You are on page 1of 29

Ekonomi

Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah


dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di
kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai
peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang
and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha


berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara
kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan
mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun
2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan
dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-
kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang


melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara
Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada
teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.

Menara Kembar Petronas

Menara Kuala Lumpur


Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang
berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama
antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk
menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.

Proton Inspira yang canggih dan berkualiti

Perodua Myvi yang berkualiti. berharga rendah dan pernah laris dijual di pasaran.

Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat


semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah
disediakan sama ada di luar bandar atau bandar supaya seluruh rakyat di Malaysia
dapat menikmati kemudahan yang sempurna.

Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam
sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi
mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha
pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya
negara tidak ketinggalan. Menara ini direka oleh dua orang arkitek dari Argentina, César
Pelli dan Djay Cerico dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada masa itu. Gelaran
bangunan tertinggi di dunia bagi Menara Berkembar Petronas bertahan dari tahun 1998
hingga 2004, sebelum bangunan Taipei 101 di Taiwan siap dibina dan diiktiraf sebagai
bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, menara berkembar ini
masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa
mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan
berjaya.

Bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 451.9 m dan keluasan sebanyak 395,000
meter per segi. Bangunan ini juga mempunyai 88 tingkat dan kos pembinaan kedua-dua
menara menelan sebanyak RM1.6 bilion! Terdapat beberapa cirri-ciri dalam bangunan ini
yang menjadi tarikan pengunjung dan antaranya ialah “Skybridge”, iaitu sebuah jambatan
yang menghubungkan kedua-dua menara dalam tingkat 41 dan 42. Selain menonjolkan nilai
estetika menara berkembar ini, jambatan “Skybridge” ini juga berfungsi sebagai aspek
keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dalam salah satu menara.
Selain jambatan ini, taman KLCC yang terdapat di perkarangan bangunan ini (terletak
berhampiran Suria KLCC) juga menjadi faktor tarikan pengunjung. Seluas 17 ekar, taman ini
mempunyai panorama yang begitu indah walaupun terletak di tengah-tengah Bandar Raya
Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau
berjoging dan taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC juga memiliki pancut air dan
pertunjukan cahaya yang menjadikan taman itu amat mempesonakan bagi mereka yang
mengunjung taman itu pada waktu malam.

Sememangnya Menara Berkembar Petronas merupakan kejayaan Malaysia yang terbesar


pada zaman modenisasi ini dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan
Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dalam bidang sains mahupun teknologi.
Sekiranya kita mengambil iktibar daripada bangunan berkembar ini, kita mampu
menghasilkan kejayaan yang lebih besar lagi, selagi kita percaya bahawa “Malaysia Boleh”.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

KLIA, seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, merupakan suatu bangunan yang
menonjolkan kesenian yang unik dan menjadi teras kepada sektor pelancongan asing
negara ini. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di
Asia Tenggara dan menjadi lapangan terbang utama di Malaysia. Lapangan ini terletak di
daerah Sepang, iaitu di Selangor dan berada 50 kilometer dari pusat Kuala Lumpur. KLIA
menelan belanja sebanyak RM3.5 bilion untuk pembinaan.

Perancangan untuk pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan pada masa
itu memutuskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, atau kini dikenali
sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, tidak mampu menampung permintaan
masa hadapan dalam bidang penerbangan dan pelancongan. Kini, KLIA berupaya
menampung 35 juta penumpang dan 1.2 juta tan metrik kargo setahun! Pada tahun 2007,
KLIA dipangkatkan sebagai lapangan terbang ke-7 paling sibuk di Asia dan seramai
26,938,970 orang penumpang menggunakan KLIA pada tahun itu.

Terdapat beberapa kemudahan dan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala


Lumpur dan antaranya ialah Terminal 1, iaitu terminal utama KLIA. Terminal ini terletak di
antara dua “runway” lapangan tersebut. Terminal itu mempunyai keluasan sebanyak
336,000 meter per segi dan sebanyak 216 kaunter pendaftaran boleh dijumpai di terminal
tersebut. Dengan adanya kaunter-kaunter tersebut, operasi pendaftaran penumpang dan
pembelian tiket penerbangan dapat berjalan dengan lancar. Selain Terminal 1, terminal
“Satellite” A menjadi tumpuan di KLIA kerana di terminal tersebut, terdapat banyak kedai
bebas cukai yang menjual barangan berjenama antarabangsa. Penumpang perlu menaiki
“aerotrain” untuk ke terminal ini dan pelbagai kemudahan disediakan dalam terminal
“Satellite” seperti surau, tempat mandi, dan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma. Malah,
terdapat hutan hujan mini di tengah-tengah terminal tersebut untuk mempamerkan
keindahan alam semulajadi di Malaysia.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai dan menghayati kebanggaan
Malaysia ini, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kejayaan dalam
pembinaan struktur unik ini tidak mungkin tercapai tanpa usaha yang gigih serta pandangan
yang berwawasan ke arah masa hadapan.

Malaysia Airlines (MAS)

Syarikat Malaysia Airlines, atau lebih dikenali sebagai MAS, merupakan syarikat
penerbangan tunggal yang dimiliki kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah membawa nama
Malaysia ke seluruh pelosok dunia melalui industri penerbangan antarabangsa dan kini,
syarikat penerbangan Malaysia Airlines merupakan antara syarikat yang paling berjaya
dalam arena penerbangan domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara. Malaysia Airlines
mengendalikan setiap penerbangan dari pusatnya, iaitu KLIA, dan pusat sekundernya di
Kota Kinabalu.

Malaysia Airlines menyediakan pelbagai kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya dan


antaranya ialah kaunter CUSS yang membantu para pelanggan mendaftar untuk
penerbangan dari 2 hingga 48 jam sebelum kapal terbang berangkat. Selain itu, MAS turut
menyediakan “Golden Lounge” di lapangan-lapangan terbang tertentu. “Golden Lounge” ini
memberi perkhidmatan seperti pusat perniagaan, makanan, bilik rehat, dan pusat menjaga
kanak-kanak. Kabin-kabin dalam kapal terbang milik syarikat MAS juga terbahagi kepada
kelas-kelas tertentu. Kabin Kelas Pertama versi terbaru diperkenalkan pada tahun 2005 dan
hanya terdapat dalam kapal terbang Boeing 747-400. Hanya 12 tempat disediakan untuk
kelas tersebut. Kelas “Golden Club” pula diperkenalkan pada tahun 2005 dan perkhidmatan
hiburan dalam bentuk filem-filem, berita, dan dokumentari disediakan melalui peralatan-
peralatan seperti “Portable Media Player (PMP)” untuk penerbangan yang melebihi 3 jam.
Dalam kabin kelas Ekonomi pula, sebuah TV ditempatkan dalam setiap kerusi dan skrin
LCD juga menayangkan filem-filem untuk tontonan umum.

