You are on page 1of 2

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil

Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu. Beliau


meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut
dari tahun 1936 hingga 1941.Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan
minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar
Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai
Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946.

Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union.
Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke
arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar
lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan
telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu
terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos
1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif
dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Dalam tahun
1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan.
Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun
berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu
Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat di Sekolah Anderson.
Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan,
Universiti London dengan Biasiswa Queen. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada
bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan.
Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan
Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan
memperkenalkan Sejarah Islam. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai
ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor.
Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat
Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39
tahun.

Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan
pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan
pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada ketika itu hanya
mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan
Penuntut-penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah
menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini
dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah
menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar
Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya
sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau diterima sebagai pelajar di Raffles
College, sebuah kolej termasyhur.

Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union.
Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke
arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar
lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan
telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh.

Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu


Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949
Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke
Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu beliau hanya mengikuti perkembangan
persatuan dari jauh sahaja.

Semasa di universiti beliau berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman beliau
telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo-Malay Evening School. Beliau telah
mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Dalam tahun 1950, beliau bergiat
aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang
sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus
Ijazah Kepujian Sarjana Sastera

Selepas menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah
Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah
berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen.

Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952.
Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah
Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau
ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim.
Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak
termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai
ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor.
Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat
Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP),
Sijil .Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan.
Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan pada tahun 1963. Aminuddin Baki
meninggal dunia pada 24 Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas
menunaikan sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia

You might also like