You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2018

Program: PISMP Nama Pelajar

Kod: EDUP 3043


Semester / Tahun: 1 / 2
Nama Kursus : PENGURUSAN Ambilan: JUN 2017
BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU Kumpulan: C1,C2,C3,C4,C5,C6,C7,C8,C9,C10

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Pengurusan Grafik 23 JULAI 2018 03 OGOS 2018

2. Penulisan Akademik 30 JULAI 2018 17 OGOS 2018


Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan. (C2,
LO1).
2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan inklusif
(C4,LO3,CTPS3).
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan merujuk
pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, LL1, CTPS3).
4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah
di dalam bilik darjah (C5, A1, LO3, CTPS3).
5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif (C6, LO3, CTPS3).
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.
Objektif Kerja Kursus Projek:
Pelajar akan dapat:

1. Membincangkan peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


2. Menginterpretasi secara menyeluruh model tingkahlaku yang dipilih secara komprehensif.

Tugasan 1: Pengurusan grafik (10 %) – TUGASAN INDIVIDU

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan
bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan bagi melicinkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran khususnya pada masa kini.

Berdasarkan pernyataan ini,anda dikehendaki

1. Bincangkan peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


2. Terangkan peranan berkenaan dengan jelas dalam bentuk Pengurusan Grafik / i-think .

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Tugasan tidak melebihi 300 patah perkataan
4. Amalan palagiat adalah tidak dibenarkan
Tugasan 2: Penulisan Akademik (40%)

Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah kemampuan mengurus bilik darjah serta
mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di
sekolah yang menghadapi masalah tingkah laku yang serius.

1. Berdasarkan model-model pengurusan bilik darjah yang sedia ada,pilih salah satu model yang paling
sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Huraikan cara-cara pelaksanaannya di dalam bilik
darjah.

2. Perincikan faktor-faktor pemilihan model berkenaan,menurut pandangan anda,dari sudut kekuatan


model tersebut.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Tugasan tidak melebihi 1300 patah perkataan.
4. Amalan Plagiat adalah tidak dibenarkan.

5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


5.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
5.2. Fon Arial
5.3. Saiz huruf - 12
5.4. Langkau 1.5 baris
5.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
5.6 Lampiran adalah wajib
5.7. Tugasan dalam Bahasa Melayu

6. Tugasan ini membawa markah keseluruhan sebanyak 50%

You might also like