Pendek kata, syarikat Malaysia Airlines telah banyak mengalami perubahan sejak
penubuhannya pada tahun 1937 dan telah berevolusi dari syarikat penerbangan yang kecil-
kecilan sehingga menjadi ikon industri penerbangan di Malaysia dan juga negara
serantaunya. Malaysia Airlines merupakan salah satu kejayaan Malaysia dan legasinya
serta sejarah di sebalik syarikat penerbangan yang dikenali seluruh dunia harus
disemadikan dalam jiwa kita semua. Oleh itu, kita juga haruslah mengambil iktibar daripada
syarikat yang berjaya ini supaya kita semua boleh menyumbang kepada negara kelak.
Pesaka Alam

1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana
aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai
kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Kejayaan Malaysia dalam usaha
membangunkan negaranya mengikut acuan tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi
oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan. Ini terbukti apabila Malaysia
diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi
yang tersendiri. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan
dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah negara yang
diramal akan aman dan boleh dimajukan. Ramai yang meramalkan bahawa
perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti
akan merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi
tanggapan itu ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak
kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing. Inilah
formula yang telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di
Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh
kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa menghiraukan ideologi
yang diamalkan oleh negara tersebut.

Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia.


Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang
membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan
ekonomi pada 1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International
Monetary Fund). Selain itu keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana
pertumbuhan ekonomi tempatan juga merupakan perbincangan utama dalam kerja
kursus ini.
Tahun 2005 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kelapan dan
pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini akan menyediakan asas yang
kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Ketika melangkah ke tahun 2006,
cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam
era globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu
diketepikan. Untuk terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam
arus persekitaran global. Dalam hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan
menjangkau ke arah menjadi pemain global terutamanya dalam bidang yang mana
kita mempunyai kelebihan kompetitif.
Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang. Sudah tibalah
masanya untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal. Adalah
penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian
yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020. Sehubungan
ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha
akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat
kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur,
berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas
pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang. Rakyat
Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan
dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.

2. Peranan kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi


“Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan
ekonomi negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya
objektif pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas
ekonomi makro dan sektor kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan
awam, memajukan sector-sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan,
pertanian dan perkhidmatan, mengambil langkah-langkah bagi mencapai matlamat
sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan kualiti
hidup rakyat Malaysia.”1
Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang
ekonomi antara kaum. Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini,
kerajaan telah memainkan banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah:
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(c) Dasar Percukaian dan Subsidi
(d) Pelan Induk Perindustrian
Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-
langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara. Langkah-langkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai
kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang
memberansangkan.

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Tiga puluh tahun dulu, kebanyakan rakyat Malaysia yang miskin terdiri daripada
orang Melayu tetapi itu bukanlah isunya hari ini. Jurang antara kaum dilihat
semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini semakin meningkat, walaupun
persamaan masih belum tercapai. Pada 1990an inilah lahirnya tokoh-tokoh
ekonomi Melayu melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang secara
rasminya dimansuhkan pada 1990 tetapi semangatnya tidak pernah padam.2
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini
dalam bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata
beliau, ia sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang
berkemampuan untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam
perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat.3
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada
sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya.
Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali
sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru). DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka
panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.
Berdasarkan dua petikan di atas, objektif utama kewujudan DEB adalah untuk
membuka peluang kepada kaum bumiputera melibatkan diri dalam bidang
ekonomi. Dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dan
kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya. Melalui
DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan
untuk menceburi bidang keusahawanan. Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula
melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan
tempatan. Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport
negara.
DEB telah melahir dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran,
berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang
keusahawanan yang berpotensi dan berkembang. Melalui DEB juga telah
menanamkan dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Dasar Pembangunan Nasional yang dilancarkan pada tahun 1991 untuk menyusuli
Dasar Ekonomi Baru telah menyediakan rangka pembangunan ekonomi negara
untuk tempoh sepuluh tahun yang lalu. Di samping mengekalkan strategi asas dan
matlamat utama DEB, beberapa dimensi baru telah diperkenalkan dalam DPN
dengan memberi tumpuan kepada isu ketermiskinan, penekanan kepada
pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB), tanggungjawab yang lebih besar kepada sektor swasta untuk mencapai
matlamat penyusunan semula masyarakat dan peningkatan pembangunan sumber
manusia.4

Dasar Pembangunan Nasional atau DPN merupakan satu kesinambungan daripada


DEB. Objektif utama DPN ialah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian moden dan telah menghasilkan kemajuan ekonomi
dan sosial yang pesat. Melalui kewujudan DPN, taraf hidup rakyat menjadi tinggi
dan kadar pengangguran semakin menurun. DPN telah menyebabkan ekonomi
Malaysia semakin mapan dengan pertumbuhan yang positif dari tahun ke tahun.
Keadaan ini menunjukkan keberkesanan DEB dan DLN walaupun berlaku
kemelestan ekonomi pada tahun 1997. jika dilihat kemelesetan ekonomi yang
melanda rantau Asia Tenggara yang menyebabkan negara-negara rantau ini
berhutang dengan IMF, Malaysia dengan gahnya mengharungi masalah ini tanpa
bergantung dengan bantuan negara-negara maju.

(c) Dasar Percukaian dan Subsidi


Dasar Percukaian dan Subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat
memantapkan lagi ekonomi Malaysia tetapi juga dapat menjaga kebajikan
rakyatnya. Dasar ini dapat dilihat melalui peningkatan dan penurunan. Peningkatan
cukai-cukai dikenakan ke atas barangan import seperti kereta kerana untuk
menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan. Apabila cukai yang tinggi
dikenakan ke atas barangan import akan menyebabkan barangan tersebut
bertambah mahal. Namun begitu dalam masa yang sama, kerajaan menurunkan
cukai barangan tempatan. Melalui cara ini, permintaan terhadap barangan
tempatan akan meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku persaingan
sihat antara barangan import dan barangan tempatan ini menyebabkan berlakunya
peningkatan kualiti.
Import barangan modal berkembang 10.1 peratus dalam tempoh kajian dengan
semua subkategori barangan mencatatkan peningkatan. Import alat kelengkapan
pengangkutan bagi tujuan perindustrian untuk tempoh berkenaan bertambah 20.7
peratus berbanding kenaikan 170.7 peratus dalam tempoh sama tahun lalu,
manakala import barangan modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) meningkat
9.1 peratus. Sementara itu, import barangan pengguna mengukuh tujuh peratus
dalam tujuh bulan pertama berbanding kenaikan 22.6 peratus untuk tempoh sama
tahun lalu, sejajar perbelanjaan swasta lebih tinggi.5
Penurunan cukai pula dibuat apabila pemintaan terhadap barangan tersebut
meningkat. Jika dilihat dari petikan di atas, sesuatu barangan import yang
mendapat permintaan yang menggalakkan seperti alat perindustrian, ia bererti
sector perindustrian negara menajdi semakin kukuh. Penurunan cukai terpaksa
dibuat kerana ketidakupayaan untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki.
Meskipun kerajaan tidak meraih pendapatan dari cukai yang dikenakan, sector
perindustrian akan menyumbang pendapatan kepada negara. Ini bererti meskipun
kerajaan menanggung sedikit kerugian, tetapi pulangan yang besar akan diperolehi
walaupun memakan sedikit masa.

