You are on page 1of 1

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PAHANG

3 OKTOBER 2017
HELMI BIN MOHD SALLEH

PRESTASI PROJEK ROMPIN INTEGRATED PINEAPPLE PLANTATION

ABSTRAK

Sektor Nanas telah dikenal pasti dan terpilih sebagai salah satu produk yang bakal memacu
pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek RIPP ini dilaksanakan secara
kolaborasi antara Kerajaan Negeri Pahang, LPNM dan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Paintai
Timur (ECERDC) dengan melantik Syarikat Induk dan menggunakan pendekatan pembangunan
bersepadu perladangan nanas komersial berskala besar, penggunaan teknologi moden, penglibatan
sektor swasta dan pendekatan secara menyeluruh dalam memanfaatkan seluruh rantaian nilai di dalam
industri nanas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pahang telah meluluskan tanah seluas 5,000 ekar
(2,023.47 hektar) pada 7 September 2009 untuk projek RIPP ini dengan pembahagian 1,500 ekar
(607.04 hektar) kepada LPNM dan 3,500 ekar (1,416.43 hektar) kepada Perbadanan Setiausaha
Kerajaan Pahang (PSK). Namun berikutan dengan kekangan isu orang asli, projek RIPP hanya
dibangunkan di atas tanah LPNM sebagai fasa pertama dan keluasan sebenar tanah yang telah diberi
hakmilik sementara kepada LPNM adalah 1,421.45 ekar (575.24 hektar) pada 18 September 2013.

Pada 2 Jun, 2011 LPNM telah menandatangani dokumen perjanjian “Implementation and
Development of the Rompin Intergrated Pineapple Project in Pahang Darul Makmur” antara LPNM,
ECERDC dan PSK. Pelaksanaan projek ini akan sentiasa dipantau di bawah Rompin Pineapple
Plantation Implementation Committee (RIPPIC) yang keanggotaannya utama adalah terdiri daripada
ECERDC, LPNM dan Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu, RIPPIC berfungsi juga sebagai penasihat
dalam pelaksanan, pembangunan dan operasi projek RIPP.

Objektif projek ini adalah untuk pengeluaran nanas premium MD2 yang berkualiti tinggi untuk
pasaran eksport dengan sasaran pengeluaran 10,000 mt setahun, menarik pelaburan swasta dalam
pengeluaran nanas berskala komersial, mengurangkan jurang perbezaan ekonomi serta meningkatkan
nilai dan kualiti kehidupan masyarakat tempatan terutamanya orang asli dan mewujudkan peluang
keusahawan melalui sistem pemasaran yang efisyen di antara syarikat induk dan usahawan kontrak

Varieti nanas yang telah dipersetujui bersama di peringkat RIPPIC untuk dimajukan adalah
nanas MD2. Pemilihan nanas MD2 ini adalah antara buah-buahan yang disenaraikan sebagai pasaran
premium dan merupakan permintaan utama bagi pasaran eksport. Projek ini telah dimulakan pada Mac
2013 oleh Syarikat Induk. Kemajuan penanaman keseluruhan semasa sehingga 14 September 2017
ialah seluas 1,029.22 ekar (416.52 hektar).

Pengeluaran hasil pertama buah nanas MD2 bagi projek RIPP adalah pada Januari 2015 oleh
syarikat RIPI. Jumlah pengeluaran hasil dan jualan secara kumulatif yang telah diselenggarakan oleh
syarikat RIPI di pusat pengumpulan sehingga Jun 2017 bernilai RM 1,603,320.28 dengan berat
2,570.81 mt serta bilangan buah sebanyak 2,424,552 biji. Pengeluaran untuk pasaran eksport dari
Mac 2016 sehingga Jun 2017 oleh Syarikat RIPI adalah berjumlah 76.25 mt iaitu ke negara Jepun,
Korea Selatan dan Timur Tengah.

You might also like