You are on page 1of 1

ABSTRAK

Tajuk kajian ialah hubungan antara kadar inflasi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia
dari tahun 2006 hingga 2012. Objektif kajian ini ialah mengkaji arah aliran kadar inflasi dan
mengenal pasti hubungan antara kadar inflasi dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun
2006 hingga tahun 2012. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah sekunder sahaja.
Data sekunder merupakan data yang diberi daripada hasil pengumpulan pihak lain ataupun
orang lain iaitu merujuk kepada buku , sumber internet dan lain-lain. Kaedah ini penting kerana
melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep,
kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa , kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006
hingga tahun 2012 adalah pola tidak konsisten. Misalnya , Pada tahun 2006, kadar inflasi di
Malaysia ialah 3.60%. Hal ini demikian kerana persekitaran ekonomi global. Persekitaran
ekonomi global menggalakkan pada tahun 2006 dengan pertumbuhan kekal pada kadar melebihi
4% bagi tahun berturut-turut. Seterusnya , Pada tahun 2006 dan 2007, 2010 dan 2011,
hubungan antara kadar inflasi dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia adalah songsang.
Manakala pada tahun 2008 dan 2009 , hubungan antara kadar inflasi dan pertumbuhan
ekonomi di Malaysia adalah positif. Pada tahun 2012 , kadar inflasi menurun dan pertumbuhan
ekonomi meningkat. Contohnya, Pada tahun 2006 , kadar inflasi adalah 3.60 % dan
pertumbuhan ekonomi adalah 5.58%. Sebab berlakunya kadar inflasi kerana persekitaran
ekonomi global menggalakkan pada tahun 2006 dengan pertumbuhan kekal pada kadar melebihi
4% bagi tahun keempat berturut-turut. Sebab berlakunya pertumbuhan ekonomi pada tahun
2006 kerana sektor perkhidmatan ialah berkembang untuk menjadi penyumbang penting
pertumbuhan. Kesimpulannya, hasil kajian ini telahpun menambah ilmu pengetahuan penyelidik
dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa yang akan datang.

You might also like