(d) Pelan Induk Perindustrian


Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan
ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini
telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat
terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan
berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh
kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil6.
Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah menampakkan hasil yang memberansangkan
terutamanya pada tahun 1970an. Pelan ini merupakan salah satu kesinambungan
DEB. Ia bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.
Untuk mencapainya, kepelbagaian dalam bidang perindustrian perlu dilakukan.
Selain itu PIP itu merupakan satu tindakan yang dibuat bagi menghadapi
kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia pada 1985 dan 1986. Perlaksanaan
PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi
negara ketika itu.

3. Kesan-kesan pertumbuhan ekonomi di Malaysia


3.1 Dasar Ekonomi Baru
Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus
sendiri oleh pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan
meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas
mungkin untuk mencapai matlamat DEB.7
Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini,
daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu
meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau
awam. Penswastaan projek-projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya
dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Melalui dasar
ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Hal
ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan
harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya
turut berkurangan. Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional dalam
menghadapi permasalahan ini.
Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada
kerajaan dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang
negara yang kian bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang
kritis berpendapat bahawa ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para
pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini seluruhnya. Seperti yang telah
disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan pertimbangan mengaut
keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam.
Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan kerja di
samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Komplot, pakatan
dan campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi
jenayah kolar putih.

3.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Pertumbuhan ekonomi dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah, harga yang
stabil dan guna tenga yang penuh. Pendapatan per kapita telah meningkat pada
kadar purata 7.8 peratus setahun atau sekali ganda daripada RM6,298 (1990)
kepada RM 13,359 (2000).8
Jika dilihat dari petikan di atas, DLN telah menunjukkan hasil yang
memberangsangkan kerana walaupun ekonomi negara terjejas teruk pada tahun
1998 akibat krisis kewangan yang melanda Asia, kadar pengangguran tidak terjejas
teruk. Dasar dan strategi DPN telah menyumbang ke arah pengukuhan kedudukan
Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang mampu menghasilkan kemajuan
ekonomi dan sosial yang pesat.
Ketidakberkesanan DPN dapat dilihat apabila kaum bumiputera menjadi terlalu
manja dengan sokongan yang terlalu banyak dari kerajaan. Keadaan ini
menyebabkan kaum bumiputera tidak mampu untuk berdikari kerana terlalu
mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja. Meskipun berlakunya peningkatan
taraf hidup, ekonomi Malaysia masih dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dan
kaum bumiputera hanya menjadi tenaga penggerak sahaja. Hasil daripada DPN
telah melahirkan ramai tokoh ekonomi terkemuka tetapi tokoh ekonomi
bumiputera ini tidak mampu bertahan lama. Mereka hanya dapat menyumbang
pendapatan negara dalam waktu yang singkat sahaja.

3.3 Dasar Percukaian dan Subsidi


Malaysia juga berterusan memberi perlindungan kepada industri-industri dalam
negara seperti pengeluar-pengeluar kereta kebangsaan Proton dan Perodua pada
ketika apabila penggabungan industri automobil global menjadikan ia sangat sukar
untuk pengeluar-pengeluar kereta bebas yang kecil, terus bertahan.9
Dasar ini dilakukan untuk memajukan sektor-sektor perindustrian negara. Cukai
barangan tempatan dilonggarkan untuk memberi galakkan kepada barangan
tempatan untuk bersaing dengan barangan luar. Melalui cara ini, sektor
perindustrian tempatan dapat bersaing dan sekaligus dapat memangkin
pembangunan ekonomi negara. Contohnya dapat dilihat pada sektor perkilangan
yang menyumbang kira-kira satu pertiga dari Keluaran Dalam Negara Kasar
Malaysia. Sektor ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekurangan buruh
berkemahiran yang tenat, peningkatan kos buruh, produktiviti yang rendah dan
keupayaan-keupayaan dari segi teknologi asing. Pengurangan cukai dan pemberian
subsidi kepada sektor ini merupakan satu langkah drastik yang diambil oleh
kerajaan untuk memberi perlindungan kepada sektor ini.
Bagi mematuhi peraturan-peraturan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)
pada tahun ini, Malaysia telah mengurangkan duti-duti import ke atas kereta-
kereta keluaran Asean daripada setinggi 190 peratus kepada 20 peratus, tetapi
pada masa yang sama duti-duti eksais ke atas kereta-kereta telah meningkat
dengan mendadak (pengeluar kereta Malaysia menikmati rebat 50 peratus ke atas
duti-duti eksais).10

Dasar percukaian dan subsidi juga menyebabkan limbahan barangan import kerana
Malaysia terikat dengan beberapa peraturan antarabangsa. Apabila keadaan ini
berlaku, kesukaran akan berlaku bagi usahawan-usahawan tempatan kerana
persaingan dengan syarikat asing. Contohnya dalam pengeluaran kereta, kereta
tempatan terpaksa bersaing dengan kereta import kereta cukai import kereta
dikurangkan dan menyebabkan harga kereta import menjadi murah.

3.4 Pelan Induk Perindustrian


Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai
wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian.
Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam
memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas
2020.11
Antara instrumen penting pelan induk perindustrin yang dibuat oleh kerajaan ialah
adanya Industri kecil dan sederhana (IKS). IKS memainkan peranan penting dalam
pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Lebih penting lagi,
pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah
meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti
di sektor ini dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai
wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian.
Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam
memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas
2020. Pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan
peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti
perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor
perkilangan amnya.
4. Peranan kerajaan dalam melindungi ekonomi Malaysia.
“Rakyat Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih dan penuh keazaman ke arah
membina satu bangsa yang bersatu padu, adil, maju, berdaya saing serta
mempunyai tahap ketahanan yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.”12
Kerajaan memberi tumpuan perbelanjaan ke arah terus menjana aktiviti ekonomi.
Perbelanjaan pembangunan meningkat 5.7 peratus dengan penekanan kepada
projek kecil yang memberi kesan berganda cepat dalam menggalakkan aktiviti
ekonomi jangka pendek, terutama pertanian, pembinaan, perumahan dan
infrastruktur luar bandar. Sehubungan ini, kerajaan sudah mengumumkan
pelaksanaan projek bernilai RM2.4 bilion untuk dilaksanakan serta merta oleh
kontraktor kecil tahun ini.13
Kerajaan telah mengamalkan protectionist kerana untuk menjaga kebajikan
penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang 2020. untuk mencapai hasrat ini, salah satu prasyarat
penting ialah dengan terus meningkatkan keyakinan para pelabur dan penduduk.
Sebelum nerlakunya kemelesetan ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi tinggi
dengan kadar inflasi yang rendah dan guna tenaga yang penuh. Pelaburan swasta
dan eksport memainkan peranan utama.
Selain itu, langkah ini diambil untuk meningkatkan tahap produktiviti. Oleh itu,
tumpuan kepada kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi untuk
mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan tidak boleh
dipandang ringan dan diabaikan. Pertumbuhan ekonomi negara tidak akan dapat
berlaku sekiranya tahap produktiviti tidak dapat dipertingkatkan. Taraf hidup
penduduk Malaysia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan taraf hidup
penduduk semasa merdeka dahulu. Keadaan ini menunjukkan keprihatinan
kerajaan terhadap penduduknya.

