You are on page 1of 1

Isi Karangan Kesihatan

1. Makanan seimbang sangat penting untuk memastikan kesihatan diri terjamin.


Kita mestilah makan makanan yang mempunyai vitamin dan mineral yang
tinggi dan digalakkan memakan banyak buah - buahan dan sayur-sayuran untuk
kekal sihat dan banyak akan meningkatkan imuniti badan kita. Kita tidak perlu
mengambil makanan ringan atau makanan segera kerana makanan initidak
menjamin kesihatan yang sempurna.
2. Aktiviti senaman ringan dua atau tiga kali seminggu juga mampu memberikan
tahap kesihatan yang baik. Bersenam dapat menyihatkan badan, mencerdaskan
otak dan mengelakkan kegemukkan. Aktiviti bersenam juga boleh menjamin
kesihatan yang baik. Senaman boleh mengeluarkan peluh. Peluh yang keluar
ketika kita bersenam dapat membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh
badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau
stres yang dialami oleh setiap orang. Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit.
3. Kita harus tidur dan rehat yang cukup sangat penting untuk menjadikan hidup
kita sihat dan terus berfungsi dengan baik. Tanpa tidur yang secukupnya
kesihatan sememangatnya akan terganggu dan tubuh badan akan menjadi letih
dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Seseorang murid
perlu tidur untuk sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
4. Kita hendaklah jauhi amalan yang tidak sihat seperti merokok, menghisap
dadah, pengambilan alkohol yang banyak dan sebagainya. Pengambilan alkohol
dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah
kesihatan, antaranya obesiti, kencing manis dan kesihatan mental. Selain kita
perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran.

You might also like