You are on page 1of 2

JADUAL KADAR DENYUTAN NADI REHAT (KUMPULAN)

Ahli Cheng Zi Qin Evon Chai Ee Jap Lee Sian Yap Sze Ying
Weng
Minggu
1 78 73 74 73

2 77 71 72.5 71

3 76 68 71.5 69

4 75 66 71 67

GRAF KADAR DENYUTAN NADI REHAT (KUMPULAN)


80
78
76
74
72
70
68
66
64
62
60
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Cheng Zi Qin Evon Chai Jap Lee Sian Yap Sze Ying
Laporan Berkumpulan

Kerja kursus ini telah mengambil masa selama sebulan untuk melakukan aktiviti
berdasarkan piramid aktiviti fizikal yang dirancang oleh setiap kumpulan masing-masing.
Kumpulan kami telah merancangkan beberapa aktiviti berdasarkan beberapa komponen
kecergasan fizikal contohnya berjoging, bangun tubi, tekan tubi, larian pecut, kilas sisi dan
sebagainya bagi meningkatkan daya tahan kardiovascular badan. Kadar nadi telah diambil
pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu selama empat minggu selepas bangun dari tidur
selama 60 saat.

Setiap minggu, kami akan melakukan aktiviti yang dirancangkan secara bergilir-gilir
dan dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti fizikal. Aktiviti
dimulakan selepas badan sudah bersedia untuk bekerja. Selepas menjalankan aktiviti fizikal,
kami juga melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Berdasarkan graf di atas, kadar perubahan nadi rehat bagi setiap individu adalah hampir
sama iaitu sebelum melaksanakan senaman kadar nadi individu adalah dalam lingkungan
78 hingga 71 denyutan per minit. Kemudian menurun kadar nadi selepas melaksanakan
aktiviti iaitu dalam julat 69 hingga 66 denyutan per minit.

Kadar nadi rehat individu yang paling baik ialah Evon Chai dan Yap Sze Ying iaitu sebanyak
66 dan 67 denyutan per minit masing-masing diikuti oleh Jap Lee Sian dan Cheng Zi Qin
yang mempunyai kadar nadi rehat sebanyak 71 dan 75 denyutan per minit pada minggu
terakhir. Jika ditinjau dari segi kadar nadi rehat, Evon Chai dan juga Yap Sze Ying
mempunyai penurunan yang paling banyak. Manakala Jap Lee Sian dan Cheng Zi Qin pula
menunjukkan penurunan. Kemungkinan adalah disebabkan latihan intensiti dan bebanan
yang tidak mencukupi, oleh itu, kadar nadi rehat mereka tidak menunjukkan penurunan yang
drastik. Tetapi, keempat-empat orang individu ini masih mempunyai kadar nadi rehat yang
baik.

Secara kesimpulannya, semua individu berada dalam kadar nadi rehat yang sihat. Semua
ahli kumpulan juga mempunyai kadar nadi rehat yang sihat dan telah menunjukkan
penurunan selepas menjalankan aktiviti piramid yang telah dirancangkan. Selepas
menjalankan aktiviti ini, badan kami menjadi lebih sihat dan tidak mudah berasa penat. Hal
ini telah menunjukkan jantung dapat bekerja dengan lebih efisien dan menerima oksigen
yang lebih banyak.

You might also like