5. Usaha-usaha yang dijalankan


Dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa pelbagai aspek perlu diambil kira
kerana di dalam sistem ekonomi antarabangsa pelbagai aspek akan mempengaruhi
situasi ataupun keadaan di dalam sistem ekonomi antarabangsa. Antara aspek yang
dapat mempengaruhi sistem ekonomi anrarabangsa ialah aspek dari segi politik
serantau ataupun politik di dalam sistem antarabangsa. Selain daripada aspek
politik serantau dan keamanan dalam sistem antarabangsa, teknologi tinggi juga
merupakan satu apek yang penting bagi mengukur sektor ekonomi antarabangsa
kerana keupayaaan teknologi yang tinggi mampu untuk mempengaruhi keadaan
ekonomi antarabangsa.
Kesemua negara yang terdapat di dalam sistem antarabangsa akan menggunakan
teknologi yang tinggi bagi memastikan negara mereka dapat bersaing dengan
negara-negara lain yang terdapat di dalam sistem antarabangsa dalam aspek
ekonomi antarabangsa, contohnya negara Malaysia dalam memastikan Malaysia
dapat terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan Malaysia telah
melaksanakan Pelan Induk Industri.
Di dalam Pelan Induk Industri kerajaan Malaysia telah berusaha untuk
mempertingkatkan lagi keupayaan teknologi Malaysia dalam sektor pembuatan bagi
mengurangkan pengimportan barang-barang untuk sektor perindustrian.14
Ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia juga turut berusaha bagi
mempertingkatkan lagi teknologi yang terdapat di Malaysia pada masa kini kerana
teknologi yang tinggi merupakan satu aspek yang penting supaya kerajaan Malaysia
mampu untik bersaing dengan negara-negara lain di dalam sistem ekonomi
antarabangsa dan memastikan negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-
negara maju.
Selain daripada berusaha untuk mempertingkatkan lagi teknologi di dalam negara
seperti melakukan penyelidikan, kerajaan sesebuah negara yang terdapat dalam
sistem antarabangsa juga akan mengalu-alukan kemasukan pelabur-pelabur asing
ataupun syarikat multinasional melabur ataupun membuka kilang di negara
mereka, kerana melalui kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat
multinasional ke dalam sesebuah negara secara tidak lansung akan membawa
masuk sekali kepakaran dan teknologi daripada negara asal pelabur-pelabur
tersebut ke dalam negara yang mereka melabur. Pelabur-pelabur asing ataupun
syarikat multinasional yang melabur dalam sesebuah negara dalam sistem
antarabangsa bukan sahaja memberi keuntungan dari segi ekonomi semata-mata
kepada negara yang mereka melabur tetapi pelaburan mereka juga juga telah
memberi keuntungan dari segi pemindahan teknologi-teknologi yang canggih
kepada negara-negara yang di masuki oleh syarikat-syarikat multinasional.
Pelan Induk Industri yang telah di gubal oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan
sektor perindustrian di Malaysia berjaya di majikan dan di pertingkatkan, kerajaan
Malaysia juga telah mengggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun
syarikat-syarikat multinasional supaya melabur di dalam Malaysia.15
Melalui Pelan Induk Perindustrian yang dilaksanakan di Malaysia ini jelas
menunjukan kerajaan Malaysia ingin menarik pelabur-pelabur asing ataupun
syarikat-syarikat multinasional supaya melabur ataupun membuka kilang-kilang
mereka di Malaysia. Ini adalah bertujuan supaya pelabur-pelabur asing ataupun
syarikat-syarikat multinasional yang melabur di dalam Malaysia akan membawa
masuk kepakaran ataupun teknologi tinggi dari negara asal mereka ke dalam
negara Malaysia.
Malaysia juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermula selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan, di mana dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)
tersebut kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia terutamanya kaum
melayu dan bumiputera pada waktu tersebut berusaha untuk belajar bagi
memajukan teknologi yang sedia ada di Malaysia, kerana pada waktu tersebut
kaum melayu dan bumiputera di Malaysia telah jauh ketinggalan dari kaum cina
yang telah mencapai tahap ekonomi yang agak tinggi pada waktu
tersebut.16 Selain untuk memastikan kaum melayu dan bumiputera dapat bersaing
dengan kaum cina, kerajaan Malaysia juga bersedia untuk bersaing dengan negara-
negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa.
Selain daripada menggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat
multinasional untuk melabur di negaranya, kerajaan sesebuah negara di dalam
sistem antarabangsa juga menggalakkan rakyat-rakyatnya supaya mencontohi
rakyat-rakyat negara-negara yang telah mencapai taraf negara maju, kerana pada
masa kini untuk mencapai kemajuan teknologi yang tinggi bukan sahaja
mementingkan aspek hartanah ataupun pembangunan fizikal semata-mata tetapi
untuk mencapai tahap kemajuan ataupun teknologi yang tinggi pada masa kini
memerlukan kecerdasan akal fikiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada
pendidikan, kajian atau penyelidikan dan sebagainya.17
Usaha untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini jauh
berbeza dengan usaha untuk mencapai teknologi yang tinggi pada suatu masa
dahulu, kerana untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini
memerlukan daya pemikiran yang tinggi contohnya bagi membangunkan industri
masa depan seperti industri bioteknologi dan sektor industri ICT.

