You are on page 1of 2

Karangan (Peperiksaan Akhir Tahun)–––– Kemalangan Jalan Raya .

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin
meningkat dari hari ke hari. Setiap hari mendapat perhatian sama ada televisyen, akhbar mahupun
pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia berlaku di negara
kita dan telah menjadi buah mulut masyarakat.
Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara mendadak sehingga tiada
penghujungnya. Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. Oleh itu,
antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian
pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan
letih dan rasa mengantuk boleh menyebabkan kurang tumpuan.
Selain itu, faktor berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tidak
sabar. Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan
raya dan sering melanggar peraturan jalan raya sesuka hati. Biasanya, pemandu lebih suka
memandu dengan laju dan cepat untuk tiba ke destinasi. Bak kata pepepatah, Biar Lambat Asal
Selamat, sikap berhati-hati di jalan raya dan menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku.
Disamping itu, pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan
memperlambat pergerakan mereka. Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat
terutamanya penunggang motorsikal Mereka telah melupakan ungkapan “Pandu Laju Maut Menanti”
dan ketidaksabaran mereka akhirnya telah meragut nyawa. Apabila berlaku kemalangan sudah tentu
mereka akan cedera. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri
malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Tambahan pula, kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah
menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Perbuatan ini amat berbahaya kerana apabila
pemandu telah tertarik pemandu akan berlupa terlupa bahawa mereka sedang memandu. Akibatnya,
kemalangan akan berlaku. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang-
undang jalan raya juga adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya. Lantaran itu, pemandu
perlu mengelakkan diri daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja. Setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam
ungkapan “Biar lambat asalkan selamat”. Hal ini bertepatan dengan slogan, Pandu Cermat Jiwa
Selamat. Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik sebelum bertolak dari
rumah. Oleh yang demikian, semua pihak harus berganding bahu agar mengurangkan kadar
kemalangan untuk bersatu memajukan negara kita.

Ayat-ayat yang diberi untuk mengalakan karangan kamu:


1. Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat rempit” yang sering
melumba motosikal secara haram di jalan raya.
2. Pemandu berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan
orang lain.
3. Pemandu yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti
yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.
4. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah yang
praktikal perlu diambil oleh semua pihak.
5. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan
pengguna jalan raya yang lain.
6. Oleh itu, keadaan kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Ulasan (Peperiksaan Akhir Tahun)–––– Punca Kemalangan Jalan Raya

Gambar di atas menunjukkan punca utama kemalangan. Antara punca utama kemalangan tersebut
adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan
sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik
akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut. Sebagai contoh, terdapat
pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan
tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga
menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir
sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar
peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.
(99 patah perkataan)

You might also like