept
matematik Sedang dijalankan
tahun 6 persediaan UPSR. tahun 6

Melatih guru-guru cara


Bengkel
penandaan penandaan betul dan Telah dilaksanakan
2 pemarkahan untuk
kertas Guru-guru Guru-guru oleh JKD MT pada
Matematik & Matematik format baru matematik matematik Feb 16hbMac.2018
Jadual (2016) & Menentukan taraf bertempat SJKT
Spesifikasi Item sesuatu peperiksaan Lambak
(JSI) mengikut kehendah KBAT.
Cepat Kira Membolehkan semua murid Guru-guru
( Proses asas Semua Sedang dijalankann
menguasai proses-proses matematik Feb - Okt
3 matematik ) 5 murid bagi tahap 2
minit setiap hari asas matematik.
Program bijak Membolehkan Semua murid
4 Semua Jan - Mei
sifir Semua guru Sedang dijalankan
fasih dalam sifir 1-9 murid
Minggu Menanam sifat cinta pada Semua
5 2-6. April.17
Matematik murid Semua guru Belum dilaksanakan
matematik oleh murid-murid.
Pertandingan
6 sudut Memupuk sudut dapat Guru-guru
Semua
Matematik yang ditukar sentiasa dan hasil matematik Jan-Okt Sedang dijalankan
murid
berinformasi murid perlu ada 100%

7 Pertandingan Membolehkan murid-murid Telah dilaksanakan


Beberapa Guru-guru
Kangaroo berfikir secara terbuka dan pada 16hbMac.2018
murid matematik 16.03.2018
Maths peringkat mewujudkan keyakinan seperti ditetapkan,
terpilih
Kebangsaan dalam diri mereka. tunggu keputusan.

4.6 PAK21

4.6.1 Semua guru perlu bersedia sebelum ke kelas mengikut kehendak PAK21.
4.6.2 Penulisan buku rancangan pembelajaran perlu dilengkapi dengan pdpc mengikut
kehendak PAK21 dan mesti lebih fokus kepada murid.
4.6.3 Dalam PAK21 guru hanyalah pemudahcara bagi murid-murid dalam kelas.
4.6.4 Guru perlu memastikan penggunaan ICT dalam pdpc dan perlu gunakan semua
aspek yang telah di disediakan dalam kelas.

Tindakan:Semua Guru Panitia MT

4.7 PLC

4.7.1 Guru-guru diminta untuk menjalankan PLC bagi isu mengenai PAK 21 dan SKPMg2
bagi pencerapan.
4.7.3 Guru panitia diminta untuk menjalankan PLC dan menyediakan laporan PLC terkini
untuk disimpan dalam fail PLC.

Tindakan:Semua Guru Panitia MT

4.8 Penggunaan BBM/VLE

4.8.1 Guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang ada dengan
berkesan.
4.8.2 Guru-guru harus mengemaskini bahan pengajaran atau bahan rujukkan
dalam laman VLE. Sekiranya mempunyai sebarang masalah boleh
merujuk kepada guru ICT sekolah.
4.8.3 Peralatan BBM boleh ambil dibilik stor serta maklumkan kepada guru PSS
serta mencatatkan dalam rekod penggunaan peralatan.
4.8.4 Guru digalakkan menggunakan VLE untuk Pdpc sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu.
Tindakan:Semua Guru Panitia MT

4.9 LINUS
4.9.1 Sehingga kini saringan 1 sedang dijalankan dan semua murid berada pada tahap
yang memuaskan. Pemantauan juga telah dijalankan oleh Fasilinus dan Guru
Besar.
4.9.2 Semua guru memastikan agar murid dapat melepasi saringan 1 tanpa sebarang
masalah.
4.9.3 Guru juga telah diberikan taklimat khas bagi Linus, seperti kaedah pemarkahan
dan kaedah menandakan kertas saringan 1 murid.
4.9.4 Linus bagi LBI dijalankan bagi semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 3. Diminta
semua guru yang mengajar Tahun 1 – 3 untuk memastikan murid melepasi
saringan mengikut kehendak KPI.
Tindakan:Semua Guru Panitia MT

4.10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.10.1 Guru mata pelajaran harus menyediakan senarai semak mata pelajaran dan
mendapatkan pengesahan daripada ketua Panitia serta dari Setiausaha
Peperiksaan.
4.10.2 Guru mata pelajaran harus memasukkan senarai semak dalam fail pengajaran.
4.10.3 Guru harus mengemaskinikan maklumat dalam senarai semak dan boleh dirujuk
pada masa diminta oleh Setiausaha peperiksaan untuk dikemaskinikan dalam
sistem PBS sekolah.
4.10.4 Bagi tahap 2, pelaporan offline perlu diisi dan dikemaskini. Pelaporan akan dikutip
oleh penyelaras PBS sebanyak 4 kali setahun.
4.10.5 Pelaporan perlu dibuat bagi semua matapelajaran teras dan bukan teras.
4.10.6 Guru KSSR juga akan dipantau bila-bila masa untuk tindakan PBS sekolah.
Tindakan:Semua Guru Panitia MT

4.11 Anggaran peruntukan matapelajaran

4.11.1 Semua Panitia mata pelajaran diminta membuat perancangan


perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan 2018 yang telah diterima
oleh pihak sekolah. Produser kewangan perlu dipatuhi sepenuhnya.
4.11.2 RM252.00 telah dianggarkan bagi belanjaan panitia bagi tahun 2018.

Tindakan:Ketua Panitia MT

5 5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru matapelajaran harus berada dalam kelas tepat pada masa, dan perlu bersedia
setiap masa, terutamanya sebelum PdP.
5.2 Murid harus diberi peluang untuk memberi idea dan berinteraksi dalam kelas.
5.3 Guru harus mempamerkan hasil kerja murid di sudut mata pelajaran.
5.4 Guru digalakkan untuk tuliskan objektif mata pelajaran pada papan putih.
5.5 Guru boleh menggunakan komputer bagi murid sewaktu Pdpc, penggunaan komputer
adalah sangat diperlukan bagi semua murid.
5.6 Peta i-think yang digunakan perlu mengikut ketetapan, di mana guru boleh memilih
peta yang sesuai perlu digunakan.
5.7 Talian internet tidak mencukupi untuk penggunaan dalam bilik darjah Kelas abad ke-
21. Masalah internet tidak dapat diatasi buat masa ini, oleh itu guru harus
menggunakan Pdpc berkesan dengan memberi kerja menaip slaid menggunakan
komputer
riba.
5.8 Penggunaan telefon bimbit di dalam kelas adalah tidak dibenarkan. Jika guru ingin
menggunakan telefon bimbit sebagai BBM, perlu dicatatkan dalam RPH terlebih
dahulu dan dengan pengetahuan pentadbiran sekolah.
5.9 Guru juga harus bersama dengan murid dan tidak membiarkan murid membuat
latihan tanpa bimbingan guru.

Tindakan:Semua Guru Panitia MT


6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang

Disediakan oleh,

(Setiausaha Panitia Matematik)

Tarikh : 4hb April 2018

You might also like