Malaysia telah melaksanakan satu dasar yang berkaitan dengan tersebut, iaitu
Dasar Pembangunan Modal Insan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu untuk
membentuk rakyat Malaysia yang intelek. Dalam melaksanakan Dasar
Pembangunan Modal Insan ini kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia
mencontohi rakyat negara Jepun dan China yang sentiasa berusaha untuk
memajukan diri mereka sendiri dan juga memajukan negara supaya teknologi
negara mereka sentiasa ditingkangkan dan membolehkan negara mereka terus
bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa.18
Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ini jelas menunjukkan
bahawa teknologi tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam mengukur
sektor ekonomi antarabangsa, kerana teknologi pada masa kini merupakan satu
perkara yang terlalu penting.
Sekiranya sesebuah negara gagal untuk mempertingkatkan teknologi dalam negara
mereka ini mungkin akan menyebabkan negara mereka gagal untuk bersaing dalam
sistem ekonomi antarabangsa dan apabila sesebuah negara gagal untuk bersaing
dalam sistem antarabangsa negara tersebut akan menjadi sebuah negara yang
mundur(Ahi Sarok, Mac.2002).
Bagi memastikan sesebuah negara dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan
bagi negara tersebut haruslah sentiasa berusaha dan memastikan teknologi negara
sentiasa dipertingkatkan dan tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain dalam
sistem antarabangsa.
Syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional merupakan satu
asset yang penting dalam ekonomi sesebuah negara, kerana dengan kewujudan
syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional inilah yang
dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan sekiranya hanya
syarikat-syarikat tempatan sahaja yang terdapat dalam sesebuah negara, negara
tersebut mungkin tidak akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang
baik dan mungkin mereka juga akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara
lain yang terdapat dalam system antarabangsa kerana sekiranya tidak terdapat
syarikat-syarikat multinasional dalam sesebuah negara tersebut pengaliran mata
wang asing yang masuk ke negaranya akan menjadi perlahan dan mata wang
negara tersebut akan jatuh dan tidak mampu untuk bersaing dengan mata wang
negara-negara yang lain.19
Bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat
multinasional dapat beroperasi dengan sempurna dan tidak mengalami sebarang
masalah dalam operasi syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat
multinasional, mereka haruslah menitik beratkan aspek pengurusan perniagaan
keran pengurusan perniagaan ini merupakan satu aspek yang penting yang dapat
mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tersebut. Pengurusan perniagaan ini
dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-
syarikat multinasional kerana jika syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-
syarikat multinasional gagal untuk melakukan pengurusan perniagaan dengan baik
perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional
tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna dan juga membolehkan syarikat-
syarikat tempatan dan multinasional mengalami kerugian yang besar. Pengurusan
perniagaan ini dapat merangkuim pelbagai aspek yang membolehkan operasi
syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional menjalankan operasi
mereka dengan sempurna dan lancar dan juga membolehkan melakukan
perancangan yang teliti supaya mereka dapat menghasilkan keuntungan yang
maksima.
Pengurusan perniagaan ini juga membolehkan pihak pengurusan syarikat-syarikat
tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional menguruskan syarikat mereka
dengan sempurna. Pengurusan perniagaan ini penting bagi pihak pengurusan
syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional keran melalui
pengurusan perniagaan inilah pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut dapat
menjalankan penyelidikan bagi untuk melakukan perancangan terhadap
pengoperasian syarikat-syarikat mereka. Ini jelas menunjukan bahawa pengurusan
perniagaan ini penting kepada pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan
juga syarikat-syarikat multinasional kerana sekiranya pihak pengurusan syarikat-
syarikat tersebut tidak mahir dalam pengurusan perniagaan adalah sukar untuk
mereka perancangan untuk syarikat-syarikat mereka dan masalah ini boleh
membawa kepada kerugian yang besar terrhadap syarikat-syarikat tersebut, dan
disebabkan inilah setiap pihak pengurusan dalam syarikat-syarikat tersebut pelu
mahir dalam pengurusan perniagaan untuk memastikan syarikat-syarikat mereka
dapat beroperasi dan melakukan perancangan yang baik bagi membolehkan
syarikat-syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan
mereka.
Pengurusan perniagaan ini bukan sahaja merupakan satu perkara yang penting
kepada pihak pengurusan sahaja tetapi pengurusan perniagaan ini merupakan satu
perkara yang penting kepada semua pihak yang terlibat dalam syarikat-syarikat
tempatan dan syarikat multinasional kerana menjalankan perancangan dalam
pengoperasian syarikat-syariakat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan
memastikan perancangan tersebut berjaya dilaksanakan bukan sahaja melibatkan
pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut sahaja tetapi melibatkan semua pihak
yang berada dalam syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya pihak pengurusan sahaja
yang mahir dalam pengurusan perniagaan tetapi pihak lain tidak mahir dalam
penguirusan perniagaan perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan
mungkin tidak akan dapat di laksanakan dengan sempurna juga. Ini membuktikan
pengurusan perniagaan merupakan satu aspek yang penting yang dapat
mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat
multinasional kerana jika semua pihak tidak mahir dalam pengurusan perniagaan
syarikat-syarikat tersebut mungkin tidak dapat melakukan perancangan yang baik
dan mungkin akan menyebabkan berlakunya kerugian dalam syarikat-syarikat
tersebut.
6. Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang
memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat
dijanakan dengan mapannya. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan
negara walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan
kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah
negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan
pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan
dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi
bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju.
Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

S
Pencapaian Ekonomi Malaysia
PELABURAN ASING DAN DOMESTIK
Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan telah membawa kesan positif ke atas jumlah pelaburan
asing dan tempatan. Pada tahun 2006 jumlah pelaburan asing dan tempatan telah mencecah RM 40
billion iaitu penambahan sebanyak kira-kira 60% berbanding tahun 2001.

Peningkatan yang mendadak ini melambangkan kestabilan dan perkembangan ekonomi yang berjaya
menarik keyakinan pelabur asing dan tempatan. Keyakinan ini adalah atas dasar pemulihan ekonomi
yang tepat oleh kerajaan Malaysia setelah krisis ekonomi pada tahun 1997.

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR


Selepas mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun lepas, ekonomi Malaysia diunjur terus
berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dijangka mencatatkan
pertumbuhan enam peratus tahun ini disokong oleh pertumbuhan global yang mampan dan permintaan
dalam negeri yang berdaya tahan.

Unjuran kenaikan satu peratus KDNK itu sejajar dengan pengembangan dalam kapasiti produktif
berikutan pengukuhan pemulihan pembentukan modal.

PENDAPATAN PURATA PER KAPITA


Kualiti hidup semua rakyat Malaysia dijangka terus meningkat dalam dekad akan datang, demikian
menurut laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Perdapatan per kapita benar
akan bertambah melebihi lima peratus setahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Disebabkan kadar kemiskinan berada di tahap rendah, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada
meningkatkan pendapatan isi rumah terutama bagi kumpulan 30 peratus terendah.

RANCANGAN MALAYSIA (1-9)


Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan
Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah
kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia
Kedua.

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960
dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan
Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana
Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan
untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain
dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya.

Rancangan Malaya Pertama: 1956 – 1960

Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui
peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada
masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan
asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian.

Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book) iaitu singkatan
daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan mengumpul dan menyelenggarakan
maklumat untuk perancangan projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan
diletakkan dalam Bilik Gerakan di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau
pelaksanaan program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual.

Rancangan Malaya Kedua: 1961 – 1965

Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup
rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970

Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri


Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan
penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 – 1975 Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan Rancangan Malaysia
Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan jangka
panjang negara untuk tempoh 1971 hingga 1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan
ekonomi negara dengan pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan
dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan
semula struktur ekonomi Malaysia.

Berdasarkan model Bilik Gerakan, Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah
menubuhkan Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat
negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB.

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 – 1980

Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek yang lebih besar dan
melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di
bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua.

Bentuk projek yang diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana.
Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP) menggunakan
teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara ditubuhkan dalam tahun 1978.

Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985

Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor
swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990

Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta


memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor industri berat dan
industri berasaskan sumber.

Sistem pemantauan projek pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan
menggantikan sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan
maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran dan prestasi
pelaksanaan projek.

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995

Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional serentak
dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis Tindakan Negara dipinda bagi
menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan
ini digantikan dengan Arahan No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional.

Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk
mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa. Bagi memantapkan
pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan
sistem SETIA untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan.

Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 – 2000

Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan input kepada
pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran, struktur transformasi yang
lebih padu dan pembangunan yang seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan
digantikan dengan Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.
Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian dikenali sebagai
Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan. Bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem pemantauan projek, sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai
Sistem Maklumat Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan
maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan.

Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005

Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan Malaysia
Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju dan berkualiti menjelang
tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan
daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi
meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian,
pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan
pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional. Selaras dengan
ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan jentera-jentera penyelarasan
pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001
Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua kementerian.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di Dewan Rakyat
pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar pembangunan yang terdiri
daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan
Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi,
pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia,
berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama
daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan
2020.

EKSPORT
Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka menggalakkan dengan eksport kasar
berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah
dagangan dijangka melepasi satu trilion ringgit buat pertama kalinya.

Jawapan soalan 6- Penglibatan Malaysia dalam ekonomi antarabangsa


MALAYSIA kini terlibat aktif dalam kerjasama peringkat antarabangsa
memandangkan sistem perdagangan dan kewangan negara-negara di dunia menjadi
semakin berintegrasi.
Platform itu digunakan untuk berkongsi idea dan mencari penyelesaian pada
peringkat serantau bagi menangani isu bersama demi memastikan kestabilan
kewangan dunia.
Antara forum utama yang disertai oleh Malaysia secara aktif termasuk ASEAN,
ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank
Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Pembangunan Islam (IDB) dan
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 kerjasama ASEAN yang dilihat
menjadi titik perubahan ke arah merealisasikan integrasi dan pembinaan komuniti
ASEAN.
Dalam hal ini, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penubuhan Piagam ASEAN
yang dimeterai pada 12 Disember 2005 dijangka dipersetujui oleh Ketua-ketua
Negara ASEAN pada penghujung tahun ini.
Selaras dengan perkembangan itu, penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)
dipercepatkan kepada 2015, lebih cepat daripada jangkaan awal pada 2020.
Di bawah perundingan Menteri-menteri Kewangan ASEAN, Malaysia kini
menerajui inisiatif Mekanisme Kewangan Berstruktur ASEAN yang bermatlamat
menggunakan tabungan ASEAN untuk membangunkan infrastruktur dan
meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi rantau ini.
Menerusi konteks pengukuhan kestabilan kewangan serantau, ASEAN+3
berterusan mengeratkan kerjasama kewangan melalui inisiatif utama iaitu Inisiatif
Pasaran Bon Asia (ABMI) dan Inisiatif Chiang Mai (CMI).
ABMI bertujuan menggalakkan pembangunan pasaran bon di rantau Asia
Timur, manakala CMI ditubuhkan selepas krisis kewangan Asia bagi membantu
negara anggota yang menghadapi masalah kecairan atau imbangan pembayaran.
Bagi usaha mempromosi perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka
di rantau Asia Pasifik, Malaysia melalui APEC terus menumpukan kepada
kemudahan perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan.
Dalam memupuk hubungan lebih erat antara Asia dan Eropah, platform ASEM
pula menjadi landasan tepat menggalakkan kerjasama lebih erat dan
persefahaman yang lebih mendalam antara penduduk kedua-dua benua.
Malaysia juga terus menjalin hubungan dengan Institusi Bretton Woods iaitu
IMF dan Bank Dunia. Malah, rumusan rundingan Artikel IV oleh Lembaga Eksekutif
IMF pada Februari lalu memuji prestasi mantap negara.
Selain itu, kerjasama erat Malaysia dengan Bank Dunia diteruskan dalam
program bukan pinjaman, khususnya dalam bentuk latihan dan khidmat nasihat.
Melalui program ini, pegawai dan institusi dari Malaysia mendapat manfaat
daripada pelbagai inisiatif bina upaya, antaranya dalam bidang percukaian,
pendidikan dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan produktiviti.
Malaysia juga menjadi jurucakap bagi konstituensi Asia Tenggara dalam
Jawatankuasa Kewangan dan Monetari Antarabangsa pada 2006 dan Jawatankuasa
Pembangunan pada 2007.
Langkah itu membolehkan negara mempunyai peranan penting dalam
perbahasan semasa mengenai pembaharuan kuota dan isu tadbir urus di kedua-dua
institusi tersebut.
Sementara itu, selepas bebas daripada belenggu program pinjaman ADB pada
2006, penglibatan Malaysia kini lebih tertumpu kepada program bantuan teknikal
dan kerjasama serantau dengan menyumbang sejumlah AS$15 juta sejak tahun
1997 kepada Tabung Pembangunan Asia.
Dalam IDB pula, peranan Malaysia termasuk mempromosi kewangan Islam,
perdagangan dan pelaburan secara aktif di kalangan negara anggota.

Pada Mei lalu, Malaysia telah berikrar menyumbang AS$20 juta kepada
Tabung Pembasmian Kemiskinan (PAF) yang bermatlamat mengurangkan
kemiskinan menerusi projek infrastruktur, kesihatan dan pendidikan.
Malah peranan Malaysia dalam IDB mendapat pengiktirafan apabila dipilih
sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembiayaan Perdagangan Islam
Antarabangsa (ITFC) bagi tempoh 2007-2010.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia terus
komited dan aktif menyertai proses penggubalan peraturan dan rundingan
liberalisasi perdagangan dalam WTO.
Mulai Februari lalu, Malaysia menjadi Pengerusi General Council iaitu badan
pembuat keputusan tertinggi WTO sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif dan
sumbangan positif negara ini dalam rundingan terutama selaku Pengerusi Dispute
Settlement Body pada 2006 dan Negotiating Group On Trade Facilitation (2004-
2006).
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi badan itu amat mencabar memandangkan
rundingan Pusingan Doha yang memberi fokus khusus kepada agenda pembangunan
berada pada tahap kritikal.

1. Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara

Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara

Nilai murni
-Kerjasama
-perpaduan
-kegigihan/kesungguhan bekerja
-Jati diri
-kebijaksanaan pemimpin
-Berdaya saing
-pembangunan dan penyelidikan
-penguasaan ilmu pengetahuan
-penguasaan pelbagai kemahiran
-memanfaatkan sumber
-bijak mengambil peluang
-bersyukur

Sukan

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada
dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah
berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama
negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.

Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej
negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada
perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-
adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan
Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara
apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku
abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka,
namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu
menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak
memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima,
menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan pingat itu
walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama
akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia
Hiroshima dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu
memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu
adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat
dunia

Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak
mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam
arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan
yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam
mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.

Pencapaian dalam beberapa dekad ini.


MELBOURNE 1956
Pasukan hoki pertama kali menyertai sukan Olimpik serta atlet olahraga, renang, angkat berat dan
menembak. Pasukan hoki negara beraksi cemerlang pada peringkat kelayakan, tewas sekali tetapi
hanya menamatkan kejohanan di tempat kesembilan dari 12 pasukan.

TOKYO 1964
Datuk Dr. M. Jegathesan (gambar) menjadi atlet Malaysia yang pertama layak ke pusingan separuh
akhir acara 200 meter. Dalam saringan kelima di pusingan pertama, dia mencatat masa 20.92 saat
dan masih merupakan rekod Malaysia sehingga kini.

MUNICH 1972
Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi oleh M. Chandran, Soh
Chin Aun, Wong Kam Fook, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah, Namat Abdullah, Lim Fung
Kee, Ali Bakar, pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Sukan Olimpik buat kali kedua di Moscow
1980, tetapi tidak mengambil bahagian kerana Malaysia memulau sukan tersebut.

BARCELONA 1992
Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama
selepas memenangi pingat gangsa.

ATLANTA 1996
Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan
separuh akhir acara badminton.

SYDNEY 2000
Lee Wan Yuen menjadi atlet taekwondo pertama negara layak di sukan Olimpik apabila ia pertama
kali diperkenalkan di Sydney tetapi tewas kepada atlet Perancis, Myriam Baverel 4-8 di pusingan
pertama kategori 67 kilogram wanita.

ATHENS 2004
Lim Keng Liat menjadi perenang pertama negara mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat
masa kelapan terpantas 55.22 saat dalam acara kuak lentang lelaki. Pelumba basikal acara trek Josiah
Ng turut layak ke akhir tetapi menduduki tempat kelima.

Pendidikan

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak adalah satu sistem pendidikan yang seragam
di Tanah Melayu oleh itu pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan.
Sistem pendidikan vernakular dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Setiap sekolah
yang didirikan dahulu merupakan sekolah yang khusus untuk kaum tertentu dan ini menyebabkan
kemunculan empat jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah
Inggeris.

Selepas merdeka, pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak
dan pengenalan pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah
rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957 - 1967. Selain itu, beberapa buah pusat latihan harian dan
maktab-maktab yang baru juga ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru. Contohnya ialah :
Maktab Teknik di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan
Gaya, Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, latihan guru bagi sekolah menengah dan rendah adalah berasingan.
Latihan-latihan guru dijalankan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris
dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Maktab Perguruan Kota Bahru


Bagi menambahkan keupayaan guru terlatih maktab latihan harian ditubuhkan di Alor Setarm
Taiping, Ipoh, Teluk Anson(Teluk Intan, Seremban, Melaka, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala
Terengganu. Jawantankuasa Mengkaji Latihan Perguruan juga telah ditubuhkan pada tahun 1969.
Selepas merdeka, guru lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat-pusat latihan
guru. Kanak-kana kewarganegaraan Malaysia mulai masuk Tahun Satu di sekolah rendah pada umur
7 tahun dan mengikuti persekolahan selama 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa bebas menghantar anak-
anak ke sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Walaubagaimanapun, seluruh murid-murid sekolah rendah wajib mengikuti KBSR dan murid-murid
sekolah menengah wajib mengikuti PMR dan SPM.
Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM atau di peringkat yang lebih
tinggi contohnya di universiti.

Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah,
universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar supaya semua rakyat
dapat menikmati institusi pendidikan yang sempurna

.PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM INDEKS


PERSAINGAN GLOBAL DALAM BIDANG
PENDIDIKAN
Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
tahap persaingan yang lebih baik dari 142 buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan terbaharunya,
Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun 2010 pada tangga ke- 26.

Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan
oleh kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan
bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, dan seterusnya keluar daripada situasi ekonomi
berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.

Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di
kedudukan ke-14 secara keseluruhannya dan tangga kedua selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara. Kedudukan
ini turut menjadikan sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Jerman.

Mengenai kualiti pendidikan peringkat asas (rendah), Malaysia berada di tangga ke -21, iaitu pada skor 5.0 daripada
tujuh skala yang diukur. Kadar enrolmen pendidikan rendah ialah 94.0 peratus, iaitu berada pada tahap ke-61 daripada
keseluruhan 142 buah negara yang dikaji. Kadar enrolmen pendidikan rendah di Malaysia adalah lebih tinggi (5.0)
daripada skor purata min iaitu 3.8 jauh. Kedudukan tersebut membuktikan bahawa Malaysia terkedepan daripada Brunei
Darussalam (92.9 peratus), Amerika Syarikat (92.0 peratus), Filipina (91.7 peratus), dan Thailand (90.1 peratus).

Pencapaian tersebut sebenarnya mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menentukan bahawa setiap rakyat
menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan, kerana Malaysia yakin menerusi
pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai negara maju pada tahun 2020.
Usaha gigih kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) misalnya dalam bidang pendidikan telah
berjaya mempertingkatkan pencapaian pelajar kepada akses pendidikan. Sejak mula dilancarkan setahun lalu, pada
tahun 2011 enrolmen kanak-kanak berumur lebih 4 tahun ke prasekolah telah meningkat sebanyak 732,902 kanak-
kanak menjadikannya mencapai tahap 77.23 peratus. Sejumlah 3,089 kelas prasekolah telah beroperasi dan jumlah
tersebut merupakan dua kali ganda daripada tahun 2010.

Inisiatif NKRA di peringkat sekolah rendah telah membuktikan bahawa program LINUS (Literasi dan Numerasi) kepada
kanak-kanak darjah 2 menunjukkan peningkatan yang besar, iaitu 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6 peratus kadar
numerasi. Bagi kanak-kanak yang berada di tahun 1 bago kohort ke-2, kadar literasi ialah 91 peratus manakala kadar
numerasi ialah 95.4 peratus. Pengukuran kadar literasi dan numerasi ini dapat membantu usaha mengesani murid-
murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada peringkat awal dan pada tahun 2011 misalnya, sejumlah 3,916
murid lemah dalam Tahun 2 dapat ditangani dengan berkesan.

Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang
mengalami transformasi pendidikan yang berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Bagi meneruskan usaha
menambahbaik kedudukan daya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah,
Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan
penambahbaikan. Ini adalah sesuatu yang amat penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat
bergantung kepada perubahan persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat, Kementerian Pelajaran
Malaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012, dengan menghimpunkan pelbagai
pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea
bagi membentuk sebuah blueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa hadapan

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Sains dan Teknologi


.

Penerokaan Angkasa Lepas

Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia


bukanlah sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen
yang pernah kita tonton. Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih
menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam
industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada
bidang penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain, sebagai peserta baru
dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi
pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.
Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-
1 pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan
kemudiannya, ia telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang
kajian sains angkasa di negara ini. Pada masa yang sama ia turut membenihkan
bibit-bibit kesedaran di kalangan orang ramai tentang industri aeroangkasa.
Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak
tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan
penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana
Menteri. Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya
membantu kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.
Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I,
pada bulan September 2000. Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan
dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey
Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB)
dari Malaysia. Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi
Malaysia meneroka angkasa secara lebih giat lagi.
Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia
(1997) membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa
lepas. Dengan adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat
dimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan
negara. Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian
jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai
2002. Agensi ini berperanan besar dalam menghadapi era globalisasi yang
menekankan kepentingan dasar langit terbuka. Antara lain, menurut Ketua
Pengarah AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman, Malaysia perlu mempunyai
satelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar masalah-masalah berkaitan
dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani secara
berkesan. Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar
tempatan untuk menjayakan penerokaan angkasa lepas. Di samping
menggalakkan kerjasama antarabangsa, agensi ini juga dapat menyelaraskan
aktiviti penerokaan angkasa lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa
lepas yang terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi
imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras
dengan cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik,
progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang
teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya
meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang
penyelidikan angkasa lepas.
Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara
sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui
penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih
menjadi lebih efisyen. Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA,
penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja
memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu
berkenaan dikesan melalui teknologi Global Positioning System
(GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan
kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo
mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi
pusat pemantaunya di Langkawi.
Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah
kepada beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan
kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi
menerusi teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah
Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk
memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para
pelanggan KLIA. Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan
pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini juga
telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau
pergerakkannya.
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di
negara ini. Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan
GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan
ikan-ikan di laut. Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda
masalah jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan
kapal-kapal lain yang sedang melalui perairan negara.
Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa
lepas ialah bidang geografi. Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih
efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh. Sebarang
bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat
dikesan lebih awal. Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang
tragedi dapat diambil. Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan
dengan mudah. Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan
dapat dibuat secara lebih baik dengan bantuan satelit.
Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu
kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana
perairan negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak
pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling
baik. Perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan
kawasan-kawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga
manusia. Oleh yang demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara
berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah
penyeludupan di kawasan berkenaan.
Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang
besar kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini. Antara bidang
industri aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan
penyelidikan angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat. Bidang ini telah
mencambahkan hasilnya di negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan
pesawat peninjau tanpa pemandu pertamanya pada tahun 2001. Pesawat yang
dikenali sebagai Eagle Airborne Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui
projek usahasama dengan British Aerospace System (BAE). Selain daripada
membantu kemajuan sistem pertahanan negara kita sendiri, pesawat ini juga
akan dieksport ke luar negara.
Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga
banyak memberi faedah kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT)
tempatan. Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai bahagian kajian sains
angkasa mereka sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran
masing-masing serta melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara
ini. Langkah ini sudah tentu akan membantu kemajuan negara dalam bidang
penerokaan angkasa lepas masa hadapan.
Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan
yang lebih tinggi pada masa hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan
ialah menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana. Kita juga ingin
menjadi pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika
Syarikat, Rusia dan China. Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita
gerakkan pada masa ini, kita bukan lagi sedang mencari masa depan dalam
bidang penerokaan angkasa lepas. Kita sebenarnya sedang membina masa depan
untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana pada alaf akan datang.

Sosial budaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan


peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari
pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat
berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah
mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan
amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di
Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang
melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai
sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan
keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga
dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di
malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti
budaya yang diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu,
kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di malaysia
adalah sama dan mereka saling hormat menghormati
antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai
yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini
lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang
pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua
aktiviti seperti kemerdkaan, perayaan, kesultanan dan
sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk
ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan
perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim,
mahupun india dan cina. Kesemua kaum akan bergotong
royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali
musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan
dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira kaum dan
keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan
bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat
mengeratkan silaturahim sesama mereka.
walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio
budaya penduduk terutama mengenai adat resam
penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum
melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan
kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga.
Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang
larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara
moden dan barat. Perkara pertama dapat dilihat adalah
dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan
mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang
rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita
kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan
tentang kehebatan sendiri.
Kesimpulannya, Sosio budaya merupakan amalan yang
sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal
ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku
akibat daripada perubahan sosio budaya penduduk. Oleh
itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah
memadang tinggi kepada peradaban sosio budaya melayu.
DARMIATI INDRA
Kebolehan Negara Dipimpin Mengikut Acuan Sendiri
Negaraku,Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi
kemajuan ekonomi,sosial,politik,pentadbiran,komunikasi dan lain-lain lagi.Kemajuan
ini terbina oleh hasil usaha gigih pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan sekarang
yang tidak pernah kenal erti jemu serta tabah dalam menghadapi segala
kesulitan.Keupayaan para pemimpin negara dalam mentadbir negara mengikut
acuannya sendiri amat aku kagumi.Formula yang digunakan untuk mentadbir negara
ini telah mendatangkan hasil yang perlu disyukuri oleh semua pihak. Di bawah ini
adalah bukti-bukti bahawa negaraku yang kucintai ini telah membuka mata dunia akan
keupayaan serta kepakaran negaraku dalam pelbagai bidang.
[Bukti Pertama]
Kepakaran dari segi pembuatan kereta dan motorsikal
Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada
kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr.
Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk
mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak
yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia
dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman
dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini
telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara
yang diberi nama Proton Saga.
Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen
serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu
mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr.
Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.
Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi
nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat
Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang
diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal
sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.
[Bukti kedua]
Dasar penswastaan dan persyarikatan
Bagi mengimbangi ekonomi negara dengan rakyat,dasar penswastaan dan
persyarikatan telah dilaksanakan.Dasar penswastaan ini penting untuk menjadikan
sesuatu perkhidmatan menjadi lebih baik dan tidak perlu bergantung dengan
kerajaan.Contoh badan-badan perkhidamatan yang telah diswastakan ialah Jabatan
Tenaga Nasional yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad,Jabatan Telekom
Malaysia yang kini dikenali sebagai Telekom Malaysia,Permodalan Nasional Berhad dan
lain-lain lagi.Dasar penswastaan dan persyarikatan ini secara tidak langsung memberi
peluang kepada rakyat untuk mentadbir sesuatu organisasi dengan lebih cekap,cepat
dan efisien.Secara tidak langsung,dasar ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk
mentadbir dengan lebih baik setanding dengan negara-negara lain.
[Bukti ketiga]
Kampung global
Abad ke- 21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi
dalam bidang telekomunikasi.Pembangunan prasarana
telekomunikasi negara dianggap memasuki era kritikal
terutamanya ketika Malaysia sedang memperkemaskan diri
sebagai pusat teknologi maklumat yang canggih.Melihat
kepada keupayaan dan keberkesanan telekomunikasi
tersebut,Malaysia sendiri telah
mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
kira-kira empat tahun yang lalu.MSC diharap
dapat menjadi jambatan global yang
menghubungkan negara kita dengan era
maklumat.Putrajaya yang baru dirasmikan
oleh Perdana Menteri pada Julai 1998
beroperasi sebagai kerajaan elektronik yang
menghubungkan terus dengan negara
ASEAN,Amerika Utara,Eropah
dan Jepun.dalam sistem perkhidmatan awam
juga turut mengalami penyusunan semula
dengan membolehkan setiap warganegara
berinteraksi secara langsung dengan
kerajaan.Agensi-agensi kerajaan secara
langsung melalui kemudahan Teknologi
Maklumat.Pembinaan pusat Bandaraya
Pintar (CyberJaya) dan Pusat Pentadbiran
Negara di Putrajaya,Dengkil,Selangor amat tepat pada masanya ketika negara menuju
ke alaf baru.Iaadalah sebahagian daripada projek Multimedia Supercorridor
(MSC).Antara objektif penubuhan MSC ialah ianya sebagai pusat teleperubatan
elektronik,sekolah bestari,pusat pembangunan dan penyelidikan,pusat pemasaran
tanpa sempadan dan tempat penggunaan kad pintar.Bangunan Kuala Lumpur City-
Centre (KLCC) yang ada sekarang menjadi penghubung di antara bandar Kuala Lumpur
denagan Cyberjaya di Dengkil,Selangor.Untuk memajukan sistem komunikasi penyiaran
radio televisyen negara ini maka wujudlah Menara Kuala Lumpur .Menara ini adalah
bangunan tertinggi Asia keempat dunia.Ketinggiannnya ialah 421
meter.Fungsinyasebagai stesen transmisi bagi
telekomunikasi kita.Pembinaan Menara Kuala Lumpur
di atas Bukit Nenas dirasakan amat penting oleh
pemimpin negara iaitu Dr. Mahathir.Beliau merasakan
bahawa pada masa depan rakyat memerlukan
kepantasan dari segi komunikasi.Pencapaian kemajuan
sesebuah bangsa diukur berdasarkan kepada
penguasaan teknologi seperti maklumat.
Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan
kemajuan yang telah dicapai.Rakyat Malaysia tidak
perlu berasa rendah diri dengan negara lain kerana
negara kita setanding dengan negara maju dan perlu
diiktiraf oleh mereka sebagai yang terbaik.Inibukanlah
perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai
dorongan untuk rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja
untuk berjaya.Syabas!!

You might also like